SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu
Showing posts with label 4C - Menilai Batu Permata. Show all posts
Showing posts with label 4C - Menilai Batu Permata. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Sedikit Perbincangan Sekitar Pigeon’s Blood Ruby (Delima Darah Merpati)

Dimulakan dengan petikan berikut:

“The most desirable color is the so-called “pigeon blood”, pure red with a hint of blue –warna merah tulen yang terselindung warna biru” –Walter Schumann; Gemstones of The World.

“Most of the world’s most valuable rubies have come from Myanmar, and the most valuable color in the world is intense crimson color commonly called pigeon blood.” –Lance Grande & Allison Augustyn; Gems & Gemstone.

Pigeon’s blood ruby. The most valuable variety of RUBY, of which the colour is deep-red tinged with purple. Such rubies come from Mogok in Upper Burma, hence sometimes called a BURMA RUBY. Flawless specimens are rare, and are next most valuable of the PRECIOUS STONES after the EMERALD. A specimen weighing 20ct in the rough and 7.50ct after cutting was found in 1933. A SYNTHETIC RUBY of this colour has been produced.” –Harold Newman; An Illustrated Dictionary of JEWELRY.

*********

Asal perkataan Ko-twe (Darah Merpati) mempunyai versi sejarah berlainan, dan mempunyai banyak tafsiran tentang makna dan barangnya.

Penduduk tempatan Burma memanggil Ko-twe (pigeon blood) kepada Delima yang “finest hue”. Bagaimanakah batu yang dimaksudkan dengan “finest hue” tersebut? Ada banyak perihalannya:

Ada yang merujukbanding seperti warna biji buah delima merah yang masih segar. Rujuk gambar disini .
Ada merujukbanding dengan warna merah ditengah mata burung merpati. Rujuk gambar disini .
Ada yang merujukbanding dengan “rich crimson without trace of blue overtones”-merah pekat tanpa kehadiran tona kebiruan padanya. Rujuk definisi disini http://en.wikipedia.org/wiki/Crimson dan gambar disini
Ada yang merujukbanding dengan 2 titik darah pertama daripada lubang hidung burung merpati Burma yang disembelih/dibunuh.
Ada yang merujukbanding seperti warna darah diatas permukaan putih yang berkilat/perak putih yang di gilap.

Daripada semua perihalan diatas (dan gambar dari link [Nota: Warna gambar-gambar dalam link berbeza mengikut skrin computer]), berbeza-beza “hue merahnya”- tidak sama. Ia bukan 1 dan mesti 1 yang sama/identikal. Tidak sama sekali. Ianya boleh sama dan boleh berbeza dalam konteksnya. Perihalan diatas tadi adalah konteks “finest red hue” atau pigeon’s blood. Ianya adalah tentang warna, bukannya klaritinya.

Sama halnya dengan warna terbaik zamrud “green grass in the wet morning” ia bukan 1 dan mesti 1 yang sama hijaunya. Ia masih terbuka dan boleh sama atau berbeza dalam konteksnya.

Teringat kata-kata seorang pensyarah gemology (takhassus Ruby), Eleanor Sanders (GAAWA) berkaitan pigeon blood, yang maksudnya “Adakah kita perlu potong kepala Merpati dan tengok darahnya dan banding dengan Ruby mana yang bertepatan…..Oh tidak, tidak, tidak perlu sama sekali…” Lalu beliau memberi definisi iaitu “medium dark vivid red” berserta bahan pembelajaran yang berkaitan. Maksudnya “warna merah pekat/matang yang menyerlah, timbul, jelas dan terang” iaitu bukan merah pekat yang menampakkannya gelap/malap/kehitaman. Pigeon’s blood adalah darisegi warna.

Ringkasnya, ada 2 pegangan iaitu per1 “merah pekat/matang, yang menyerlah, jelas dan terang, serta tidak bersadur dengan warna sekunder lain samada biru atau ungu”. Ke2nya, iaitu bagi sesetengah yang lain menerima atau mensyaratkan kehadiran amat sedikit hue sekunder seperti biru dan ungu pada merah matang yang menyerlah tadi…. Mana-mana batu delima yang menepati kedua-dua konteks tersebut adalah pigeon’s blood. Pigeon’s blood adalah darisegi warna.

Komen gemologist yang lain tentang istilah pigeon blood: ada yang berpendapat istilah ini patut dibuang dari dunia gemology moden atas sebab-sebab ianya tidak praktikal/berfungsi sewajarnya -tidak boleh dibuat rujukbanding. Ada yang berpendapat kita perlu menggunakan penanda lain yang sesuai dengan zaman dan dicadangkan iaitu “merah menyerlah seperti lampu merah traffic light”. Sememangnya, warna merah ‘lampu stop’ menepati konteks “finest red hue” untuk Ruby.

Tambahan:
Pigeon blood ialah tentang “WARNA” bukan tentang klariti/telusbersih/kejernihan, atau tentang Berat Carat atau tentang Potongan. Maka:
Ada pigeon blood yang berdaging, saiz besar, cabochon…
ada pigeon blood yang berdaging, saiz besar, faceted…
ada pigeon blood yang berdaging, saiz kecil, cabochon…
ada pigeon blood yang berdaging, saiz kecil, faceted…
ada pigeon blood yang jernih berkaca, saiz besar, cabochon…
ada pigeon blood yang jernih berkaca, saiz besar, faceted…dsbnya

Ianya tentang warnanya, dan bukan kombinasi salah satu atau kesemua 3C yang lain. Bukan semua pigeon blood itu mesti jernih berkaca.

Penutup:
Syarat pigeon’s blood (1) merah matang/pekat (2) merahnya itu menyerlah, jelas, timbul dan terang (dipengaruhi oleh fluoroscene). Kehadiran hue sekunder amat sedikit awa biru atau ungu diterima atau bagi setengah pendapat ia mesti hadir bersama untuk kategorikan ia pigeon’s blood, dengan syarat no.2 mesti bersama untuk menjadikannya “finest hue”.

[Nota: Warna merah batu delima dari Thai/Kemboja menghampiri “merah tulen” tapi kurang fluorosen merahnya. Delima Merah Burma mempunyai fluorosen merah yang terbaik di dunia – menyebabkan warna lebih menyerlah, timbul, manis, lembut, halus.. berbanding delima tempat lain]

[Nota: Begitu juga dengan yeong-twe (Rabbit's blood Ruby) ada mendefinisikan "ianya merah yang sedikit lebih gelap dan lebih kebiruan" selain definisi "merah yang terselindung warna oren". Ada berpendapat rabbit's blood ruby (yang terselindung awa oren) lebih baik daripada pigeon blood (yang terselindung awa biru) manakala pendapat lain rabbit's blood ruby ke2 terbaik selepas pigeon's blood.]

Catatan penting: Warna yang macam mana yang kita minat, menyukakan hati, mententeramkan perasaan....itulah warna kita.

Link berkaitan:

Sunday, September 18, 2011

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG LATARBELAKANG RAWATAN BATU FIRUZ & PENJAGAANNYA

LATARBELAKANG
1. Batu Firuz adalah salah satu jenis permata tertua dan terawal yang di lombong dalam sejarah tamadun dunia.
2. Lombong Sinai di Mesir telah dilombong 2000 tahun sebelum masihi (setengah kajian mengatakan 3000 bc). Pada masa sekarang tiada lagi Piruz dilombong dari tambang ini.
3. Firuz “kualiti” terbaik dunia dipercayai masih dari Nishapur iaitu terletak di timur laut Iran (Persian). Perlombongan Piruz di Iran telah melebihi 3000 tahun.
4. Antara perkara asas yang dimaksudkan dengan “kualiti” dalam hal batu Firuz ialah darisegi (1) warna dan (2) keporosan.
5. Oleh kerana Piruz sejenis batu yang berdaging legap (sangat-sangat jarang yang translusen, manakala yang transparen tiada pernah dijumpai/direkodkan), maka ia tidak dinilai melalui ”4C’s colored stone” secara khusus.
6. “4C’s colored stone” mengikut criteria GIA hanya digunakan untuk menilai ‘transparent inorganic mineral’.



WARNA
7. Warnanya terdiri daripada biru hingga hijau bergantung kepada kuantiti trace element Fe dan Cu. Cu memberi warna biru, manakala Fe memberi warna Hijau.
8. Warna “Sky blue” dari Iran dinobatkan sebagai warna biru Piruz terbaik dunia. Pada awal era Victoria di eropah, ‘sky-blue’ turquoise paling popular.
9. Berita terkini, dikatakan warna Firuz ‘sky-blue’ dari Mexico khususnya (dan USA amnya) dapat menandingi Piruz ‘sky-blue’ dari Iran [**hanya darisegi warna, namun darisegi keporosan Firuz Iran lagi berkualiti].
10. Yang paling dikehendaki, warna biru ‘sky-blue’ tersebut mestilah ”intense pure blue” yang “sekata” pada segenap permukaan batu dan tidak bercampur dengan warna kelabu, perang serta bebas daripada liang-liang hitam. Firuz sebegini sememangnya jarang.
11. Di Tibet, warna Firuz yang paling hijau lebih digemari. Antara lombong lain yang menghasilkan banyak Firuz hijau adalah USA.
12. Samada Sky blue, bluish green, greenish blue atau green…ia kembali kepada diri “Firuz bagaimana yang diminati, itulah batu Firuz kita”.
13. Pukulrata daripada pelbagai sumber, Firuz sky-blue dengan ciri-ciri disebutkan diatas adalah lebih dominan dan popular sebagai Firuz terbaik.



KEPOROSAN
14. Umumnya, batuan Firuz tergolong dalam batuan yang poros (relatively highly porous). Keporosan adalah suatu kelemahan. Lebih poros bermaksud ianya lebih lembut. Lebih lembut bermaksud lebih sensitive (untuk tercalar dan berubah warna dsbnya).
15. Selain itu, semakin poros bermakna semakin mudah permukaannya menyerap kontaminasi dari luar seperti habuk, minyak dan lain-lain kotoran. Natijahnya, permukaan batu menjadi cepat gelap/kotor.
16. Tahap keporosan antara batu firuz adalah berbeza-beza. Maka disebabkan itu dicari batu firuz (dan juga untuk batu-batu permata lain) yang dagingnya ‘paling kemah/padat/pejal’.
17. Kesan keporosan ini pada batu Firuz ialah lama-kelamaan warnanya boleh jadi semakin pudar, dan dalam tempoh yang lama setelah dipakai ia akan jadi ‘pecah-pecah’ dan dikatakan ‘firuz antik’ (ada yang suka mencari yang dah jadi pecah-pecah –kerana dikatakn firuz tua/antik).
18. Keporosan batu Firuz dari Iran adalah paling rendah berbanding tempat-tempat lain. Disebabkan itu, dikatakan Firuz Iran lebih berkualiti hal ‘kekemah-an daging’.



RAWATAN
19. Antara kaedah rawatan yang digunakan untuk merawat Firuz ialah (1) dyeing, (2) waxing or oiling, dan (3) impregnation dengan paraffin wax, shellac, varnish, lacquer, epoxy resin, plastic, colloidal silica atau “water glass” (sodium sllicate). Colloidal silica dan sodium silicate adalah inorganic mineral salts.
20. Cara standard dan meluas digunapakai untuk menutup kelemahan/keporosan tersebut adalah dengan merendamnya dalam artificial resin. Kesannya ialah warnanya akan nampak lebih berseri (“fresh”) dan permukaan batu jadi lebih keras (liang-liang keporosan telah diisi oleh artificial resin/hardener/wax).
21. Disebabkan itu, kita dapati terdapat saki baki lebihan bahan semacam ‘plastik’ lutsinar pada batu Firuz terutama pada bahagian bawah batu. Ia sebenarnya lebihan bahan rawatan yang dikenakan keatasnya. Ada yang agak tebal/banyak dan ada yang nipis/sedikit lebihan bahan tadi. Jika dibakar biasanya akan berubah menjadi hitam. Tebal atau nipis tiada masalah dan bukan bermaksud kalau tebal/banyak kualiti kurang dan sebaliknya. Ianya bukan suatu kepelikan. Ianya boleh ‘dinipiskan’ oleh tukang canai.
22. Kebiasaannya bagi mereka yang sangat baru berkenalan dengan Firuz, akan timbul rasa sangsi adakah Firuz yang dia baru dapat lihat/tengok/pegang/miliki ini betul-betul Firuz atau plastic yang dikatakan Firuz…kerana rupanya macam plastic khususnya jenis ‘sky-blue’ yang terhindar daripada urat-urat batu; lebih-lebih lagi ada kesan saki-baki salutan seumpama plastic pada batu.
23. Warnanya juga boleh dipertingkatrupa dengan minyak paraffin, produk Berliner blue, aniline colors atau copper salt. Penggunaan Copper salt menjadikan Firuz Nampak lebih biru.
24. Rawatan impregnasi menggunakan jenis-jenis wax, oil, resin atau inorganic mineral salt. Biasanya sudah siapsiaga dilakukan oleh pihak pengeluar. Firuz yang diimpregnasi dengan resin, hardener, plastic atau inorganic mineral salts dipanggil “stabilized turquoise”.
25. Batu-batu Firuz yang terpilih (“selected” ~ dengan ciri-ciri kualiti yang disebutkan diatas tadi) juga dikenakan rawatan impregnasi ini.
26. Tujuan rawatan ini ialah untuk cuba mengekalkan penampilan Firuz darisegi warna dan dagingnya merentasi masa, disamping mempertingkat sedikit penampilannya.
27. Maksud mempertingkatrupa penampilan disini bukan bermakna sampai mengubah majority rupa warna atau struktur dalamannya – sehingga hilang rupa asalnya. Ia sekadar memperkuat lapisan atau daging batu Firuz dan nampak lebih berkilat permukaannya. Lagi berkilat permukaan batu, maka lagi berseri penampilannya.
28. Berbeza lombong, berbeza tahap rawatan yang dikenakan. Secara umum, Firuz Iran paling minimum dikenakan rawatan.
29. Mengikut catatan, sebenarnya rawatan terhadap Firuz telah bermula sejak zaman dahulukala di India dengan menggunakan lemak haiwan. Dalam catatan dari Persian, dalam abad ke13, penggunaan ‘Yak butter’ akan mempertingkatrupa warna Firuz yang kurang menawan.



LAIN-LAIN RAWATAN & JENIS FIRUZ
30. Terdapat rawatan lain untuk mempertingkatrupa warna dengan menggunakan blue dye. Biasa warna firus yang di-dyed Nampak lebih ‘pekat/tua’. Kesan kehadiran dyed boleh dicam pada liang-rekahan batu.
31. Kemudian Firuz yang telah di dyed ini diimpregnasi pula. Batu Firuz yang telah di-dyed dan diimpregnasi, kualiti (dan harga)nya dibawah batu firuz yang warnanya tidak didyed tetapi diimpregnasi. Ini kerana, hakikat warna Firuz yang telah di-dyed bukan warna “asal”nya lagi. Firuz sebegini dinamakan “treated turquoise”.
32. Kedua-duanya tergolong dalam natural treated atau natural enhanced, tetapi salah satu treatment atau enhancement tersebut menjatuhkan lagi kualiti dan nilainya (sebab mengubah hakikat rupa warna asal kejadian dan menimbulkan persoalan ethic).
33. Di negara maju, Firuz yang telah diubah warnya mesti dinyatakan kepada pihak pembeli.
34. Dalam hal ini, boleh dibandingkan secara umumnya: Firuz yang hanya diimpregnasi itu seperti ‘delima Burma’, manakala Firuz yang telah di-dyed dan diimpregnasi itu seperti ‘delima Afrika’ yang telah dikenakan ‘bulk treated beryllium & glass filling’.
35. Dalam pasaran terdapat Firuz yang dikenali sebagai reconstructed Turquoise (atau reconstituted turquoise) dan tergolong dalam kategori Simulant. Ianya bukan ‘real/true turquoise”. Adapun Firuz yang dirawat (dyeing, waxing, impregnation/stabilized) tergolong dalam ‘real/true turquoise’.
36. Reconstructed Turquoise ialah ‘Firuz yang dibuat semula’ daripada Firuz kurang berkualiti yang dihancur menjadi serbuk, yang digaul hingga sebati dengan epoxy resin, perwarna dyed dan kemudian dipadat-keraskan menjadi bentuk blok atau cakes. Akhirnya dipotongcanai semula dibuat permata dsbnya.



PENJAGAAN
37. Umumnya, dalam 90% (atau lebih) Firuz yang berada dalam pasaran telah dikenakan rawatan padanya dengan tujuan seperti yang disebutkan. Mengikut satu sumber, hanya 3% sahaja Firuz dalam pasaran dunia yang tidak dikenakan apa-apa rawatan (natural untreated), selebihnya adalah natural treated.
38. Persoalan yang manakah lebih baik dan lebih tahan, samada Firuz yang belum dirawat (natural untreated) atau yang telah dirawat (natural treated)? Jawapan: Firuz yang telah dirawat lebih baik dan lebih tahan dari aspek “kualiti pemakaian” sehari-hari.
39. Ini kerana Firuz yang belum dirawat lebih lembut-sensitive permukaannya, mengakibatkan ia lebih cepat pudar, mudah menyerap kotoran, senang tercalar dan menjadi pecah-pecah. Selain itu, Firuz yang natural untreated jika terkena minyak-peluh daripada pemakainya pun sudah boleh berubah warnanya.
40. Soalan [dari sahabat], adakah pihak pemilik perlu melakukan rawatan sendiri seperti merendam dalam air garam dalam tempoh tertentu? Jawapan: Tidak perlu, kerana umumnya rawatan telah dilakukan oleh pihak pengeluar. Air garam dirumah (sodium chloride, NaCl -inorganic compound) tidak sama dengan inorganic mineral salts yang digunakan oleh pengeluar.
41. Secara umum penjagaan batu Firuz : (1) Jauhi daripada bergesel dengan permukaan tajam-kasar (2) Jauhi bahan kosmetik, perfumes (3) Tidak sesuai dipakai untuk berjemur dibawah cahaya matahari (4) Jauhi daripada haba, hair dryer dan cahaya yang terang.
42. Wallahu a’lam.

Monday, February 21, 2011

Pelbagai ‘C’: Certification

Pensijilan dibuat untuk 2 tujuan:
  • Identification/Authenticity (sijil identifikasi/keaslian batu)
  • Valuation/Appraisal (sijil nilaian/taksiran harga batu)

INDENTIFICATION CERTIFICATE (Authenticity)
Pensijilan untuk identifikasi lebih popular dan meluas. Latarbelakang kepada pensijilan identifikasi ialah berkait dengan persoalan ethic. Iaitu sijil dikeluarkan sebagai pengesahan kepada maklumat tentang batu yang hendak dijual.

Persoalan ethic tersebut sebagai contoh seperti berikut:
  • Si A mengatakan batu yang dijual adalah batu asli Z, sedangkan sebenarnya (jika mengikut pengesahan makmal) batu tersebut adalah batu asli X.
  • Si A mengatakan batu yang dijual adalah batu asli Z, sedangkan sebenarnya (jika mengikut pengesahan makmal) batu tersebut adalah batu sintetik Z.
Antara persoalan-pertimbangan dalam menentusahkan maklumat tentang batu ialah seperti berikut:
  • Jika satu batu didakwa sebagai Ruby, adakah ianya benar-benar Ruby (sebagaimana definisi ruby dalam ilmu moden gemology; lihat definisi ruby; wujudnya certification selari dengan perkembangan ilmu moden gemmology)?
  • Jika ianya benar-benar natural Ruby (“authentic”), adakah Ruby ini dikenakan treatment atau enhancement? Iaitu adakah warnanya dikenakan enhancement? Adakah claritynya telah di-treated? Apakah bentuk-bentuk treatment atau enhancementnya?
  • Jika ianya bukan natural Ruby, jadi apakah jenis batu tersebut (maksudnya samada sintetik, imitasi atau simulant)?
  • Jika ianya “authentic” i.e., warnanya adalah warna asli, dalam kategori manakah hue, tone & saturation-nya?
  • Jika ianya “authentic” i.e., clarity dalam kategori mana?
  • Jika ianya “authentic”, berapakah berat caratnya, apakah dimensionnya, apakah bentuk cuttingnya, apakah hardnesnya dsbnya?
Adakah boleh untuk membuat sijil untuk batu sintetik? Ya, boleh, kerana sijil hanya sebagai pengesahan kepada maklumat tentang batu yang hendak dijual. Tetapi untuk tujuan apa?

Adakah boleh dibuat re-test atau cross-check dengan lab lain? Ya boleh. Sijil yang dikeluarkan antara satu lab dengan lab yang lain tidak sama. Perbezaan tersebut darisegi persembahan aturhuruf. Isikandungannya juga berbeza kerana terdapat istilah teknikal dan standard yang berbeza yang digunapakai. Namun standard tersebut boleh ditukar atau difahami antara satu sama lain, maksudnya (sebagai contoh umum), jika dinyatakan ‘A1’ oleh lab A…mungkin pada sisi lab B ianya ‘A2’.

Perkhidmatan yang ada atau disediakan oleh sesebuah lab juga tidak sama. Terdapat lab yang hanya membuat pengesahan setakat “authenticity” sesebiji batu sahaja, dan terdapat lab lain yang membuat evaluation tentang “warna” dan “clarity” sekali. Kos juga tidak sama.

Biasanya identification certificate dibuat atau dikeluarkan untuk kategori ‘batu terpilih’ (“market rare”) sahaja seperti Star Ruby, Star Blue Sapphire, Emerald dsbnya yang terkecuali kecantikan dan saiz fizikal/optikalnya.

Identification Certificate samada:
  • Telah disediakan oleh pihak penjual, untuk kemudahan pihak pembeli.
  • Tidak disediakan oleh pihak penjual, tetapi diminta oleh pihak pembeli untuk membuat sijil tersebut.
  • Dibuat oleh pemilik batu untuk diri sendiri, atau untuk tujuan-tujuan lain
Identification certificate memerlukan kos untuk membuatnya. Jika batu tersebut telah siap dengan certificate, biasa harga yang dipaparkan sudah termasuk sekali. Jika ia diminta dibuat oleh pembeli, kosnya samada ditanggung oleh pembeli atau separuh-separuh antara pembeli dan penjual mengikut pertimbangan budibicara dan tolak ansur. Oleh kerana kebiasaannya certificate dibuat untuk batu yang terpilih “market rare” bernilaian tinggi, maka kosnya telah tenggelam dan dikira berpadanan serta dikira sebagai satu pakej dengan pembelian batu tersebut. Kebanyakkan batu yang beredar di Barat, yang dipamer-jual dalam kedai-kedai ekslusif terdiri daripada batu yang terpilih-terpilih, sebahagiannya ada cert dan sebahagian lagi tiada. Untuk batu-batu yang telah maklum/dikenali ramai oleh masyarakat yang bergred biasa-biasa, ianya dijual tanpa cert. Ringkasnya tidak semua batu perlu cert. Jika dibuat cert untuk semua batu, sesetengahnya akan jadi kos cert lebih mahal daripada harga batu. Disebabkan itu hanya batu terpilih dibuat cert sesuai dengan keindahan fizikal/optikal batu tersebut.
*
Keperluan atau kehendak? Wajib atau sebagai pilihan sahaja? “Asalnya” ia suatu pilihan. Maksud “pilihan” tersebut bergantung kepada penjual dan pembeli.
  • Ianya merupakan satu keperluan bagi si penjual dan/atau pembeli jika kedua-dua pihak atau satu pihak sahaja… tidak dapat mengesahkan maklumat mengenai batu yang dibuat urusan.
  • Jika pihak penjual dan pihak pembeli sudah mempunyai pengetahuan yang mengcukupi serta yakin untuk menentukan kedudukan batu tersebut maka ianya tidak perlu dibuat indentification certificate. Kadang-kadang ianya dibuat sebagai suatu kehendak sahaja.

Apakah contoh keadaan lain yang memerlukan pengesahan lab? Dalam masayarakat Barat, jika pembeli disuakan dengan dengan sebiji batu sebagai contoh Star Ruby yang sempurna, tetapi ada keraguan atau ada perkara yang tidak pasti, maka nasihat gemologist ialah minta pengesahan lisan atau identification cert untuk batu tersebut daripada lab yang bereputasi.

VALUATION CERTIFICATE (Appraisal Retail Value)
Selepas sesuatu batu itu telah diidentifikasi dan dikategorikan selayaknya, pada satu tahap lain batu tersebut dibuat 'penyataan' untuk memerihalkan ‘nilaian atau harga yang paling tepat dan munasabah dalam pasaran mengikut keadaan atau perkembangan semasa dan untuk tempoh tertentu..’.

Tujuan dibuat valuation/appraisal ini samada untuk estimate nilai insuran atau tujuan-tujuan lain seperti penjualan.

Yang dimaksudkan dengan batu-batu terpilih (terkecuali darisegi kecantikkan dan saiz fizikal/optikalnya) ialah darisegi kesempurnaan kecantikan 4C-nya. Penilaian tersebut dilakukan idividu/sepasukan panel khas yang merupakan para gemmologis yang bertauliah.

Biasanya hanya dibuat pada batu-batu yang sangat terpilih (“market rare”) dari kalangan 4 batu termasyhur dunia iaitu Ruby (Delima Merah), Nilam (Blue Sapphire), Zamrud (Emerald) dan Berlian (Diamond); batu-batu terpilih yang tergolong daripada 12 batu masyhur seperti Alexandrite, Padparadscha dsbnya juga tiada masalah dibuat valuation certificate.
*
Sijil ini terpulang kepada pemilik batu-batu tersebut samada pemiliknya itu merupakan sebuah syarikat, kumpulan atau individu perseorangan yang memiliki batu-batu terpilih pada sisi mereka, dan pasaran antarabangsa.

Selepas dibuat penilaian dan perbandingan dalam pelbagai aspek, kemudian batu tersebut akan diberi nilaian semasanya. Nilaian semasa tersebut biasanya akan disebut bersama frasa “more or less” atau frasa yang memberi maksud yang sama dengannya, serta dinyatakan kondisi nilaian tersebut tertakluk. Juga kenyataan ‘pelepasan tanggungan’ oleh penilai terhadap kenyataan appraisal tersebut. Valuation certificate akan menyatakan nilaian semasa batu tersebut mengikut harga semasa antarabangsa dan ‘boleh’ digunapakai merentasi Negara-negara maju seperti USA, UK, Australia, Hong Kong dsbnya.

Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang ianya adalah keperluan dan kadang-kadang kehendak sahaja. Ianya suatu pilihan, tidak wajib.

[Nota: Perbincangan ringkas diatas adalah identifikasi atau penilaian darisegi fizikal/optikal batu; terutamanya diamalkan di Negara maju.]

Wallahu a’lam.

Tuesday, November 23, 2010

Penilaian Warna: Hue, Tone & Saturation

Mengikut ilmu permata moden, warna batu permata dinilai melalui 3 perkara berikut iaitu:
  1. Hue
  2. Tone
  3. Saturation

IMBASAN SEMULA BAGI PENILAIAN WARNA ZAMRUD:

"hijau tulen nampak sangat pekat (matang) tetapi bukan nampak terlalu gelap atau kehitaman (darker/black)..". Dalam ekspresi tersebut:

  • Yang dimaksudkan dengan Hue ialah "..hijau tulen.."
  • Yang dimaksudkan dengan Tone ialah "..bukan nampak terlalu gelap atau kehitaman (darker/black).."
  • Yang dimaksudkan dengan Saturation ialah "..sangat pekat (matang).."

[BERSAMBUNG dengan izin Allah...]

Sunday, September 5, 2010

Perbincangan 'Dilema Delima' (dari Email)

Assalamu'alaikum..

Terima kasih atas info yang terkini dalam blog.


Saya ingin bertanya mengenai batu delima, kepelbagaiannya dan sejauh mana variasi itu mempengaruhi harga pasaran.


Sebagai contoh, ada pendapat yang mengatakan, 'kalau delima itu berasal dari Burma, Mongkok misalnya, fuuhh.. harga memang tinggi dan boleh maintain tinggi'. Tapi kalau dari Afrika atau Mozambique, harga biasa-biasa saja walaupun untuk kualiti yang baik..Tanggapan begini banyak saya dengar dari kawan-kawan yang turut berminat dalam hal batu permata ni. Apa yang mewujudkan persepsi sedemikian?


Adakalanya, seorang rakan beli delima afrika yang berkualiti pada harga yang agak tinggi, tapi tak dapat kekalkan paras harga untuk jualan seterusnya.. kenapa ya..? Tapi setakat pengamatan saya yang cetek ni, kalau delima Mongkok, tetap dapat 'maintain' harga yang baik walaupun delima berkenaan, saiznya kecil sahaja..berbanding kualiti dan saiz yang sama bagi delima afrika atau mozambique.


Isy..panjang pulak jadinya soalan saya..Semakin banyak belajar, rasa semakin banyak yang belum diteroka..Luas sungguh ilmu Allah taala. Harap dapat penjelasan dan pandangan dari tuan. Terima kasih.

*

*



JAWAPAN:

Wa ‘alaikumussalam wrt wbt.


Analisis saya tentang persolan ‘kualiti’ dan ‘harga’ dalam persoalan diatas antara Delima Burma dan Afrika, antara asas-asas penting untuk dilihat ialah seperti:




  • Definisi ‘Kualiti’: Bahagian pertama kualiti ialah Beauty's Perfection yang dinilai secara umumnya dari segi 4C iaitu Color, Clarity, Cutting dan Carat weight [Nota: Opal dan Diamond lain pula penilaiannya]. Bahagian kedua ialah darisegi Durability iaitu merangkumi Hardness, Toughness dan Stability. Bahagian ketiga ialah darisegi Rarity iaiatu merangkumi Actual rare dan Market rare. Bahagian keempat ialah Treatment samada Untreated atau Treated and it’s type.


  • Darisegi Durability kedua-dua jenisnya ‘dikira’ sama sahaja kerana kedua-duanya adalah Corundum sama adik-beradik. Andaikata darisegi Beauty's Perfection juga setara/setaraf/seimbang…namun ia tidak sama darisegi Rarity dan yang paling-paling utama factor menjatuhkan harga Delima afrika ialah darisegi treatment.


  • Faktor treatment inilah yang menjatuhkan harga delima Afrika seluruh dunia. Ianya bukan sahaja rendah di Malaysia bahkan di negara-negara maju. Apakah jenis dan bagimakah treatment yang dikenakan? [BERSAMBUNG]


  • Jika ‘cantik pada mata’ tersebut disebabkan oleh treatment, maka ianya bukan berada pada ‘top-quality’ walaupun penampilan luarannya sama seperti batu delima ‘top-quality’ yang tidak dirawat.


  • Batu yang Natural untreated dikira lebih berkualiti dan bernilai daripada batu Natural treated. Hakikatnya lebih 90% delima Afrika yang berada dalam pasaran telah dikenakan beberapa jenis treatment yang mana treatment tadi telah mengubah hamper ‘360 darjah’ rupa asalnya.


  • Di negara maju atau negara yang maju bidang gemmologinya, mereka tahu dan sedar hakikat sebenar delima Afrika ini. Bahkan maklumat yang sampai kepada kita tentang delima Afrika dll perkara juga hasil daripada kajian mereka.


  • Umumnya, bagi Delima Afrika, kualiti ‘cantik’ terutama darisegi clarity (kejernihannya) dan warnanya adalah berpunca daripada treatment. Kenapa clarity lebih baik dan kenapa warna Delima Afrika sepesyen sahaja? [BERSAMBUNG]


  • Dalam kaitan lokasi/lombong dengan harga tadi… “lokasi itu bukan kualiti’. Kualiti ialah kualiti apa yang ada pada batang tubuhnya.


  • Selain itu, “beauty drive demand, and rarity drive price”. Rarity berkait dengan teori asas ‘supply and demand’ iaitu terdapat factor yang mempengaruhi supply dan terdapat factor yang mempengaruhi demand. Apakah Actual rare dan Market rare? [BERSAMBUNG]


  • Kesimpulan: Atas beberapa factor inilah maka berlaku tanpa sebab manipulasi atau berlaku secara semulajadi dikehendaki-Nya harga delima Burma (Mogok dll) lebih tingi dan dapat maintain dan sebaliknya bagi delima Afrika.


Wallahu a’lam.

Saturday, June 19, 2010

ZAMRUD: LOKASI BUKAN KUALITI

Bagi semua batu permata, khususnya zamrud disini….biasa diletakkan nama lokasi datangnya seperti:


a. “Zamrud Colombia”
b. “Zamrud Muzo” (Colombia)
c. “Zamrud Chivor” (Colombia)
d. “Zamrud Brazil”
e. “Zamrud Zambia”
f. “Zamrud Russia”
g. “Zamrud Zimbabwe”
h. Zamrud Sandawana” (Zimbabwe)
i. “Zamrud China”
j. “Zamrud Xinjiang” (China)
k. “Zamrud Australia”
l. “Zamrud Panjshir” (Afghanistan)
m. dll


Colombia merupakan pengeluar Zamrud terbesar dunia iaitu sekitar 65-75%. Manakala Zambia pula mengeluarkan Zamrud sekitar 20%. Selebihnya dikeluarkan oleh Brazil, Russia, Zimbabwe, Pakistan, Australia, Afghanistan dan China. Pakistan (lembah Swat) adalah salah satu pengeluar tertua Zamrud dunia, manakala Afghanistan (Panjshir) dan China (Xinjiang) pengeluar terbaru Zamrud.


Umumnya, masyarakat kita ‘mengecam’ atau membezakan antara zamrud Colombia dan Zambia ialah dengan melihat kepada “warna”, "brilliant" dan “keberkilatan/lustere”nya. Adakah ini muktamad? […BERSAMBUNG]. Secara lebih spesifik, mereka berbeza darisegi “inclusion” (tanda dalaman semulajadi) antara zamrud Colombia dan Zambia.


Apabila membicarakan “kualiti”, biasa merujuk kepada batu yang telah siap dicanai, maka topiknya ialah “4C –Color, Clarity, Cut & Carat” dan dikilaskan sebagai “air”. 2C’s yang paling utama dilihat ialah Color & Clarity kemudian baru dilihat kepada 2C’s seterusnya iaitu Cut & Carat. Dalam penilaian zamrud, penilaian Color & Clarity paling mustahak, namun pada tahap akhir penilaian Color lebih mustahak berbanding Clarity. Kenapa? […BERSAMBUNG]


Dalam dunia zamrud khususnya, telah timbul sejak lama dahulu lagi kenyataan-kenyataan diseluruh dunia yang dicanangkan oleh banyak pihak yang mengaitkan “kualiti dengan lokasi” iaitu “Zamrud Colombia adalah terbaik” dan kenyataan ini dicanangkan lagi bersambungan seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Kesannya, asalkan batu tersebut ‘dikatakan’ dari Colombia, maka ia mendapatkan persepsi yang baik tanpa melihat 4C’s batang tubuhnya. Mutakhir, hampir keseluruhan Gemmological Association seluruh dunia telah dan sedang memperbetulkan semula persepsi seperti ini dengan penegasan bahawa “kualiti bukan berdasarkan lokasi!” dan “kualiti batu ialah kualiti apa yang ada pada batu tersebut!”. Ini kerana dalam urusan jualbeli batu kita menilai setiap biji batu secara individu, bukan selombong batu! Adapun kenyataan umum “kebiasaan atau kebanyakkan Zamrud terbaik (finest) didapati dari lombong-lombong Colombia..”tidaklah salah. Slogan “kualiti berdasarkan lokasi’ kadang-kadang boleh mengelabui dan menutupi kualiti yang sebenar khususnya mereka yang baru bermesra dengan zamrud (atau batu permata umumnya).


Mutakhir, selepas timbul Zamrud Panjshir (Afghanistan), dicanangkan pula “zamrud-zamrud Panjshir dapat mengalahkan kualiti zamrud Colombia”. Secara tidak langsung, kenyataan ini juga merupakan dalil bagi menolak kenyataan bersifat "lokasi menentukan kualiti" khususnya "zamrud-zamrud terbaik adalah zamrud Colombia". Hakikatnya, zamrud-zamrud yang terbaik ("top-quality"; "finest") didunia yang dinilai dengan 4C's terdapat hampir dikesemua lombong-lombong zamrud. Lebih berkualiti maka lebih bernilai, tanpa dipengaruhi oleh lombongnya. Oleh sebab itu sebiji zamrud yang "finest" dari Brazil lebih tinggi nilainya daripada sebiji zamrud Colombia yang kurang sedikit kualitinya, dengan perbandingan kualiti cutting dan berat carat yang sama. Begitu juga, jika terdapat 2 biji zamrud dari sama lombong dengan kualiti cutting dan berat carat yang sama, yang mana sebiji "finest" dan sebiji lagi kurang sedikit kualitinya, maka yang "finest" lebih bernilai. Sebagai info tambahan, zamrud Panjshir (Afghanistan) yang lombongnya dikuasai oleh puak Taliban yang dijual secara ‘black market’ dikategorikan sebagai ‘conflict stone/gems/gemstone’ diperingkat antarabangsa termasuk Berlian dari beberapa lombong di Afrika. ‘Conflict stone’ ialah mana-mana batu permata yang sudah siap dicanai atau belum dicanai lagi yang mana perlombongannya tersebut terdapat tindakan-tindakan yang mencabuli hak asasi manusia (penyeksaan, kerahan tenaga paksarela dsbnya) dan/atau hasil penjualan permata tersebut digunakan untuk membiayai kegiatan terorisma. Walhal, zamrud Panjshir yang terbaik-terbaik dipasarkan di US jua!


PENUTUP:
Hakikat menilai batu ialah secara individu batu tersebut, walaupun sama lombong kerana kualiti sebiji batu ialah kualiti setara mana 4C’s batang tubuhnya, tanpa perlu melihat kepada lombongnya. Batu mana yang anda minat itulah batu anda, tidak kira dari mana lombongnya! Hal lombong adalah hal no.2.


Tambahan:



  • Isu Taliban dari puak mana, terpulang kepada masing-masing.


  • Nota: dalam artikel ini, hanya dibicarakan zamrud sahaja


  • Wallahu a'lam.

Monday, May 17, 2010

Perkongsian...Firuz Iran Gred A

Difahamkan daripada beberapa sumber, maka saya klasifikasikanFiruz jenis seperti ini (darisegi warna) sebagai gred A.




(Gambar 1)

(Gambar 2)



Keterangan:


Umumnya, warna batu Firuz ada 2 iaitu:



  • Biru


  • Hijau

Warnanya ada yang bercampur antara hijau dan biru. Ada yang pekat/tua (rich) dan ada yang muda warnanya.

*

*


Tentang rupanya pula ada pelbagai. Sedikit ringkasan batu Firuz dalam gambar diatas:




  • (A) Ada yang licin/bersih permukaan batunya daripada sebarang urat, samada Firuz warna hijau atau biru.


  • (B) Ada yang 'agak cindai' iaitu terdapat 2 kawasan ketuaan yang berbeza atas satu batu.


  • (C) Ada yang berurat, dan uratnya 'sederhana' iaitu uratnya tidak terlalu banyak, tidak terlalu tebal tetapi tidak terlalu nipis serta membentuk pattern tertentu yang menarik.


  • (D) Ada Firuz yang berurat banyak, tebal, kasar dan mempunyai pattern tersendiri.

Selain itu, (E) terdapat Firuz yang bercampur dengan groundmass/hostrock-nya seperti ZT104.


Daripada perbincangan dengan gemmologist:




  • Warna yang terbaik dan dikira paling bernilai....ada yang mengatakan Hijau dan ada yang memilih biru. (hijau lebih 'rare' daripada biru umumnya). "Warna yang terbaik pada sisi seseorang ialah warna apa yang disukainya.."


  • Umumnya, rupa yang terbaik pada sisi seseorang ialah seperti A diatas.


  • Di USA, firus yang menjadi kegemaran mereka ialah seperti C diatas. "pattern' urat yang menarik memainkan peranan sangat penting dalam pemilihan.

Pada pemerhatian saya, masyarakat kita menyukai kesemua diatas, dan yang terlebih dipilih ialah C, E dan A.....atas citarasda masing-masing.


Wallahu a'lam.

Monday, April 5, 2010

sambungan...Pelbagai C: Finest Color For Emerald

Color hue bagi zamrud ialah daripada yellowish green (hijau kekuningan), pure green (hijau tulen) dan bluish green (hijau kebiruan). Yang dikehendaki ialah “pure rich green” (kaya dengan hijau tulen). GIA menyebut “the finest green for emerald” sebagai “green grass in the wet morning” iaitu “hijau tulen nampak sangat pekat (matang) tetapi bukan nampak terlalu gelap atau kehitaman (darker/black)... (daripada perbincangan dengan seorang gemologist)”

(kedudukan warna primer ‘pure green’ iaitu ditengah-tengah antara kebiruan dan kekuningan. Sebagai panduan sahaja, kerana tidak dapat dipadankan dengan warna sebenar. Source GIA.)


PENILAIAN & PERBANDINGAN:

Iaitu berasaskan prinsip “Siapa yang lebih hijau, siapa yang lebih menghampiri hijau tulen (pure green), dan siapa yang lebih kaya hijau tulennya”. Antara istilah untuk mengambarkan keindahan warna zamrud ialah “…intense green fire of emerald” dsbnya. Supaya lebih berstruktur, perbandingan diringkaskan seperti berikut:
  • untuk zamrud dengan warna Hijau Kekuningan (yellowish green): Zamrud yang lebih cenderung kepada kekuningan kurang bernilai daripada zamrud yang lebih cenderung menghampiri kehijaun tulen (pure green). Sebagai tambahan, ‘gewan dalam’ (brilliance) bagi zamrud yellowish green yang berklariti bagus (jernih lagi bersih didalamnya) biasa dipanggil “gewan air emas” kerana sifat kekuningannya itu.
  • untuk zamrud dengan warna Hijau Kebiruan (bluish green): Zamrud yang lebih cenderung kepada kebiruan kurang bernilai daripada zamrud yang lebih cenderung menghampiri kehijaun tulen.
  • untuk zamrud dengan warna Hijau (green): Perbandingannya ialah antara siapa yang lebih “pure” dan lebih “rich” kehijauannya. “Pure” disini bermaksud “hijau tulen” iaitu hijau yang berada ditengah-tengah warna hijau yang mana ianya tidak cenderung atau tidak bercampur dengan awa kuning atau awa biru. “Rich” disini bermaksud siapa yang paling berkeamatan (berintensiti atau berkepekatan) tinggi dengan “hijau tulen” tersebut. Jadi, zamrud yang mempunyai hijau paling tulen (very pure green) dengan keamatan yang tertinggi (very rich green) dikira paling bernilai. Inilah kaedah penilaian standard zamrud antarabangsa.
  • untuk perbandingan zamrud dengan warna Hijau kekuningan (yellowih green) vs Hijau kebiruan (bluish green): cara penilaiannya adalah sama iaitu antara mereka itu siapakah yang lebih menghampiri hijau tulen, dan/atau siapa yang lebih kaya hijau tulennya. Jika keduanya diandaikan mempunyai kepekatan (rich) yang sama, maka Zamrud yang Hijau kebiruan (bluish green) dikira lebih bernilai dan dicari daripada Zamrud Hijau kekuningan (yellowish green)...dengan syarat tidak nampak terlalu gelap (darker/black).

Dalam gallery zamrudtech yang dipaparkan setakat ini, zamrud kod ZT62 adalah paling menghampiri apa yang dimaksudkan dengan “pure rich green”. Ulasan seorang gemologist akan batu ini “dengan warna sebegini…sekiranya ianya mempunyai klariti yang bagus iaitu luaran dan dalamannya adalah bersih…maka harganya ialah sekitar USD3300 secarat!”. Tetapi clarity batu ini bak ‘jungle’ katanya berseloroh, sambil membandingkan dengan clarity zamrud dalam kedainya yang berharga sekitar AUD1200 secarat dengan warna hijau yang kurang ‘rich’ daripada ZT62. ZT62 mempunyai kurang brilliance. (Nota: warna zamrud ZT62 dalam gambar sedikit berbeza dengan warna sebenar batu mengikut skrin komputer)

Beliau bercerita, iaitu sekitar 15 tahun dahulu, dalam pameran dan jualan batu permata di Hong Kong, terdapat sekitar 1000 booths yang mempamer dan menjual batuan zamrud. Katanya, sambil berjalan-jalan dicelah-celah gerai…selang beberapa gerai akan dijumpai sebiji “the finest emerald” dalam banyak-banyak zamrud yang dipamerkan atas gerai tersebut. Cerita beliau lagi, mata secara otomatik akan dapat mengesan zamrud yang manakah “the finest” ketika berjalan-jalan dicelah gerai tersebut…”when you see it you know it!”. Salah satu daripadanya ialah seberat 3.75cts sahaja dengan harga USD25000 secarat! Untuk makluman, setiap tahun dianjurkan pameran dan jualan batu permata di Hong Kong. Pada masa itu berduyun-duyunlah pembekal, penjual, peminat, pemerhati dan orang awam seantero dunia dating ke sana..maka bertambah makmur ekonomi Hong Kong disebabkan oleh batu-batu mulia! Hong Kong adalah pusat perniagaan batu permata terbesar didunia, sebagai contoh untuk Berlian sahaja ada tidak kurang 4000 gedung berjenama berlainan pemilik (mengikut seorang gemologist)!

Trend warna zamrud yang dikira terbaik dan dikehendaki ramai dalam masyarakat kita diekspresikan sebagai “warna hijau lampu traffic light..” atau “nyela seperti warna hijau lampu traffic light pada waktu malam..” (lihat nota 1)
*
*
KESIMPULAN:
Jika 3 biji Zamrud yang mempunyai kualiti clarity (telusbersih/kejernihan/air kaca) yang sama dan mempunyai kepekatan (intensity/richness) yang sama, tetapi berbeza color hue-nya, maka ranking warna (color hue) Zamrud yang terbaik adalah seperti berikut:
  • "Pure rich green" (Hijau tulen pekat, tapi bukan nampak gelap -No.1 & paling jarang)
  • "Intense bluish green" (Hijau pekat awa biru, tapi bukan nampak gelap -No.2)
  • "Intense yellowish green" (Hijau pekat awa kuning, tapi bukan nampak gelap -No.3)
.
.
Tambahan:
  • (Nota 1) Sekalung terima kasih kepada Mat Nayie "Aku Anak Wayang", Tuan Fyezal dan sahabat2 lain atas info.
Wallahu a'lam.

Pelbagai 'C': Color

Warna batu permata.

(source: http://www.gia.edu/research-resources/gia-gem-database/data-acquisition.html)

Warna merupakan salah satu komponen kecantikan batu permata. Lance Grande dan Allison Augustyn mendefinisikan ‘beauty’ dalam glosari bukunya ‘Gems & Gemstones- Timeless natural beauty of the mineral world’ sebagai “A subjective aesthetic quality influenced primarily by a gem’s form, color, clarity, and reflection of light. The perception of beauty is also often influenced by current fashion and trend” dengan nota bahawa istilah dalam glosari ini didefinisikan dalam kontek permata dan mineral.

Dikatakan bahawa “warna antara satu batu dengan satu batu (yang sama jenis atau berbeza) tidak sama..”. Secara asasnya semua warna adalah unik. Warna terbaik pada sisi seseorang mungkin sama dan mungkin berbeza. Ungkapan masyhur - Zamrud mesti hijau, Delima mesti Merah dan Nilam mesti biru..tetapi ciri warna yang bagaimanakah dikatakan warna yang terbaik dan paling bernilai untuk setiap batu tersebut mengikut piawai antarabangsa? Dan apakah alasan disebaliknya? Tulisan ringkas ini dikhususkan untuk batu transparen, dan sebarang contoh yang ada dalam artikel ini diandaikan mempunyai tahap clarity/transparensi yang sama.

Yang terbaik adalah yang paling bernilai. Dalam hal menilai ‘kecantikan’, jika clarity dinilai dan dibandingkan dengan “siapa yang paling bersih luaran dan dalamannya maka dialah yang dikira terbaik..” maka color dinilai dan dibandingkan dengan "siapa yang paling tulen (pure) dan kaya (rich) warna primer dalam warna yang dibicarakan, maka dialah yang terbaik dan bernilai..". Inilah prinsipnya. Untuk melihat maksud serta kedudukan ‘pure’ boleh lihat color scale dibawah.
.
.
Dalam color scale di atas, gambaran kedudukan untuk warna-warna primer adalah seperti berikut:
  • untuk “pure red” ialah “RED” iaitu berada ditengah-tengah antara ‘slightly purplish red’ dan ‘orangy red’. Warna primer disini ialah ‘RED’ dan warna sekunder yang mengiringinya ialah samada purplish dan orangish.
  • untuk “pure green” ialah “GREEN” iaitu berada ditengah-tengah antara ‘slightly yellowish green’ dan ‘very slightly bluish green’. Warna primer disini ialah ‘GREEN’ dan warna sekunder yang mengiringinya ialah samada yellowish dan bluish.
  • untuk “pure blue” ialah “BLUE” iaitu berada ditengah-tengah antara ‘very slightly greenish blue’ dan ‘bluish violet’. Warna primer disini ialah ‘BLUE’ dan warna sekunder yang mengiringinya ialah samada greenish dan violet.
(Nota: namun, color scale RGB diatas atau yang diprint dalam buku hanya boleh dibuat panduan yang paling hampir sahaja kerana ianya tidak dapat dipadankan dengan warna sebenar pada batu, iaitu mengikut seorang gemologist)

Untuk 3 batu dibawah, tuan_blog simpulkan daripada beberapa sumber yang tuan_blog kira paling dominan dalam dunia batu permata dunia, namun ianya bukan simpulan mati kerana setiap tempat atau negara mempunyai trend citarasa dan persepsi yang tersendiri tentang warna yang terbaik.
  • Zamrud (Emerald)
  • Delima Merah (Ruby)
  • Nilam (Blue Sapphire)

[BERSAMBUNG..] Wallahu a'lam.

Tambahan:

  • Sekalung penghargaan kepada En. Kamal (Kemamam, Terengganu) yang memberi link2 yang berkaitan.

Saturday, January 23, 2010

Pelbagai 'C': Clarity

Clarity: Tingkatan telusbersih bagi batu permata. Batu yang telus dinilai pula ‘kebersihan’nya. Telusbersih batu permata atau dengan ekspresi lainnya “sejauh manakah kebersihan dalaman dan luaran bagi sesuatu permata daripada pigmen kotoran, bendasing, retak, rekah, raka…”.

Pada masa sekarang, penilaian clarity dipecahkan kepada 2, iaitu untuk:
  • Diamond
  • Colored gem (Delima, Nilam, Zamrud dll)

Clarity dinilai berdasarlan ‘kuantiti dapat dilihat’ Inclusion (disisni hanya difokuskan kepada batu asli, istilah inclusion merujuk kepada natural inclusion).

Inclusion ialah “mana-mana tanda dalaman dan bendasing (any natural growth) yang berada didalam batu permata”. Internal defect dan fracture semulajadi yang terjadi semasa proses tumbesarannya adalah inclusion. Tetapi fracture/crack akibat daripada ketukan benda keras bukan inclusion. Kekotoran, bendasing, fracture dan other internal defect pada batu permata dianggap sebagai suatu kecacatan (flaws). Dari segi lain, inclusion adalah suatu benda yang sangat penting kerana ianya digunakan sebagai tanda pengecaman keaslian sesuatu batu daripada yang sintetik. Secara umumnya, inclusion bagi batu yang sama jenis tetapi berbeza lombong/negara/tempatnya adalah berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan geological growth. Ini kerana kondisi pembentukan geologi antara satu tempat/kawasan/lombong dengan tempat yang lain atas bumi ini adalah berbeza. Disebabkan itu, inclusion ini dianggap ‘pemberitahu’ dari manakah sesuatu batu itu berasal. Tanda dalaman semulajadi (natural inclusion) samada terdiri daripada pepejal (solids), cecair (liquids) atau gas (gases). Inclusion ini ada yang dipanggil single-phase (gas), two-phase (gas + cecair) dan three-phase (gas + cecair + pepejal). (Perbicangan lanjut tentang inclusion akan bersambung kemudian)

Inclusion (fracture, crack dan other internal defect) memberi kesan kepada transparensi batu. Semakin banyak inclusion, maka semakin ‘kurang’ ketelusan (clarity/transparency) bagi sesuatu batu permata tersebut. Sifir yang mudah adalah “more inclusions lower clarity” atau “more flaws lower transparency” yang mana istilah clarity boleh bertukarganti dengan istilah transparency. Manakala istilah flaws boleh bertukarguna dengan istilah inclusion. Kesemua inclusion akan mengganggu brilliance (“air mmancar” @”cerah didalam”) batu permata!

Sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini, 4C’s diformulakan untuk Diamond. Pada tahun 1953, Gemmological Institute of America (GIA) telah memperkenalkan clarity grading scale untuk Diamond dan sehingga kini diterimapakai seluruh dunia untuk menilai Diamond. Grading scale ini hanya digunakan untuk menilai colorless Diamond. Scale ini tidak digunapakai kepada colored gems kerana “majority variasi permata berwarna lebih cenderung mempunyai tanda dalaman semulajadi (natural inclusion) yang lebih banyak berbanding spesis Diamond”. Maka GIA telah memformulakan satu bentuk clarity grading scale baru untuk colored gems sahaja. Menilai clarity colored gems lebih kompleks berbanding menilai clarity colorless Diamond kerana setiap variasi colored gems mesti dinilai dalam konteks kualitatifnya yang tersendiri. Terdapat 2 jadual yang dibaca bersama. Jadual 1 terdiri daripada clarity category (5 kategori semuanya) dan setiap kategori dipecahkan kepada 3 type (type 1, type 11 & type 111). Jadual 2 adalah jadual definisi setiap ‘type’ tersebut.

Penilaian clarity bagi colorless Diamond dan colored Gems dibuat menggunakan loupe 10x atau mikroskop dengan pengcahayaan yang mengcukupi dan dilakukan oleh penilai yang terlatih.

Istilah standard bagi memerihalkan ‘kelas tertinggi’ bagi clarity ialah:
  • Eye-clean”: Tidak ada inclusion dapat dilihat oleh mata kasar
  • Clean”: Tidak ada inclusion dapat dilihat walaupun dengan menggunakan loupe 10x pembesaran

Batu permata yang semakin menuju kearah kualiti ‘sempurna tiada cacat’ (flawless; Eye-clean; Loupe-clean) maka semakin tinggi nilai sesuatu batu permata tersebut!

Tambahan:
  • Secara umumnya, penilaian clarity yang menjadi ‘kebiasaan’ dalam masayarakat kita tidaklah sesetegas piawai GIA diatas. ‘Piawai kebiasaan’ kita lebih kepada ‘ala kadar’ sahaja tanpa ada aras penanda atau pengkategorian khas. Yang ‘bersih’ akan dinyatakan sebagai ‘bersih’….yang ada ‘kotoran’ akan dikata ada ‘kotoran’…yang ada retak’ akan dinyatakan ada ‘retak’….semuanya dinyatakan dengan ‘kadar’ masing-masing tanpa dirujukbanding dengan satu piawai khas....pada masa akan datang?
  • “International Clarity Grades for Polished Diamond” adalah kombinasi scale (1) Tradisional UK Clarity Grading Standards, (2) RAL, (3) Scan DN, (4) GIA, (5) CIBJO & (6) IDC.
  • Bagi Diamond, di sesetengah tempat/negara, kesempurnaan telusbersih dalaman sahaja diambilkira dalam definisi “clarity”, tetapi ditempat/negara lain, kesempurnaan telusbersih dalaman dan luaran diambilkira dalam definisi “clarity”.
[BERSAMBUNG...]
Wallahu a'lam

Thursday, January 14, 2010

Pelbagai 'C': Cut

Cut: Potongan batu permata. Prinsip potongcanai (cutting) batu di Barat ialah “Batu yang transparen akan di-facet/cutting, manakala batu yang lebih legap/berdaging akan dipotong bentuk cabochon”. Namun tidak semua batu sesuai atau boleh di-facet. Hanya batu yang keras sahaja boleh di-facet seperti dari jenis corundum atau quartz. Batu yang ‘lembut’ tidak dapat menghasilkan bucu-bucu yang dikehendaki. Disebabkan itu, dikatakan “batu facet/cutting adalah batu yang keras”. Potongan bentuk cabochon lebih mudah daripada faceting.

Kesempurnaan potongan pada batu memberi kesan kepada kualiti penampilan batu sebelum dan selepas diikat. Katakan terdapat 2 biji batu yang sama kualiti, sebiji dipotongcanai dengan sempurna dan sebiji lagi dipotongcanai dengan kurang sempurna, maka batu yang dipotongcanai dengan sempurna itu akan tertampil dengan lebih indah.

Teknik potongan juga menatijahkan penampilan batu yang berbeza. Terdapat teknik tertentu untuk menghasilkan “air ggolek” (lihat nota 1 dibawah) pada batu yang telus.

Potongan faceting akan menyerlahkan luster, fire dan brilliance batu permata tersebut. Sekurang-kurangnya terdapat 46 jenis bentuk faceting tidak termasuk jenis cabochon. Apa yang penting untuk dinilai ialah tentang “kesempurnaan” potongan tadi sekurang-kurang darisegi 2 perkara berikut iaitu (1) Kesimetrian (2) kesempurnaan bucu-cucunya. Ini kerana “kesempurnaan” potongan pada batu memberi kesan kepada kualiti penampilan batu.

Potongan cabochon menyerlahkan brilliance dan luster. Amat jarang batu yang telus yang dipotong cabochon mempunyai fire. Hanya potongan cabochon sahaja yang dapat mempamerkan star seperti pada batu Delima, Sapphire, Rose Quartz, Phenakite dll.
*
**
FIRE, BRILLIANCE & LUSTER:
  • Fire ialah kilauan multiwarna (warna pelangi) pada dalaman batu permata. Fire disebabkan oleh pemecahan spektrum "cahaya putih" kepada spektral warna pelangi. Cahaya putih (visible light) terdiri daripada 7 spektral warna pelangi secara mudah. Fire hanya ‘mungkin’ wujud pada batu transparen. Jarang-jarang sahaja batu transparen mempunyai fire. Semua batu berdaging/legap (opaque) secara automatik tidak mempunyai fire!
  • Manakala brilliance ialah pantulan "cahaya putih" pada dalaman batu permata. Dalam istilah biasa disebut sebagai “cerah didalam batu..” iaitulah merupakan definisi “air” oleh orang-orang lama. Yang paling dikehendaki untuk semua batu permata transparen ialah “batu cerah didalam dan cahayanya seakan memancar keluar..,cahaya dalam batu melawan cahaya diluar batu…,cahaya dalam batu lebih terang/cerah daripada cahaya disekelilingnya..” kerana ianya suatu ‘keindahan’ yang dicari-cari tetapi jarang. Yang kurang dikehendaki kerana dikatakan kurang sedikit ‘keindahannya’ ialah “…air nampak memendap kedalam batu (tidak memancar keluar cahayanya)” atau dengan perkataan lain “batu nampak gelap atau malap..” seperti ‘Delima Afrika yang dipertingkatrupa dengan rawatan glass filling yangItalic mengalami pemanasan’. Hanya batu transparen sahaja ‘berkemungkinan’ mempunyai brilliance. Tahap brilliance berbeza-beza antara satu batu dengan batu yang lain. Semua batu berdaging/legap (opaque) secara automatik tidak mempunyai brilliance!
  • Luster (kkilat pada permukaan batu) ialah pantulan cahaya pada permukaan luar batu permata. Kekerasan batu yang berbeza akan menampilkItalican luster yang berbeza walaupun digilap dengan standard yang sama. Batu yang lebih keras akan menghasilkan luster yang lebih tinggi. Tingkatan luster yang paling tinggi dikenali sebagai Adamantine iaitulah kepunyaan Berlian. Majoriti batu permata mempunyai tahap luster yang dikenali sebagai Vitreous (seperti tourmaline, delima, nilam dll termasuk kaca). Namun sesetengah corundum (Delima, Nilam) jika digilap dengan baik, luster yang ditunjukkan kadang-kadang dapat mencecah tahap Adamantine. Lain-lain luster ialah berminyak/greasy, metallic (seperti emas), mutiara/pearly, sutera/silky dan lilin/waxy (seperti firuz). Keseluruhan batu permata jika digilapkan akan nampak berkilat. Batu yang tidak mempunyai luster dipanggil dull. Sebagai renungan perkaitan antara kekerasan batu dan luster: lebih keras sesuatu batu itu maka lebih susah untuk menggilapnya, namun natijah keberkilatannya lebih memukaukan pandangan, dan lebih tahan lama keberkilatannya itu.

