Pensijilan dibuat untuk 2 tujuan:
- Identification/Authenticity (sijil identifikasi/keaslian batu)
- Valuation/Appraisal (sijil nilaian/taksiran harga batu)
INDENTIFICATION CERTIFICATE (Authenticity)
Pensijilan untuk identifikasi lebih popular dan meluas. Latarbelakang kepada pensijilan identifikasi ialah berkait dengan persoalan ethic. Iaitu sijil dikeluarkan sebagai pengesahan kepada maklumat tentang batu yang hendak dijual.
Persoalan ethic tersebut sebagai contoh seperti berikut:
- Si A mengatakan batu yang dijual adalah batu asli Z, sedangkan sebenarnya (jika mengikut pengesahan makmal) batu tersebut adalah batu asli X.
- Si A mengatakan batu yang dijual adalah batu asli Z, sedangkan sebenarnya (jika mengikut pengesahan makmal) batu tersebut adalah batu sintetik Z.
Antara persoalan-pertimbangan dalam menentusahkan maklumat tentang batu ialah seperti berikut:
- Jika satu batu didakwa sebagai Ruby, adakah ianya benar-benar Ruby (sebagaimana definisi ruby dalam ilmu moden gemology; lihat definisi ruby; wujudnya certification selari dengan perkembangan ilmu moden gemmology)?
- Jika ianya benar-benar natural Ruby (“authentic”), adakah Ruby ini dikenakan treatment atau enhancement? Iaitu adakah warnanya dikenakan enhancement? Adakah claritynya telah di-treated? Apakah bentuk-bentuk treatment atau enhancementnya?
- Jika ianya bukan natural Ruby, jadi apakah jenis batu tersebut (maksudnya samada sintetik, imitasi atau simulant)?
- Jika ianya “authentic” i.e., warnanya adalah warna asli, dalam kategori manakah hue, tone & saturation-nya?
- Jika ianya “authentic” i.e., clarity dalam kategori mana?
- Jika ianya “authentic”, berapakah berat caratnya, apakah dimensionnya, apakah bentuk cuttingnya, apakah hardnesnya dsbnya?
Adakah boleh untuk membuat sijil untuk batu sintetik? Ya, boleh, kerana sijil hanya sebagai pengesahan kepada maklumat tentang batu yang hendak dijual. Tetapi untuk tujuan apa?
Adakah boleh dibuat re-test atau cross-check dengan lab lain? Ya boleh. Sijil yang dikeluarkan antara satu lab dengan lab yang lain tidak sama. Perbezaan tersebut darisegi persembahan aturhuruf. Isikandungannya juga berbeza kerana terdapat istilah teknikal dan standard yang berbeza yang digunapakai. Namun standard tersebut boleh ditukar atau difahami antara satu sama lain, maksudnya (sebagai contoh umum), jika dinyatakan ‘A1’ oleh lab A…mungkin pada sisi lab B ianya ‘A2’.
Perkhidmatan yang ada atau disediakan oleh sesebuah lab juga tidak sama. Terdapat lab yang hanya membuat pengesahan setakat “authenticity” sesebiji batu sahaja, dan terdapat lab lain yang membuat evaluation tentang “warna” dan “clarity” sekali. Kos juga tidak sama.
Biasanya identification certificate dibuat atau dikeluarkan untuk kategori ‘batu terpilih’ (“market rare”) sahaja seperti Star Ruby, Star Blue Sapphire, Emerald dsbnya yang terkecuali kecantikan dan saiz fizikal/optikalnya.
Identification Certificate samada:
- Telah disediakan oleh pihak penjual, untuk kemudahan pihak pembeli.
- Tidak disediakan oleh pihak penjual, tetapi diminta oleh pihak pembeli untuk membuat sijil tersebut.
- Dibuat oleh pemilik batu untuk diri sendiri, atau untuk tujuan-tujuan lain
Identification certificate memerlukan kos untuk membuatnya. Jika batu tersebut telah siap dengan certificate, biasa harga yang dipaparkan sudah termasuk sekali. Jika ia diminta dibuat oleh pembeli, kosnya samada ditanggung oleh pembeli atau separuh-separuh antara pembeli dan penjual mengikut pertimbangan budibicara dan tolak ansur. Oleh kerana kebiasaannya certificate dibuat untuk batu yang terpilih “market rare” bernilaian tinggi, maka kosnya telah tenggelam dan dikira berpadanan serta dikira sebagai satu pakej dengan pembelian batu tersebut. Kebanyakkan batu yang beredar di Barat, yang dipamer-jual dalam kedai-kedai ekslusif terdiri daripada batu yang terpilih-terpilih, sebahagiannya ada cert dan sebahagian lagi tiada. Untuk batu-batu yang telah maklum/dikenali ramai oleh masyarakat yang bergred biasa-biasa, ianya dijual tanpa cert. Ringkasnya tidak semua batu perlu cert. Jika dibuat cert untuk semua batu, sesetengahnya akan jadi kos cert lebih mahal daripada harga batu. Disebabkan itu hanya batu terpilih dibuat cert sesuai dengan keindahan fizikal/optikal batu tersebut.
*
Keperluan atau kehendak? Wajib atau sebagai pilihan sahaja? “Asalnya” ia suatu pilihan. Maksud “pilihan” tersebut bergantung kepada penjual dan pembeli.
- Ianya merupakan satu keperluan bagi si penjual dan/atau pembeli jika kedua-dua pihak atau satu pihak sahaja… tidak dapat mengesahkan maklumat mengenai batu yang dibuat urusan.
- Jika pihak penjual dan pihak pembeli sudah mempunyai pengetahuan yang mengcukupi serta yakin untuk menentukan kedudukan batu tersebut maka ianya tidak perlu dibuat indentification certificate. Kadang-kadang ianya dibuat sebagai suatu kehendak sahaja.
Apakah contoh keadaan lain yang memerlukan pengesahan lab? Dalam masayarakat Barat, jika pembeli disuakan dengan dengan sebiji batu sebagai contoh Star Ruby yang sempurna, tetapi ada keraguan atau ada perkara yang tidak pasti, maka nasihat gemologist ialah minta pengesahan lisan atau identification cert untuk batu tersebut daripada lab yang bereputasi.
VALUATION CERTIFICATE (Appraisal Retail Value)
Selepas sesuatu batu itu telah diidentifikasi dan dikategorikan selayaknya, pada satu tahap lain batu tersebut dibuat 'penyataan' untuk memerihalkan ‘nilaian atau harga yang paling tepat dan munasabah dalam pasaran mengikut keadaan atau perkembangan semasa dan untuk tempoh tertentu..’.
Tujuan dibuat valuation/appraisal ini samada untuk estimate nilai insuran atau tujuan-tujuan lain seperti penjualan.
Yang dimaksudkan dengan batu-batu terpilih (terkecuali darisegi kecantikkan dan saiz fizikal/optikalnya) ialah darisegi kesempurnaan kecantikan 4C-nya. Penilaian tersebut dilakukan idividu/sepasukan panel khas yang merupakan para gemmologis yang bertauliah.
Biasanya hanya dibuat pada batu-batu yang sangat terpilih (“market rare”) dari kalangan 4 batu termasyhur dunia iaitu Ruby (Delima Merah), Nilam (Blue Sapphire), Zamrud (Emerald) dan Berlian (Diamond); batu-batu terpilih yang tergolong daripada 12 batu masyhur seperti Alexandrite, Padparadscha dsbnya juga tiada masalah dibuat valuation certificate.
*
Sijil ini terpulang kepada pemilik batu-batu tersebut samada pemiliknya itu merupakan sebuah syarikat, kumpulan atau individu perseorangan yang memiliki batu-batu terpilih pada sisi mereka, dan pasaran antarabangsa.
Selepas dibuat penilaian dan perbandingan dalam pelbagai aspek, kemudian batu tersebut akan diberi nilaian semasanya. Nilaian semasa tersebut biasanya akan disebut bersama frasa “more or less” atau frasa yang memberi maksud yang sama dengannya, serta dinyatakan kondisi nilaian tersebut tertakluk. Juga kenyataan ‘pelepasan tanggungan’ oleh penilai terhadap kenyataan appraisal tersebut. Valuation certificate akan menyatakan nilaian semasa batu tersebut mengikut harga semasa antarabangsa dan ‘boleh’ digunapakai merentasi Negara-negara maju seperti USA, UK, Australia, Hong Kong dsbnya.
Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang ianya adalah keperluan dan kadang-kadang kehendak sahaja. Ianya suatu pilihan, tidak wajib.
[Nota: Perbincangan ringkas diatas adalah identifikasi atau penilaian darisegi fizikal/optikal batu; terutamanya diamalkan di Negara maju.]
Wallahu a’lam.
2 comments:
Assalamualikum.
Tahniah di atas usaha Tuan dalam membangunkan blog seumpama ini. Semoga terus berjaya.
sekian wassalam
Wa alaikumusalam,
Terima kasih Tuan, atas inspirasi dan doa Tuan. Semoga ke atas Tuan jua.
Post a Comment