Secara
umumnya diseluruh dunia, Zircon merupakan salah satu permata yang disalahfaham
dalam banyak segi, menjadikannya permata yang kurang popular untuk dipakai.
Antara
salahfaham tersebut yang member persepsi negative kepada Zircon seperti: Zircon sejenis permata kurang lasak, Zircon
adalah CZ/Zirconia, Zircon adalah batu buatan manusia, Zircon tidak ada yang
asli semulajadi dari perut bumi, Zircon putih adalah berlian palsu iaitu penganti
kepada berlian asli.
Jawapan
kepada “zircon adalah sejenis batu kurang
lasak…” (klik): Zircon adalah sejenis permata yang agak
mudah pecah dan serpih jika berlaga/terhantuk/terjatuh/ terhempas pada objek
keras. Itu sisi negatif Zircon, tetapi hal itu juga terdapat pada permata
Topaz yang lebih popular berbanding Zircon. Namun begitu, Zircon adalah batu
yang keras sukar dicalarkan! Kekerasannya adalah 7.5 pada skala Mohs.
Jawapan
kepada “Zircon adalah CZ/Zirconia, Zircon
adalah batu buatan manusia, Zircon tidak ada yang asli semulajadi dari perut
bumi..” (klik): Ianya suatu fakta bahawa Zircon adalah batu asli dari perut
bumi dengan komposisi ZrSiO4 dengan kekerasan 7.5 pada skala Mohs. Zircon bukan
Cubic Zirconia (CZ). CZ atau juga dipanggil ‘Zirconia’ dan ‘berlian swiss’
adalah batu buatan manusia dengan komposisi ZrO2 dan kekerasan 8.25-8.5 pada skala
Mohs.
Jawapan
kepada “Zircon putih adalah berlian palsu
iaitu penganti kepada berlian asli..”: Memang benar Zircon putih atau
‘matara’ digunakan sebagai berlian imitasi dan dikenali sebagai ‘Berlian
Matara’. Penggunaan berlian matara sebagai imitasi berlian asli adalah kerana
berlian matara adalah satu-satunya permata tidak berwarna yang menyamai
pantulan pelangi pada dalaman Berlian asli. Maknanya, sebenarnya zircon putih adalah
cantik!
Antara
fakta-fakta menarik tentang Zircon:
Zircon adalah sejenis batu yang
‘menarik’ kerana merupakan batu tertua di bumi setakat diketahui oleh saintis,
iaitu specimen dari Jack Hill, Australia Barat berusia 4.4 bilion tahun, dan sekarang
tersimpan di Natural History Meseum di Perth, Australia Barat (klik).
2. Perkataan ‘zircon’ dipercayai daripada perkataan
Syriac-Arab-persia: zargono (Syriac), zarqun (Arab), zargun (persia) yang
bermaksud “warna keemasan”; dan permata kualiti baik Zircon telah dilombong
lebih 2000 tahun di Sri Lanka. Zircon menjadi perhiasan di Barat bermula dalam
tahun 1920an
3. Sumber Zircon terdapat di banyak Negara seperti Kemboja,
Burma, Ratnapura/Sri lanka, Thailand, Perancis, Norway, Tanzania, Victoria/Australia,
Norway, Ontario/Kanada, Jerman, Jepun, Maine/New England, New Jersey/US, New
York/US; bahkan Kristal Zircon juga dijumpai di Bulan
4. Zircon mempunyai
pantulan berkembar, iaitu cahaya akan dipecahkan kepada dua sinar apabila
melalui zircon, menjadikan garisan permukaan belakang batu yang dicanai
kelihatan bergambar/bergarisan kembar; dan factor ini bersama keberkilatan permukaan
adamantine membuatkan ia lebih memantulkan cahaya seperti berlian asli
5. Zircon dengan SG 4.6-4.7 merupakan salah satu permata yang ‘berat’, menjadikan
saiznya kecil per-carat (klik)
6. Zircon mengandungi sedikit elemen radioaktif
seperti Uranium atau Thorium, walaubagaimanapun ianya tidak cukup kuat untuk
membahayakan pemakai batu zircon.
Variasi
Zircon dipecahkan kepada 4 kategori berdasarkan warnanya, iaitu: (1)
Hyacinth/jacinth (2) Jargon/jargoon (3) Starlight (4) Matara
HYACINTH/JACINTHWarnanya:
perang kemerahan, perang –(klik)
No comments:
Post a Comment