Fire dan brilliance disebut juga sebagai “gewan dalam” dan hanya ada pada batu transparen sahaja. Fire lebih jarang didapati berbanding brilliance. Secara mudah "gewan dalam" ialah "mana-mana mainan cahaya didalam batu.." termasuk fenomena "api-api" yang berlegar-legar didalam batu apabila dipusing-pusingkan batu tersebut. "Gewan dalam" ini juga dimaksudkan dengan "air". Maka, batu yang telus mempunyai pelbagai kelebihan atas batu berdaging dalam hal ‘keindahan’. Secara umumnya, batu yang telus lebih jarang berbanding batu yang berdaging, dan bagi semua jenis batu, batu yang telus lebih mahal berbanding batu berdaging. Lain bentuk potongan lain kosnya dan berbeza pula keindahan yang diserlahkan. Pukulratanya, lebih sempurna dan lebih indah lebih berharga.

Nota 1: Sebagaimana diberitahu oleh En. Kamal dari Kemaman, Terengganu.
[BERSAMBUNG...]
Wallahu a'lam.

Pelbagai 'C': Carat Weight

Carat: Dikenali juga sebagai Berat Carat (carat weight) ialah ukuran standard yang digunapakai dalam menimbang berat batu permata. Satu carat bersamaan dengan 0.200g (200mg), bermakna 5 carat bersamaan 1g. Sebagai perbandingan bagi 2 biji permata yang sama jenis dan kualiti, maka permata yang lebih berat carat akan lebih mahal berbanding permata yang kurang berat caratnya tadi. Ini kerana semakin berat batu permata semakin mahal nilainya dengan perbandingan kepada jenis dan kualiti yang sama.

Berat carat adalah berat sebenar batu permata tersebut dan ianya bergantung kepada 'specific gravity (SG)' batu tersebut. Maka, secara umumnya, batu permata berlainan jenis yang sama saiz tidak semestinya mempunyai berat carat yang sama, dan sebaliknya, batu permata berlainan jenis yang mempunyai berat carat yang sama belum tentu mempunyai saiz yang sama. Batu yang berlainan jenis tetapi mempunyai SG yang sama dapat diconggak mempunyai berat carat dan saiz yang sama.

Untuk 3 batu terkenal:
  • Batu Delima (SG 3.97-4.05) mempunyai SG yang sama dengan Nilam (SG 3.95-4.03) dengan purata 3.99-4.
  • Zamrud mempunyai SG 2.67-2.78 iaitu kurang daripada batu Delima dan Nilam.
[BERSAMBUNG...]
Wallahu a'lam

4C's Ke Arah 5C's

5C's yang dimaksudkan ialah:

  • Color (warna)
  • Cut (potongan)
  • Clarity (telusbersih)
  • Carat weight (berat carat)
  • Certification (pensijilan)

[BERSAMBUNG...]

Saturday, October 31, 2009

Menilai Yaqut (Batu Delima & Nilam)

Batu Cukup Kkakah”:
Air kaca, warna merah molek, ada gewan, ada star, batu besar, potongan penuh, batu pejal molek, batu tua molek..

Secara ringkas, susur galur ilmu menilai batu permata orang Kelantan diperolehi daripada orang Patani, manakala orang Patani mendapatnya daripada orang Siam (Bangkok, Chanburi dsbnya) yang mana sumber batu delima diperolehi dari Burma. Ilmu berkaitan batu permata terdapat dalam karya ulama Patani. Dalam jalur tersebut, mengikut tempat masing-masing, ilmu ini berkembang sesuai dengan keadaan budaya tempatan masing-masing bersekali dengan istilahnya. Daripada Kelantan, ilmu ini berkembang ke tempat-tempat lain, termasuk sekali dengan ilmu pembuatan emas/perak.

Batu permata adalah objek yang hendak dinilai, antara sifat-sifatnya yang dinilai disimpulkan sebagai berikut:
  • “Air” (soalan: Ada air atau tidak? Air molek atau tidak?..)
  • Warna (soalan: Tua atau mudo? Pertengahan atau macam mana? Comel atau dok?..)
  • Gewe/Gewan (soalan: Ado gewan atau tidak? Gewan penuh/sekata ko dok? Terang atau tidak?..)
  • Star/bintang (soalan: Ado star ko dok? Star sempurna atau tidak?..)
  • Saiz batu (soalan: Besar atau kecik?...)
  • Potongan (soalan: Penuh atau tidak? Sempurna atau tidak?...)
  • Kepejalan Batu: Batu pejal molek atau tidak?.. (berkait dengan struktur daging batu)
  • Ketuaan Batu: Batu tua molek ko dok?...(berkait dengan rupa dan warna)

Sekiranya cukup sekurang-kurangnya 7-8 perkara diatas pada batu tersebut, maka batu tersebut dipanggil “Batu Cukup Perkakas”. Atas setiap satu perkara/sifat yang dinilai tersebut mempunyai lebih daripada satu pendapat/pandangan. Keindahan seni batu permata adalah suatu yang tidak sama dan menetap, namun sepakat. Sebentuk cincin bertatah sebiji batu permata , kalau pergi kemana-mana sekalipun disapa orang sebagai “cantik, memikat..” maka boleh dikatakan sepakatlah batu tersebut diterima ramai sebagai cantik!

Wallahu’alam

[note: sebagai bandingan dengan menilai batu permata berwarna menggunakan 4C ....BERSAMBUNG]

Wednesday, October 14, 2009

4C’s Diamond vs 4C’s Connoiseurship

4C’s Diamond:
  • Color (Warna)
  • Cut (Potongan)
  • Clarity (Telusbersih)
  • Carat (Berat Carat)

Lebih awal diperkenalkan sebagai parameter menentukan kualiti batu. Diperkenalkan terutamanya untuk menilai Diamond, kemudian digunapakai kepada majority batu permata lain. Namun hanya Diamond sahaja yang mempunyai sistem piawaian untuk menilainya, batu permata berwarna lain memakai 4C hanya 'ala kadar' sahaja.

4C’s Connoiseurship:
  • Color
  • Cut
  • Clarity
  • Crystal

Kombinasi "color + crystal" dipanggil "water" .

[BERSAMBUNG]

Wednesday, May 20, 2009

4C: Parameter Yang Mempengaruhi Nilai Batu Permata Yang Telah Siap Dicanai

Sebelum itu, eloklah kita merenung beberapa petunjuk yang ada sangkutpaut dengan 4C daripada kitab Al-jauhar, iaitu sebuah kitab yang telah lebih 100 tahun diterjemahkan kedalam bahasa Melayu, dan “permata-permata berharga” yang terkandung didalamnya telah disampaikan oleh tuan-tuan guru kita sehingga sebahagian umat tanah Melayu khususnya, telah berhias-hias dengannya samada disedari atau tidak. Petunjuk-petunjuk tersebut ialah berkenaan ciri-ciri nikmat keindahan yang ada pada perkara di dalam syurga yang dapat digunapakai dalam menilai keindahan perkara atas dunia, antaranya:
  • “Kata Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma: Tiada ada di dalam dunia suatu daripada barang yang didalam syurga melainkan muafakat pada nama jua. Adapun ‘ainnya, maka sangat jauh barang yang antara keduanya kerana barang yang didalam syurga terlebih mulia dan terlebih tinggi, maka emas dan perak didalam syurga umpamanya sangat bersihnya nyata dilihat zahirnya dan batinnya daripada sangat jernihnya
  • “…putih mereka itu seperti putih Lu’lu’ dan jernih warna mereka itu seperti jernih Yaqut, maka kerana demikian itu Firman Allah Taala “seolah-olah bidadari itu seperti Yaqut dan Marjan (ar-Rahman:58)”"
  • “Dan kata ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu’anhu: Bahawasanya Hurul ‘Iin itu dilihat akan sir betisnya diluar dagingnya dan tulangnya dan 70 lapis pakaiannya, seperti dilihat akan minuman yang merah didalam kaca yang putih
  • “…Atasnya 70 pakaiannya, apabila ia berhadap bercahaya-cahaya mukanya nur yang cemerlang seperti bercahaya matahari bagi ahli Ad-Dunya dan dilihat akan hatinya daripada sangat nipis kainnya dan kulitnya diluarnya..”
Terbaru, terdapat 2 jenis 4C iaitu dikenali 4C Diamond (yang asal) dan 4C Connoiseurship (yang baru). Wallahu'lam.
[BERSAMBUNG...]

Friday, May 15, 2009

Kenapa batu transparent (telus) lebih berkualiti?

(Gambar Hiasan: Darjah kelutsinaran (lutcahaya) yang berbeza)

Ketelusan adalah satu sifat. Batu yang bersifat telus lebih daya tarik kecantikkannya. “Kecantikkan” pada batu permata dikira sebagai “kualiti”. Ketelusan berkait dengan telusbersih (clarity). Batu yang telus akan dinilai pula kebersihan dalamannya, contohnya berlian. Clarity mempengaruhi brilliance bagi diamond.

Terdapat 3 perkara yang dipertimbangkan sebagai “KUALITI” yang membuatkan bahan permata (gem material) sesuai digunapakai sebagai perhiasan (jewellery), iaitu:
  • Beauty. Kecantikkan tidak boleh diukur sebab ianya bergantung kepada factor yang subjektif. Kecantikkan bagi “permata berwarna yang telus” (transparent coloured gem) bergantung kepada 2 faktor utama iaitu (1) keamatan/ketuaan warnanya dan (2) darjah ketelusannya. Bagi diamond pula, kecantikkannya ditentukan oleh brilliance, fire, optical purity dan ketidakwujudan sebarang benda berwarna lain. Colorless diamond paling berharga. Bagi precious opal pula, kualitiiridescent play of color” akan menjadi factor penentu.
  • Rarity ialah suatu kualiti yang mesti ada bersama-sama dengan nama batu-batu berharga. Gelas yang berwarna (coloured glass) juga cukup cantik darisegi hue dan transparency, tetapi ia tiada makna kejarangan. Rarity berkait pula dengan supply & demand.
  • Durability (mengcakupi toughness dan hardness) adalah “kualiti praktikal” yang lebih penting berbanding Beauty & Rarity, kerana tanpa kualiti ini mungkin suatu batu permata tersebut tidak dapat dipakaihias lebih sehari dek sudah hancur tidak tahan. Maka ianya satu “kualiti penting” darisegi pemakaian.
Tambahan:
Ketelusan
boleh dipengaruhi oleh 3 faktor berikut:
  • Keamatan/ketuaan warna yang tinggi membenarkan kurang cahaya melepasinya berbanding warna yang kurang sedikit keamatan/ketuaannya.
  • Kehadiran/kewujudan kecacatan dalaman (internal flaw) atau tanda dalaman semulajadi (natural inclusion) mempengaruhi darjah transparen batu tersebut
  • Ketebalan batu. Lebih tebal batu lebih banyak cahaya hilang daripada melepasi batu

Ketelusan adalah satu “kualiti optikal” yang penting bagi batu permata yang memberi kesan kepada Beauty dan nilainya. Selain disifatkan sebagai transparent, batu permata juga disifatkan sebagai semi-transparent, translucent, semi-translucent dan opaque.
Batu transparent “lebih daya tarikkan” sebab ianya “lebih cantik” pukulrata untuk semua mata yang memandangnya. Lebih cantik lebih kualiti. Wallahu’alam.

[Kredit kepada karya P.G. READ]

Tuesday, April 14, 2009

Dikatakan “Bermula batu tiada harga…”

Batu-batu permata yang asalnya tersembunyi, tertimbus dan bertempel samada pada batuan igneous, metamorphic dan sedimentary boleh dikira tergolong sebagai “debu dan tanah liat” sahaja sebelum ianya diproses tambahnilai, sebagaimana kata Imam al-Ghazali dalam Asrar Khalqi Makluk (bab rahsia diciptakan api).


Pencarian batu-batu permata disesuatu kawasan berdasarkan geological map (digunapakai oleh orang-orang barat) memerlukan pengetahuan + keterbiasaan + teknologi peralatan yang bersangkutan. Batu-batu permata yang masih rough biasanya ditemui masih bercampur atau bertempel pada batu/mineral lain sebagai hostrock/groundmass. Kaedah pencarian yang biasa: Para pencari batu akan spot tempat-tempat yang dirasakan ada batu permata tertanam (seperti batu bukit) berdasarkan bentuk mukabumi (seperti tepi sungai), kemudian pencarian dan pengalian dilakukan.


Kemudian, batu-batu permata rough tadi akan dipotongcanai (cutting) mengikut kehendak kemahuan pemiliknya. Bentuk potongan ada bermacam-macam. Kebiasaannya, batu permata yang rough tadi akan mengalami proses: Pemotongan/kerat/belah (cut) + pembentukkan (grind) + pengilatan (polish). Istilah cutting memerihalkan semua proses tersebut walaupun batu permata tersebut dibentuk dengan proses canai (grinding). Proses-proses ini memerlukan medium air sebagai coolant, pengumpul habuk, pencuci permukaan batu dan menolong melihat ketelusan batu – melihat tempat yang ada raka, atau melihat corak-corak yang unik didalamnya. Bentuk canaian yang paling mudah dan digemari ramai ialah cabochon, dan bentuk yang paling sempurna ialah seperti “biji buah kana”. Setiap individu dalam masyarakat tertentu mempunyai citarasa tersendiri dalam potongan batu. Selain dipotongcanai mengikut bentuk kebiasaan potongan, batu permata juga ditambahnilai dengan membuat ukiran (carving and engraving) padanya seperti rupa bunga, binatang atau manusia, dan menjadi trend dalam masyarakat tertentu. Bagi berlian, teknologi pencanaiannya lebih komplek: Menggunakan teknologi mesin yang lebih canggih + memerlukan ketelitian-kejituan-ketepatan sudut yang tinggi bagi setiap potongan bagi menyerlahkan kilauan (fire dan brilliannce) yang menyeluruh (sebagaimana diterangkan dalam buku-buku). Dikatakan, berlian dipotongcanai (cutting-faceting) bermula sekitar abad ke-15, dan untuk tempoh yang lama teknik faceting tersebut disimpan dengan ketat sebagai satu rahsia.


Setelah dipotongcanai (cutting), sebahagian batu permata yang terpilih akan dihantar ke makmal gemology untuk pensijilan yang akan mengandungi kesemua atau sebahagian butiran berikut: Nama batu (product name) + kumpulan batu (group) + berat batu (weight) + bentuk potongan (cutting) + dimensi potongan (size/dimension) + ketelusan (clarity) + rawatan (treatment) + warna (color) + kilauan permukaan/luar (luster) + system kristal (crystal system) + struktur kristal (crystal structure) + kekerasan (hardness) + asal batu (origin) + SG + RI + DR.


Akhirnya, batu-batu permata yang telah siap akan dihantar kepada tukang emas atau perak untuk diikat (mounting). Bentuk potongan batu yang sempurna akan menatijahkan: Memudahkan batu diikat + menjadikan ikatan simetri dan ‘tegap’ + lebih serasi pada pandangan antara ikatan dengan batu. Bahan pengikat dan bentuk ikatan mengikut citarasa setiap individu tidak sama kosnya setiap satu.

*****

  • Batu-batu permata rough dalam bumi yang telah digali sudah sedia dijualbeli secara rough. Ekspedisi penggalian juga memerlukan sedikit sebanyak kos.
  • Proses pencanaian memerlukan kos. Selepas dibelah/dipotong atau selepas siap dicanai sebelum diikat, ianya sudah sedia dijualbeli.
  • Pedagang batu permata yang datang dari luar semata-mata menjual batu permata di Tanah Melayu juga memerlukan kos. Orang-orang yang mengunjungi luar negara dan membawa pulang batu permata juga melibatkan kos.
  • Proses pensijilan batu juga memerlukan kos.
  • Proses mengikat memerlukan kos, iaitu: Harga semasa berat emas/perak yang digunakan + aksesori lain jika ada + upah ikat oleh tukang + kos perjalanan. Emas dan perak dikenakan zakat, batu permata tidak dikenakan zakat walau semahal mana sekalipun. Mengikut kebiasaannya, harga cincin yang telah siap (diupah ikat oleh penjual) yang sedia dipakai oleh pembeli tidak sama dengan harga cincin yang baru hendak diikat oleh pembeli batu, ini kerana: Modal yang dikeluarkan untuk ikatan sebelum terjual + ketersediaan cincin untuk dipakai; tidak perlu menunggu tempahan siap. Tetapi terpulang atas budibicara penjual-pembeli.
  • Selain itu faktor "batu itu sendiri" yang mana "Beauty drive demand, rarity drive price".


*****

Kemudian dikatakan “..akhir batu ada harga”

Thursday, October 9, 2008

4 Batu Terbilang [Big Four]

Dalam dunia batu permata...dari segi 'nilai', batu permata dibahagikan kepada 2 kelompok utama iaitu:



  • Precious


  • Semiprecious

Batu-batu permata yang tergolong dalam Precious disebutkan ada 8 atau 9 jenis. Selebihnya tergolong dalam kumpulan Semiprecious. Dalam buku Gemstones of The World dinyatakan "The term semi-precious has generally fallen out of use because of its derogatory meaning. Formerly, one meant with this term the less valuable and not very hard gemstones, which one opposed to the 'precious' stones. 'Precious' and 'semi-precious' are adjectives, however, that cannot be adequately defined to distinguish between gems."


Selain precious dan semiprecious, 'nilai' batu-batu permata dibahagikan sebagai:




  • Big Four


  • Semiprecious Gemstones

Batu-batu permata yang tergolong dalam "Big Four" ialah Ruby (Delima merah), Emerald (Zamrud), Blue Sapphire (Nilam) & Diamond (Berlian). 4 batu permata ini merupakan batu-batu permata yang paling popular dan paling bernilai dalam sejarah & kontemporari. Seorang tukang buat cincin pernah berkata "4 batu ini dikenali dan diterima diseluruh dunia....orang Malaysia kenal dan kalu bawa ke Hongkong pun orang kenal". Kata seorang penjual lain "Seorang tokoh permata pernah berkata supaya beli, pakai dan simpan 4 biji batu diatas (sebagai pelaburan)...harganya stabil dan naik bagi 4 biji ini (bagi batu kelas yang terpilih) ". Memakai dan menyimpan sebagai contoh cincin batu zamrud berkualiti baik, kadang-kadang 'diminta beli' oleh orang lain dengan harga yang yang tidak pernah si pemakainya fikir. Wallahu'alam.

Wednesday, November 14, 2007

PENETAPAN HARGA

ASAS
1. Penjual & Pembeli
2. Barang & Harga
3. Aqad *persetujuan*

FAKTOR HARGA
1. Kualiti
Kecantikkan
Semakin cantik maka semakin mahal
Kekerasan
Semakin keras maka semakin mahal
Ketahanan
Semakin tahan maka semakin mahal
Warna
Semakin tua warna semakin mahal
Kelutsinaran (opaque & transparency)
Semakin lutsinar maka semakin mahal
2. Kejarangan (rarity)
Semakin jarang maka semakin mahal
3. Permintaan
Semakin tinggi permintaan maka semakin mahal
4. Bekalan
Semakin kurang bekalan maka semakin mahal
5. Saiz & Berat
Semakin besar saiz & tinggi berat maka semakin mahal
6. Ketuaan
Semakin tua (lama) maka semakin mahal
7. Nilai sejarah
Jika mempunyai nilai sejarah tertentu maka semakin mahal
8. Kos Perjalanan & Modal
Semakin tinggi kos perjalanan & modal maka semakin mahal
9. Kepayahan
Semakin payah/sulit untuk diperolehi maka semakin mahal

TAMBAHAN:
Namun, persetujuan jual-beli dengan harga sekian-sekian adalah terpulang kepada budibicara penjual dan pembeli itu sendiri. Penjual berhak meletak harganya yang tersendiri, dan pembeli mempunyai pilihan untuk tidak membelinya. Kekadang nilai sesuatu barang tersebut adalah subjektif,.. mempunyai nilai sejarah dan nilai sentimental bagi seseorang. Moral dan etika menjadi pertimbangan, akhlak menjadi pegangan. Ilmu taksir digunapakai, bagi seorang penjual sebagai contoh "kalau aku yang menjadi pembeli, apa pendapatku tentang harga ini...cara sebegini". Penjual tidak wajib untuk memberitahu harga modalnya walaupun didesak kerana itu termasuk dalam hal hak rahsia peniaga. Tidak boleh (= haram) peniaga memberitahu harga modal yang salah (menipu) untuk menunjukkan harga modal barangnya 'mahal' supaya barangnya dapat dijual dengan harga yang mahal. Terpulang kepada peniaga untuk memberitahu harga modalnya dan keuntungan yang diambil, namun hendaklah tidak memudharatkan peniaga lain. Antara peniaga dan pembeli adalah saling memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Pada waktu lain penjual menjadi pembeli dan sebaliknya. Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...