SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Monday, May 12, 2014

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG TANZANITE

PENDAHULUAN:
  • Tanzanite dikira permata yang masih agak baru dalam pasaran permata berkualiti, dan sebenarnya ianya adalah “blue zoisite”. Tanzanite diungkapkan “lebih 1000x jarang berbanding berlian”.
  • Komposisinya ialah Calcium aluminium silicate hydroxide. Unsur penyebab warnanya adalah daripada unsure vanadium.
  • Ditemui dalam tahun 1967 di kaki bukit di Gunung Kilimanjaro, utara Tanzania. Lebih tepat di Bukit Mererani dalam daerah Manyara berdekatan Bandar Arusha. Biasa disebut “tanzanite dari Arusha”.
  • Mengikut kisah dari sumber tempatan, batu biru ‘tanzanite’ pertama kali ditemui oleh pengembala ternakan dari kaum Masai. Kisahnya, tatkala ternakan berlari-lari dalam kumpulannya dihalau oleh pengembala, kaki-kaki ternakan tersebut tersepak batu biru ‘tanzanite’ lalu tercungkil keluar dari tanah.
  • Nama tanzanite diberi oleh Tiffany & Co. sebagai penghormatan kepada negara Tanzania sempena tempat tunggal batu jenis ini ditemui dan dilombong, dan supaya namanya lebih sedap didengar berbanding “blue zoisite” yang sekali imbas bunyi “zoisite = suicide = membunuh diri”.
  • Tiffany & Co. melancarkan kempen iklan “tanzanite sekarang boleh didapati di 2 tempat - di Tanzania dan di Tiffany”.

REKOD: 
  • Spesimen kristal mentah tanzanite terbesar yang diketahui adalah seberat 16839 ct (3.38 kg) ditemui pada tahun 2005 oleh syarikat TanzaniteOne. 
  • Tanzanite terbesar selepas dipotongcanai mengikut Guinness World Records adalah seberat 252.2 ct.

SIFAT-SIFAT:
  • Kekerasan pada skala Mohs ialah 6.5.
  • Kristal tanzanite semulajadi bersifat trichroism, dan sifat optikal inilah menambahnilai kecantikkannya menepati tanzanite gred terbaik. Trichroic ialah sifat optikal yang memancarkan 3 warna berbeza, yang setiap satunya bergantung kepada sudut pandangan pada batu tersebut – yang mempamerkan percampuran warna biru, ungu dan merah/perang anggur.
  • Tanzanite juga mempunyai sedikit sifat ‘color change’ dibawah cahaya matahari (iaitu berwarna ultramarine hingga biru nilam) dan incandescent light (iaitu berwarna lebih ungu kecubung).
  • Tanzanite juga boleh ditemui menpunyai efek “cat’s-eye” bila dipotongcanai bentuk cabochon, dan ianya dikira ‘rare’.

RAWATAN HABA:
  • Kristal tanzanite semulajadi kekadang mempunyai kawasan atau corengan berwarna keperangan atau kekuningan. Warna-warna ini dapat dibuang melalui rawatan pemanasan 400-500 darjah C.
  • Rawatan ini juga menguatkan lagi ketuaan warna biru-ungu pada batu, dan penambahbaikan warna ini dikira kekal iaitu tidak pudar merentasi masa.
  • Apabila dikenakan rawatan pemanasan, tanzanite cenderung untuk menjadi dichroic iaitu memancarkan 2 warna iaitu biru dan ungu sahaja –manakala warna merah/perang anggur telah dihapuskan.
  • ‘Rawatan pemanasan’ boleh berlaku secara semulajadi dibawah lapisan bumi oleh kejadian metamorphic, selain yang dilakukan oleh manusia dalam relau.

WARNA & PENILAIAN
  • Setelah dikenakan rawatan pemanasan, sifat trichroic telah menjadi dichroic – iaitu hanya warna biru dan ungu yang tinggal
  • Istilah yang digunakan ialah BV atau VB. B merujuk kepada Blue dan V merujuk kepada Violet. Persoalannya, sesuatu tanzanite itu BV atau VB?
  • Jika warna primer tanzanite itu adalah Blue warna sekundernya adalah Violet, maka ia dipanggil BV tanzanite (“biru awa ungu”). Sebaliknya jika warna primer adalah Violet warna sekundernya adalah Blue, maka ia dipanggil VB tanzanite (“ungu awa biru”).
  • Sekadar perbandingan, batu tanzanite yang bersaiz lebih kecil akan kelihatan lebih ‘muda-cerah’, manakala tanzanite yang lebih besar akan kelihatan lebih ‘tua-matang’, ini disebabkan factor ketebalan yang merintang cahaya lalulepas batu tersebut.


SINTETIK & PENYAMARAN
  • Tanzanite tidak mempunyai sintetik (klik)
  • Batu simulant yang biasa digunakan untuk menyamar tanzanite adalah batu sintetik fosterite dan batu iolite.
  • Batu berlainan yang mempunyai sifat rupa fizikal dan optikal yang sama akan digunakan untuk menyamar batu tanzanite; sama prinsipnya bagi menyamar batu-batu semulajadi lain.


PENJAGAAN
  • Dengan kekerasan 6.5 pada skala Mohs, ia dikira batu agak lembut dan mudah tercalar.
  • Elakkan daripada terketuk dengan objek keras, kerana tanzanite mempunyai ‘internal cleavage planes’.
  • Tidak boleh dikenakan pembersihan atau cucian ultrasonic.
  • Elakkan daripada haba secara langsung dan dekat (pemakaian seharian dengan terkena sinaran cahaya dan haba matahari tidak menjejaskan tanzanite)
  • Elakkan terkena acids, kerana ada acids yang mampu menyerangnya.
  • Bersihkan guna air suam bersabun, keringkan dengan kain lembut yang bersih.


Nota-tambahan-imbasan:
  • Zoisite diterokai pada tahun 1805 di pergunungan Sau-Alp, Austria. Asalnya dikenali sebagai saualpite bersempena nama tempat ditemui, tetapi akhirnya dikenali sebagai Zoisite  sempena nama saintis yang mula-mula melaporkannya iaitu Sigmund Zois (klik). Terdapat 3 variasi zoisite iaitu (1) Tanzanite  [berwarna blue-violet] (2) Thulite [berwarna pink] (3) Anyolite [berwarna hijau].
  • Daripada ketiga-tiga variasi zoisite ini, hanya Tanzanite yang kebiasaannya wujud dalam bentuk transparen yang bergred ‘faceted’ (falsafah cutting - klik) untuk pasaran permata berkualiti. Manakala Thulite dan Anyolite kebiasaannya adalah legap dan berbentuk tidak sekata – ianya lebih sesuai untuk dicanai cabochon dan dibuat ukiran. Antara ketiga-tiga variasi ini, Tanzanite yang paling tinggi harganya berbanding 2 variasi lagi.
  • Darisegi ‘rarity’ jika dibandingkan dengan berlian putih, terdapat batu permata lain yang lebih rare termasuklah tanzanite dan enhydro stone (klik –yang mengandungi minyak warna kuning lebih rare) biasa diungkapan “1000x lebih jarang dari berlian”.
  • Nama Tanzanite diberi oleh Tiffany & Co., begitu juga nama Tsavorite Garnet (klik) diberi oleh Tiffany & Co. sempena Tsavo National Park, Kenya – yang juga ditemui pada tahun 1967.
  • Tanzanite dikira sebagai permata “single source” walaupun dikesan terdapat di sempadan sebelah Kenya, berdekatan Arusha dan Gunung Kilimanjaro dan dikira dari pembentukan geologi yang sama. Permata lain yang dikira ‘single source’ adalah Moldavite.
  • TanzaniteOne ialah sebuah syarikat yang memegang pemilikan 50-60% daripada simpanan tanzanite di Tanzania. Namun pada tahun 2010, satu undang-undang di Tanzania menghendaki TanzaniteOne menyerahkan 50% pemilikan lesen melombong kepada Stamico (Tanzanian State Mining Company). Asalnya TanzaniteOne adalah satu syarikat yang hendak meniru caragaya pemasaran berlian oleh DeBeers, iaitu dengan kawalan yang ketat terhadap sumber dan distribusi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...