SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Saturday, October 29, 2011

Dari email 27/10/2011: Sekadar bertanya….tentang delima asli vs delima sintetik

salam..
ingin tanyer..
mcm mane nk knl batu2 asli sperti nilam dan delime...
sekadar bertanyer
nk knl batu delime star yg asli mcm mne?
takut2 tersalah beli..
wasslam...

Jawapan:


Assalam,

Semoga sedikit perbincangan dibawah dapat memberi panduan yang berkaitan.


DEFINISI: Permata Sintetik (Tiruan)
Ialah permata yang dibuat oleh manusia didalam makmal dan menepati ciri-ciri permata asli yang ditiru -iaitu permata sintetik mestilah:
a. Mempunyai komposisi kimia yang sama dengan permata asli
b. Mempunyai system kristal yang sama dengan permata asli
c. Mempunyai sifat fizikal/optikal yang sama dengan permata asli

[Note 1: Istilah ‘sintetik’ hanya terpakai bagi membuat permata “inorganic” sahaja kerana untuk membuat permata “organic” (seperti amber, coal, jet, mutiara, coral) yang tumbesarannya secara biologi adalah mustahil.]


[Note 2: Oleh kerana, permata sintetik dihasilkan menepati cirri-ciri permata asli sebagimana definisi diatas, maka instrument berjarum seperti Presidium menunjukkan ianya Ruby/Sapphire. Biasanya dalam catalog pembelian, akan dinyatakan bahawa alat Presidium ini tidak dapat membezakan antara permata sintetik atau asli.]

SEMAKAN SILANG: Produk Sintetik & Cara Penghasilannya
1. Ruby[Flame Fusion, Floating Zone, Czochralski, Flux Melt, Hydrothermal]
2. Sapphire[Flame Fusion, Hydrothermal]
3. Star Ruby[Flame Fusion]
4. Star Sapphire[Flame Fusion]

[Note: Berbeza cara penghasilannya, maka berbeza inclusion pada batu tersebut. Kesemua inclusion tersebut berbeza dengan inclusion batu asli. Daripada rupa bentuk inclusion inilah dapat dipisahkan antara batu asli atau sintetik mengikut cara penghasilannya oleh gemmologist.]


Sekurang-kurangnya ada 16 pengeluar untuk produk sintetik Ruby/Sapphire/Corundum sehingga ke hari ini, antaranya ialah : Vernueil, Chatham dari USA, Gilson dari Perancis, Kyocera dari Jepun, Ramaura dari USA, Linde dari USA, Tairus dari Russia, Seiko dari Jepun, Djevahirdjian dari Switzerland, Nakazumi dari Jepun, J. Lechleitner dari Austria, Lennix, Russian, Kashan, Knischka dan Douros.


[Nota: Di awal-awal penghasilan, hanya ruby/sapphire/corundum tanpa star dapat dihasilkan. Kemudian, barulah ditemui teknik penghasilan star, tetapi kaki starnya pendek-pendek sahaja (tak penuh sampai ke tepi/girdle batu). Kemudian, selepas percubaan demi percubaan barulah star penuh kaki panjang-panjang dapat dihasilkan. Star ruby/sapphire /corundum per-1 adalah dihasilkan oleh Linde Division of the Union Carbide Corporation of America pada tahun 1947]




SINTETIK STAR RUBY: Ciri-Ciri Luaran Delima Star Sintetik
Kebiasaannya delima star sintetik berpenampilan dengan ‘terlalu sempurna’.


Ciri utamanya ialah “terlalu sempurna pada pandangan”, iaitu:
1. Star yang sangat sempurna (-permukaan batu yang sekata dan sempurna/gewan yang halus dan sekata lagi sempurna)
2. Warna yang sekata dan sangat menawan
3. Sangat bersih dalaman batu (-bagi batu yang telus)


Dan kebiasaannya sintetik star ruby ini:
1. Terdapat dalam jumlah yang banyak batu yang identical (sama/sepesyen)
2. Jika dijual dengan harga yang murah, maka kita boleh kata “Ya sintetik” [Nota: Puratanya, paling mahal dijual sekitar RM80/sebiji mengikut tempat…wallahu a'lam]
3. Di negara maju: Tetapi jika dijual dengan harga yang terlalu mahal dan dikatakan asli, sebaiknya minta certificate bagi batu itu bagi mengesahkan ianya asli.

Antara Delima Star Sintetik yang paling masyhur dalam pasaran ialah dikenali sebagai “Lindy atau Linde Star Ruby” atau selalu disebut “American Star”. Dihasilkan en masse oleh Bahagian Union Carbide oleh syarikat Linde dari tahun 1950an hingga 1970an. Selepas daripada itu, penghasilannya dibuat di Southeast Asia. Asalnya bagi produk Linde ini terdapat cop ‘L’ pada bahagian bawah batu; lain-lain produk oleh pengeluar tiada cop ‘L’.



BEBERAPA CARA PENCAMAN
1.
Cari dan lihat pada ciri hexagonal color zoning walaupun tidak penuh. Ciri "hexagonal" ini adalah salah satu tanda keaslian Yaqut (Ruby, Delima, Sapphire, Nilam, Padparadscha) dan boleh dipegangi fatwa bahawa "mana-mana Yaqut yang mempunyai tanda hexagonal atau sebahagian daripada tanda ini, maka Yaqut tersebut adalah asli". Bentuk Hexagonal ini juga dikenali sebagai Cobweb atau sarang labah-labah jika ia sempurna penuh. Bersusdut 120 darjah. Boleh rujuk di http://zamrudtech.blogspot.com/2009/12/kod-zt79-yaqut-asli-super-lagi.html atau http://zamrudtech.blogspot.com/2009/08/kod-z1-delima-afrika-sepasang-25ct.html.
2. Pada dalaman batu, cari dan lihat pada kehadiran buih. Batu sintetik biasa ada buih buih halus bersifat macam donut dan bersih. Batu simulant yang dibuat daripada kaca “paste’ biasa ada buih agak kasar dengan jumlah yang banyak dan bersifat bulat macam donut refect cahayanya serta bersih. Batu ruby yang dikenakan rawatan glass filling majority ada buih (natural treated/heated) juga bersifat donut dan bersih serta banyak. Batu asli kadang-kadang sahaja ada buih tetapi tidak bersifat donut ~ biasanya sedikit bersegi dan kotor (dan ada mineral inclusion). Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x.
3. Pada dalaman batu, lihat tahap telusbersih (clarity) batu. Batu delima asli, untuk mencari batu yang betul-betul jernih dan bersih jika kurang 5ct masih boleh dicari tetapi agak payah. JIka lebih 5ct, dikatakan mustahil. Sebaliknya batu sintetik (Linde/American Star) dengan saiz besar-besar pun tetap bersih. Batu asli ada mineral inclusion. Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x. [Nota: Batu delima retak 1000 sintetik, yang ada rekah-rekah pada dalaman batu sengaja dibuat retak-retak tersebut untuk nampak asli, asalnya dalam batu adalah bersih dari retak-retak.]
4. Cari dan lihat pada urat growth line yang bersifat swirl/curved untuk batu sintetik, dan biasanya selari dan rapi. Urat growth line [hexagonal line] batu ruby/sapphire asli tidak pernah ada yang melengkung ~ dan bersudut 120 darjah. Boleh dilihat dengan mata kasar dan terlebih baik guna loupe 10x. [Nota: Rekah-rekah delima retak 1000 berbeza dengan apa yang dimaksudkan dengan growth line]
5. Cari dan lihat pada inclusion fingerprint pada batu asli yang terdiri daripada cecair dan gas. Kena guna loupe 10x sekurang-kurangnya. Batu sintetik tiada fingerprint.
6. Tambahan: Lihat pada gewan. Gewan terdiri daripada gentian halus jejarum (needles rutiles) dalam orientasi 3-D. Kewujudan serat jejarum ini menyebabkan batu delima yang bergewan tidak pernah dengan sempurnanya transparen. Gewan yang penuh dan sekata menghasilkan star. Needles Rutile asli terbina daripada titanium dioxide manakala rutile sintetik daripada aluminium titanite selepas analisis oleh makmal-makmal. Hal ini tidak dapat dikenalpasti dengan mata kasar melainkan alat khas. Kebiasaannya gewan pada batu sintetik adalah halus mulus sekata semua arah. [Nota: Bezakan dengan batu asli yang dikenakan rawatan surface diffusion juga kelihatan halus mulus dan sekata juga, dan star yang dihasilkan juga ‘kelihatan sempurna’ serta identical. Biasanya batu asli ini jenis translusen atau legap dan biasanya dari lombong Chanburi, Thailand]

Apabila selalu melihat permata-permata sintetik dan asli, jadi mudah untuk membezakan antara mereka.


Wallahu a’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...