Batu-batu permata yang asalnya tersembunyi, tertimbus dan bertempel samada pada batuan igneous, metamorphic dan sedimentary boleh dikira tergolong sebagai “debu dan tanah liat” sahaja sebelum ianya diproses tambahnilai, sebagaimana kata Imam al-Ghazali dalam Asrar Khalqi Makluk (bab rahsia diciptakan api).
Pencarian batu-batu permata disesuatu kawasan berdasarkan geological map (digunapakai oleh orang-orang barat) memerlukan pengetahuan + keterbiasaan + teknologi peralatan yang bersangkutan. Batu-batu permata yang masih rough biasanya ditemui masih bercampur atau bertempel pada batu/mineral lain sebagai hostrock/groundmass. Kaedah pencarian yang biasa: Para pencari batu akan spot tempat-tempat yang dirasakan ada batu permata tertanam (seperti batu bukit) berdasarkan bentuk mukabumi (seperti tepi sungai), kemudian pencarian dan pengalian dilakukan.
Kemudian, batu-batu permata rough tadi akan dipotongcanai (cutting) mengikut kehendak kemahuan pemiliknya. Bentuk potongan ada bermacam-macam. Kebiasaannya, batu permata yang rough tadi akan mengalami proses: Pemotongan/kerat/belah (cut) + pembentukkan (grind) + pengilatan (polish). Istilah cutting memerihalkan semua proses tersebut walaupun batu permata tersebut dibentuk dengan proses canai (grinding). Proses-proses ini memerlukan medium air sebagai coolant, pengumpul habuk, pencuci permukaan batu dan menolong melihat ketelusan batu – melihat tempat yang ada raka, atau melihat corak-corak yang unik didalamnya. Bentuk canaian yang paling mudah dan digemari ramai ialah cabochon, dan bentuk yang paling sempurna ialah seperti “biji buah kana”. Setiap individu dalam masyarakat tertentu mempunyai citarasa tersendiri dalam potongan batu. Selain dipotongcanai mengikut bentuk kebiasaan potongan, batu permata juga ditambahnilai dengan membuat ukiran (carving and engraving) padanya seperti rupa bunga, binatang atau manusia, dan menjadi trend dalam masyarakat tertentu. Bagi berlian, teknologi pencanaiannya lebih komplek: Menggunakan teknologi mesin yang lebih canggih + memerlukan ketelitian-kejituan-ketepatan sudut yang tinggi bagi setiap potongan bagi menyerlahkan kilauan (fire dan brilliannce) yang menyeluruh (sebagaimana diterangkan dalam buku-buku). Dikatakan, berlian dipotongcanai (cutting-faceting) bermula sekitar abad ke-15, dan untuk tempoh yang lama teknik faceting tersebut disimpan dengan ketat sebagai satu rahsia.
Setelah dipotongcanai (cutting), sebahagian batu permata yang terpilih akan dihantar ke makmal gemology untuk pensijilan yang akan mengandungi kesemua atau sebahagian butiran berikut: Nama batu (product name) + kumpulan batu (group) + berat batu (weight) + bentuk potongan (cutting) + dimensi potongan (size/dimension) + ketelusan (clarity) + rawatan (treatment) + warna (color) + kilauan permukaan/luar (luster) + system kristal (crystal system) + struktur kristal (crystal structure) + kekerasan (hardness) + asal batu (origin) + SG + RI + DR.
Akhirnya, batu-batu permata yang telah siap akan dihantar kepada tukang emas atau perak untuk diikat (mounting). Bentuk potongan batu yang sempurna akan menatijahkan: Memudahkan batu diikat + menjadikan ikatan simetri dan ‘tegap’ + lebih serasi pada pandangan antara ikatan dengan batu. Bahan pengikat dan bentuk ikatan mengikut citarasa setiap individu tidak sama kosnya setiap satu.
*****
- Batu-batu permata rough dalam bumi yang telah digali sudah sedia dijualbeli secara rough. Ekspedisi penggalian juga memerlukan sedikit sebanyak kos.
- Proses pencanaian memerlukan kos. Selepas dibelah/dipotong atau selepas siap dicanai sebelum diikat, ianya sudah sedia dijualbeli.
- Pedagang batu permata yang datang dari luar semata-mata menjual batu permata di Tanah Melayu juga memerlukan kos. Orang-orang yang mengunjungi luar negara dan membawa pulang batu permata juga melibatkan kos.
- Proses pensijilan batu juga memerlukan kos.
- Proses mengikat memerlukan kos, iaitu: Harga semasa berat emas/perak yang digunakan + aksesori lain jika ada + upah ikat oleh tukang + kos perjalanan. Emas dan perak dikenakan zakat, batu permata tidak dikenakan zakat walau semahal mana sekalipun. Mengikut kebiasaannya, harga cincin yang telah siap (diupah ikat oleh penjual) yang sedia dipakai oleh pembeli tidak sama dengan harga cincin yang baru hendak diikat oleh pembeli batu, ini kerana: Modal yang dikeluarkan untuk ikatan sebelum terjual + ketersediaan cincin untuk dipakai; tidak perlu menunggu tempahan siap. Tetapi terpulang atas budibicara penjual-pembeli.
- Selain itu faktor "batu itu sendiri" yang mana "Beauty drive demand, rarity drive price".
*****
Kemudian dikatakan “..akhir batu ada harga”
No comments:
Post a Comment