Pages

Friday, December 3, 2010

Khasiat: "Kalu Sete Nak Tulong Pun Takpa.."

Kenyataan diatas pernah menjadi kontroversi dan di kontroversikan lagi.
*
RUANGLINGKUP PERBINCANGAN
Dalam 2 perkara utama, iaitu berkait dengan:
  • Amalan secara umum (bacaan ayat suci al-Quran, zikir2 dsbnya)
  • Pemakaian cincin bertatahkan batu mulia/permata

Bab ini sambungan kepada entri "Khasiat: Khadam Berkerja.." yang mempunyai pelbagai persepsi. Bila disebut 'khadam' akan tergambar dalam kepala 'Jin' kerana seringkali dibobrokkan 'khadam = jin' oleh sesetengah pihak.

*

ASAS PERBINCANGAN
Dalam hal “hendak ditolong pada arah kebaikan (natijahnya adalah kebaikan semata-mata) tanpa diminta dan tanpa bersyarat (sebelum, semasa, selepasnya)…samada diketahui atau tidak…” dari segi ‘buah kalu’nya “kalau setan nak tulong pun takpa…” atau “kalu orang jahat nak tolong pun takpa…”.


‘Ketakpaan’ itu kerana:
  • Kita ditolong tanpa diminta atau tanpa disangka atau tanpa diketahui.
  • Natijahnya adalah kebaikkan semata-mata (sebelum, semasa atau selepasnya).
  • Pertolongan tersebut tidak merubah iktiqad kita atau orang lain (sebelum, semasa atau selepasnya).
  • Kita atau sesiapa sahaja tidak mendapat mudharat daripada pertolongan tersebut (sebelum, semasa atau selepasnya).
  • Kita tidak terikat dengan syarat atau perjanjian dengan pertolongan tersebut (sebelum, semasa atau selepasnya).
'BUAH KALU..'
Dari segi ‘buah kalu’ (dengan kondisi diatas)…kalau ‘hendak ditolong..’ oleh setan pun takpa, apatah lagi ‘hendak ditolong..’ oleh golongan yang lebih mulia pada sisi Allah [makhluk Allah swt yang mulia-mulia seperti para malaikat, manusia beriman dsbnya]…lagilah boleh darjah ‘ketakpaan’nya. Makhluk ghaib samada Malaikat atau syaitan kedua-dua tidak nampak dilihat. Apabila disebut 'ditolong...' maka difahami sebagai 'pertolongan yang baik pada perkara baik yang natijahnya kebaikkan semata-mata'. Dalam hal ‘ditolong..’ yang mana pertolongan tersebut samada yang ‘nyata’ (diketahui/nampak) atau ‘ghaib’ (tidak diketahui/nampak) tidak menjadi persoalan. Dan dengan pertolongan tersebut kita masih sama seperti sebelum ditolong, atau tetap tidak terikat dengan mana-mana syarat/perjanjian. Sebaiknya, dengan pertolongan tersebut semoga lebih bertambah taqwa kepada-Nya. Pertolongan yang baik/ikhlas ialah pertolongan yang tidak diketahui oleh orang yang kena tolong apatah lagi bersyarat. Pertolongan seperti ini paling kurang ialah daripada golongan Jin Islam Tahap Tinggi. Kalau manusia bangsawan kaya lagi ternama hendak menolong sekalipun, tetapi kemudian menyebut-nyebut kembali atau sebagai satu muslihat halus untuk kepentingan tertentu…kita pun tidak mahu.
*
TERBALIK
Adapun untuk kes ‘syaitan dengan secara ikhlas lillahitaala menolong manusia ….. membawa manusia menyembah Allah adalah tidak akan wujud dan tidak akan pernah ada’. Ini kerana, syaitan telah mengingkari Allah swt apabila tidak sujud kepada Adam as, dan dengan sebab itu syaitan dilaknat oleh Allah swt. Bertitik tolak daripada itu, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan bani Adam hingga kiamat. Tidak ada pertolongan daripada syaitan melainkan ada muslihat menyesatkan manusia secara tersangat halus.

DALAM HAL MEMAKAI CINCIN
Dalam hal memakai cincin bertatahkan batu permata, sebagai contoh dalam kes “jika seseorang yang memakai cincin bertatahkan batu permata (delima merah, zamrud dsbnya..) yang dipakai pada asalnya atas dasar kecantikkan batu tersebut, kemudian berlaku kejadian atau sesuatu yang mana si pemakainya mendapat manfaat (kelebihan/kebaikan), dan kebaikkan tersebut dikaitkan dengan pemakaian atau penangungan batu mulia tersebut….maka tiada apa-apa masalah”. Batu permata sebagai ‘sebab’…sebab (makhluk batu) tiada kuasa memberi bekas. Hakikatnya manfaat dan mudharat itu daripada-Nya….atas kehendak-Nya dan izin-Nya. Dan katakan, kemudian kes ini dirujuk kepada mereka yang ahli pada bab batin (ghaib) batu permata dan mereka mengatakan bahawa “..kebaikan tersebut berkait dengan pertolongan makhluk-Nya yang ghaib…” yang mana pertolongan kepada si pemakai tersebut ialah tanpa diminta, tanpa diketahui dan tanpa bersyarat serta natijahnya adalah kebaikan semata-mata…maka si pemakainya tiada masalah apa-apa dan tidak bersalah. Bagaimana bentuk atau cara mereka menolong, dan siapakah mereka itu bukan hal atau kerja kita. Dengan kehendak-Nya, Dia-lah yang memerintahkan hamba-hambaNya yang lain untuk menolong hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Sama halnya jika seseorang yang sentiasa beramal lillahitaala membaca ayat Kursi semata-mata untuk mengingati dan memuji-Nya, kemudian si pengamal tersebut mendapat kebaikan/pertolongan (berkat) daripadanya. Jika dikaitkan "khasiat-kelebihan-kebaikan batu permata dengan khadam berkerja (pertolongan khadam).." maka ianya jatuh dalam kategori 'pertolongan tidak bersyarat' dan biasanya tanpa diduga-diketahui-diminta. Andaikata seseorang tidak suka akan pertolongan tersebut, dia pun tidak tahu siapa yang menolongnya. Dan jika dia tahu pun, buat apa hendak marah jika pertolongan itu natijahnya kebaikan semata-mata lebih-lebih lagi pertolongan itu tanpa disangka-diminta dan tanpa perlu 'dibayar' (bersyarat).

HARAM MEMINTA TOLONG KEPADA SYAITAN
Namun “jika meminta tolong dan hendak berbaik dengan syaitan (jin) dalam keadaan mana sekalipun tidak boleh…” dan kebiasaannya persahabatan tersebut mempunyai syarat atau perjanjian. Kenyataan yang pernah menjadi kontroversi dan dikontroversikan “kalu sete nak tulong pun takpo…” bukan bermaksud “hendak minta tolong dengan syaitan..” atau “hendak berbaik/berkawan dengan syaitan…”, ianya sengaja dipesongkan.
  • Firman Allah swt “Bukankah Aku (Allah) telah perintahkan kamu wahai bani Adam supaya jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu (Allah), inilah jalan yang lurus” (Yasin: 60-61). Bermula permusuhan ini bermula pada ketika iblis tidak mahu sujud kepada Adam as.
  • Setelah manusia bani Adam berkembang biak dibumi terdapat golongan manusia yang meminta pertolongan kepada golongan mereka (syaitan/jin), firman-Nya “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan Itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (al-Jin:6).
  • Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan” (an-nisa: 38).
  • Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Yunus:106).
Secara realiti atau praktikalnya, untuk meminta pertolongan para syaitan, maka para peminta mestilah menghampiri golongan syaitan, dan jalan untuk menghampiri golongan syaitan maka mereka diberi syarat atau perjanjian sebagai satu bentuk ketundukan atau penyerahan, dan perjanjian tersebut mesti dipenuhi barulah akan diberi pertolongan. Selain itu ada kes manusia di-offer pertologan tetapi bersyarat.
*
INTIPATI PERBEZAANNYA
Antaranya ialah:
a. “diberi pertolongan…” atau “minta pertolongan…?”
b. dan kemudian samada “bersyarat…” atau “tidak bersyarat…?”.
c. Natijahnya "kebaikan semata-mata.." atau "keburukan..?"

Antara contoh MOU yang bersyarat ialah seperti “aku tolong engkau jika engkau baca tahlil 10x sehari semalam dan dihadiahkan kepadaku..” dan dikatakan syarat sunat pada hukum syarak jenis ini biasanya daripada Jin Islam Tahap Rendah. Maka jadilah tujuan orang tersebut beramal kerana memenuhi syarat yang dikenakan kepadanya demi mendapat pertolongan (yang berterusan atau ketika terdesak). Dan yang paling jauh terpesong ialah “bersyarat dengan melakukan perkara haram disisi Allah…” iaitu daripada Jin kafir (syaitan).

