SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu
Showing posts with label Khasiat. Show all posts
Showing posts with label Khasiat. Show all posts

Monday, January 16, 2017

TATACARA PEMAKAIAN (PENGGUNAAN) BATU CINCIN/GE|ANG/TASBIH/TONGKAT/KERIS D||

  • Berkata, sangka, rasa, yakin yang BAIK-BAIK. Seumpama (1) Ia ada khasiat, kerana A||ah tidak ciptakan sesuatu dengan sia-sia (2) Ini  barang baik-baik (3) Ini sunnah Rasu|u||ah saw (4) Tongkat ada|ah perhiasan orang So|eh, Anbiya (5) guru/orang yang tsiqah te|ah berkata ia barang baik-baik bermanfaat (6) Ubat air kemuning ini te|ah ramai mendapat manfaatnya... (7 ) Ini tongkat mi|ik syeikh…..dan |ain-|ain seumpamanya. Hadis Qudsi “Aku menurut sangkaan hambaKu, maka sangka|ah yang baik-baik” 
  • Menyebut nama-Nya dan hubungkait, sanad, sandar kepada Ah|inya. Seumpama “Bismi|ahirRahmanirRahiim” Dengan nama A||ah aku memakainya, aku memakainya dengan berkat Rasu|u||ah, aku memakainya dengan berkat Wa|i-wa|i,  aku memakainya dengan berkat guru-guruku…” dan |ain-|ain seumpamanya. (hadiah a|-fatihah) -|ihat doa memakai cincin (k|ik)
  • Tidak bergantung hati pada barang/makhuk, Menyerahkan sega|a-ga|anya kepada Empunya Hak. “ A||ah swt izin bagiku…”, “Ia memberi bekas dengan Izin A||ah”, “ke|ebihan dari A||ah”, “A||ah yang memberi ke|ebihan..”, “Hasbuna||ahu wani’ma| wakii|, |aa hau|a wa|a quwwata i||abi||ahi| ‘a|iyyi| azhiim”… dan seumpamanya.

Nota: Jika kita mengetahui sesuatu barang itu asa| mi|ik seseorang yang baik, so|eh, wa|i, maka ia ter|ebih baik. A||ahua’|am.


********imbasan sebe|umnya (k|ik)
Nota: Penggunaan batu permata dalam perubatan disertakan bacaan doa-doa. Antara lain sentiasa berminda dan bertindak positif, sentiasa dipenuhi sangkaan dan pandangan yang baik (terhadap ilmu yang diterima dan penyampai), ketenangan dalam usaha ikhtiar dan berdoa, keyakinan InsyaAllah dikabulkan, pengulangan dengan minda yang postif dan sangkaan yang baik. InsyaAllah Taala.

Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah.

Saturday, May 21, 2016

Damar Koka Belum diproses...halwa mata


Tambahan:

Secara umumnya, habuk damar koka asli (semua warna) digunakan untuk merawat luka (ditampal pada luka) dan untuk merawat selsema. Getah koka yang paling rare untuk diperolehi ialah yang berwarna putih legap (lama-lama akan berubah warna jadi kekuningan). Getah koka yang paling sesuai ikhtiar untuk merawat bersabit dengan sihir ialah yang berwarna hitam penuh tanpa pamur.  Getah koka yang paling mayshur zaman-berzama ialah “koka nanah (edisi asal)”.

Catatan: Antara peristiwa yang berlaku, ikhtiar pengubatan sihir menggunakan damar koka hitam direndam dalam air (disertai hajat/doa) oleh pesakit sendiri, keluar satu makhluk berupa anak kucing bermata merah.

Allahu alam.

Sunday, May 8, 2016

[Kod: ZT1389] Batu Thursina ~dendritik & merah tompok hitam .....RM800 *berminat boleh runding [BERMILIK ~TERIMA KASIH]









Cerita: Batu-batu ini diambil sendiri oleh satu rombongan dari Malaysia di  Thursina Mesir. Tatkala tengah memilih batu-batu di kawasan puncak Thursina, tiba-tiba ribut yang kuat datang melanda. Ada ahli rombongan yang letak semula batu-batu yang telah dikutip dan tidak berani mengambilnya, sebahagian yang lain sempat membawa turun ke bawah bukit.

Antara hikmah kelebihan batu Thursina: Ianya batu yang amat besar fadhilat dan amat baik untuk direndam dibuat air penawar/diminum, pernah dilakukan/diminum oleh pesakit prostat dan sembuh dengan izin Allah swt.

Antara lain batu yang amat baik dibuat rendaman adalah Fosil Koka Araucaria dan batu Penawar Tok Wali (ada banyak kisah).

Monday, February 15, 2016

Khasiat Kelebihan Paruh Burung Menilin

Berat kepalanya kira-kira 11% daripada keseluruhan beratnya. Lilin yang tebal (berwarna kuning bersih) yang dibuat batu cincin adalah pada dahinya, bahagian lain berongga didalam. Keseluruhan paruhnya samada bahagian padat atau kulit berongga boleh dibuat penawar. Paruhnya berwarna kuning dan berkulit merah.

Antara khasiat kelebihan paruh burung menilin:
  • Ianya penawar berkaitan racun/santau yang amat besar. Rendam dalam air suam atau asah dan diminum untuk menawarkan kesan baru atau kesan lama dalam tubuh.
  • Penguji atau pengesan makanan yang ada racun/santau. Dipakai dijari dibuat permata cincin. Petunjuk melalui 3 perkara samada permata paruh menilin berubah warna, permata menjadi cair atau bekas yang dipegang retak seumpamanya.
  • Penawar lelah. Mana-mana bahagian paruhnya dibersihkan, diasah dan diamal minum.
  • Penawar batu karang. Mana-mana bahagian paruhnya dibersihkan, diasah dan diamal minum.
  • Hal kerezekian; mencari rezeki. Petua: permata yang bersaiz besar dipakai dibuat pelaris.
  • Penarik dan pemanis. Dalam hal ini, yang ada kulit merah lebih utama.


Petua lama, paruh atas bahagian jantan dicantumkan dengan paruh bawah betina atau sebaliknya, disimpan atau gunakan sebagai penawar /rendaman.

Kisah Makanan Bertutup Saji dan Permata Paruh Menilin Cair: Kisah ini terjadi kepada seorang hamba Allah sekampung (Allahyarham) PakChu Tah. Semasa beliau ke seberang golok menghadiri satu bekwoh/kenduri makan hidang, beliau sampai sedikit lewat dan ditunjukkan oleh seseorang untuk makan satu hidangan makanan bertutup saji, sedangkan beliau melihat makanan hidang lain tidak bertutup. Dengan Bismillah, tangan kanan bersarung cincin berpermata paruh burung menilin dilalukan atas makanan untuk cebok-cedok mengambil makanan, dengan izin Allah permata tersebut cair. Lalu hajat untuk makan tidak diteruskan. Arwah dikenali sebagai seorang bomoh tradisional, dan mempunyai ramai kaum kerabat diseberang golok; beliau meninggal di Mekah semasa menunaikan haji.

Dikatakan Raja dan bangsawan dahulukala, pinggan mangkuk piring setidak-tidaknya sodek-sudu yang digunakannya diperbuat daripada kemuning hitam atau setidak-tidaknya penawar hitam, dan ada bersamanya paruh menilin.


Segala ikhtiar disertakan dengan doa-doa berkaitan dan bergantung harap pada Yang Maha Kuasa. Segala khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah. Allahualam.

Thursday, February 11, 2016

Catatan...perubatan Kemuning Hitam

*malam tadi seorang sahabat menghubungi untuk mengubat penyakit keluar darah dari salur najis.

Caranya: Amal minum air rebusan kemuning hitam selama 3 bulan/120 hari berturut-turut atau lebih. Cara yang sama untuk mengubati buasir, batu karang atau sakit dalam perut. InsyaAllah.

Saturday, January 2, 2016

Sambungan...ANUGERAH HERBA TERAS KEMUNING HITAM ASLI: PENAWAR CANCER/CANCER PERUT

Sms dari sahabat pada 14/12/2015:

"Assalamualaikum En Azan kawan sya yg kena barah usus.....Alhamdulillah clear drp penyakit tu minggu lepas check-up kat General Hospital (Singapore)."

"Dan feedback dr doctor pakar suruh dia terus kan dengan amalan (pengambilan) obat tradisional tu"

Tulisan sebelumnya (klik)

BismillahirRahmaanirRahiim.

8 may 2012: 2kg Kemuning Hitam dibekalkan kepada seorang pengkaji (serta pasukannya) untuk pengkajian secara klinikal terhadap penyakit cancer dan aids. Diberitahu pasukan pengkaji mencuba sebanyak 70 jenis herba tempatan kesemuanya. Hasil penggunaan Teras Kemuning Hitam asli: positif melawan sel cancer.

7 Septemper 2015: Mendapat msg daripada sahabat dari Singapore “Yg en hadiah 30pcs tlh sya bahagikan pd teman2 dan saudara2 sya kebetulan teman mengidap cancer stage 2 alhamdulillah bila minum airnye sembuh hanya tinggal 0.7 percent sampai doctor pakar x percaya dan check up skali lagi pd bln oct ni”.

8 Oktober 2015: Msg daripada sahabat yang sama selepas saya bertanya hasil check up bulan Oktober “ Alhamdulillah segala2 da normal tapi doctor specialist kurang puas hati mcm mana begitu cpat blih sembuh jadi appointment lagi skali x silap bln 11 tau 12 dgn kehadiran doctor specialist yg lain sbb mrk x caya sembuh begitu cepat dgn perubatan melayu”

[Nota: Teman kepada sahabat saya menghidap cancer colon/usus, disahkan pada stage 2 oleh doctor pakar.]


**********************************
Lain-lain kisah berkaitan khasiat Kemuning Hitam:

  • Seorang hamba Allah menghidap satu penyakit yang mana dalam perutnya  ada satu ketumbuhan yang semakin membesar dan berasa sakit. Satu hari ia berjumpa dengan seorang tukang tasbih merangkap kawannya, dan menceritakan hal tersebut, lalu kawannya itu mencadangkan meminum air rendaman kemuning hitam asli. Kebetulan dia telah pun mempunyai seutas tasbih kemuning hitam hasil tangan kawannya itu. Lalu dia berubat dengan meminum air rendaman tasbih kemuning hitam tersebut, lama kelamaan ketumbuhan tersebut beransur-ansur  hilang dan tidak berasa sakit lagi.
  • Dan dikatakan serta kedengaran dalam masyarakat, sesiapa yang ada sakit dalam perut minumlah air rendaman air kemuning hitam…insyaAllah. Lantaran terdapat kisah-kisah menunjukkan keberkesanan penawar kemuning hitam. [Nota penting: bagi pesakit silalah check dihospital terlebih dahulu]
  • Kisah seorang pemuda budiman mengubat kucing dengan pati minyak kemuning hitam: (1) seekor kucing yang terkoyak mulut/bibir nya kerana bertarung dengan kucing lain, diletakkan pati minyak kemuning hitam hari demi hari, kemudian sembuh luka tersebut. (2) seekor kucing yang buruk berlubang kakinya, pada mulanya diletak minyak gamat tetapi kurang berkesan tambahan pula kucing menjilat minyak yang disapukan tersebut, kemudian diletakkan pati minyak kemuning hitam dan akhirnya sembuh sepenuhnya dan minyak yang disapu tidak dijilat oleh kucing (3) Pati minyak kemuning hitam disapu pada kurap pada kulit kucing, kesannya kurap tersebut jadi kering berkeping-keping kemudian luruh, akhirnya kucing tersebut hilang kurapnya.


*************
KISAH TOK MAD NOOR YAAKOB ~ TERAS KEMUNING HITAM TERAS 99 PENAWAR

Suatu masa dahulu, awal 1970-an, bertempat di Dabong, Kelantan. Seorang lelaki menghidap suatu penyakit dalam perutnya, lalu beliau berjumpa Tuan Doktor di klinik kesihatan Dabong. Kali pertama berjumpa dan diberi ubat, namun belum sembuh. Kemudian beliau dating lagi berjumpa Tuan Doktor untuk kali ke2, diberikan ubat, namun masih belum sembuh. Kemudian beliau dating bertemu dengan Tuan Doktor untuk kali ke3 dan Tuan Doktor berkata lebih kurang bunyinya “sekiranya kali ke3 ini belum sembuh juga, selepas ini abang cuba berubat secara ubatan tradisional pula…”. Takdirnya penyakit tersebut belum diizinkan Allah sembuh.

