SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Thursday, July 14, 2011

Makna" Izin Allah": Tafsir Ayat 102 Surah Al-Baqarah - Tafsir Pimpinan Rahman

“Mereka (membelakanggkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”.

HURAIAN

Menurut huraian Datuk Haji Muhammad Noor – Penyemak Kitab tafsir ini: Ayat ini menarik perhatian umum supaya:

Pertama – meneguhkan I’tiqad bahawa segala kejadian buruk atau baik itu adalah dari Allah.

Kedua – kejadian buruk atau baik itu berlaku menurut sebagaimana yang ditentukan oleh peraturan undang-undang (Sunnahtullah) yang azali.

Ketiga – peraturan undang-undang Allah itu berlaku seluruhnya dengan izin Allah.

Ayat ini juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa tiap-tiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah Ta’ala, ada mempunyai kuasa tenaga yang menimbulkan kesan apabila diketahui rahsia-rahsia tenaga yang terdapat dalam sesuatu benda itu.

“Ilmu sihir” itu memang ada mengandungi hikmat yang Tuhan berikan bagi melahirkan sesuatu perkara yang dapat memberi kesan, seperti pembenci atau pengasih.

Demikian juga benda-benda yang wujud dalam alam ini masing-masing telah Tuhan berikan kuasa tenaga yang menimbulkan kesan yang istimewa pada benda-benda itu, seperti kesan tenaga kuasa yang ada pada atom, hidrogen dan lain-lain. Tenaga kuasa tersebut akan dapat menimbulkan sesuatu kejadian kalau sekiranya dapat diketahui rahsia-rahsia kejadiannya serta cara-cara peraturannya yang telah ditentukan oleh Tuhan. Misalnya: dari kemajuan pengetahuan sains orang dapat mengetahui hidrogen dan oksigen apabila dicampurkan akan melahirkan benda yang lain iaitu air. Demikian juga bahan-bahan kimia yang lain. Benda-benda itu masing-masing mempunyai keistimewaan tenaga kuasa yang tertentu yang sedia menimbulkan kesan apabila diketahui rahsia dan peraturannya yang telah ditentukan oleh Tuhan semenjal azali lagi. Demikianlah Tuhan jadikan segala sesuatu yang ada itu mengandungi hikmat dan kegunaannya masing-masing bagi faedah umat manusia.

Oleh yang demikian, seseorang ahli sains itu tidak lebih hanyalah sebagai penyelidik rahsia kejadian Tuhan yang telah sedia ada untuk menghasilkan sesuatu menurut dasar peraturan undang-undang alam yang Tuhan tentukan semenjak azali itu. Apabila rahsia-rahsia itu dapat diketahui maka dapatlah dia menghasilkan sesuatu mengikut apa yang dirancangkan.

Biarpun segala-galanya itu ada mempunyai kuasa tenaganya yang boleh menimbulkan sesuatu kesan, namun natijah terakhir adalah bergantung kepada izin Allah jua, dan pengertian izin Allah itu ialah: (1) bahawa sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla membiarkan segala-galanya itu berjalan menurut peraturan undang-undang alam yang telah diaturkan oleh Allah semenjak azali itu, maka ia tetap akan berlaku dan melahirkan sesuatu yang memberi kesan. (2) Sebaliknya: sekiranya Allah Ta’ala menahan atau tidak memberi izin dari berlakunya peraturan-peraturan tersebut, maka ia tetap tidak akan memberi apa-apa natijah dan kesan. Demikianlah kekuasaan Allah Ta’ala mengatasi segala-galanya.

TAMBAHAN



  • “Ilmu sihir” itu memang ada mengandungi hikmat yang Tuhan berikan bagi melahirkan sesuatu perkara yang dapat memberi kesan, seperti pembenci atau pengasih. “…ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…” (AL-Baqarah 102). “Ilmu sihir” adalah” sebab”, iaitu ‘sebab’ untuk jadi pembenci atau pengasih. Sebab tidak dapat memberi bekas melainkan dengan izin Allah.


  • Allah telah menetapkan peraturan (Sunnahtullah) bahawa orang yang tidak makan (perut kosong) akan berasa lapar, dan menetapkan bahawa nasi (makanan) mengenyangkan sesiapa yang memakannya. Peraturan ini berlaku dengan izin Allah. Dalam contoh ini, nasi adalah ‘sebab/asbab’ untuk mengenyangkan perut yang lapar. Sebab tidak dapat memberi bekas melainkan dengan izin Allah.

    Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...