Showing posts with label Kumpulan Garnet. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Garnet. Show all posts
Tuesday, January 11, 2011
Wednesday, August 25, 2010
BEBERAPA RINGKASAN TENTANG KUMPULAN BATU GARNET
PENGENALAN
- Garnet ialah nama yang diberi kepada satu kumpulan mineral dengan crystal habit yang sama dan mempunyai beberapa persamaan darisegi komposisi kimia (mengikut definisi Webster)
- Terdapat 5 spesis garnet yang penting, iaitu (1) Pyrope (2) Almandine (3) Spessartine (4) Grossular (5) Andradite
PYROPE GARNET
- Skala kekerasan Mohs: 7.25
- Warna: Merah
- Dikenali sebagai Bohemian garnet pada era Victorian di eropah.
- Merupakan penanda kewujudan berlian. Dimana ada pyrope garnet, disitu ada berlian.
- Pernah dikenali sebagai 'Cape Ruby', tetapi ianya penamaan yang salah.
- Saiz: Biasa dijumpai bersaiz kurang daripada 1ct.
- Sumber: Bohemia, South Afrika, Arizona USA, Australia, Tanzania, Russia, China
ALMANDINE GARNET
- Merupakan jenis garnet yang paling banyak dalam perut bumi berbanding spesis yang lain.
- Warna: Merak gelap/tua, Merah coklat, Merah ungu.
- Bertindakbalas dengan magnet (mempunyai unsur iron).
- Dijumpai dalam saiz yang besar tetapi dengan warna merah terlalu gelap (malap).
- Mempunyai Asterism (Bintang/star)
- Sumber: Secara umumnya dijumpai diseluruh dunia - India, Brazil, Zambia, Broken Hill NSW
SPESSARTITE GARNET
- Kekerasan skala Mohs: 7.25
- Pertama kali dijumpai di daerah Spessart, Jerman.
- Warna: Kuning keorenan, oren, merah cerah, oren cerah
- Nama dalam pasaran: 'Mandarin garnet'
- Kejarangan: 'Fairly rare'; biasa terdapat dalam saiz 5cts kebawah
- Sumber: USA, Tanzania, Namibia, Nigeria, Madgascar, Sri Lanka, Burma, India
GROSSULAR GARNET
- Kekerasan skala Mohs: 7.25
- Terdapat 2 jenis grossular garnet yang penting iaitu (1) Hessonite dan (2) Tsavorite
Hessonite Garnet:
- Dikenali juga sebagai 'Cinnamon stones'
- warna: Oren
- Sumber: Sri Lanka, Brazil, Harts Ranger NT Australia
Tsavorite Garnet:
- Warna: Hijau pekat (unsur dominan penyebab warna hijaunya ialah daripada unsur Vanadium)
- Pertamakali dijumpai pada 1967.
- Kejarangan: 'Rare'; Mempunyai nilaian yang tinggi dalam pasaran seluruh dunia; spesis garnet termahal dalam kumpulannya selepas Demantoid garnet.
- Namanya diambil sempena 'Tsavo National Park', Kenya.
- Sumber: Kenya, Tanzania
ANDRADITE GARNET
- DEMANTOID GARNET, kekerasan skala Mohs 6.5
- Membawa makna 'seperti berlian/diamond' disebabkan garnet jenis ini mempunyai 'high lustre'
- Mempunyai 'Fire' sama seperti berlian (definisi 'fire' secara teknikal).
- Warna: Hijau
- Mempunyai internal inclusion yang unik dan cantik dikenali 'horse tail' (tidak dapat dilihat dengan mata kasar).
- Kejarangan: 'Very Rare' dan mempunyai nilaian sangat tinggi dalam pasaran serata dunia (jenis garnet termahal); biasa didapati dengan saiz kurang 1ct.
- Dijumpai dalam tahun 1868 di Banjaran Ural, Rusia.
Rhodolite Garnet: Ialah kombinasi 'Pyrope-Almandine' Garnet, dan mempunyai warna 'pinkish red' yang sangat menarik. Sumber: Afrika Timur, India, Madagascar.
PENJAGAAN & ASPEK KETAHANANNYA
- Umumnya, Garnet mempunyai kekerasan dan ketahanan yang bagus ('fairly'), kecuali jenis Demantoid.
- Selamat dicuci dengan ultrasonic cleaner, kecuali jenis Demantoid.
- Tidak boleh terkena sumber haba secara langsung (dibakar/dipanaskan) atau mengalami perubahan suhu secara mengejut.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)