Sabda Nabi saw “Bermula
doa
adalah otak ibadat”. Firman Allah swt “Berdoalah, nescaya Aku
perkenankan untukmu” (al-Mu’min: 60). Firman Allah swt “Engkaulah
sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan” (al-fatihah:5).
Alam semesta saujana mata
memandang ada tuannya, iaitu Allah swt. Dialah Tuhan yang menjadikan dan
menguasai sekalian alam. Dialah Tuhan yang bertumpu segala makhluk untuk
mengadu, memohon dan bergantung.
Memakai cincin juga mempunyai
doanya. Terangkum dalam doa memakai cincin ialah:
1. “BismillahirRahmanirRahim”
2.
Doa Nabi Isa menghidupkan orang mati 3x
3.
Doa memakai pakaian baru
4.
Disambungkan dengan “Bi La haula wala Quwwata illa
billahil ‘aliyyil ‘azhim”
5.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
6.
Tawassul “bi
haqqi..” dengan kisah unta Nabi Soleh as
7. Disambungkan dengan ayat 32 surah an-Naml
Dalam hal kaitan batu permata dan khasiat, maka batu permata itu sebagai “sebab”.
Sebab tidak dapat member bekas melainkan dengan izin Allah.
Telah maklum, kebanyakkan batu permata
mempunyai sisi fizikal dan ghaib yang saling berkait. Sisi fizikal boleh dirasa dilihat, manakala
sisi ghaib terlindung oleh kita melainkan sesiapa yang dikehendakiNya. Maka
sisi yang terlindung yang tidak diketahui oleh kita (samada baik atau buruk) itu telah diliputi oleh doa
diatas (doa memakai pakaian).
Jika tidak mempunyai Doa Memakai
Cincin yang penuh:
1] Sekurang-kurangnya membaca BismillahirRahmanirRahim
apabila hendak memakai cincin. Sabda Nabi saw “Tiap-tiap perkerjaan yang
mempunyai cita-cita yang tiada dimulai didalamnya itu dengan Bismillah, maka
iaitu abtar ertinya terpotong pihak ekor dan pada suatu riwayat aqta’ dan pada
suatu riwayat ajzam” Dan makna atas tiap-tiap riwayat itu bahawasanya
kurang berkat.
2] Lebih baik selepas membaca
Basmallah itu dibaca pula sekali dengan “Doa memakai pakaian baru”, kemudian baru
disarung ke jari. Makna doa memakai pakaian “Wahai Allah, bagi Engkaulah
segala pujian, Engkau memakaikanku akannya. Aku
memohon kepada Engkau kebaikannya dan kebaikan bersama penciptaannya, dan aku memohon berlindung dengan
Engkau akan keburukkannya dan dari keburukan bersama penciptaannya”. [Nota: Sunat bagi pasangan
baru kawin si suami meletakkan tangan kanan atas ubun-ubun si isteri dan
membaca doa tersebut]
3] Tetapi adalah terlebih elok disambungkan
dengan membaca ayat 32 surah an-Naml dengan bilangan ganjil (3x, 7x dsb).
Maksud ayat 32 surah an-Naml ialah “Sesungguhnya dia daripada Sulaiman dan
sesungguhnya dia BismillahirRahmanirRahim”.
Allahu alam.
******
Mukjizat Nabi Soleh as (klik)
Doa Nabi Isa menghidupkan orang
mati (rujuk ms. 210-211, Aljauhar Al-Mauhub; Terbitan al-hidayah publishers)
Tafsir Ayat 5 Surah Al-Fatihah: Tafsir Pimpinan Rahman
Menurut huraian Sahibul Fadhilah
Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab
Tafsir ini:
Satu-satunya jalan bagi
menyatakan iman dan taqwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang
menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat), ialah dengan beribadat atau
memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.
Tidak ada lain yang berhak
disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa;
demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan selain dari Allah
Yang Maha Pemurah.
Pengertian “ibadat” secara
ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa ta’at setia dan perhambaan
diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikkanNya
serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya.
Allah Ta’ala perintahkan supaya
kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah
dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon
pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2,
surah Al-Ma’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama lain
dalam membuat amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah. Yang bererti kita
disuruh supaya meminta pertolongan sesame manusia; sementara ayat 5 dalam surah
Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah
semata-mata.
Sebenarnya tidak ada pertentangan
di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah
bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan
ketiadaan halangan-halagan yang merintanginya. Demikianlah kejadian alam ini,
segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab
dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
Manusia sebagai makhluk Tuhan telah
diberikan ni’mat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, disamping
itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang
menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya
usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama
lain, yang disertakan dengan do’a memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah
Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah
ditentukan oleh Allah bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya
itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja.
Setelah kita berusaha dan
berikhtiar maka kita serahkan pula penentuan natijah dari usaha kita itu kepada
Allah Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment