SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Saturday, June 5, 2010

Durability: Hardness, Toughness & Stability

Definisi:
  • Hardness:Ialah keupayaan rintangan daripada tercalar atau terguris” atau ekpresi lainnya ialah “setara mana keras batu daripada terguris”.
  • Toughness:Ialah keupayaan rintangan daripada berkecai” iaitu bertentangan dengan brittleness (brittleness ialah “kebolehan untuk berkecai”), atau ekpresi lainnya ialah “setara mana tahan/kuat batu daripada berkecai”. Benda yang paling tidak tough ialah benda yang paling brittle.
  • Stability:Ialah keupayaan rintangan terhadap acid/alkali

Hardness scale terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Mohs scale hardness
  • Absolute hardness

Beberapa contoh praktikal dan bab berkaitan (termasuk beberapa contoh tidak berapa logik sengaja dimasukkan untuk memahami fe’el Hardness, Toughness & Stability):
  • Permata cincin ”terseset” pada dinding simen …babnya ialah Hardness
  • Batu permata dibelah atau dipotong….babnya ialah Hardness (jika ada getaran maka ia ada kaitan dengan Toughness)
  • Permukaan permata dibentuk dan digilapkan….babnya ialah Hardness & Toughness (cleavage)
  • Permata cincin terhantuk ke dinding konkrit…babnya ialah Toughness
  • Permata cincin terhantuk dan terseset pada dinding konkrit….babnya ialah Toughness dan Hardness
  • Permata cincin jatuh terhempas keatas lantai simen…babnya ialah Toughness
  • Batu permata diketuk atau terkena ketukan dengan tukul besi…babnya ialah Toughness
  • Batu permata dibaling ke dinding konkrit….babnya ialah Toughness
  • Batu permata dilagakan sesame mereka…babnya ialah Toughness
  • Batu permata digesel/sesek sesame mereka…babnya ialah Hardness
  • Batu permata terkena atau direndam dalam cecair yang bersifat acid atau alkali…..babnya ialah Stability
  • Batu permata terkena air paip…babnya ialah Stability

Fe’el ketahanan batu permata dalam pemakaian seharian: Aspek Hardness ini mesti dilihat bersama-sama dengan Toughness selain Stability. Majoriti melihat kepada Mohs scale hardness sahaja untuk memahami Durability pada sebarang masa dan tempat dalam semua contoh diatas.

Bab “permukaan batu tercalar, permukaan batu terguris, kerat batu, belah batu, canai batu, gilap permukaan batu..” ialah bab Hardness. Sebaiknya melihat Absolute hardness bersama Mohs scale hardness untuk memahami fe’el Hardness secara lebih praktik dan tepat.

Ramai yang fikir (termasuklah tuan_blog suatu ketika dulu) “kalau” batu permatanya terhempas ke lantai atau terhentak pada objek keras, dan cuba memahami kesan yang mungkin terjadi dengan bandingan kepada batuan jenis lain dengan melihat kepada Mohs scale hardness…namun ini adalah sangkaan2 semata-mata, yang tersasar daripada babnya yang sebenar. Kesan kepada “terhempas atau terhantuk kepada objek keras..” ialah “retak, raka, serpih atau berkecai”, maka babnya ialah Toughness. Mineral-mineral yang berada pada ranking paling keras (hard) tidak semestinya adalah mineral-mineral paling tahan/kuat (tough).

Bab “batu menjadi berkecai, batu menjadi raka, batu menjadi retak, batu menjadi pecah, kerapuhan batu..” ialah bab Toughness. Toughness dipengaruhi oleh beberapa faktor lain antaranya cleavage, twinning, parting dsbnya.. dan semua factor ini mesti diambil perhatian bersama dalam memahami Toughness khususnya apabila membelah atau memotong batu. Pengetahuan tentang Toughness sangat penting bagi tukang cincin, sebagai contoh untuk kerja-kerja mengetuk kuku. Jika kuku terlebih ketuk dan batu sepih/pecah maka babnya ialah Toughness bukan Hardness. Jika terkena kikir, lalu batu tercalar maka babnya ialah Hardness bukan Toughness. Biasa tukang cincin atau ahli cincin akan mengikir sedikit pada bahagian tertentu batu (khususnya yang rough) untuk mengetahui Hardness-nya.

HATI-HATI
Secara umumnya apabila kita memakai cincin, secara automatic kita akan menetapkan dalam fikiran kita bahawa batu permata pada cincin ini tidak boleh terhantuk, berlaga atau terhempas pada objek keras, walaupun kita memakai permata yang terkeras (Berlian).

Berbalik kepada mineral terkeras adalah bukan mineral paling tahan, maka Diamond boleh mencalarkan apa sahaja tetapi apa sahaja tidak dapat mencalarkannya. Namun apabila diketuk dengan batu atau tukul besi atau dihempas pada objek keras, Diamond boleh sahaja berkecai. Diamond juga boleh sahaja serpih jika bucunya berlaga atau terhantuk dengan objek keras (besi atau konkrit) jika berbetulan dengan satah cleavage-nya. Terdapat satu kenyataan tokoh batu permata Eropah dahulukala bernama Pliny the Elder yang mengatakan "Jika anda hendak mengetahui Diamond yang asli, maka ujilah dengan mengetuk dengan tukul besi....jika ianya Diamond asli maka ia akan tahan pecah" maka dengan sebab nasihat ini, terdapat ulasan ahli-ahli permata Eropah lain yang terkemudian daripada Pliny "entah berapa banyak Diamond pelbagai saiz telah telah menjadi debu/berkecai akibat daripada nasihat ini..".
*
Zamrud mempunyai Hardness yang bagus (iaitu 7-7.5 pada skala Mohs dan 100-150 pada skala Mutlak) namun mempunyai Toughness yang tidak begitu baik. Quartz (dengan Hardness 7 pada skala Mohs dan 100 pada skala Mutlak) jika berlaga antara keduanya maka Zamrud lebih berkemungkinan berkecai daripada Quartz kerana Quartz lebih Tough daripada Zamrud. Jika permata Quartz dan Zamrud berlaga dengan sesuatu objek keras, maka Zamrud lebih mudah berkecai daripada Quartz. Pukulratanya, Yaqut (Delima, Nilam) mempunyai Durability yang sesuai.

Dalam membicarakan Hardness, maka satu perkara penting yang ditekankan ialah critical Hardness. Critical Hardness ialah nilai 7 pada skala Mohs atau 100 pada skala Mutlak iaitulah nilai kekerasan Quartz. Apakah alasan releven disebalik angka ini?.. [BERSAMBUNG]

Tambahan:
  • Batu yang lebih lembut lebih sesuai dibuat ibu loket atau anting-anting bagi kaum hawa, manakala batu yang lebih keras sesuai dibuat batu cincin dijari.

Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...