SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu
Showing posts with label Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub. Show all posts
Showing posts with label Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

M/s 309-311 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Berbuat Bakti Bagi Dua Ibu-Bapa, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

HIKAYAT
Dan dihikayatkan, bahawasanya Nabi Sulaiman ‘Alaissalam adalah ia berjalan pada hawa antara langit dan bumi hingga sampai kepada satu laut yang sangat dalam, maka melihat ia satu tempat ombaknya sangat besar alunannya, yang menakut akan orang yang melihat akan dia. Maka menyuruh ia akan angin diam, maka diam ia. Maka menyuruh ia akan syaithan menyelam pada laut itu, maka menyelam ia, maka tiada sampai kepada akhirnya, maka keluar ia. Maka menyelam yang lain, maka mengeluar ia akan satu kubah daripada Mutiara yang putih tiada lubang baginya. Maka dihantarkan dia di hadapan Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam, maka ta’jub Nabi Sulaiman dan mendoa ia akan Allah Subhanahu wa Taala, maka terbuka kubah itu pintunya, maka tiba-tiba ada padanya orang muda duduk sujud dalamnya. Maka berkata Nabi Sulaiman baginya:”Adakah engkau daripada malaikat atau daripada Jin?” Katanya: “Tiada, tetapi aku daripada anak Adam.” Sabdanya: “Apa sebab tercapai engkau akan ini karamah?” Katanya: “Dengan sebab berbuat bakti bagi dua ibu-bapa, dan bahawasanya adalah ibuku tua dan aku tanggung akan dia di atas belakangku, dan adalah doa bagiku: “Hai Tuhanku, rezekikan olehMu akan dia bahagia dan jadikan baginya suatu tempat kemudian daripada matiku, tiada pada bumi dan tiada pada langit tempat ketetapannya.” Maka tatkala wafat ia, maka aku berjalan pada tepi laut, maka aku lihat satu kubah daripada Mutiara yang putih, maka tatkala hampir aku akan dia terbuka ia bagiku, maka aku masuk akan dia, maka tertutup ia dengan qudrat Allah, maka ada aku di dalamnya dan tiada aku ketahui adakah aku pada hawa atau pada bumi dan rezekikan daku Allah Taala. Sabda Nabi Sulaiman: “Betapa dating rezeki engkau padanya”. Sembahnya: “Apabila lapar aku, keluar daripada batu ini pohon kayu serta buahnya dan keluar daripadanya air putih seperti laban terlebih manis daripada madu dan terlebih sejuk daripada air embun, maka apabila puas aku, hilang ia.” Sabda Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam: “Betapa engkau ketahui malam daripada siang?” Sembahnya: “Apabila keluar fajar Subuh, putih kubah, dan aku ketahui bahawasanya siang hari dan apabila jatuh matahari berhadap kelam, aku ketahui bahawasanya sudah malam”. Maka meminta doa Nabi Allah Sulaiman akan Allah Taala, maka bertangkup balik kubah itu dan ia di dalamnya, maka jadilah ia seperti telur burung Na’amah (burung Kasawari) maka turun ia ke dalam laut.

HIKAYAT
Dan cetera daripada Thawus Al-Yamani adalah seorang lelaki dan ada baginya empat orang anak, maka sakit ia. Maka berkata anak yang besar daripada mereka itu: “Ada kalanya kamu membelakan sakitnya dan tiada bagi kamu daripada pusakanya sesuatu dan adakalanya aku yang membelakan sakitnya dan tiada bagi aku sesuatu daripada pusakanya.” Maka berkata mereka itu: “Engkau yang membelakan sakitnya”. Maka membela yang besar akan sakit bapanya hingga mati ia dan tiada ia mengambil akan sesuatu daripada hartanya, maka dikata orang baginya di dalam tidurnya: “Pergi olehmu pada tempat anu (sekian), maka ambil olehmu daripadanya seratus dinar dan tiada padanya berkat:. Maka berpagi-pagi menyebut ia akan demikian itu bagi isterinya, katanya: “Pergi ambil olehmu akan dia”. Maka enggan suaminya dan pada malam kedua dikata orang baginya: “Pergi olehmu pada tempat anu (sekian), maka ambil olehmu padanya 10 dinar dan tiada padanya berkat”. Maka meloba akan dia oleh isterinya atas mengambil, maka enggan ia daripada mengambilnya dan pada malam ketiga dikatakan baginya pula: “Pergi olehmu kepada tempat anu (sekian), maka ambil olehmu daripadanya satu dinar dan ada padanya berkat”. Maka pergi mengambil ia akan dia kemudian keluar ia kepada petang, maka tiba-tiba berjumpa ia dengan lelaki menjual ikan dua ekor, maka berkata ia: “Berapa ini?”, Katanya: “Satu dinar”, maka dibelinya akan dia dengan satu dinar, kemudian dibawa ke rumahnya, dibelah akan dua ikan itu, maka didapatnya di dalam perut tiap-tiap satu daripada keduanya satu mutiara yang tiada pernah melihat manusia seumpamnya, maka membawa ia dengan salah suatu daripada dua mutiara itu kepada Malik, maka berkata Malik: “Tiada patut melainkan ada saudaranya”. Maka berkata ia: “Ada padaku saudaranya”. Kata raja itu: “Bawa olehmu kepadaku hingga aku beri akan dikau ganda barang yang aku beri”. Maka mendatang ia dengan dia kepada Malik, maka memberi Malik akan barang yang dijanjinya harga yang amat banyak iaitu 60 ribu dinar, kemudian melihat ia di dalam tidurnya akan orang berkata baginya: “Inilah sekaliannya dengan berkat hormat bakti engkau kepada bapa engkau yang dibalaskan pada dunia”. Maka betapa yang dibalas Allah Taala di dalam akhirat maka iaitu yang terlebih afdhal.

Dan sabda Nabi ‘Alaihissalam:
::::::::::::::::::::::
Barangsiapa menghantarkan makanan yang baik pada rumahnya dan memakan ia akan dia, tiada dua ibu-bapanya, diharamkan dia Allah Taala akan lazat makanan syurga

Dan sabda Nabi ‘Alaihissalam:
:::::::::::::::::::::::
Barangsiapa bermalam padahal ia kenyang dan puas dahaganya, dan salah seorang daripada dua ibu-bapanya lapar atau dahaga ia, nescaya dihasyarkan dia Allah Taala pada hari qiamat padahal ia lapar dan dahaga, dan tiada malu Allah Taala daripada menyeksa aakan dia pada hari qiamat

M/s 406, 408, 410, 411, 413, 415, 416, 417, 418, 422, 423, 424 & 427 Ini Kesudahan Kitab Pada Menyatakan Sifat Syurga dan Ni’matnya, AL-JAUHAR

Kata Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu: “Tiada daripada seorang daripada ahli syurga melainkan berkhidmat atasnya 1000 ghulam (budak) dan tiap-tiap satu ghulam (kanak-kanak) itu atas pekerjaan yang lain daripada pekerjaan taulannya. Dan adalah mereka itu tatkala berkhidmat bagi penghulu mereka itu, dilihat akan mereka itu seperti Lu’Lu (Mutiara) yang bertaburan. Inilah hal sifat khadam.

……………………

FAEDAH
Bermula syurga itu delapan:
  • Darul Jalal, daripada Lu’Lu (Mutiara) yang putih
  • Darus Salam, daripada Yaqut yang merah
  • Jannatul Ma’wa, daripada Zabarjad yang hijau
  • Jannatul Khuld, daripada Marjan yang kuning
  • Jannatun Na’im, daripada perak yang putih
  • Jannatul firdaus, daripada emas yang merah
  • Jannatu ‘Adn, daripada Mutiara yang putih
  • Darul qarar, tempat tinggal yang kekalBold
Riwayat daripada Anas radhiyallahu’anhu, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam : Telah menjadi Allah taala akan ‘Adn dengan tanganNya satu bata daripada Mutiara yang putih dan satu bata daripada Yaqut yang merah dan satu bata daripada Zabarjad yang hijau. Pagarnya kasturi, rumputnya za’faran, anak batunya Lu’Lu (Mutiara) dan tanahnya ‘Anbar. Kemudian berfirmanNya baginya : « Berkata olehmu ! » Maka berkata ia :

::::::::::::::::::
Kemenanganlah orang yang mu’minun (Surah Al-Mu’minun : Ayat 1)

Maka firmanNya : « Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, tiada berjiran akan Daku pada engkau oleh orang bakhil ».

Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhuma : « Segala mahligai syurga itu seperti bintang di langit dan segala sungainya seperti bintang di langit dan padanya sungai nahrur rahmah, berlaku ia pada sekalian syurga »

………………………..
Dan tatkala tetaplah ahli syurga di dalam syurga, menyuruh Allah Taala kepada tiap-tiap seorang daripada mereka itu satu buah tuffah (epal) serta malaikat. Maka mengambil tiap-tiap seorang akan dia, maka melihat ia ada dalamnya jariyah dan kitab suratan daripada Tuhan Al-‘Aziz Al-Hakim : « Sungguhnya telah rindu Aku kepada kamu, maka ziarah oleh kamu akan Daku. » Maka menungganglah segala lelaki akan kuda daripada Yaqut yang merah. Bagi tiap-tiap kuda itu dua sayapnya daripada perak dan dua sayapnya daripada emas. Dan menunggang segala perempuan akan unta di dalam hudaj. Maka berjalanlah segala lelaki kepada Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam dan berjalan segala perempuan kepada Siti Fatimah Radhiyallahu’anha. Sungguhnya, telah dijadikan mereka itu oleh Allah Taala :
  • Abkaran, yakni bikr (gadis) sekaliannya
  • ‘Uruban, yakni asyik dan rindu mereka itu kepada suaminya jua
  • Atraban, yakni atas umur yang satu sekaliannya, anak 33 tahun, seperti umur Nabi Isa « alaihissalam. Dan panjangnya 60 hasta dan lebarnya 7 hasta, dengan hasta Hasyimi atas kejadian Nabi Adam ‘Alaihissalam dan atas keelokkan nabi Yusof ‘Alaihissalam dan atas perangai Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam dan suara Nabi Daud ‘Alaihissalam.
Maka berhenti segala perempuan pada dewan daripada Mutiara yang putih di sisi Siti Fatimah. Dan berhenti segala lelaki pada medan daripada kasturi, ada padanya beberapa kerusi emas. Dan antara lelaki dan aku akan segala syurga sekaliannya, maka tiada aku dapat akan sesuatu. Maka firman Allah ‘Azza wa jalla : « Pergi olehmu kepada Jannatu ‘Adn dan tilik olehmu kepada yang teratasnya, maka bahawasanya ia satu rukun daripada segala rukunnya. » Maka berjalan Jibril kepada Jannatu ‘Adn, maka berkeliling ia akan dia, tiba-tiba berjumpa ia dengan satu syurga daripada Mutiara yang merah, yang tinggi atas segala syurga sekaliannya, dan baginya pintu daripada emas yang merah, tiada kuasa disifatkan dia oleh seorang melainkan Tuhan yang menjadikan dia. Mahligainya amat tinggi dan pohon kayunya sangat tinggi dan buahnya hampir dapat dicapai akan dia dan segala burungnya berkata-kata dan segala sungainya terpancar-pancar airnya, mengucap tasbih ia akan Tuhan Jalla Jalalah.

……………………………
Dan riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam »
  • Mula-mula barang yang lalu mereka itu dengan mahligai daripada perak. Panjangnya 1000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kedua, daripada emas. Panjangnya 2000 tahun dan lintangnya demiukian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang ketiga, daripada Zamrud yang hijau. Panjangnya 3000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang keempat, daripada Yaqut yang merah. Panjangnya 4000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kelima, daripada Yaqut yang kuning. Panjangnya 5000 tahun dan lintangnya seperti itu jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang keenam, panjangnya 6000 tahun dan lintangnya demikian jua. Makal alu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang ketujuh, daripada Zamrud. Panjangnya 7000 tahun dan lintangnya demikian jua, Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi merekja itu mahligai yang kelapan, daripada tanah yang putih. Panjangnya 8000 tahun dan lintangnya demikian jua. Makal alu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kesembilan, daripada jauhar. Panjangnya 9000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kesepuluh, daripada jauhar permata. Panjangnya perjalanan 10,000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhuma, daripada Nabi Shalallhu’alaihi wassalam : Maka pada ketika itu nyatalah bagi mereka itu nur Hazhirah Al-Qudsi atas perjalanan 10,000 tahun. Dan nyatalah bagi mereka itu segala mahligainya dan pohon kayunya yang tinggi keduanya. Maka apabila sampai mereka itu kepada Hazhirah Al-Qudsi, maka tiba-tiba ia bumi yang hijau, panjangnya dan lintangnnya 1000 tahun. Dan ada padanya daripada beberapa mahligai barang yang tiada dikBoldetahui akan bilangan-bilangannya melainkan Allah Taala. Maka apabila masuk mereka itu akan demikian bumi Hazhirah Al-Qudsi itu dan me lihat mereka itu akan barang yang disediakan oleh Allah Taala bagi mereka itu daripada segala ni’mat yang berkekalan dan keramat kemulian pada demikian bumi itu, maka suka mereka itu dan manis muka mereka itu pada hadrat Tuhan Rabbul ‘alamin.

Dan sabda Nabi Shalallahu’laihi wassalam : Maka apabila sampai mereka itu kepada Hazhirah Al-Qudsi, mendapat tiap-tiap seorang daripada mereka itu akan namanya tersurat atas mahligainya. Kemudian turun mereka itu daripada kudanya dan unta dan menilik mereka itu kepada barang yang disediakan bagi mereka itu daripada ni’mat yang berkekalan. Kemudian keluar mereka itu daripada bumi itu kepada bumi yang lain terlebih luas daripada demikian bumi itu dan duduk mereka itu atas beberapa kursi dan beberapa mimbar. Dan segala pohon kayu di atas mereka itu batang pohon kayu itu emas dan segala daunnya pakaian tiap-tiap pohon kayu itu seumpama panji-panji. Antara tiap-tiap dua saf daripada pohon kayu itu 70,000 mahligai pada tiap-tiap satu mahligai itu 70,000 sarir (katil) daripada emas. Panjang tiap-tiap sarir (katil) itu 300 hasta. Maka apabila berkehendak hamba yang mu’min bahawa naik ke atas sarir (katil) daripadanya, rendah ia hingga tinggal umpama satu hasta. Maka apabila duduk atasnya, kembali ia kepada asalnya tempat yang dahulu. Dan apabila berkehendak berjalan dengan dia, berjalan ia. Dan apabila ia ingin hendak terbang dengan dia, terbang ia antara segala pohon kayu. Dan apabila hendak makan daripada buah-buahan, mengambil daripadanya barang sekehandaknya.

Dan sungguhnya datang pada khabar bahawasanya atas tiap-tiap sarir (katil) itu 70 hamparan dan beberapa bantal daripada sutera sundus dan istabraq, keliling tiap-tiap sarir (katil) 70 khadam pada tangan tiap-tiap khadam itu satu qadah mangkuk daripada emas. Pada tiap-tiap qadah itu 70 warna daripada minuman. Dan bagi tiap-tiap seorang wali itu 70 anak bidadari, dan atas tiap-tiap seorang anak bidadari itu 70 pakaian. Megambil kesukaanlah wali Allah dengan tiap-tiap yang dikehendak daripada mereka itu.

Dan sungguhnya datang warid, bahawasanya ahli syurga datang akan mereka itu oleh malaikat memukul ia akan segala penat mereka itu, maka berkata anak bidadari : « siapa ini ? » Maka berkata ia : « Aku malaikat pesuruhan daripada Allah. Datanga aku bagi penghulu kamu dengan hadiah sembahyang Subuh yang ia sembahyang akan dia pada dunia. » Maka membuka mereka itu baginya akan pintu, maka masuk malaikat, berkata ia : « Assalamu’alaikum, Tuhan kamu memberi salam akan akmu dan berfirman Ia bagi kamu : « Sungguhnya adalah kamu pada dunia, kamu angkatkan sembahyang Subuh, maka Aku terimakan dia dan tiada Aku tolak. Maka bagi kamu balasannya inilah hadiah sembahyang Subuh. » Maka menghantarkan malaikat akan ma’idah hidangan daripada emas, atas ma’idah itu 70 pinggan :
  • Sepuluh daripada perak
  • Sepuluh daripada emas
  • Sepuluh daripada Yaqut
  • Sepuluh daripada Zabarjad
  • Sepuluh daripada Marjan
  • Sepuluh daripada Mutiara
  • Sepuluh daripada ‘aqiq
……………………………………

Kata setengah ulama’, bahawasanya minuman di dalam syurga itu lapan minuman :
  • Air betul
  • Laban (susu)
  • Arak
  • Madu
  • Salsabil
  • Zanjabil
  • Tasnim
  • Rahiq Makhtum
Maka apabila selesai mereka itu daripada meminum akan minuman, firman Allah Taala : « Marhaban dengan segala hambaKu dan menziarahi akan Daku. Hai malaikatKu, beri makan olehmu buah-buahan akan hambaKu. » Maka mendatang akan mereka itu dengan beberapa thabaq (pinggan mangkuk) daripada emas yang merah yang ditatahkan dengan Mutiara, jauhar, Yaqut dan Zabarjad, padahal penuh segala buah-buahan di dalamnya daripada hak Allah Taala, ditudung dengan sapu tangan sutera. Maka memakan mereka itu barang yang ingin daripadanya.

…………………………………
Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, berfirman Allah Taala « Marhaban dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri pakai olehmu gelang kaki akan hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa gelang kaki daripada emas dan perak, maka diberi pakai akan mereka itu gelang kaki hingga sampai setengah betis.

Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhuma : Apabila gugur satu gelang didengar akan dengungnya daripada perjalanan 500 tahun dan jikalau dengar oleh ahli dunia akan dengungnya itu, nescaya mati mereka itu sekaliannya kerana sangat rindu kepada syurga. Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu firman Allah ‘Azza wa Jalla : « Marhaban dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikat, kau beri pakai olehmu cincin akan hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa cincin daripada emas, perak, Lu’Lu’, Yaqut, Zabarjad, ‘aqiq, balwar, Mutiara, jauhar yang putih, permatanya daripada jauhar yang merah dan Zamrud yang hijau. Maka memakai tiap-tiap seorang 10 cincin, yakni pada tiap-tiap satu jari satu cincin, tersurat atas tiap-tiap satu cincin satu ayat daripada Kitabullah Taala yang menunjuk atas kekal mereka itu di dalam syurga.

Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, berfirman Allah Taala : « Marhaban, dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri pakai olehmu akan mahkota kepada hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa mahkota daripada emas yang merah yang ditatah akan dia dengan beberapa Mutiara dan jauhar, maka memakai mereka itu dengan dia bagi tiap-tiap satu mahkota daripadanya empat penjuru, atas tiap-tiap satu penjuru itu Yaqut yang merah, jikalau digantung satu Yaqut daripadanya pada langit dunia, nescaya mengalah cahayanya akan cahaya matahari dan bulan.

Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, firman Allah Azza wa Jalla : « Marhaban dengan ahmbaKu, yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri olehmu akan bau-bauan akan hambaKu. » Maka berjalan ia kepada syurga dan megambil ia akan beberapa burung syurga dan diselamkan dia ke dalam kasturi dan ‘anbar yang baik baunya, kemudian mengebas burung itu akan sayapnya di atas kepalanya mereka itu, amat mengharum akan mereka itu sekaliannya.

……………………………….
Kemudian firman Allah Taala bagi malaikat yang diwakilkan dengan Haziratul Al-Qudsi : « Hai Karub, hamparkan olehmu akan mimbar bagi hambaKu. » Maka menghampar ia akan mimbar daripada Yaqut yang merah, tingginya 1000 tahun dan anak tangganya sebilang-bilang anbiya’ dan mursalin, maka naiklah tiap-tiap Nabi atas tangganya dan naik nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam pada setinggi-tinggi darjatnya iaitu darjat Al-Wasilah dan tempat duduk segala anbiya’ dan asfiya’ dan shadiqun dan auliya’ dan syuhada’ dan shalihun dan sekalian umat daripada ahli syurga atas timbunan kasturi dan ‘anbar.

………………………………
Kemudian berfirman Allah Taala : « Hai hambaKu, datangkan olehmu bagi hambaKu akan kenderaan. » Maka mendatang ia bagi mereka itu kuda daripada Yaqut yang merah dan pelananya daripada Yaqut yang hijau bertatah dengan Lu’Lu’, dan di atas tiap-tiap kuda itu budak khadamnya, dijadi akan mereka itu Allah Taala pada saat itu jua bagi auliya’Nya. Dan didatangkan bagi perempuan unta daripada emas, pelananya daripada Yaqut yang hijau kemudian menurun Allah Taala antaranya dan antara mereka itu akan hijab.

………………………………….
Kemudian berjalan ahli syurga kepada tempat kediaman mereka itu dan masuk mereka itu akan mahligai mereka itu, maka berkata isterinya bagi suaminya : « Apa yang sangat elok engkau pada hari ini dan apakah yang terlebih banyak cahaya muka engkau ? » Maka berkata suaminya baginya : « Menilik aku akan wajah Tuhanku, maka jatuh cahaya turun atas mukaku. » Dan berkata suaminya baginya : « Dan engkau demi Allah sungguhnya telah besar, elok engkau dan telah menerang muka engkau. » Maka berkata berkata ia bagi suaminya : « Betapa tiada menerang mukaku dan sanya telah jatuh atasnya Nur Tuhanku. » Kemudian bertiup mereka itu angin dari bawah ‘Arasy, maka bercerai-cerai rambut mereka itu dan berhamburan kasturi dan ‘anbar harumnya atas mereka itu dan bagi mereka itu seumpama yang demikian itu pada tiap-tiap malam Jumaat, maka tiada suatu yang terlebih kasih kepada mereka itu daripada umpama hari Jumaat dan iaitu Yaumul Mazid.

Dan bahawasanya, seorang daripada ahli syurga apabila melihat ia akan satu berupa yang elok dan memperkenankan dia, jadilah ia seumpama rupa itu dan hilanglah daripadanya rupanya yang dahulu dengan qudrat Allah Taala.

Dan sungguhnya datang warid, bahawasanya seorang lelaki daripada ahli syurga, masuk atasnya oleh malaikat dan sertanya beberapa warna daripada pakaian yang disongket dengan emas tersirat atasnya beberapa nama daripada nama Allah Taala. Dan firman Allah Taala baginya : « Hai wali Allah, tilik olehmu kepada ini segala pakaian, maka jika engkau berkenan akan dia, maka iaitu bagi engkau dan jika engkau tiada berkenannya, berbalik ia jadi rupa yang engkau kehendak. » Dan sebab dinamakan wali itu wali, kerana bahawasanya mengasih ia akan Allah dengan ta’atnya, dan mengasih Allah akan dia dengan maghfirahNya.

…………………………………
Dan datang warid, bahawasanya orang mu’min apabila terlintas hati hendak melihat akan taulannya, maka berjalanlah dengan dia oleh sarirnya terlebih bersegera daripada kuda yang pantas, maka berjumpa serta taulannya pada medan syurga, maka berkhabar-khabar keduanya dan bersuka-suka keduanya di dalam kebun syurga, kemudian kembali tiap-tiap seorang kepada mahligainya dan tiap-tiap mahligai itu beberapa bilah tangga, bagi tiap-tiap satu bilah itu 70 pintu bagi tiap-tiap satu pintu, dua keping papan daripada emas, di atas tiap-tiap papan itu pohon kayu batangnya daripada Marjan, bagi tiap-tiap pohon kayu itu 70 dahan dan pada tiap-tiap satu dahan, 70 ribu Lu’Lu’, maka apabila memotong mereka itu akan satu Lu’Lu’, tambah tempatnya dua Lu’Lu’.

Dan pohon kayu yang lain pula menanggung ia akan Zamrud dan pohon kayu yang lain pula menanggung akan Yaqut. Dan atas segala pohon kayu itu beberapa burung yang hijau, tiap-tiap satu burung itu kadar unta besarnya, mengucap tasbih ia akan Allah Taala atas demikain segala dahan kayu itu. Maka apabila memakan seorang lelaki daripada buah kayu syurga dan meminum ia daripada sungainya, turunlah kepadanya oleh demikian burung itu dan berkata ia baginya : « Hai wali Allah, telah memakan kamu daripada buah-buahan syurga dan telah meminum kamu daripada sungai syurga, maka makan olehmu daripada aku. » Kemudian terbang satu burung daripada beberapa burung hingga jatuh ia antara dua tanagnnya dengan qudrat Allah Taala, maka jatuh ia pada antara dua tangannya padahal setengahnya terbakar dan setengahnya tergoreng dan setengahnya sudah direbus dan setengahnya terbakar masam manis, maka memakan ia dan segala perempuannya dan segala anak bidadari hingga tiada tinggal suatu melainkan tulangnnya jua. Maka kembali ia seperti barang yang ada dahulunya dan mengucap tasbih ia akan Allah Taala di atas pohon kayu dengan qudrat Tuhan yang berkata bagi suatu : « Kun fayakun » (Jadilah engkau, lalu jadilah ia).

Dan adalah segala mahligai syurga dan biliknya satu potong jua, yakni tiada ada perhubungannya iaitu perbuatan Tuhan Malik Al-‘Alam, maka masuklah wali Allah akan demikian mahligai itu bersuka-suka padanya kadar masa 70 tahun dan mendapat ia padanya akan beberapa kebun dan di dalam beberapa kebun itu beberapa kuda, bagi tiap-tiap satu kuda daripadanya warna yang menerang baginya dua sayap daripada emas dan baginya dua tangan dan dua kaki, maka berkata kuda bagi seorang lelaki daripada ahli syurga : « Tunggang olehmu akan daku, hai wali Allah. » Maka menunggang oleh orang mu’min daripada demikian itu, maka bermegah-megah kuda itu atas taulannya dan menunggang sertanya segala perempuannya dan khadamnya, maka berjalanlah ia dengan segala mereka itu perjalanan 70 tahun itu pada satu sa’at jua. Maka antara berjalan ia pada antara ia mahligainya tiba-tiba menerang atasnya cahaya anak bidadari daripada mahligainya, maka mengangkat ia akan matanya kepadanya, maka mencenggang ia akan dia, maka jatuh pada hatinya kasih yang amat besar, maka mencerca ia akan dirinya dan berkata ia : « Aku tiada rindu kepada engkau. » Maka berkata Hurul ‘Iin itu : « Hai wali Allah, kami setengah daripada mereka yang berfirman Allah taala :

:::::::::::::::::::::::::::
Yakni…..dan di sisi kami bertambah (Surah Qaf : Ayat 35)

Dan sentiasa berjalan lelaki itu kepada tengah syurga, maka mendapat ia akan mahligai daripada nur dan di dalamnya pohon kayu daripada jauhur, bahawasanya kuda dan daunnya pakaian dan padanya buahnya, tiap-tiap satu buah itu seumpama Syiqqatur Rawayah, yakni sebelah tengkuk unta terlebih manis daripada madu. Maka apabila memakan ia akan buahnya dan tinggal bijinya, keluar daripada pertengahan tiap-tiap biji itu seorang jariah dan seorang budak lelaki. Kemudian menilik ia antara segala mahligai itu, maka melihat ia akan beberapa sungai daripada air yang tiada berubah rasanya dan baunya dan beberapa sungai daripada laban (susu) yang tiada berubah rasanya dan beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminum dan beberapa sungai daripada ‘asal yang suci daripada lilin dan di atas segala sungai itu beberapa kubah Yaqut dan beberapa kubah daripada Zamrud dan beberapa kubah daripada Marjan, di dalamnya beberapa khadam dan bidadari dan anak-anakan, maka berkata mereka itu : « hai wali Allah, telah lamalah rindu kami kepada engkau. » Maka diam ia di dalam kesukaan ni’mat dan lazat serta tiap-tiap isteri daripada segala isterinya. Maka mengambil kesukaan ia dengan keelokkan isterinya dan mengambil kesukaan isteri dengan keelokkan suaminya. Tersurat nama isterinya atas dada suaminya dan nama suami atas dada isterinya, dan melihat suami akan mukanya di dalam nur muka isterinya dan melihat isteri akan mukannya di dalam nur muka suaminya, kerana muka tiap-tiap seorang menerang seperti cermin, maka antara ada mereka itu di dalam hal seperti demikian itu, tiba-tiba masuk malaikat atas mereka itu dengan beberapa hadiah daripada Allah Taala dan berkata ia :

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kesejahteraan atas kamu kerana kesabaranmu. Sebaik-baik akibat itu ialah kampung akhirat. (Surah Ar-Ra’d : Ayat 24)

……………………………………..
Dan riwayat daripada Rasulullah Shalallhu’laihi wassalam bahawasanya ditanya akan dia daripada apa suatu dijadikan Hurul ‘Iin. Sabdanya : « Daripada tiga perkara : Sebelah bawahnya daripada kasturi dan tengahnya daripada ‘Anbar dan atasnya daripada kapur dan rambutnya dan keningnya hitam yang digoreskan pada nur. »

Kata Abdullah Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma : Dijadikan Allah akan Hurul ‘Iin daripada anak jari kakinya hingga lututnya daripada za’faran dan daripada lututnya hingga susunya daripada kasturi yang sangat harum dan daripada susunya hingga kepada tengkuknya daripada ‘Anbar dan daripada tengkuknya hingga kepalanya daripada kapur yang putih. Atasnya 70 ribu pakaiannya, apabila ia berhadap bercahaya-cahaya mukanya nur yang cemerlang seperti bercahaya matahari bagi ahli ad-Dunya dan dilihat akan hatinya daripada sangat nipis kainnya dan kulitnya di luarnya dan pada kepalanya 1000 jalinan rambutnya daripada kasturi yang harum, bagi tiap-tiap jalianan rambutnya seorang dayang yang mengangkat akan dia dan akan tepi kainnya padahal menyeru ia : « inilah pahala segala auliya’ Allah, balasan ‘amal yang dikerja akan dia oleh mereka itu pada dunia. »

Maka perbuat olehmu hai segala saudaraku akan ‘amal yang soleh dan jangan jemu daripadanya, maka orang yang jemu kemudian daripada mendengar akan khabar ini yang menunjukkan atas amat besar darjatnya dan banyak laba pada perniagaannya, maka binatang itu terlebih baik kelakuan daripadanya.

Dan sanya ditanya akan Hammad bin Sulaiman daripada apa suatu di jadikan Hurul ‘Iin ? Katanya : « Daripada nur. » Dan kata yang lainnya : « Daripada za’faran. » Putih mereka itu seperti putih Lu’Lu’ dan jernih warna mereka itu seperti jernih Yaqut, maka kerana demikian itu firman Allah Taala :

::::::::::::::::::::::::
Ertinya : Seolah-olah bidadari itu seperti Yaqut dan Marjan (Surah Ar-Rahman : Ayat 58)

M/s 193-194 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Doa, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

Kata Nasafi Rahimahullahu Taala: “Menjadi Allah Taala akan satu malaikat dikatakan baginya Dardabil baginya satu sayap dengan Masyrik daripada Zabarjad yang hijau, dan satu sayap dengan Maghrib daripada Yaqut yang merah, ditatahkan dia dengan Mutiara dan Yaqut dan Marjan. Kepalanya di bawah ‘Arasy dan dua kakinya di bawah bumi yang ketujuh. Menyeru ia tiap-tiap malam: “Adakah daripada orang yang meminta, maka diberikan pintanya! Adakah daripada orang yang mendoa, maka diperkenankan doanya, adakah daripada orang yang taubat, maka diterimakan taubat atasnya, adakah daripada orang yang meminta ampun, maka diampunkan baginya hingga naik fajar.”

FAEDAH
Adalah batu Yaqut (delima) itu empat bagi:
  • Merah
  • Kuning
  • Biru
  • Putih

Dan yang terlebih mahal harganya yang merah. Dan memadalah kelebihannya sabda Nabi Shalallhu’alaihi wassalam pada sifat syurga anak batunya Lu’Lu’ dan Yaqut. Dan pada tempat keluarnya pada bukit yang panjang pada pulau di belakang pulau Sarandib.

Dan setengah daripada khasiatnya, api tiada memberi bekas padanya dan tiada mengubahkan dia. Dan barangsiapa memakai cincin dan permata Yaqut yang merah atau ditanggungkan atasnya, menafikan daripadanya gila babi, ta’un dan pada memudahkan kehidupannya, menguatkan hatinya (semangat), menghebat akan dia manusia dan mudah menunaikan segala hajatnya. Dan memakai cincin dengan Yaqut yang kuning atau menanggung akan dia, menegahkan mimpi ihtilam dan menanggung akan (yakut) yang putihnya, meluaskan rezeki. Wallahu’alam

M/s 143-144 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Sembahyang Fardhu, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

FAEDAH
Bagi ayat seribu dinar, hikayat adalah satu kaum menunggang mereka itu akan perahu berlayar di laut, tiba-tiba nyata bagi mereka itu seorang lelaki berjalan di atas air dan berkata ia bagi mereka itu: “Ada sertaku satu kalimah, aku hendak jual dengan seribu dinar.” Maka berkata salah seorang daripada mereka itu: “Aku hendak beli, inilah seribu dinar.” Maka berkata lelaki itu: “Campak olehmu akan seribu dinar itu ke dalam laut.” Maka mencampak ia akan dia ke dalam laut, maka berkata lelaki itu: “Kata olehmu:

::::::::::::::::::
…dan barangsiapa bertakwa kepada Allah Taala, nescaya Dia mengadakan untuknya jalan keluar. Dan barangsiapa berserah kepada Allah maka Allah bakal mencukupinya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusan yang dikehendakiNya, Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ketentuannya (surah Ath-Thalaq: Ayat 2-3)

Maka kata lelaki itu: “Hafaz olehmu akan dia baik-baik!” Kemudian ghaib ia. Maka berlayar ia, tiba-tiba pecah perahu itu. Dan dapat lelaki yang sampai ayat itu akan suatu papan dan membaca ia akan ayat itu. Maka dicampakkan dia oleh ombak kepada satu pulau. Maka naik ia kepada pulau itu dan mendapat ia padanya akan satu perempuan yang sangat elok. Maka bertanya ia akan perempuan itu daripada halnya. Maka berkata perempuan itu: “Aku daripada negeri bagian-bagian, adalah pada tiap-tiap hari naik daripada laut ini jin pada waktu bagian-bagian, menuntut ia akan daku daripada diriku, maka dipelirharakan daku Allah Taala daripadanya.” Maka berkata lelaki bagi perempuan itu: “Jadi olehmu akan daku pada tempat yang aku lihat akan dia dan tiada ia lihat akan daku.” Maka memperbuat ia seperti demikian. Maka tatkala naik jin daripada laut dan melihat lelaki akan dia, maka membaca ia akan ayat itu, maka bernyala-nyala api terbakar jin itu. Maka sukalah perempuan itu kemudian mengambil ia dengan lelaki itu membawa akan dia kepada satu gua yang ada padanya beberapa harta yang sangat banyak daripada jawahir dan Lu’Lu’ (Mutiara) dan Yaqut. Kemudian lalu perahu dengan keduanya, maka mengisyarat daripada Jawahir dan Lu’Lu’ (Mutiara) barang yang tiada diketahuikan dia melainkan Allah Subhanahu wa Taala jua. Wallahu’alam.

M/s 129-130 Bab Pada menyatakan Kelebihan Puasa, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

Dan daripada Abi Umamah Radhiyallahu’anhu, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam:” Barangsiapa menghidupkan 2 malam hari raya dengan mengerjakan ibadah, tiada mati hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.”

Dan riwayat Bazzar:

  • Barangsiapa menghidupkan beberapa malam yang lima, wajib baginya syurga malam tarwiah, iaitu malam yang kelapan daripada bulan haji, malam ‘Arafah, 2 malam raya dan malam Nissfu Sya’ban. Dan seorang-seorang pada menghidupkan malam itu sembahyang ‘Isya’ berjamaah dan sembahyang Subuh berjamaah
  • Dan barangsiapa berjalan ziarah kepada kubur bapanya atau ibunya pada hari raya, disurat Allah baginya denga tiap-tiap langkahnya itu akan kebajikan
  • Dan barangsiapa mengucup akan kepala dua ibu-bapanya pada hari raya dan memulia akan keduanya, dimulia akan dia oleh Allah Taala
  • Dan barangsiapa menghinakan orang fakir, dihina akan dia oleh 'pada hari qiamat dan tiada menilik ia akan dia
  • Dan barangsiapa menyeru akan orang fakir pada hari raya dan diberi makan dia suatu yang ia ingin akan dia, diberi akan dia oleh Allah Taala satu mahligai daripada nur dan Mutiara dan Yaqut, dan diberi makan akan dia daripada makanan syurga
  • Dan barangsiapa kembali daripada tempat sembahyang kepada tempat kediamannya dengan khusyuk dan ketetapan, diberi akan dia oleh Allah Taala pada hari qiamat dengan tiap-tiap langkahnya 10 kebajikan
  • Dan barangsiapa jatuh pada ma’siat hari raya, meyeru akan dia oleh Tuhan: “Tiadakah malu engkau daripada Aku, dan Aku menilik kepada engkau dengan rahmat dan kalimah sayang, dan engkau menjauh daripadaKu! Taubat olehmu kepadaKu, hai hambaKu! Aku ampunkan bagi kamu akan dosa kamu dan Aku jadikan dikau kekasihKu dan kekasih malaikatKu”.
  • Dan barangsiapa meluaskan atas dirinya dan atas ahlinya hari raya, diluaskan baginya oleh Allah Taala akan pintu kaya dan ditutpkan daripadanya akan pintu kepapaan.

M/s 105, 111-112 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Segala Masjid, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

Dan riwayat daripada Anas Rahiyallahu’anhu daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam, sabdanya: “Dihasyarkan segala masjid dunia pada hari qiamat seolah-olah seperti unta yang putih kakinya daripada ‘anbar dan tengkuknya daripada za’faran dan kepalanya daripada kasturi dan tali hidungnya daripada Zabarjad dan segala orang yang menutongkan (meyambutkan) dia dan segala imam mengalu akan dia dan segala orang memeliharakan sembahyang mengikut akan dia, maka lalu mereka itu pada padang qiamat, maka berkata ahlinya: “Siapa mereka itu?” Malaikat yang muqarrabunkah atau anbiya’ yang mursalun?” Maka dikatakan: “Mereka itulah orang yang memeliharakan atas sembahyang berjama’ah daripada umat Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam.”

………………………
HAJAR ASWAD
Dan batu Hajarul aswad itu daripada jauhar syurga. Asalnya terlebih putih daripada laban (susu), dan hitamnya itu daripada dosa anak Adam.

……………………….

Dan pada khabar bahawasanya Hajarul Aswad itu Yaqut daripada Syurga, dan bahawasanya dibangkitkan dia pada hari kiamat baginya 2 mata dan lidah, berkata ia dengan dia:”Menaik saksi ia tiap-tiap orang yang Islam akan dia dengan sebenarnya dan adalah Nabi Shalallahu’alaihi wassalam banyak mengucap akan dia.”

M/s 96-97 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Hari Jumaat, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

…Dan datang pada hadith bahawasanya Nabi Shalallahu’alaihi wassalam kemudian daripada sembahyang Subuh bersandar ia kepada mihrab maka sabdanya: “Hai segala Muslimin, apabila adalah pada hari Jumaat menyuruh Allah Ta’ala akan malaikat, maka datang mereka itu akan Baitul Ma’mur pada langit yang keempat adalah baginya empat penjuru;
  • satu penjuru daripada YBoldaqut yang merah
  • dan satu penjuru daripadaBold Zabarjad yang hijau
  • dan satu penjuru daripada emas yang merah
  • dan satu penjuru daripada perak yang putih

Maka naik Jibril ke atas manarah (menara) daripada perak. Dan adalah tingginya 500 tahun maka menyeru ia dengan bang, ialah permulaan orang bang. Kemudian naik malaikat Mikail ke atas mimbar daripada Yaqut yang merah, maka membaca khutbah ia atasnya kemudia turun ia sembahyang Jumaat dengan mereka itu dan berkata Jibril : ”Hai malaikat Tuhanku, aku mensaksi ia akan kamu bahawasanya aku jadikan pahala bang ini bagi umat Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam. « Dan berkata Mikail : « Aku mensaksi akan kamu bahawasanya akan jadikan pahala sembahyang ini bagi umat Muhammad Shalallhu’alaihi wassalam. « Maka firman Allah Taala : »Adakah memurah kamu atasKu adan Aku tempat kemurahan, Aku mensaksi akan kamu bahawasanya Aku ampunkan bagi umat Muhammad Sahalallahu’alaihi wassalam. »

M/s 104 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Hari Jumaat, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

FAEDAH
Kata Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma : « Bermula bertongkat itu daripada perangai anbiya’, dan adalah Nabi Shalallahu’alaihi wassalam bertongkat ia dan menyuruh ia dengan dia dan daripada Nabi Shalallahu’a laihi wassalam, sabdanya : »Bertongkat itu alamat orang mu’min dan sunnah anbiya ». Dan barangsiapa keluar musafir dan ada sertanya tongkat daripada kayu Lauz yang pahit, nescaya

  • diamankan dia oleh Allah Taala daripada sabu’, yakni binatang yang memberi mudharat
  • dan daripada pencuri yang menyengaja akan dia
  • dan daripada binatang yang mempunyai racun seperti ular dan kala hingga kembali ia kepada tempat kediamannya
  • dan adalah serta orang bertongkat itu 70 malaikat mengawali akan dia

Kata Hasan Bashri « Bagi bertongkat itu 8 perkara :

  • Sunnah anbiya’
  • Perhiasan bagi orang shulaha’ (orang-orang soleh)
  • Senjata atas seteru
  • Menolong ia akan orang yang dha’if
  • lari daripada empunyanya oleh syaitan
  • Merendahkan daripadanya oleh orang fajir yang jahat
  • Qiblat bagi empunyanya
  • Menguatkan dia apabila penat

Dan daripada Nabi Shallahu’alaihi wassalam: “Barangsiapa sampai 40 tahun umurnya dan tiada ia bertongkat dibilangkan dia daripada orang takabbur dan ‘ujub.” Wallahu’alam

M/s 79 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Bang, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

…Atau di bacanya “Marhaban bika ya habibi wa qurrata’aini ya rasulullah” seperti riwayat daripada nabi Khidhir ‘Alaihissalam.

“Dan datang pada khabar, bahawasanya segala orang yang datang mereka itu akan Shirathal Mustaqim, mendapat mereka itu atas shirath itu beberapa unta daripada nur yang berpelana daripada Yaqut dan Zabarjad, maka terbang unta itu dengan mereka itu di atas shirath dan syafaat oleh tiap-tiap daripada mereka itu 40 ribu, dan lalu di dalam nur itu 1000 lelaki dan 1000 perempuan.

M/s 27 Bab Pada Menyatakan Kelebihan “LAA ILAHA ILLALLAH”, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

Dan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, berkata ia: Sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam: “Barangsiapa berkata “Laa Ilaha Illallah”, keluar daripada mulutnya satu burung yang hijau baginya dua sayap putih keduanya ditatahkan keduanya dengan Mutiara dan Yakut, naik ia kepada langit, maka didengar baginya dengu (dengung) di bawah ‘Arasy seperti dengu (dengung) ibu madu, maka dikatakan baginya: “Diam olehmu!” Maka katanya: “Tiada hingga diampunkan bagi taulanku.” Maka diampun bagi yang berkatanya. Kemudian dijadikan bagi burung itu 70 lidah meminta ampun ia bagi taulannya hingga hari qiamat. Maka apabila adalah pada hari qiamat datang demikian burung itu menolong dan menunjuk akan taulannya kepada syurga.

BEBERAPA PETIKAN TERPILIH DARIPADA KITAB AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

BERKAITAN AYAT QURAN, HADITH & RIWAYAT YANG MENYEBUT TENTANG YAQUT, MARJAN, ZABARJAD, MUTIARA, ZAMRUD, EMAS, PERAK, ZA’FARAN, ‘ANBAR, KASTURI, SUTERA, ‘AQIQ & KAYU LAUZ, SERTA PERIHAL BERCINCIN & BERTONGKAT.
*
**
***
Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Permata Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai), 1306 Hijrah/1888 Masihi oleh Asy-Syeikh ‘Ali Bin Abdul Rahman Al-Kalantani. Kandungannya merupakan terjemahan dan syarah Kitab Lubab Al-Hadith. Matan Lubabil Hadith adalah karya Syeikh Al-Alim Al-Allamah Imam Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuthi (849H-911H) yang lebih dikenali dengan panggilan Imam Suyuthi.
***
**
*
…….Rujukan………

Penyusun:
ASY-SYEIKH ‘ALI BIN ABDUL RAHMAN AL-KALANTANI

Pengalihan Tulisan Jawi ke Roman:
NORAINE ABU

Pengurus Projek:
KAMALUDDIN BIN. IBRAHIM

Cetakan:
Pertama … … 2005

Diterbitkan oleh:
AL-HIDAYAH PUBLISHERS,
NO. 27, JALAN IPOH KECIL,
50350 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-40420733/40433786
Fax: 03-40444733
Laman Web: www.hidayah.com.my
E-mail: ahidayah@tm.net.my

Diedarkan oleh:
AR-RISALAH PRODUCT SDN. BHD.
NO. 27, JALAN IPOH KECIL,
50350 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-40420733
Fax: 03-40444733

Dicetak oleh:
Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Harga:
RM39.00
(Nota: Sekurang-kurangnya terdapat 3 cetakan kitab Al-Jauhar dalam pasaran selain terbitan Hidayah ini; antaranya terbitan PN Singapore; terdapat cetakan yang bahasanya telah ditukar ke bahasa yang lebih moden)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...