Berat kepalanya kira-kira 11% daripada keseluruhan beratnya.
Lilin yang tebal (berwarna kuning bersih) yang dibuat batu cincin adalah pada
dahinya, bahagian lain berongga didalam. Keseluruhan paruhnya samada bahagian
padat atau kulit berongga boleh dibuat penawar. Paruhnya berwarna kuning dan berkulit
merah.
Antara khasiat kelebihan paruh burung menilin:
- Ianya penawar berkaitan racun/santau yang amat besar. Rendam dalam air suam atau asah dan diminum untuk menawarkan kesan baru atau kesan lama dalam tubuh.
- Penguji atau pengesan makanan yang ada racun/santau. Dipakai dijari dibuat permata cincin. Petunjuk melalui 3 perkara samada permata paruh menilin berubah warna, permata menjadi cair atau bekas yang dipegang retak seumpamanya.
- Penawar lelah. Mana-mana bahagian paruhnya dibersihkan, diasah dan diamal minum.
- Penawar batu karang. Mana-mana bahagian paruhnya dibersihkan, diasah dan diamal minum.
- Hal kerezekian; mencari rezeki. Petua: permata yang bersaiz besar dipakai dibuat pelaris.
- Penarik dan pemanis. Dalam hal ini, yang ada kulit merah lebih utama.
Petua lama, paruh atas bahagian jantan dicantumkan dengan
paruh bawah betina atau sebaliknya, disimpan atau gunakan sebagai penawar
/rendaman.
Kisah Makanan Bertutup Saji dan Permata Paruh Menilin Cair: Kisah
ini terjadi kepada seorang hamba Allah sekampung (Allahyarham) PakChu Tah.
Semasa beliau ke seberang golok menghadiri satu bekwoh/kenduri makan hidang, beliau
sampai sedikit lewat dan ditunjukkan oleh seseorang untuk makan satu hidangan
makanan bertutup saji, sedangkan beliau melihat makanan hidang lain tidak
bertutup. Dengan Bismillah, tangan kanan bersarung cincin berpermata paruh
burung menilin dilalukan atas makanan untuk cebok-cedok mengambil makanan, dengan
izin Allah permata tersebut cair. Lalu hajat untuk makan tidak diteruskan. Arwah
dikenali sebagai seorang bomoh tradisional, dan mempunyai ramai kaum kerabat
diseberang golok; beliau meninggal di Mekah semasa menunaikan haji.
Dikatakan Raja dan bangsawan dahulukala, pinggan mangkuk piring
setidak-tidaknya sodek-sudu yang digunakannya diperbuat daripada kemuning hitam atau setidak-tidaknya
penawar hitam, dan ada bersamanya paruh menilin.
Segala ikhtiar disertakan dengan doa-doa berkaitan dan bergantung
harap pada Yang Maha Kuasa. Segala khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment