SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Friday, September 13, 2013

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG ZIRCON

  • Secara umumnya diseluruh dunia, Zircon merupakan salah satu permata yang disalahfaham dalam banyak segi, menjadikannya permata yang kurang popular untuk dipakai.
  • Antara salahfaham tersebut yang member persepsi negative kepada Zircon seperti: Zircon sejenis permata kurang lasak, Zircon adalah CZ/Zirconia, Zircon adalah batu buatan manusia, Zircon tidak ada yang asli semulajadi dari perut bumi, Zircon putih adalah berlian palsu iaitu penganti kepada berlian asli.
  • Jawapan kepada “zircon adalah sejenis batu kurang lasak…” (klik): Zircon adalah sejenis permata yang agak mudah pecah dan serpih jika berlaga/terhantuk/terjatuh/ terhempas pada objek keras. Itu sisi negatif Zircon, tetapi hal itu juga terdapat pada permata Topaz yang lebih popular berbanding Zircon. Namun begitu, Zircon adalah batu yang keras sukar dicalarkan! Kekerasannya adalah 7.5 pada skala Mohs.
  • Jawapan kepada “Zircon adalah CZ/Zirconia, Zircon adalah batu buatan manusia, Zircon tidak ada yang asli semulajadi dari perut bumi..” (klik): Ianya suatu fakta bahawa Zircon adalah batu asli dari perut bumi dengan komposisi ZrSiO4 dengan kekerasan 7.5 pada skala Mohs. Zircon bukan Cubic Zirconia (CZ). CZ atau juga dipanggil ‘Zirconia’ dan ‘berlian swiss’ adalah batu buatan manusia dengan komposisi ZrO2 dan kekerasan 8.25-8.5 pada skala Mohs.
  • Jawapan kepada “Zircon putih adalah berlian palsu iaitu penganti kepada berlian asli..”: Memang benar Zircon putih atau ‘matara’ digunakan sebagai berlian imitasi dan dikenali sebagai ‘Berlian Matara’. Penggunaan berlian matara sebagai imitasi berlian asli adalah kerana berlian matara adalah satu-satunya permata tidak berwarna yang menyamai pantulan pelangi pada dalaman Berlian asli. Maknanya, sebenarnya zircon putih adalah cantik!
  • Antara fakta-fakta menarik tentang Zircon: 

  1.      Zircon adalah sejenis batu yang ‘menarik’ kerana merupakan batu tertua di bumi setakat diketahui oleh saintis, iaitu specimen dari Jack Hill, Australia Barat berusia 4.4 bilion tahun, dan sekarang tersimpan di Natural History Meseum di Perth, Australia Barat (klik).
  2. 2. Perkataan ‘zircon’ dipercayai daripada perkataan Syriac-Arab-persia: zargono (Syriac), zarqun (Arab), zargun (persia) yang bermaksud “warna keemasan”; dan permata kualiti baik Zircon telah dilombong lebih 2000 tahun di Sri Lanka. Zircon menjadi perhiasan di Barat bermula dalam tahun 1920an
  3. 3. Sumber Zircon terdapat di banyak Negara seperti Kemboja, Burma, Ratnapura/Sri lanka, Thailand, Perancis, Norway, Tanzania, Victoria/Australia, Norway, Ontario/Kanada, Jerman, Jepun, Maine/New England, New Jersey/US, New York/US; bahkan Kristal Zircon juga dijumpai di Bulan
  4. 4. Zircon mempunyai pantulan berkembar, iaitu cahaya akan dipecahkan kepada dua sinar apabila melalui zircon, menjadikan garisan permukaan belakang batu yang dicanai kelihatan bergambar/bergarisan kembar; dan factor ini bersama keberkilatan permukaan adamantine membuatkan ia lebih memantulkan cahaya seperti berlian asli
  5. 5.  Zircon dengan SG 4.6-4.7 merupakan salah satu permata yang ‘berat’, menjadikan saiznya kecil per-carat (klik)
  6. 6. Zircon mengandungi sedikit elemen radioaktif seperti Uranium atau Thorium, walaubagaimanapun ianya tidak cukup kuat untuk membahayakan pemakai batu zircon.


  • Variasi Zircon dipecahkan kepada 4 kategori berdasarkan warnanya, iaitu: (1) Hyacinth/jacinth (2) Jargon/jargoon (3) Starlight (4) Matara

  1. HYACINTH/JACINTH  Warnanya: perang kemerahan, perang –(klik)
  2. JARGON/JARGOON  Warnanya: kuning, kuning kehijauan –(klik)
  3. STARLIGHT Warnanya: biru –(klik)
  4. MATARA Warnanya: tidak berwarna (colorless) –(klik)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...