Pages

Wednesday, December 1, 2010

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG KUMPULAN BATU TOURMALINE

Tourmaline ialah salah satu jenis ‘batu berwarna’ yang mana jumlah warna yang ada padanya melangkaui jumlah warna yang ada pada ‘batu berwarna’ yang lain. Kecindaiannya boleh mencecah sehingga 15 warna/tona atas seketul kristal yang sama.

Asal perkataannya daripada perkataan Sinhalese iaitu ‘turmali’ yang bermakna ‘warna bercampur’.

PENAMPILAN FIZIKAL TOURMALINEKlariti batunya terdiri daripada ‘transparent’ hingga ‘legap/berdaging’.

VARIASI WARNA TOURMALINE
Antara variasi warnanya ialah:
  • Rubellite [berwarna pink hingga merah]
  • Paraiba [berwarna biru pekat/tua]
  • Indicolite [berwarna biru biasa/muda]
  • Chrome [berwarna hijau pekat/tua]
  • Bi-color atau tri-color atau lebih pada batu yang sama(cindai)
  • Watermelon “timun cina” [berwarna hijau pada bahagian luar (kulit) dan berwarna merah pada bahagian dalam/tengah batu (isi)]

Kadar warnanya ialah daripada merah, pink, ungu, oren, kelabu, kuning, hijau, biru dan hitam. Dalam pasaran selain variasi warna diatas (a – f), lain-lain variasi warna kebiasaannya dijual dengan prefix warna seperti ‘green tourmaline’ dsbnya.

SAIZ CANAIAN & KEJARANGAN
  • Paraiba tourmaline’ adalah jarang didapati dalam bentuk cutting yang berat caratnya melebihi 2cts.
  • Rubellites’ dan ‘Chrome tourmaline’ adalah jarang didapati dalam saiz melebihi 10cts.
  • Secara umumnya, tourmaline adalah banyak, namun ‘Paraiba tourmaline’ jarang ditemui.
SUMBER UTAMA
Terutamanya dari Brazil, juga dari Madagascar, Kenya, Tanzania, Sri Lanka, Burma, California, Pakistan. Namun ‘Paraiba Tourmaline’ hanya boleh ditemui di Brazil, Nigeria dan Mozambique.

LAIN-LAIN

Rawatan pertingkat rupa yang dikenakan keatas Tourmaline: Bakar (heat) dan Laser (Irradation) digunakan untuk pertingkatrupa warna; iaitu untuk menurunkan warna batu yang nampak terlalu gelap atau untuk memekatkan lagi warna batu yang muda. Kesemuanya rawatan ini stabil pada batu Tourmaline untuk pakain sehari-hari.
  • Tidak pernah diketahui atau direkod bahawa terdapat Sintetik Tourmaline sehingga hari ini. Namun batu untuk imitasi ya ada…iaitu tourmaline diimitasi oleh sejenis kaca (‘paste’) dan menggunakan sintetik spinel.
  • Ketahanan (toughness): Sebagaimana batu permata yan lain, elakkan daripada perlakuan kasar keatas batu seperti berlaga dengan objek keras atau memakai semasa membuat kerja-kerja kasar. Tourmaline dikira sebagai batu yang mempunyai ketahanan yang ok (fairly tough).
  • Kekerasan (hardness): 7 hingga 7.5 pada skala Mohs. Kekerasn 7 pada skala Mohs dipanggil ‘kekerasan kritikal’. Batu yang memiliki kekerasan 7 -10 diaktegorikan sebagai sangat ok. Batu yang mempunyai kekerasan 5-6.5 dikira sebagi masih ok, namun lebih cepat tercalar berbanding kekerasan 7 dan keatas.

  • Wallahu a’lam.

    No comments:

    Post a Comment