Segala ilmu dan amal yang bersyarat dengan suatu pihak makhluk lain hendaklah dielakkan, dihindari dan dijauhkan sama sekali. Kesan daripada ilmu dan amal yang bersyarat atau ada perjanjian ini menyebabkan si pengamal menjadi terikat, dan kebiasaanya jika tidak dipenuhi akan membawa masalah kepada diri dan keluarga. Kemudian, jika si pengamal meninggal dunia maka ia menjadi “saka”kepada waris-warisnya.


TAMBAHAN:
Adakah kita duga, sangka, ketahui, harap? Adakah bersyarat? Apakah natijahnya?...Apakah kita tidak mahu menerimanya?

• Seorang sahabat ‘ditolong doa’ oleh seorang sahabat baik 'dunia akhirat’nya yang berjauhan tanpa diketahui dan diminta pun.
• Seorang sahabat yang hampir-hampir hendak terjatuh ke dalam telaga buta sempat ‘ditolong tarik’ oleh seorang sahabatnya yang “kebetulan” berada berdekatan pada ketika itu.
• Seorang abid beribadat pada malam yang jatuh pada malam lailatulqadar, lalu beliau didoakan oleh para malaikat.


KISAH
Oleh Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat). Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
*
*
CETERA HADITH ZAID BIN HARITSAH:
dan pada cetera hadith Zaid bin Haritsah, ia membawa harta perniagaan, maka melihat akan dia oleh penyamun hendak membunuh akan dia dan berkata ia: "Ya Zaid, bersedia olehmu bagi mati". Maka berkata Zaid baginya "Tangguh olehmu akan daku hingga aku sembahyang dua raka'at". Maka berkata ia: "Telah sembahyang oleh yang lain daripada engkau, maka tiada memberi manfa'at sembahyang sesuatu". Maka mengambil wudu' ia dan sembahyang ia dua raka'at, kemudian meminta do'a ia dengan do'a ini, iaitu (yang bermaksud): "Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Pelembut (3x) Wahai Tuhan yang mempunyai 'Arasy yang mulia, Tuhan yang memulakan dan mengembalikan segala yang hidup, yang berkuasa melakukan apa yang disukaiNya. Aku memohonMu dengan cahaya wajahMu yang memenuhi segala rukun 'ArasyMu, dan yang empunya kudrat mentaqdirkan apa saja atas semua makhlukMu, dan dengan belas kasihanMu yang luas meratai segala sesuatu, wahai Tuhan Yang Hidup dan Yang Berdiri dengan sendiriNya, tiada Tuhan melainkan Engkau, wahai Tuhan yang menolong sekalian orang yang meminta pertolongan, tolonglah aku wahai Tuhanku yang hanya Engkaulah boleh menolongku! (3x)". Kemudian maka berhadap atasnya oleh penyamun hendak membunuh akan dia. Maka turun malaikat membunuh akan dia, maka berkata malaikat itu "Ya Zaid, tatkala engkau mendo'a pada kali yang pertama, gementar segala malaikat dan menyeru Jibril: "Siapa menolong yang bagi ini orang dukacita?", maka aku kata "Akulah yang menolongnya", dan adalah aku pada langit yang ketujuh. Dan tatkala mendo'a engkau yang kalli kedua, adalah aku pada langit dunia. Dan tatkala engkau do'a kali yang ketiga, bahawasanya tiada mendo'a seorang dengan do'a engkau ini melainkan diperkenankan baginya pada waktu itu". Kemudian datang ia (Zaid) kepada nabi Shallallahu 'alaihi wasalam dan mengkhabar ia akan demikian itu kepadanya, maka bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam baginya: "Ya Zaid, sungguhnya telah mengajar akan dikau Allah Ta'ala akan Al-Ismu Al-A'zham yang apabila mendo'a dengan dia diperkenankan apabila dipinta dengan dia, nescaya diberinya".
*

CERITA
Seseorang pernah bercerita kepada tuan_blog, suatu ketika dahulu dia pernah menolong merawat pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit misteri/mistik. Terdapat kata-kata daripada pihak lain “bahawa dia menggunakan khadam semasa merawat…”. Maka jawab beliau akan lontaran tersebut “Saya hanya minta kepada Allah supaya menyembuhkan pesakit, tapi Allah yang hantar khadam untuk menolong…itu kehendak Dia”. Beliau pencerita kisah ini pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw dan melihat wajah baginda yang mulia secara bersetentang. Kerja perawat ialah “tukang usaha..”, “tukang rawat..”, “tukang buat air tawar…” dan “tukang doa”.., namun yang mendatangkan pertolongan dan meyembuhkan adalah Allah swt jua.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment