SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

||TERAS PENAWAR HITAM@ KEMUNING ARANG||








  • Teras Penawar Hitam (1) dikira pelengkap, penambah atau kapitan kepada Teras Kemuning Hitam (99). Jika telah ada mempunyai Teras Kemuning Hitam sudah memadai. Di dalam Teras Kemuning Hitam telah mengandungi Penawar Hitam. (99+1=100)
  • Perwatakannya sedikit kering berbanding Teras Kemuning Hitam.
  • Teras Kemuning hitam dikira lebih antireput berbanding Teras Penawar Hitam. Biasa teras penawar hitam ditemui dalam keadaan sebahagiannya telah reput, terutama pada baagian tengahnya.
  • Jika dibelah/dipotong, pada bahagian isi/dagingnya yang padat - warnanya tetap hitam. Sebaliknya bagi kemuning hitam, ia hitam sedikit awa kuning kehijauan.
  • Habuknya tetap kehitaman, berbeza dengan Kemuning Hitam ia hitam sedikit awa kuning kehijauan,
  • Teras Penawar Hitam sangat lambat larut dalam air berbanding Teras Kemuning Hitam.
  • Jika direndam air panas dalam bentuk serpihan/ricisan, dan dikacau sedikit, paling cepat lebih kurang 15-30 min barulah air dengan amat sedikit berubah iaitu nampak amat sedikit awa gelap. Awa gelap ini adalah biasan cahaya habuk berwarna hitam kepada warna air yang jernih, bukan herbanya larut menjadi hitam. Jika dibiarkan lagi beberapa hari, airnya berubah menjadi sedikit kuning muda/nipis (herbanya juga sedikit kekuningan nipis...bukan hitam), tetapi tidak sepekat air rendaman kemuning hitam.
  • Teras Penawar Hitam, jika direbus sampai mendidih sekalipun , warna airnya hanya berubah menjadi kuning muda/nipis/pucat sahaja. Manakala Teras Kemuning Hitam boleh berubah sampai menjadi lebih gelap/teh tua/teh pekat jika direbus.
  • Jika dijadikan serbuk, dan dibancuh dengan air panas, air menjadi seperti air kopi atau seperti campuran serbuk arang. Lama-kelamaan, habuk tersebut rening atau memendap ke dasar bekas, kelihatan airnya hitam sedikit kuning nipis.
  • Nama lain panggilan orang kampung Kemuning Arang.
  • Jenis yang diterangkan diatas didapati dari tanah tinggi/bukit berbatu. 
  • Anggaran nisbah spesimen di kawasan bukit berbatu bagi Teras penawar hitam : kemuning hitam = 1: 50 dikatakan kerana 2 sebab utama (1) spesis penawar hitam habitatnya tidak sesuai di kawasan berbatu kerana ianya bukan pokok renek (2) ia lebih mudah reput iaitu tidak dapat bertahan lama dengan persekitaran lembap panas dll, maka ia cenderung untuk reput.
  • Terdapat sejenis lagi yang dipanggil juga 'penawar hitam air putih' iaitu ianya tidak larut air dan boleh digores buat garisan hitam pada permukaan kertas/kayu/simen dan jenis ini didapati dari tanah pamah/rendah. Biasa ditebang daripada pokok hidup dengan kualiti ketumpatan yang amat baik.
  • Apakah sebenarnya "Teras Penawar Hitam" yang dijumpai seakan reput dan lain-lain sifat yang telah disebutkan? ianya adalah Teras Hitam Arang/Arang Hitam/Bunga Arang/Patah Arang/Arang Payau/Kayu Malam/Buwei (diospyro)
  • Allahualam.

Nota penting@ kesimpulan: 
  1. Dalam riwayat-riwayat, kisah-kisah, cerita-cerita, pengalaman-pengalaman yang tersebar sejak dahulukala sehinggalah sekarang --faktanya: yang mayshur timbul adalah berkisar kepada keistimewaan Teras Kemuning Hitam dalam pengubatan pelbagai penyakit. 
  2. Jika ada 10 kisah/pengalaman dalam masyarakat, sekira-kiranya 10 kisah/pengalaman tersebut adalah daripada Teras Kemuning Hitam. 
  3. Teramat langka atau dengan lain kata, hampir tidak kedengaran pengubatan Teras Penawar Hitam bersendirian.
  4. Teras penawar Hitam dan lain-lain teras hanya ditambah kepada Teras Kemuning Hitam yang menjadi asas utama kepada campuran tersebut.
  5. Semua riwayat, kisah, cerita, pengalaman tersebut menunjukkan keutamaan Teras Kemuning Hitam jauh mengatasi Teras Penawar Hitam dalam hal pengubatan.
  6. Bukan bermaksud Teras Penawar Hitam tidak mempunyai khasiat kelebihan, tetapi khasiat kelebihan Teras Penawar Hitam tidak sebanyak Teras Kemuning Hitam --antaranya Teras Penawar Hitam amat baik sebagai peneutral.
  7. Kulit luar/gubal Teras Penawar Hitam sedikit putih awa kemerahan (lebih-lebih lagi yang pokok hidup). Teras Penawar Hitam sendiri berwarna hitam walaupun ditakik. Air rendaman Teras Penawar Hitam adalah putih (jika direbus lama barulah keluar herba kekuningan nipis) --airnya tidak ada yang berwarna hitam (yang dikatakan air hitam adalah kerana biasan cahaya) dan tidak ada yang berwarna merah.
  8. Allahualam.
{semoga menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka yang bertanya selama ini}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...