Pages

Thursday, September 11, 2014

Perbincangan: Alexandrite dan Alexandrite Imitasi

Pertanyaan teman 9/9/2014: Adakah Alexandrite mempunyai sintetik? Bagaimana mengenalnya? Terima kasih.

Perbincangan:

Terdahulu sedikit ringkasan tentang Alexandrite (klik).

Alexandrite tidak mempunyai sintetik (lihat definisi sintetik, simulant, imitasi klik, klik, klik) tetapi Alexandrite mempunyai batu-batu tertentu untuk mengimitasinya.

Terdapat 3 batu utama yang biasa digunakan untuk imitasi Alexandrite, iaitu batu:
  • Sintetik corundum
  • Sintetik spinel
  • Andalusite


Alexandrite vs Sintetik corundum:
Serba sedikit tentang cara pembuatan sintetik corundum (klik). Dalam pembuatan untuk menghasilkan “synthetic color change corundum”, ianya ditambah dengan Vanadium, dan perubahan warnanya daripada warna ungu kecubung dibawah lampu berfilamen kepada warna biru kekelabuan dibawah cahaya matahari terang. Batu imitasi Alexandrite jenis sintetik corundum ini banyak dibawa pulang dari Mesir sekitar awal tahun 1990an (sekali imbas kelihatan sedikit ungu). Identifikasi amat mudah kerana perubahan warnanya adalah sangat berbeza dengan perubahan warna alexandrite asli . Perubahan warna Alexandrite asli adalah daripada warna  merah keperangan (bawah lampu berfilamen) kepada warna kehijauan (bawah matahari terang).

Selain itu, genuine alexandrite mempunyai pleochhroism yang kuat menyerlahkan merah, oren dan hijau dibawah cahaya lampu berfilamen. Manakala pleochroism bagi sintetik corundum menyerlahkan kuning keperangan dan ungu.

Identifikasi yang lebih muktamad ialah melihat kepada perbezaan berikut:
  • RI (natural alexandrite 1.746, 1.755 manakala sintetik corundum 1.762, 1.770)
  • DR (natural alexandrite 0.009 manakala sintetik corundum 0.008)
  • SG (natural alexandrite 3.72 manakala sintetik corundum 3.99)
  • Mohs scale Hardness (natural alexandrite 8.5 manakala sintetik corundum 9.0)


Alexandrite vs Sintetik spinel:
Perubahan warna bagi batu imitasi/simulan oleh sintetik spinel lebih menyakinkan berbanding sintetik corundum diatas. Mutakhir, batu sintetik spinel ini lebih ‘rare’ untuk ditemui.

Identifikasi yang lebih muktamad ialah melihat kepada perbezaan berikut:
  • RI (natural alexandrite 1.746, 1.755 manakala sintetik spinel 1.727)
  • DR (natural alexandrite 0.009 manakala sintetik spinel – tiada)
  • SG (natural alexandrite 3.72 manakala sintetik spinel 3.64)
  • Mohs scale Hardness (natural alexandrite 8.5 manakala sintetik spinel 8.0)


Alexandrite vs Andalusite:
Andalusite adalah batu semulajadi (klik, klik).  Andalusite mempunyai pleochroism yang kuat menyerlahkan hijau, kuning dan merah dibawah cahaya lampu berfilamen – dan ini boleh mengelirukan dengan Alexandrite asli yang menyerlahkan pleochroism warna merah, oren dan hijau dibawah cahaya lampu berfilamen.

Identifikasi yang lebih muktamad ialah melihat kepada perbezaan berikut:
  • RI (natural alexandrite 1.746, 1.755 manakala andalusite 1.63, 1.64)
  • DR (natural alexandrite 0.009 manakala andalusite 0.01)
  • SG (natural alexandrite 3.72 manakala andalusite 3.18)
  • Mohs scale Hardness (natural alexandrite 8.5 manakala andalusite 7.5)



Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment