Teras Keluat adalah teras klasik yang telah mayshur sejak dahulu lagi dan dianggap antara teras evergreen selain teras kemuning hitam.
Antara khasiat kelebihannya ialah:
- Untuk kebaikan urat dan badan, terasnya direndam dalam air dibuat minum atau dipakai dipinggang.
- Untuk tujuan keras kulit.
- Ayam pelaga/sabung biasa dibasuh/dimandikan dengan air keluat oleh pemilik ayam yang mengamalkan tradisi jahiliah ini, tujuannya untuk menguatkan kulit ayam supaya tidak mudah tercedera.
- Ringkasan kisah: Suatu kisah berlaku dalam 2 tahun lalu di Kg Kekabu, Lemal iaitu terletak dipinggir bandar Pasir Mas, Kelantan. Seekor lembu hendak disembelih tetapi kulitnya tidak lut –selepas tukang sembelih pertama tidak berjaya, dicuba oleh tukang sembelih ke-2 dan ke-3 juga tidak berjaya. Semua tukang sembelih adalah berpengalaman telah menyembelih banyak lembu. Lalu seorang tua umur dalam 80-an menawarkan diri untuk menyembelih lembu tersebut, disuruh supaya lembu dipegang dengan elok dan kemah, dan beliau meminta seseorang membuang kayu sepa hidung lembu, kemudian lembu dapat disembelih. Kayu sepa tersebut adalah daripada teras keluat. Bukan setakat kayu sepa tersebut dibahagikan antara mereka, bahkan dimana pokok keluat itu diambil dicari semula dan dibahagi-bahagikan.
Dalam Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita (Abdullah Al-Qari Hj. Salleh) m/s 136, tentang Keluat:
Sejenis pokok yang mempunyai daging kayunya lembut mampat, berkhasiyat untuk:
Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah. Allahu ‘alam.
Sejenis pokok yang mempunyai daging kayunya lembut mampat, berkhasiyat untuk:
- Kebal atau tahan urat: terasnya direndam dalam air suam, kemudian diminum.
- Cerah perut: akarnya dikering, direbus, diminum.
- Sakit gigi berlubang: akarnya diasah pekat, dimasukkan ke dalam lubang gigi, kira-kira 3 minit beransur reda kesakitan.
- Pemudah bersalin: akarnya direndam dalam minyak, diminum sekadar 1/2 cawan.
Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah. Allahu ‘alam.
Nota dan peringatan penting:
- Segala paparan kisah yang berlaku, tiada maksud dengan cara apa sekalipun supaya diuji teras dengan apa sahaja cara sekalipun yang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sekalipun. Pihak tuan_blog tidak bertanggungjawab dan tiada kaitan terhadap sebarang tindakan atau pengujian yang membahayaan diri sendiri dan sesiapa sekalipun. Sebarang tindakan adalah atas tanggungjawab dan risiko diri sendiri. Fikirkan tindakan yang hendak dibuat dengan akal yang waras dan sihat. Sama halnya pengujian acid dengan teras gemunggal.
- Bagi sesiapa yang berhajat untuk dibuat sebab/ambil sabit (klik) supaya dipakai teras dengan doa memakai cincin/pakaian baru (klik) serta serah 100% kepada-Nya "tidak bergerak sebiji zarah melainkan dengan izin Allah" (klik)(klik).
No comments:
Post a Comment