(Pokok tua. Sebahagian kulit pokoknya telah repuk. Bahgaian tengah telah buruk. Terasnya sangat berat, padat, tumpat...)
(gambar dekat)
(Keratan rentas)
Produk: Tasbih33, Tasbih99
*
**
***
Tambahan:
- Pokok Penaga/nagasari sejenis pokok tropika asia yang banyak tumbuh di nusantara, nepal, srilanka dan timur India.
- Ia sejenis pokok yang dikira perlahan tumbesarannya. Bunganya wangi berwarna putih 4 kelopak dengan jerijik ditengah berwarna kuning –seperti telur goring mata kerbau. Daunnya berwarna hijau tetapi pucuk muda baru tumbuh berwarna merah pink –satu pemandangan yang menakjubkan dan menarik mata.
- Teras Penaga/Nagasari adalah salah satu teras masyhur di Nusantara dan juga benua kecil india.
- Sebahagaian nama berkaitan: Semenanjung Malaysia (penaga), Jawa (nagasari), Sanskrit (Nagakesara, nagapushpa, naga), Telugu (nagakesara), Hindi (nagakesar), Bengali (nagesar, nagkesar, punnaga), Tamil (nagappu, sirunagappoo), German (nagassamen), japan (tagayasan), china/taiwan (tie li mu).
- Selain itu ia dikenali dengan nama: Ceylon ironwood, Indian rose chessnut, cobra’s saffron, ironwood
- Dipanggil “ironwood” kerana sifat terasnya yang berat, padat, tumpat, kukuh dan keras.
- Tidak semudah menggergaji kayu kebanyakkan lain untuk menggergaji teras penaga/nagasari.
- Warna terasnya merah keperangan dan merah sedikit ungu/pink.
- Ia berurat songsang.
- Kegunaan fizikal terasnya: zaman dahulu dibuat papan selipar pelapik rel kereta api sebelum diganti dengan pelapik konkrit, dibuat mata pahat kayu/baji, dibuat paku kayu/baji, dibuat hulu senjata. Darisegi mistik, ia dianggap sebagai medium yang ampuh untuk beberapa tujuan/olahan.
- Kegunaan bunga, antaranya: diekstrak dan dibuat minyak wangi; bunga kering digunakan untuk mengubati sakit perut, muntah, batuk; bunga yang segar untuk mengubat kegatalan.
- Kegunaan buah: minyak yang diekstrak dari biji buahnya untuk sakit tekak, luka dan sakit sendi.
- Kegunaan daun: Untuk mengubati luka
- Damar getahnya sedikit beracun tetapi berguna untuk beberapa tujuan perubatan.
Nota: Nama asal Georgetown, Pulau Pinang (yang
dinamakan pada 1786) oleh Francis Light (1740-1794) ialah Tanjung Penaga.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment