SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Tuesday, November 4, 2008

MIMPI TENTANG EMAS, PERAK DAN PERHIASAN YANG DIPERBUAT DARIPADANYA

EMAS

  1. Mimpi memperolehi emas bererti mendapat susah atau sesuatu yang tidak disukai atau wangnya hilang atau dimarahi penguasa. Jika mempunyai pekerjaan, bererti dipecat daripada pekerjaannya
  2. Mimpi mendapat emas yang digunakan sebagai bekas (tempat menyimpan sesuatu) bererti mendapat susah
  3. Mimpi melihat emas bererti hutang dan susah bagi orang lelaki, tetapi baik bagi orang perempuan
  4. Menurut Abu Said al-Waidh, emas mempunyai erti yang kurang baik. Ini kerana ia dilihat dariapad nama emas dalam bahasa Arab yang di sebut “zahab”, ertinya ‘pergi’. Kemudian, warnyanya juga kuning yang menunjukkan sakit atau susah

WANG EMAS

  1. Mimpi melihat wang dinar di tangannya bererti mendengar ucapan yang tidak baik, yang menyebabkan kesakitan. Jika bilangan emas itu diketahui, maka susahnya sedikit sahaja
  2. Jika hitungan emas itu ada lima, bererti mengerjakan sesuatu yang diterima. Jika mempunyai wang emas yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, bererti rumah kecil yang baik
  3. Mimpi memberi sekeping wang emas kepada seseorang, atau hilang sekeping wang emas, bererti ilmunya hilang
  4. Mimpi menemui satu wang emas, bererti kesusahan di sebabkan oleh orang tua. Jika wang emas itu banyak, bererti rezeki yang didapati dengan susah payah
  5. Mimpi melihat banyak dinar, bererti amanat daripada Allah swt. Firman-Nya dalam surah Aali-Imran 3:75 bermaksud: “Ada orang yang jika engkau percaya dengan harta yang banyak, pasti akan diberikannya kepadamu
  6. Mimpi di tangannya ada lima keping wang emas, bererti menunaikan solat lima waktu. Jika wang itu hilang, ertinya juga demikian. Jika hilang dua keping, bererti meninggalkan dua waktu solat.
  7. melihat wang emas yang tidak mempunyai lukisannya, bererti agama atau jalan yang lurus. Wang emas yang mempunyai gambarnya bererti sebaliknya
  8. Mimpi menemui wang dinar, sebelah muka ada tulisan nama Allah swt dan sebelah muka yang satu lagi mempunyai gambar, jika yang bermimpi orang Islam, bererti kafir, dan Islam
  9. Mimpi menemui, diberi atau memberikan empat keping wang emas, bererti memperolehi kedudukkan dan kemuliaan serta martabat daripada seorang perempuan. Bahkan, kadang-kala menemui perkara yang sama dalam keadaan jaga.
  10. Mimpi ada orang memberikan banyak wang dinar, bererti orang itu zalim. Jika dia memberikan orang beberapa keeping wang dinar, bererti dia orang zalim
  11. Mimpi memperolehi beberapa wang emas di dalam debu, atau diambil dengan tangannya kemudian hancur, bererti mendapat kesusahan kerana orang tua perempuan (ibu) kemudian kesusahan itu hilang
  12. Mimpi melihat dinar, bererti orang yang salih. Jika orang yang tidak baik, bererti berkhianat dalam soal harta. Firman Allah swt dalam surah Aali-Imran 3:75 bermaksud: “sebahagian daripada mereka ada orang yang jika engkau percaya dengan satu wang dinar, maka tidak disampaikannya kepadamu, kecuali selama engkau berdiri di atasnya (menuntutnya)”
  13. Mimpi ada mayat memberikan wang emas, bererti selamat daripada penganiayaan. Jika diberi tetapi tidak mahu menerima, bererti harus berhati-hati terhadap penganiayaan ke atas dirinya
  14. Mimpi memberikan beberapa wang emas kepada orang, bererti hilang kesusahannya
  15. Melihat wang dinar di kepala seorang perempuan, bererti perhiasan bagi wanita

PERAK

  1. Mimpi melihat perak, bererti kegembiraan atau kadang-kala bererti kesedihan
  2. Perak yang tulen atau utuh bererti berita yang benar. Jika perak pecah bererti berita yang bohong dan pertengkaran
  3. Mimpi menemui sepotong perak yang dihancurkan, atau dia memberikannya kepada orang, bererti dia mengahwini orang di tempat itu
  4. Mimpi masuk ke dalam besi perak, bererti isterinya menipunya
  5. Mimpi menemui perak yang banyak, bererti mendapat peti simpanan
  6. Wang perak dalam mimpi mempunyai berbagai maksud, sesuai dengan berbagai jenisnya. Ini kerana kebanyakkan orang yang menemui wang perak dalam mimpi, dia akan menemui ketika terjaga sama seperti yang dilihatnya dalam mimpi
  7. Mimpi mendapatkan beberapa wang perak, bererti mendengar pembicaraan yang baik atau mengesakan Allah swt, terutama jika wang perak itu berwarna putih lagi indah
  8. Mimpi melihat wang perak berwarna hitam, dan mempunyai gambarnya, bererti pertengkaran dan peperangan
  9. Mimpi diberikan wang perak di dalam uncang atau dompet, bererti ada orang yang berbicara dengannya tentang sesuatu yang dirahsiakan lalu dia menyimpan rahsia itu
  10. Wang perak yang kecil bererti anak kecil
  11. Mimpi kehilangan wang perak kecil, bererti mendapat susah dan kesulitan disebabkan oleh anak kecil. Jika wang itu ditemui semula, bererti kesusahan itu akan hilang, jika tidak dijumpai, bererti anak itu meninggal dunia
  12. Wang dirham yang telah dicampur, bererti gosip atau fitnah

[....BERSAMBUNG]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...