Salah seorang hamba Allah dekat kampung penulis pernah bercerita kepada tuan_blog:
Terdapat 3 orang sahabat yang berkerja mencari rezeki dengan memesin rumput ditepi jalan-jalan raya. Suatu ketika, sedang mereka asyik memotong rumput, mata mesin rumput salah seorang daripada mereka telah terkena sarang tebuan yang bersarang rendah dan terlindung dek rerumput yang panjang. Apalagi, sang tebuan pun mengerumi hamba Allah yang seorang ini untuk menyengatnya. Hamba Allah ini memakai gelang kemuning hitam. Kedua-dua rakannya sempat melari dan menjauhkan diri mereka. Kebetulan…ratusan sang tebuan yang berusaha untuk menyegat hamba Allah tadi tidak berjaya. Kata hamba Allah yang bercerita kepada tuan blog “sengat tebuan tidak boleh keluar..”.
Tambahan:
- Apa yang berlaku dengan kehendak Allah. Perkataan ‘kebetulan’ dalam percakapan biasa ialah ganti kepada ‘dikehendaki-Nya’.
- Dalam kes diatas, dikehendaki-Nya hamba-Nya itu tidak binasa oleh usaha para tebuan untuk menyegatnya.
- Gelang kayu kemuning tidak boleh “memberi bekas” dan tidak boleh sesiapa “menjamin tentu akan jadi” kerana “kuasa memberi bekas” atau “kuasa hok menentu..” itu milik-Nya. Namun, setiap benda yang Allah swt jadikan tidak sia-sia iaitu boleh menjadi “sebab” bagi suatu perkara yang lain atau disebut juga “berkait”.
- Dalam percakapan biasa disebut, "setiap benda terpilih ada ‘power’ yang bersifat rahsia". ‘Power’ ini adalah satu alamat kepada perkara-perkara yang lain. Punca ‘power’ yang ada pada makhluk adalah pemberian daripada Allah swt yang menguasai benda nyata dan benda ghaib.
- Pengetahuan tentang rahsia ‘power’ dan ‘khasiat’ ini samada berpunca daripada 1st source (iaitu manusia yang cukup syarat) atau daripada kisah @pengalaman orang-orang yang mengalaminya yang mereka sendiri pun tidak terfikir sebelumnya.
- Kata orang yang arif “orang ilmu tinggi, rumput pun boleh jadi macam-macam ubat…” kerana dia tahu rahsia penciptaan rerumput tadi.
- Apabila telah sampai pengetahuan tentang rahsia manfaat sesuatu batu/kayu/besi dsbnya, maka orang-orang yang berfikir serta berkehendak akan mencari benda-benda ini “untuk nak buat sebab..”
- Dikehendaki-Nya benda-benda terpilih tersebut menjadi sebab pada ketika dan tempat yang dikehendaki-Nya samada secara jelas atau samar perkaitannya. Walaupun samar perkaitannya namun untuk menafikannya tidak boleh.
- Kata orang arif tentang benda-benda terpilih ini “InsyaAllah..dia akan jadi gapo2 kalu ado gapo2…semuanya dari Allah dan dengan kehendak Allah belako”.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment