Terdahulu (klik)
Kisah yang dipaparkan dibawah
adalah kisah yang hampir dengan tuan_blog:
- Menghalang toyol mencuri duit. Sekurang-kurang terdapat 2 kes. Per1 berlaku di Pasir Mas, seseorang setelah beberapa kali kehilangan duit di rumahnya (termasuk rumah-rumah lain disekitarnya), lalu beliau meminta nasihat seorang tua berdekatan, lalu dicadangkan oleh orang tua tersebut supaya meletakan serpihan teras gemunggar ditempat simpan duit, kemudian kehilangan tidak berlaku lagi. Kes ke2 di Terengganu, seorang sahabat sewaktu pulang beraya di kampong telah meletakkan sepotong teras gemunggar (TGTanah Merah) dalam dompetnya, pada waktu itu semua ahli keluarganya juga pulang berkumpul di rumah, keesokan harinya didapati setiap ahli keluarganya kehilangan duit, namun dompet miliknya tidak terusik.
- Mengubat busung. Dilakukan oleh seorang perawat di Pasir Puteh. Teras gemunggar ditekan pada perut pesakit dengan kaifiat tertentu, lalu perut yang membusung jadi kempis serta merta.
- Mengunci ular tanpa disedari. Seseorang telah terlangkah ular, dan ular menjadi kaku seumpama sebatang kayu keras sewaktu terlangkah tersebut, beberapa tapak kemudian baru perasan yang dilangkahnya adalah ular (TG Cerang Jeli).
- Seekor ular tedung senduk telah memasuki rumah seseorang (dan memakan anak kucing), lalu diacukan tongkat teras gemunggar (TG Pulau Redang) padanya, ular tersebut seakan lemah, mengalah dan tidak dapat bertentang dengan tongkat teras gemunggar tersebut serta bersembunyi disebalik rak, kemudian ular tersebut disentuh dengan tongkat ular cintamani laut. Akhirnya ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas, 3 hari kemudian ular terbut mati. Gambar semasa ular dimasukkan dalam bekas sempat diambil oleh tuan punya tongkat teras gemunggar.
- Seseorang di Tanah Merah pernah menceritakan mencuba sua teras gemunggar (TG Pulau Rhu…bukan pulau redang) kepada ular tedung senduk, ular tersebut mengalah dan tidak dapat bertentang dengan teras gemunggar.
- Antisusuk. Seseorang yang memakai susuk tidak dapat memegang lama teras gemunggar jadi kepanasan, mula-mula panas bahagian cuping telinga dulu.
- Anti kesan susuk. Seorang pesara askar yang sewaktu mudanya telah memakai susuk, tetapi selepas pencen telah membuang susuk tersebut. Suatu ketika, dia pergi mengurut dengan seorang perawat yang mana campuran herba minyak urut tersebut dari habuk teras gemunggar (TG Tanah Merah), sewaktu mengasur atau mengurut dengan minyak tersebut walaupun perlahan sahaja terasa tersangat sakit dan tidak tertahan olehnya. Lalu dia menceritakan perihal susuk yang telah dibuang oelhnya kepada tukang urut tadi. Tukang urut berada di Tanah Merah.
- Anti kesan santau dalam tubuh. Seorang pesakit yang masih ada kesan-kesan lama santau telah meminum air rendaman teras gemunggar (TG Tanah Merah) lalu dengan tiba-tiba ia menjadi bersin dan berhingus berhari-hari. Habuk teras gemunggar juga member reaksi kepada seseorang yang ada kesan santau dalam tubuhnya.
- Seseorang yang menderita penyakit misteri selama dalam 30 tahun, badannya menjadi kurus. Pada masa awalnya beliau tidak percaya tentang penyakit akibat dari ilmu sihir dan seumpamanya, akhirnya beliau baru berubat dengan beberapa perawat, tetapi tidak bersungguh dan berterusan. Suatu ketika seseorang mencadangkan supaya meminum air rendaman teras gemunggar (TG Tanah Merah) dan supaya dibuat sendiri oleh si pesakit, setelah minum berlaku tindakbalas iaitu ia terus berasa pening berpusing, oleh kerana kesan tindakbalas secara kuat dan mengejut maka beliau tidak meneruskan ikhtiar tersebut.
- Seseorang bukan warganegara Malaysia yang telah melakukan jenayah telah ditangkap oleh pihak berkuasa, semasa dalam tahanan dia masih berkeras dan macam tiada apa-apa kesan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, lalu seorang anggota menggugut mahu memukul dengan batang/dahan pokok gemunggar (bukan teras), lalu dia terus mengalah dan member kerjasama.
- Seseorang di Bachok yang semasa mudanya agak gedebe pendiam (memakai cincin dari teras gemunggar), telah mencabar seorang yang paling semseng yang masyhur di kampungnya. Mereka bertarung dengan tongkat kayu. Sebelum bertarung mereka memberi amaran kepada orang kampong supaya jangan masuk campur. Lalu mereka bertarung berjam-jam lamanya, kedua-duanya saling kena pukul dengan tongkat masing-masing. Akhirnya kedua-dua tidak larat lagi untuk bangun, akhirnya terpaksa juga dipapah oleh orang kampong. Si pencabar tadi yang memakai teras gemunggar tidak pecah berdarah kulitnya, manakala kulit samseng yang dicabarnya pecah berdarah yang agak teruk.
- Seseorang penghidap penyakit misteri, yang telah banyak berikhtiar merawat penyakit tersebut tetapi belum sembuh, telah dicadangkan memakai gelang campuran teras gemunggar dll kayu/teras oleh seorang yang mahir, dengan izin Allah dia sembuh dari penyakit tersebut (TG Tanah Merah, TG Pulau Redang).
- Seorang dekat Tanah Merah yang telah sakit lutut lama, telah memakai cincin perak permatanya teras gemunggar, lalu keesokkan harinya lututnya tidak lagi sakit (TG Tanah Merah).
- Seseorang perempuan telah kena hysteria disebuah premis di KL. Terdapat 2 orang sahabat, seorang memiliki cincin permata batu warisan dari datuknya dan hendak mencuba mengubat dengan cincin tersebut, tiada apa-apa kesan. Seorang lagi memakai cincin perak permata teras gemunggar (TG Tanah Merah), dengan penuh yakin dan tawakal lalu berkata “kalau kau mampu kau tengok cincin ini…” dengan izin Allah perempuan tersebut meraung ketakutan apabila melihat cincin itu dihalakan kepadanya.
- Seseorang dari Patani, memiliki teras gemunggar yang warnanya agak merah gelap, beruk garang menjadi ketakutan apabila beliau melalui berdekatan beruk tersebut.
- Seseorang baru berpindah masuk ke rumah barunya, terdapat pelbagai gangguan seperti bunyi orang berjalan dan berlari diatas siling rumah, bunyi benda jatuh dalam siling dll, sehingga ada ketikanya sampai dia berkata “jangan berlari kuat-kuat sangat, nanti runtuh siling aku…J”. Suatu hari beliau mendapat ketulan teras gemunggal (Pulau Redang) dan menyimpan didalam rumah, dengan izin Allah semenjak dari itu tiada lagi gangguan diatas silingnya. Beliau tinggal di Tanah Merah.
- Seseorang yang baru berpindah ke rumah sewa baru, terdapat gangguan seperti sekali sekala penampakan dan anak kecil menangis, serta ketidaktenteraman perasaan, antaranya si penyewa pernah melihat sekilas pandang ‘sosok seperti isterinya’ memasuki bilik sebelah kirinya sedangkan pada masa itu isterinya berada disebelah kanan. Salah satu ikhtiarnya ialah meletakkan teras-teras gemunggal (dari pelbagai tempat) di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya, lama-kelamaan nampak kesan semakin pulih dan selepas 3-4 bulan hilang gangguan tersebut. Kes ini tidak diikhtiar dengan renjisan air jampi atau beras kunyit. Kes di Pulau Pinang.
- Seseorang pernah disengat oleh ikan keli, lalu dia menampal habuk teras gemunggal (TG Tanah Merah) pada tempat sengat tersebut, kesannya jadi sangat kurang sakit dan tidak berdenyut kuat, serta tidak bengkak. Berlaku dekat Bukit Panau Tanah Merah.
- Terdapat kisah, si pencuri yang menggunakan ilmu pukau untuk memasuki rumah orang tidak berjaya. Kes di Terengganu.
Semoga sebahagian paparan tentang
khasiat kelebihan teras gemunggar diatas ada manfaatnya. Setiap kes ada penerangannya.
Allahu alam.
1 comment:
Terimakasih atas pencerahannya
Post a Comment