- Dalam kisah Isra’ dan Mi’raj, dalam bab “Sungai Yang Baginda Nabi saw Lihat”: Dalam hadith Syarik juga disebutkan: “lalu baginda Nabi saw berlalu dan menaiki langit, tiba-tiba di sana terdapat sungai lain di mana di atas sungai tersebut terdapat kerajaan yang diperbuat daripada mutiara dan zabarjad, lalu baginda memukul dengan tangannya, maka keluarlah minyak misk yang sangat wangi. Lalu baginda bertanya: Apa ini, wahai Jibril? Dia menjawab: Ini adalah telaga Kauthar yang telah dipersiapkan Tuhan untuk kamu.” Dalam riwayat Yazid bin abu Malik daripada Anas yang terdapat pada Ibnu Abu hatim disebutkan: “sesungguhnya baginda Nabi saw berkata setelah melihat nabi Ibrahim; Setelah itu aku dibawa bertolak ke atas langit ke tujuh hingga akhirnya sampai di sebuah sungai di mana di atas sungai tersebut terdapat sebuah khemah yang dibuat dari mutiara, Yaqut dan Zabarjad, di atasnya terdapat seekor burung yang berwarna hijau, iaitu burung yang paling cantik yang pernah aku lihat. Berkata Jibril: Ini adalah telaga Kauthar yang akan diberikan Allah swt kepadamu, tiba-tiba di sana terdapat bakul yang diperbuat daripada emas dan perak, bakul tersebut diukir dengan mutiara dan zabarjad, di dalamnya terdapat air yang lebih putih daripada air susu, baginda Nabi saw berkata: Lalu aku mengambil salah satu daripada bakul-bakul itu dan aku mencedok air tersebut lalu meminumnya. Ternyata rasa air tersebut lebih manis daripada madu dan lebih wangi daripada minyak misk.” [Daripada buku ISRA’ & MI’RAJ kombinasi karya IMAM JALALUDDIN AL-SUYUTHI & IBNU HAJAR AL-ASQALANI, diterjemah oleh MURTADHO RIDWAN, disunting & diaturhuruf oleh ABU MUHAMMAD IZZUDDIN, terbitan PERNIAGAAN JAHABERSA]
- Dalam kisah Isra’ dan Mi’raj, antara peristiwa yang Rasulullah temui dan diberitahu maknanya oleh Jibril: (1) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. (2) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. [Diambil dari teks asal disini http://amizax.wordpress.com/category/agama/ ]
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment