“Berlian Swiss”: CZ (Cubic Zirconia) vs Zircon
“Berlian Swiss”
1. Adalah panggilan tempatan; tidak dikenali dengan nama ini atau pun “swiss diamond” di Barat/Eropah.
2. “Berlian swiss” ialah CZ (Cubic Zirconia) bukan ‘zircon’.
3. CZ dan ‘zircon’ adalah 2 jenis yang berbeza.
CZ (Cubic Zirconia)
1. Adalah batu ‘synthesis’; dibuat dalam makmal; adalah zirconium dioxide (ZrO2) dalam bentuk ‘cubic crystalline’.
2. CZ tergolong dalam ‘Artificial Product’ kerana ianya tidak ada pasangannya yang semulajadi dalam perut bumi seumpama sifat/cirri-cirinya. Jika pada masa hadapan ada ditemui dalam perut bumi mineral seumpamanya, maka CZ akan jatuh dalam kategori ‘sintetik’. Penerokaan mineral-mineral dalam perut bumi berterusan dan berkembang dari hari ke hari.
3. Diterokai seawal 1892 tentang mineral zirconium oxide oleh saintis Jerman; kajian-kajian selanjutnya tentang CZ dijalankan di Perancis pada 1960-an; berita kejayaan per-1 penghasilan CZ pada 1973 oleh Soviet; penghasilan secara komersil CZ ialah pada 1976. Sejak 1976 ia menjadi persaing kepada berlian asli. Selepas tahun 1976 (1980-an ke atas) design ‘lilit berlian CZ’ menjad trend dalam masyarakat dengan meluas.
4. CZ ada pelbagai warna. Yang pure state adalah ‘colorless’ (berlian swiss putih); jika ditambah ‘dopant’ akan menghasilkan warna-waran lain seperti: Warna kuning, oren & merah (dopant cerium); warna hijau (dopant Chromium); warna ungu (dopant Neodymium; warna pink (dopant Erbium); coklat keemasan (Titanium).
5. Warna CZ dibahagikan kepada 3 group utama oleh sesetengah pengeluar: ‘CZ Normal Colors’ (seperti berlian swiss putih dll), ‘CZ Special Colors’ (seperti berlian swiss hijau dll) & ‘CZ Color Change’ (boleh bertukar warna ala-ala alexandrite). Kemudian digredkan pula sebagai A, AA, …AAAAA dsbnya. Sebagai contoh untuk CZ White (berlian swiss putih) ada digredkan A, AA, AAA, AAAA, AAAAA, Euro Machine Cut dan Heart&Arrow.
Zircon
1. Adalah batu asli dalam perut bumi; nama kimianya zirconium silicate (ZrSiO4).
2. Warna semulajadinya dari colorless, kuning keemasan, merah, coklat, biru dan hijau. Warnanya boleh berubah-bertukar jika dikenakan rawatan haba (heat treatment).
3. Batunya yang ‘gem quality’ yang colorless seringkali digunakan untuk substitute colorless diamond dan dikenali sebagai “Matura diamond’.
Tambahan:
1. Kalau dapat dibuat cincin lilit berlian swiss boleh bertukar warna seronok juga.
2. Perkataan ‘zircon’ dipercayai daripada perkataan Syriac-Arab-persia: zargono (Syriac), zarqun (Arab), zargun (persia).
3. Dalam masyarakat ada disebut “zircon mana ada yang asli semulajadi…” sebenarnya yang tiada ialah ‘Cubic Zirconia (CZ)”.
4. Istilah ‘Heart&Arrow’ biasa digunakan untuk berlian asli, iaitu natijah daripada kesempurnaan kesimetrian cutting yang dilakukan sehingga jika dilihat daripada bahagian atas batu ‘table facet’ akan Nampak bentuk seperti ‘heart’ dan ‘arrow’. Hanya terpakai untuk jenis ‘round brilliant cut’; cutting jenis lain tidak dapat menghasilkan ‘heart & arrow’. ‘Heart & arrow’ adalah suatu tanda cutting yang sangat sempurna kesimetriannya.
Begitulah apa yang difahami oleh pihak tuan_blog. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment