SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Thursday, December 20, 2012

Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna/Penawar”


Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:

  •  Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
  •  Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
  • Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya]
  •  Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
  • Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera  di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
  •  Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
  • Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
  • Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
  • Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan  dalam daerah yang sama).
  •  Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
  • Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
  • Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
  • Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
  • Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.

Tambahan 1:
  • Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.


Tambahan 2:
  • Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.

Semua khasiat berlaku dengan izin Allah. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Allahu alam.

11 comments:

Abeming said...

Assalamualaikum bang minta izin saya nak linkkan khasiat teras kemuning hitam abg di facebook group "TERAS KEMUNING HITAM DAN TERAS ASAM JAWA"

Unknown said...

waalaikumslm...blh insyaallah...

Abeming said...

Terima kasih abg

En. Azan (hp: 0178871158) said...

Wa alaikumussalam wrt wbt,
silakan Abeming dan Dulla Hassan...

http://zamrudtech.blogspot.my/2012/12/sambungankhasiat-kemuning-hitam.html

http://zamrudtech.blogspot.my/2012/12/khasiat-teras-kemuning-hitam-teras-99.html?showComment=1451238938068#c6990735408179304234

http://zamrudtech.blogspot.my/2015/10/anugerah-herba-teras-kemuning-hitam.html

















Abeming said...

Tk tuan

En. Azan (hp: 0178871158) said...

Samo2 Cikgu Mie

Bidadari said...

Mohon ambil sdkt ya ilmu ttg khasiat kemuning hitam
Mohon tuan dirahmati ALLAH SWT

En. Azan (hp: 0178871158) said...

Silakan Puan. Segala himpunan berkaitan Khasiat Teras Kemuning Hitam yg dipaparkan dlm beberapa siri tersebut sekira2nya sejak dari awal tahun 1970-an lagi sehingga ke masa sekarang. Amiin, InsyaAllah.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan.. Adinda mohon izin share khasiat kyu penawar hitam ini. Di fb ADINDA blh tk. Tuan..
Adinda dri klntn.. Mohon tuan..

En. Azan (hp: 0178871158) said...

Wa`alaikumussalam wrt wbt
EN. Unknown 7/4/21.... silakan

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...