Lalu beliau berusaha berikhtiar mencari penawar kampong. Usahanya itu membawanya bertemu dengan (Allahyarham) Tok Mad Noor Yaakob. Tok Mad Noor Yaakob member air asahan teras kemuning hitam kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, penyakit yang dihidapi oleh lelaki tersebut kemudiannya sembuh.

Selang beberapa ketika selepas beliau sembuh, lelaki tersebut bertemu dengan Tuan Doktor disebuah warung minum teh. Lalu Tuan Doktor bertanya khabar keadaannya sekarang, dan agak terkejut kerana telah sembuh tidak seperti dahulu. Tuan Doktor bertanya, dimanakah perawat tersebut? Lalu beliau menunjukkan rumah Tok Mad Noor Yaakob yang tidak jauh dari stesen keretapi Dabong.

Kemudian Tuan Doktor pergi bertemu dengan Tok Mad Noor Yaakob di rumahnya, bertanya apakah ubat/herba yang telah telah beliau gunakan untuk merawat lelaki tersebut. Lalu Tok Mad Noor Yaakob menunjukkan teras kemuning hitam yang digunakannya. Tok Mad Noor Yaakob adalah insan yang ‘dibukakan/diberitahu 1 hingga 99 kegunaan Teras Kemuning Hitam sebagai penawar’ . Lahirnya ungkapan Teras Kemuning Hitam Teras 99 Penawar bersalasilah dari Tok Mad Noor Yaakob (al fatihah).

Pada tahun 1975, Tuan Doktor akan berpindah ke kampong halamannya di Johor selepas menabur bakti di Dabong. Sebelum pulang, beliau meminta teman/sahabat/pemuda-pemuda Dabong mengumpulkan baginya teras kemuning hitam. Jumlah yang dapat dikumpul sebanyak 2 lori (anggran tidak kurang 2 tan), dan dbawa pulang ke kampong halamannya di Johor. Semua kemuning tersebut dari sekitar Gua Ikan.

********************************************************************************************
Imbasan kembali (klik)

sambungan....Khasiat Kemuning Hitam


Suatu antara pokok atau kayu yang banyak khasiyatnya, daging kayu atau terasnya berwarna hitam, berkhasiyat untuk:

  1. Demam panas
  2. Kencing manis
  3. Uluran
  4. Buwasir
  5.  Cerah muntah
  6. Bengkak perut (busung)
  7. Sakit dalam perut
  8. Batuk
  9. Lelah
  10. Cacing
  11. Sakit dalam tengkuk
  12. Sakit dalam mulut
  13. Mata kabur
  14. Terlekat uri
  15. Mabuk ubat, mabuk kulat, atau termakan racun
  16. Lemah tenaga batin
  17. Sakit pinggang 
  •      Untuk semuanya terasnya diasah dengan kemenyan, diminum menurut keperluan.

  1.  Bengkak
  2. Kembung perut
  3. Sakit sendi
  4. Kudis, gatal
  5. Jerawat
  6.  Kebas, serbang
  7.  Lembek/lenguh-lenguh urat
  8. Sakit pinggang 
  •     Untuk semuanya itu minyaknya disapukan ke tempat berkenaan. Untuk sakit pinggang: boleh juga dipakaikan terasnya dipinggang; dan untuk tenaga batin: dicomorkan minyaknya pada pusat.
  1. Menawar gigitan bias binatang: diasah dan dicomor; atau dicomorkan minyaknya
  2. Sakit gigi berlubang: diasah pekat dan dimasukkan ke lubang gigi
  3. Telinga bunting: diasah dan dititikkan ke dalam telinga
  4. Penakut hantu/ iblis-syaitan: bila terasnya disimpan dalam rumah
  5. Penolak sihir/ gunaan ilmu hitam: bila terasnya disimpan dalam rumah
  6.  Luka: diasah dan dicomor pada mata luka
  7. Penyakit haiwan: diasah dan diberi minum
  8. Penenang hati
  9. Melancar peredaran darah
  10.  Susah membuang air: Untuk no8-10: Akarnya direbus dan diminum secara berterusan
  11. Mengatasi keluarnya darah putih bagi wanita (keputihan): daunnya dicampur kunyit dan akar Tapak Leman direbus, diminum
  12. Membetul perjalanan darah haidh: daunnya dicampur sedikit kunyit direbus, diminum
  13. Mengurus dan melangsingkan badan: pucuk daunnya segenggam dan sekerat ibu kunyit dimesen dimasukkan ke dalam gelas serta sedikit garam, dituang ½ gelas air mendidih, maka diadunkan dan ditapis; diembunkan semalaman, diminum keesukkannya sekaligus. Lakukan 2 kali seminggu.
Dipetik dari ENSIKLOPEDIA  HERBA-HERBA SEKELILING KITA, oleh Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh

********************************************************************************************

Imbasan kembali (klik)

Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna/Penawar”


Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:

  •  Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
  •  Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
  • Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya]
  •  Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
  • Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera  di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
  •  Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
  • Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
  • Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
  • Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan  dalam daerah yang sama).
  •  Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
  • Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
  • Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
  • Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
  • Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.

Tambahan 1:
  • Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.


Tambahan 2:
  • Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.

Semua khasiat berlaku dengan izin Allah. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Allahu alam

Saturday, October 10, 2015

ANUGERAH HERBA TERAS KEMUNING HITAM ASLI: PENAWAR CANCER/CANCER PERUT

BismillahirRahmaanirRahiim.

8 may 2012: 2kg Kemuning Hitam dibekalkan kepada seorang pengkaji (serta pasukannya) untuk pengkajian secara klinikal terhadap penyakit cancer dan aids. Diberitahu pasukan pengkaji mencuba sebanyak 70 jenis herba tempatan kesemuanya. Hasil penggunaan Teras Kemuning Hitam asli: positif melawan sel cancer.

7 Septemper 2015: Mendapat msg daripada sahabat dari Singapore “Yg en hadiah 30pcs tlh sya bahagikan pd teman2 dan saudara2 sya kebetulan teman mengidap cancer stage 2 alhamdulillah bila minum airnye sembuh hanya tinggal 0.7 percent sampai doctor pakar x percaya dan check up skali lagi pd bln oct ni”.

8 Oktober 2015: Msg daripada sahabat yang sama selepas saya bertanya hasil check up bulan Oktober “ Alhamdulillah segala2 da normal tapi doctor specialist kurang puas hati mcm mana begitu cpat blih sembuh jadi appointment lagi skali x silap bln 11 tau 12 dgn kehadiran doctor specialist yg lain sbb mrk x caya sembuh begitu cepat dgn perubatan melayu”

[Nota: Teman kepada sahabat saya menghidap cancer colon/usus, disahkan pada stage 2 oleh doctor pakar.]


**********************************
Lain-lain kisah berkaitan khasiat Kemuning Hitam:

  • Seorang hamba Allah menghidap satu penyakit yang mana dalam perutnya  ada satu ketumbuhan yang semakin membesar dan berasa sakit. Satu hari ia berjumpa dengan seorang tukang tasbih merangkap kawannya, dan menceritakan hal tersebut, lalu kawannya itu mencadangkan meminum air rendaman kemuning hitam asli. Kebetulan dia telah pun mempunyai seutas tasbih kemuning hitam hasil tangan kawannya itu. Lalu dia berubat dengan meminum air rendaman tasbih kemuning hitam tersebut, lama kelamaan ketumbuhan tersebut beransur-ansur  hilang dan tidak berasa sakit lagi.
  • Dan dikatakan serta kedengaran dalam masyarakat, sesiapa yang ada sakit dalam perut minumlah air rendaman air kemuning hitam…insyaAllah. Lantaran terdapat kisah-kisah menunjukkan keberkesanan penawar kemuning hitam. [Nota penting: bagi pesakit silalah check dihospital terlebih dahulu]
  • Kisah seorang pemuda budiman mengubat kucing dengan pati minyak kemuning hitam: (1) seekor kucing yang terkoyak mulut/bibir nya kerana bertarung dengan kucing lain, diletakkan pati minyak kemuning hitam hari demi hari, kemudian sembuh luka tersebut. (2) seekor kucing yang buruk berlubang kakinya, pada mulanya diletak minyak gamat tetapi kurang berkesan tambahan pula kucing menjilat minyak yang disapukan tersebut, kemudian diletakkan pati minyak kemuning hitam dan akhirnya sembuh sepenuhnya dan minyak yang disapu tidak dijilat oleh kucing (3) Pati minyak kemuning hitam disapu pada kurap pada kulit kucing, kesannya kurap tersebut jadi kering berkeping-keping kemudian luruh, akhirnya kucing tersebut hilang kurapnya.


*************
KISAH TOK MAD NOOR YAAKOB ~ TERAS KEMUNING HITAM TERAS 99 PENAWAR

Suatu masa dahulu, awal 1970-an, bertempat di Dabong, Kelantan. Seorang lelaki menghidap suatu penyakit dalam perutnya, lalu beliau berjumpa Tuan Doktor di klinik kesihatan Dabong. Kali pertama berjumpa dan diberi ubat, namun belum sembuh. Kemudian beliau dating lagi berjumpa Tuan Doktor untuk kali ke2, diberikan ubat, namun masih belum sembuh. Kemudian beliau dating bertemu dengan Tuan Doktor untuk kali ke3 dan Tuan Doktor berkata lebih kurang bunyinya “sekiranya kali ke3 ini belum sembuh juga, selepas ini abang cuba berubat secara ubatan tradisional pula…”. Takdirnya penyakit tersebut belum diizinkan Allah sembuh.

Lalu beliau berusaha berikhtiar mencari penawar kampong. Usahanya itu membawanya bertemu dengan (Allahyarham) Tok Mad Noor Yaakob. Tok Mad Noor Yaakob member air asahan teras kemuning hitam kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, penyakit yang dihidapi oleh lelaki tersebut kemudiannya sembuh.

Selang beberapa ketika selepas beliau sembuh, lelaki tersebut bertemu dengan Tuan Doktor disebuah warung minum teh. Lalu Tuan Doktor bertanya khabar keadaannya sekarang, dan agak terkejut kerana telah sembuh tidak seperti dahulu. Tuan Doktor bertanya, dimanakah perawat tersebut? Lalu beliau menunjukkan rumah Tok Mad Noor Yaakob yang tidak jauh dari stesen keretapi Dabong.

Kemudian Tuan Doktor pergi bertemu dengan Tok Mad Noor Yaakob di rumahnya, bertanya apakah ubat/herba yang telah telah beliau gunakan untuk merawat lelaki tersebut. Lalu Tok Mad Noor Yaakob menunjukkan teras kemuning hitam yang digunakannya. Tok Mad Noor Yaakob adalah insan yang ‘dibukakan/diberitahu 1 hingga 99 kegunaan Teras Kemuning Hitam sebagai penawar’ . Lahirnya ungkapan Teras Kemuning Hitam Teras 99 Penawar bersalasilah dari Tok Mad Noor Yaakob (al fatihah).

Pada tahun 1975, Tuan Doktor akan berpindah ke kampong halamannya di Johor selepas menabur bakti di Dabong. Sebelum pulang, beliau meminta teman/sahabat/pemuda-pemuda Dabong mengumpulkan baginya teras kemuning hitam. Jumlah yang dapat dikumpul sebanyak 2 lori (anggran tidak kurang 2 tan), dan dbawa pulang ke kampong halamannya di Johor. Semua kemuning tersebut dari sekitar Gua Ikan.


ALLAHU ‘ALAM.

Friday, April 3, 2015

Pertanyaan tentang Batu Pancawarna, 2 April 2015 oleh saudara MZ (email)

Assalamualaikum en.Azan. Saya mempunyai batu cincin yang dipanggil batu panca warna oleh penjual. Tetapi saya agak was-was dan tertanya2 kerana apabila saya cari tentang batu panca warna di internet, strukturnya agak berbeza dengan apa yang saya lihat di internet. batu nya tidak sama seperti yang saya pakai. batu panca warna milik saya lebih jernih, berwarna warni dan hampir lutsinar apabila direndam di dalam air. jika dilihat hampir serupa dengan batu biduri laut. Di sini saya sediakan beberapa gambar. Harap tuan dapat membantu saya mengenal apakah jenis batu yang saya miliki, apakah benar namanya batu panca warna?adakah ianya ori atau palsu?dan jika ori,apakah kelebihan yang dimiliki batu ini? ~MZ 2 April 2015.




Wa ‘alaikumussalam wrt wbt. Jenis batu dalam gambar yang dihantar ianya dari jenis batu buat/masak/manmade. Batu tersebut dikenali sebagai “iridescence glass” atau biasa juga dipanggil batu pelangi oleh kaki batu. Ia batu masak yang cantik dibuat perhiasan.

Antara ciri-ciri “iridescent glass”:  bila cincin/batu digerakkan akan mempamerkan variasi warna yang berbeza. Iridescent glass ada yang clear (seperti gambar yang dihantar), ada yang nampak semi translusen dan ada yang nampak legap. Warna pelangi dan keamatan warnanya boleh pelbagai – ada yang nipis, sederhana atau tebal sehingga kelihatan legap batunya.

Dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dengan rupa sepesyen (sama kejernihan dan kecantikan pelanginya), dan mempunyai dimensi/saiz batu yang sama. Iridescene glass biasa diguna untuk meniru/menyamar batu moonstone (biasa dipanggil biduri laut atau biduri bulan) yang gred bagus dan Kristal opal yang jernih.

Istilah ‘batu pancawarna’ datang dari negara jiran kita Indonesia, iaitu merujuk kepada batu yang biasanya mempunyai percampuran 5 warna atau lebih. Ia lebih sinonim dengan akik pancawarna (garut/edong dll). Struktur atau rupa akik pancawarna dengan ‘iridescene glass’ memang berbeza.

Khasiat batu bersifat berpelangi (lebih-lebih yang jernih) seperti opal, ialah untuk pengasihan, pelembutan, tarikan, pelarisan dan ianya paling sesuai untuk orang perempuan.

Tambahan: Batu biduri laut/bulan ditemui didaratan bukan dari dasar laut. Dinamakan ‘laut’ kerana pantulan cahaya@gewannya berwarna biru bak air laut.
Allahu alam.

Monday, November 24, 2014

[Kod: ZT1046] Akik Putih Penawar ....RM50 termasuk pos [TELAH BERMILIK ~ TERIMA KASIH]






Keterangan: Batu akik putih jenis ini sesuai dipakai (untuk merawat) oleh mereka yang ada penyakit jantung. Kata mereka yang ahli - manakala permata besi tidak/kurang sesuai untuk dipakai oleh mereka yang ada sakit jantung. Allahu alam.

Monday, July 14, 2014

Serba Sedikit Ringkasan Tentang Khasiat Kelebihan Batu Bukit Berjarum/Bulu/Duri

Terdapat beberapa sifat antaranya berjarum, berbulu, berduri dll ; dan terdapat beberapa warna antaranya emas kekuningan, emas kemerahan, suasa, perak, hitam dan hijau

Bentuk dan saiz batang yang biasa-biasa dipanggil ‘jarum’, saiz yang halus-halus dipanggil ‘bulu/miang’, saiz yang agak kasar dipanggil ‘duri/paku’.

  • Khasiat kelebihan batu bersifat jarum yang saiz biasa-biasa dan kasar: Baik untuk pembetulan, kekuatan, ketahanan urat dan badan; dan ianya baik untuk kelakian. Caranya dibuat batu cincin atau direndam dalam air diminum.
  • Khasiat kelebihan batu yang bersifat bulu-bulu halus atau miang: Boleh digunakan ikhtiar untuk mengubati gatal terkena ulat bulu atau gatal-gatal kulit. Caranya, rendam dalam air/minyak disertakan bacaan doa-doa dan disapukan ke tempat berkenaan (atau air dimandikan).
  • Khasiat kelebihan yang lebih bersifat duri atau paku atau hujung kayu patah: Untuk pembisa
  • Khasiat kelebihan yang jarum/duri/paku tunggal atau sepucuk: 1001 kebaikan.
  • Khasiat kelebihan yang bersifat bintang atau landak bulat berduri atau buah durian atau buah rambutan: 1001 kebaikan. Antaranya untuk menghilangkan kesan sihir –caranya rendam dalam air disertakan doa-doa, disapu atau dibuat dimandi. Dll


Nota: Penggunaan batu permata dalam perubatan disertakan bacaan doa-doa. Antara lain sentiasa berminda dan bertindak positif, sentiasa dipenuhi sangkaan dan pandangan yang baik (terhadap ilmu yang diterima dan penyampai), ketenangan dalam usaha ikhtiar dan berdoa, keyakinan InsyaAllah dikabulkan, pengulangan dengan minda yang postif dan sangkaan yang baik. InsyaAllah Taala.

Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah.

Wednesday, July 9, 2014

Khasiat Kelebihan Semulajadi Teras Keluat

Teras Keluat adalah teras klasik yang telah mayshur sejak dahulu lagi dan dianggap antara teras evergreen selain teras kemuning hitam. 

Antara khasiat kelebihannya ialah:


  1. Untuk kebaikan urat dan badan, terasnya direndam dalam air dibuat minum atau dipakai dipinggang.
  2. Untuk tujuan keras kulit.
  • Ayam pelaga/sabung biasa dibasuh/dimandikan dengan air keluat oleh pemilik ayam yang mengamalkan tradisi jahiliah ini, tujuannya untuk menguatkan kulit ayam supaya tidak mudah tercedera.
  • Ringkasan kisah: Suatu kisah berlaku dalam 2 tahun lalu di Kg Kekabu, Lemal iaitu terletak dipinggir bandar Pasir Mas, Kelantan. Seekor lembu hendak disembelih tetapi kulitnya tidak lut –selepas tukang sembelih pertama tidak berjaya, dicuba oleh tukang sembelih ke-2 dan ke-3 juga tidak berjaya. Semua tukang sembelih adalah berpengalaman telah menyembelih banyak lembu. Lalu seorang tua umur dalam 80-an menawarkan diri untuk menyembelih lembu tersebut, disuruh supaya lembu dipegang dengan elok dan kemah, dan beliau meminta seseorang membuang kayu sepa hidung lembu, kemudian lembu dapat disembelih. Kayu sepa tersebut adalah daripada teras keluat. Bukan setakat  kayu sepa tersebut dibahagikan antara mereka, bahkan dimana pokok keluat itu diambil dicari semula dan dibahagi-bahagikan.
Dalam Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita (Abdullah Al-Qari Hj. Salleh) m/s 136, tentang Keluat:

Sejenis pokok yang mempunyai daging kayunya lembut mampat, berkhasiyat untuk:

  • Kebal atau tahan urat: terasnya direndam dalam air suam, kemudian diminum.
  • Cerah perut: akarnya dikering, direbus, diminum.
  • Sakit gigi berlubang: akarnya diasah pekat, dimasukkan ke dalam lubang gigi, kira-kira 3 minit beransur reda kesakitan.
  • Pemudah bersalin: akarnya direndam dalam minyak, diminum sekadar 1/2 cawan.


Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah. Allahu ‘alam.



Nota dan peringatan penting: 
  • Segala paparan kisah yang berlaku, tiada maksud dengan cara apa sekalipun supaya diuji teras dengan apa sahaja cara sekalipun yang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sekalipun. Pihak tuan_blog tidak bertanggungjawab dan tiada kaitan terhadap sebarang tindakan atau pengujian yang membahayaan diri sendiri dan sesiapa sekalipun. Sebarang tindakan adalah atas tanggungjawab dan risiko diri sendiri. Fikirkan tindakan yang hendak dibuat dengan akal yang waras dan sihat. Sama halnya pengujian acid dengan teras gemunggal.
  • Bagi sesiapa yang berhajat untuk dibuat sebab/ambil sabit (klik) supaya dipakai teras dengan doa memakai cincin/pakaian baru (klik) serta serah  100% kepada-Nya "tidak bergerak sebiji zarah melainkan dengan izin Allah" (klik)(klik).

Saturday, August 17, 2013

Selingan ...*****KHAS**** Tasbih 100 Campuran lebih 9 jenis Kayu-Teras, buatan lebih 3 tahun lepas.....TELAH BERTUKAR TANGAN






Selingan-Imbasan riwayat: Seorang hamba Allah berumur 72 tahun diberi gerak untuk membuat gelang campuran 9 jenis Kayu-Teras...lalu beliau membuat gelang tersebut dan memakainya sendiri. Selang tidak berapa lama selepas itu (beberapa minggu selepas itu), beliau naik ke rabung rumahnya untuk membaiki atap, dan mengergaji kayu galang dengan gergaji alang besi. Kayu tersebut mempunyai wayar elektrik hidup. Tatkala mengergaji kayu tersebut tanpa disedari beliau telah menggergaji sama wayar elektrik tersebut....diringkaskan, keluar percikkan api dan mata gergaji besi cair....dengan rahmat Allah swt arus elektrik tidak masuk ke badannya. Beliau memakai gelang tersebut pada tangan kanan yang memegang gergaji alang besi tersebut. Nota: Semua bahagian gergaji tersebut daripada besi.

Sedikit keterangan: Daripada kisah tersebut, lalu dibuat tasbih minimum 9 jenis kayu-teras diatas. Boleh sahaja dibuat 11...41 ...99 jenis kayu-teras dsbnya tiada masalah.

Segala khasiat kelebihan berlaku dengan kehendak dan izin Allah swt. Jika telah berlaku kali per-1 tidak boleh jamin berlaku kali ke-2. Apa yang telah berlaku itu sebagai panduan dan petunjuk. Sediakan payung sebelum hujan. Kita mengambil panduan atas sesuatu yang telah berlaku, moga-moga Allah mengizinkan khasiat kelebihan kepada kita jua. Doa memakai cincin/pakaian sebaiknya dibaca.   

Allahu alam.

Tuesday, February 26, 2013

Sebahagian Khasiat Kelebihan Teras Gemunggar/Kelor (moringa oleifera) Yang Telah Berlaku Dalam Masyarakat

Terdahulu (klik)


Kisah yang dipaparkan dibawah adalah kisah yang hampir dengan tuan_blog:

  •  Menghalang toyol mencuri duit. Sekurang-kurang terdapat 2 kes. Per1 berlaku di Pasir Mas, seseorang setelah beberapa kali kehilangan duit di rumahnya (termasuk rumah-rumah lain disekitarnya), lalu beliau meminta nasihat seorang tua berdekatan, lalu dicadangkan oleh orang tua tersebut supaya meletakan serpihan teras gemunggar ditempat simpan duit, kemudian kehilangan tidak berlaku lagi. Kes ke2 di Terengganu, seorang sahabat sewaktu pulang beraya di kampong telah meletakkan sepotong teras gemunggar (TGTanah Merah) dalam dompetnya, pada waktu itu semua ahli keluarganya juga pulang berkumpul di rumah, keesokan harinya didapati setiap ahli keluarganya kehilangan duit, namun dompet miliknya tidak terusik.
  • Mengubat busung. Dilakukan oleh seorang perawat di Pasir Puteh. Teras gemunggar ditekan pada perut pesakit dengan kaifiat tertentu, lalu perut yang membusung jadi kempis serta merta.
  • Mengunci ular tanpa disedari. Seseorang telah terlangkah ular, dan ular menjadi kaku seumpama sebatang kayu keras sewaktu terlangkah tersebut, beberapa tapak kemudian baru perasan yang dilangkahnya adalah ular (TG Cerang Jeli).
  • Seekor ular tedung senduk telah memasuki rumah seseorang (dan memakan anak kucing), lalu diacukan tongkat teras gemunggar (TG Pulau Redang) padanya, ular tersebut seakan lemah, mengalah dan tidak dapat bertentang dengan tongkat teras gemunggar tersebut serta bersembunyi disebalik rak, kemudian ular tersebut disentuh dengan tongkat ular cintamani laut. Akhirnya ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas, 3 hari kemudian ular terbut mati. Gambar semasa ular dimasukkan dalam bekas sempat diambil oleh tuan punya tongkat teras gemunggar.
  • Seseorang di Tanah Merah pernah menceritakan mencuba sua teras gemunggar (TG Pulau Rhu…bukan pulau redang) kepada ular tedung senduk, ular tersebut mengalah dan tidak dapat bertentang dengan teras gemunggar.
  • Antisusuk. Seseorang yang memakai susuk tidak dapat memegang lama teras gemunggar jadi kepanasan, mula-mula panas bahagian cuping telinga dulu.
  • Anti kesan susuk. Seorang pesara askar yang sewaktu mudanya telah memakai susuk, tetapi selepas pencen telah membuang susuk tersebut. Suatu ketika, dia pergi mengurut dengan seorang perawat yang mana campuran herba minyak urut tersebut dari habuk teras gemunggar (TG Tanah Merah), sewaktu mengasur atau mengurut dengan minyak tersebut walaupun perlahan sahaja terasa tersangat sakit dan tidak tertahan olehnya. Lalu dia menceritakan perihal susuk yang telah dibuang oelhnya kepada tukang urut tadi. Tukang urut berada di Tanah Merah.
  • Anti kesan santau dalam tubuh. Seorang pesakit yang masih ada kesan-kesan lama santau telah meminum air rendaman teras gemunggar (TG Tanah Merah) lalu dengan tiba-tiba ia menjadi bersin dan berhingus berhari-hari. Habuk teras gemunggar juga member reaksi kepada seseorang yang ada kesan santau dalam tubuhnya.
  • Seseorang yang menderita penyakit misteri selama dalam 30 tahun, badannya menjadi kurus. Pada masa awalnya beliau tidak percaya tentang penyakit akibat dari ilmu sihir dan seumpamanya, akhirnya beliau baru berubat dengan beberapa perawat, tetapi tidak bersungguh dan berterusan. Suatu ketika seseorang mencadangkan supaya meminum air rendaman teras gemunggar (TG Tanah Merah) dan supaya dibuat sendiri oleh si pesakit, setelah minum berlaku tindakbalas iaitu ia terus berasa pening berpusing, oleh kerana kesan tindakbalas secara kuat dan mengejut maka beliau tidak meneruskan ikhtiar tersebut.
  • Seseorang bukan warganegara Malaysia yang telah melakukan jenayah telah ditangkap oleh pihak berkuasa, semasa dalam tahanan dia masih berkeras dan macam tiada apa-apa kesan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, lalu seorang anggota menggugut mahu memukul dengan batang/dahan pokok gemunggar (bukan teras), lalu dia terus mengalah dan member kerjasama.
  • Seseorang di Bachok yang semasa mudanya agak gedebe pendiam (memakai cincin dari teras gemunggar), telah mencabar seorang yang paling semseng yang masyhur di kampungnya. Mereka bertarung dengan tongkat kayu. Sebelum bertarung mereka memberi amaran kepada orang kampong supaya jangan masuk campur. Lalu mereka bertarung berjam-jam lamanya, kedua-duanya saling kena pukul dengan tongkat masing-masing. Akhirnya kedua-dua tidak larat lagi untuk bangun, akhirnya terpaksa juga dipapah oleh orang kampong. Si pencabar tadi yang memakai teras gemunggar tidak pecah berdarah kulitnya, manakala kulit samseng yang dicabarnya pecah berdarah yang agak teruk.
  • Seseorang penghidap penyakit misteri, yang telah banyak berikhtiar merawat penyakit tersebut tetapi belum sembuh, telah dicadangkan memakai gelang campuran teras gemunggar dll kayu/teras oleh seorang yang mahir, dengan izin Allah dia sembuh dari penyakit tersebut (TG Tanah Merah, TG Pulau Redang).
  • Seorang dekat Tanah Merah yang telah sakit lutut lama, telah memakai cincin perak permatanya teras gemunggar, lalu keesokkan harinya lututnya tidak lagi sakit (TG Tanah Merah).
  • Seseorang perempuan telah kena hysteria disebuah premis di KL. Terdapat 2 orang sahabat, seorang memiliki cincin permata batu warisan dari datuknya dan hendak mencuba mengubat dengan cincin tersebut, tiada apa-apa kesan. Seorang lagi memakai cincin perak permata teras gemunggar (TG Tanah Merah), dengan penuh yakin dan tawakal lalu berkata “kalau kau mampu kau tengok cincin ini…” dengan izin Allah perempuan tersebut meraung ketakutan apabila melihat cincin itu dihalakan kepadanya.
  • Seseorang dari Patani, memiliki teras gemunggar yang warnanya agak merah gelap, beruk garang menjadi ketakutan apabila beliau melalui berdekatan beruk tersebut.
  • Seseorang baru berpindah masuk ke rumah barunya, terdapat pelbagai gangguan seperti bunyi orang berjalan dan berlari diatas siling rumah, bunyi benda jatuh dalam siling dll, sehingga ada ketikanya sampai dia berkata “jangan berlari kuat-kuat sangat, nanti runtuh siling aku…J”. Suatu hari beliau mendapat ketulan teras gemunggal (Pulau Redang) dan menyimpan didalam rumah, dengan izin Allah semenjak dari itu tiada lagi gangguan diatas silingnya. Beliau tinggal di Tanah Merah.
  • Seseorang yang baru berpindah ke rumah sewa baru, terdapat gangguan seperti sekali sekala penampakan dan anak kecil menangis, serta ketidaktenteraman perasaan, antaranya si penyewa pernah melihat sekilas pandang ‘sosok seperti isterinya’ memasuki bilik sebelah kirinya sedangkan pada masa itu isterinya berada disebelah kanan. Salah satu ikhtiarnya ialah meletakkan teras-teras gemunggal (dari pelbagai tempat) di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya, lama-kelamaan nampak kesan semakin pulih dan selepas 3-4 bulan hilang gangguan tersebut. Kes ini tidak diikhtiar dengan renjisan air jampi atau beras kunyit. Kes di Pulau Pinang.
  • Seseorang pernah disengat oleh ikan keli, lalu dia menampal habuk teras gemunggal (TG Tanah Merah) pada tempat sengat tersebut, kesannya jadi sangat kurang sakit dan tidak berdenyut kuat, serta tidak bengkak. Berlaku dekat Bukit Panau Tanah Merah.
  • Terdapat kisah, si pencuri yang menggunakan ilmu pukau untuk memasuki rumah orang tidak berjaya. Kes di Terengganu.
    Semoga sebahagian paparan tentang khasiat kelebihan teras gemunggar diatas ada manfaatnya. Setiap kes ada penerangannya. Allahu alam.


Sunday, February 10, 2013

Cincin Adalah Pakaian: Doa Memakai Cincin Berpermata Batu Mulia dsbnya


Sabda Nabi saw “Bermula doa adalah otak ibadat”. Firman Allah swt “Berdoalah, nescaya Aku perkenankan untukmu” (al-Mu’min: 60). Firman Allah swt “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan” (al-fatihah:5).

Alam semesta saujana mata memandang ada tuannya, iaitu Allah swt. Dialah Tuhan yang menjadikan dan menguasai sekalian alam. Dialah Tuhan yang bertumpu segala makhluk untuk mengadu, memohon dan bergantung.

Memakai cincin juga mempunyai doanya. Terangkum dalam doa memakai cincin ialah:

1.       “BismillahirRahmanirRahim”
2.       Doa Nabi Isa menghidupkan orang mati 3x
3.       Doa memakai pakaian baru
4.       Disambungkan dengan “Bi La haula wala Quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim
5.       Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
6.       Tawassul “bi haqqi..” dengan kisah unta Nabi Soleh as
7.    Disambungkan dengan ayat 32 surah an-Naml

Dalam hal kaitan batu permata dan khasiat, maka batu permata itu sebagai “sebab”. Sebab tidak dapat member bekas melainkan dengan izin Allah.

Telah maklum, kebanyakkan batu permata mempunyai sisi fizikal dan ghaib yang saling berkait. Sisi fizikal boleh dirasa dilihat, manakala sisi ghaib terlindung oleh kita melainkan sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sisi yang terlindung yang tidak diketahui oleh kita (samada baik atau buruk) itu telah diliputi oleh doa diatas (doa memakai pakaian).

Jika tidak mempunyai Doa Memakai Cincin  yang penuh:

1] Sekurang-kurangnya membaca BismillahirRahmanirRahim apabila hendak memakai cincin. Sabda Nabi saw “Tiap-tiap perkerjaan yang mempunyai cita-cita yang tiada dimulai didalamnya itu dengan Bismillah, maka iaitu abtar ertinya terpotong pihak ekor dan pada suatu riwayat aqta’ dan pada suatu riwayat ajzam” Dan makna atas tiap-tiap riwayat itu bahawasanya kurang berkat.

2] Lebih baik selepas membaca Basmallah itu dibaca pula sekali dengan “Doa memakai pakaian baru”, kemudian baru disarung ke jari. Makna doa memakai pakaian “Wahai Allah, bagi Engkaulah segala pujian, Engkau memakaikanku akannya. Aku memohon kepada Engkau kebaikannya dan kebaikan bersama penciptaannya, dan aku memohon berlindung dengan Engkau akan keburukkannya dan dari keburukan bersama penciptaannya. [Nota: Sunat bagi pasangan baru kawin si suami meletakkan tangan kanan atas ubun-ubun si isteri dan membaca doa tersebut]

3] Tetapi adalah terlebih elok disambungkan dengan membaca ayat 32 surah an-Naml dengan bilangan ganjil (3x, 7x dsb). Maksud ayat 32 surah an-Naml ialah “Sesungguhnya dia daripada Sulaiman dan sesungguhnya dia BismillahirRahmanirRahim”.

Allahu alam.

******

Mukjizat Nabi Soleh as (klik)

Doa Nabi Isa menghidupkan orang mati (rujuk ms. 210-211, Aljauhar Al-Mauhub; Terbitan al-hidayah publishers)

Tafsir Ayat 5 Surah Al-Fatihah: Tafsir Pimpinan Rahman
Menurut huraian Sahibul Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak  Kitab Tafsir ini:

Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan taqwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat), ialah dengan beribadat atau memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.

Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan selain dari Allah Yang Maha Pemurah.

Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa ta’at setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikkanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya.

Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Ma’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama lain dalam membuat amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah. Yang bererti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesame manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah semata-mata.

Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halagan yang merintanginya. Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan ni’mat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, disamping itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan do’a memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja.

Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Friday, December 21, 2012

sambungan....Khasiat Kemuning Hitam


Suatu antara pokok atau kayu yang banyak khasiyatnya, daging kayu atau terasnya berwarna hitam, berkhasiyat untuk:

  1. Demam panas
  2. Kencing manis
  3. Uluran
  4. Buwasir
  5.  Cerah muntah
  6. Bengkak perut (busung)
  7. Sakit dalam perut
  8. Batuk
  9. Lelah
  10. Cacing
  11. Sakit dalam tengkuk
  12. Sakit dalam mulut
  13. Mata kabur
  14. Terlekat uri
  15. Mabuk ubat, mabuk kulat, atau termakan racun
  16. Lemah tenaga batin
  17. Sakit pinggang 
    •      Untuk semuanya terasnya diasah dengan kemenyan, diminum menurut keperluan.

  1.  Bengkak
  2. Kembung perut
  3. Sakit sendi
  4. Kudis, gatal
  5. Jerawat
  6.  Kebas, serbang
  7.  Lembek/lenguh-lenguh urat
  8. Sakit pinggang 
    •     Untuk semuanya itu minyaknya disapukan ke tempat berkenaan. Untuk sakit pinggang: boleh juga dipakaikan terasnya dipinggang; dan untuk tenaga batin: dicomorkan minyaknya pada pusat.
  1. Menawar gigitan bias binatang: diasah dan dicomor; atau dicomorkan minyaknya
  2. Sakit gigi berlubang: diasah pekat dan dimasukkan ke lubang gigi
  3. Telinga bunting: diasah dan dititikkan ke dalam telinga
  4. Penakut hantu/ iblis-syaitan: bila terasnya disimpan dalam rumah
  5. Penolak sihir/ gunaan ilmu hitam: bila terasnya disimpan dalam rumah
  6.  Luka: diasah dan dicomor pada mata luka
  7. Penyakit haiwan: diasah dan diberi minum
  8. Penenang hati
  9. Melancar peredaran darah
  10.  Susah membuang air: Untuk no8-10: Akarnya direbus dan diminum secara berterusan
  11. Mengatasi keluarnya darah putih bagi wanita (keputihan): daunnya dicampur kunyit dan akar Tapak Leman direbus, diminum
  12. Membetul perjalanan darah haidh: daunnya dicampur sedikit kunyit direbus, diminum
  13. Mengurus dan melangsingkan badan: pucuk daunnya segenggam dan sekerat ibu kunyit dimesen dimasukkan ke dalam gelas serta sedikit garam, dituang ½ gelas air mendidih, maka diadunkan dan ditapis; diembunkan semalaman, diminum keesukkannya sekaligus. Lakukan 2 kali seminggu.
Dipetik dari ENSIKLOPEDIA  HERBA-HERBA SEKELILING KITA, oleh Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...