Buluh Tumpat
- Ialah buluh yang dalamnya adalah tumpat (tiada lubang) iaitu berlainan dengan kebiasaan buluh iaitu berlubang dalamnya.
- Walaupun buluh tumpat dalamnya tiada lubang, tetapi ia tidaklah seberat, sepadu dan sekeras hampir kayu.
- Istilah “tumpat” tersebut bukan bermaksud buluh yang padu, padat, berat, berdensiti tinggi, keras, tetapi kerana ia tumpat tiada lubang didalam. Buluh duri yang berlubang lebih berat, liat dan keras tetapi ianya bukan buluh tumpat.
- Buluh tumpat pada masa sekarang ada yang ditanam (dijadikan tanaman perhiasan) dan ada yang liar dari hutan. Ada lebih 1 jenis.
- Saiz buluh tumpat ada pelbagai –kecil, sederhana dan besar (1.5 inci)
- Saiz buluh dan ketuaan mempengaruhi berat buluh. Selain itu, semasa masih basah ia lebih berat dibanding jika telah kering.
- Jika buluh tumpat diambil masih muda, apabila kering bahagian luarnya sedikit berkedut.
[Nota: Khas buluh tumpat –dicari ruas
pendek buku rapat, lihat contoh gambar A dibawah]
(A - 4 buku rapat)
Rotan Songsang
- Ialah rotan yang daunnya tumbuh terbalik pada batangnya, iaitu bertentangan dengan kebiasaan daun rotan tumbuh.
- Rotan songsang yang telah dibuang daunnya, dicam pada keadaan buku dan ruasnya yang terbalik. (lihat kedudukan/keadaan buku-ruas dalam gambar B dibawah)
(B -buku/ruas terbalik dari kedudukan umbinya pada sebelah kanan)
..
No comments:
Post a Comment