Showing posts with label Hadith. Show all posts

Wednesday, December 26, 2007
Meletakkan Batu Permata Pada Cincin
Harus meletakkan permata pada cincin. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: “Rasulullah saw memakai cincin perak bermata ‘aqiq hitam yang diletakkan beliau di sebelah telapak tangan” [HR Muslim]
Hadith Bercincin
Adalah Nabi Muhammad saw bercincin perak di jari manis serta jari kelingking kanan dan kirinya, tetapi difahamkan daripada hadith-hadith, baginda tidak memakai kesemuanya serentak pada satu masa. Satu-satunya cincin yang baginda pakai sehingga akhir hayat baginda ialah cincin Cop baginda bertulisan “ Muhammad Rasul Allah”.
a. Anas r.a memberitakan: “Sesungguhnya Nabi Allah saw, adalah cincin beliau (diperbuat) daripada perak, dan adalah matanya (tulisan juga) daripada perak” [HR al-Bukhari]
b. Anas b. Malik r.a memberitakan: “ Adalah cincin Nabi saw terletak pada jari ini (dan dia menunjukka kepada jari kelingking kirinya)” [HR Muslim]
c. Abdullah b. Ja’far berkata: “Adalah Nabi saw memakai cincin pada tangan kanannya” [HR an-Nasa’I dan at-Termizi]
d. Anas r.a memberitakan : “Seakan-akan saya nampak keputihan cincin Nabi saw (yang dipakai) pada jari beliau yang di sebelah kiri” [HR an-Nasaa’i]
e. Dari anas bin Malik r.a. katanya : « Ketika Rasulullah saw hendak mengirim surat kepada Raja Rom, para sahabat mengatakan bahawa mereka (orang-orang Rom) tidak mahu membaca surat tanpa cop. Kerana itu Rasulullah saw membuat sebuah cincin dari perak. Aku seolah-olah masih melihat bagaimana cemerlangnya cincin itu di tangan beliau, berinitial (bertulis) « Muhammad Rasulullah » » [HR Muslim]
f. Ibn Umar r.a memberitakan:“ Rasulullah saw memperbuat sebentuk cicncin daripada perak, dan cincin itu selalu ada pada tangannya; kemudian ia (berpindah) ke tangan Abu Bakar, sesudah beliau saw; kemudian ia berada di tangan Umar; kemudian ia berpindah pula ke tangan Uthman, sehinggalah ia terjatuh daripada tangannya (lesap) ke (dasar) telaga Bir Ariis” [HR Muslim dan al-Bukhari]

Subscribe to:
Posts (Atom)