SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu
Showing posts with label Batu Permata. Show all posts
Showing posts with label Batu Permata. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Catatan Kenangan...Beberapa Kilauan Bermanfaat Daripada Permata Yang Telah Kembali Kepada Pencipta-Nya

Pada hari Raya ke-8 lepas, seorang tukang cincin (perak & suasa) merangkap guru dan sahabat tuan_blog telah pulang ke Rahmatullah. Apabila bertandang ke kedainya hampir wajib minum kopi bersama. Meninggal dunia pada usia 68 tahun, dan mula berkecimpung dalam dunia cincin dan batu permata sejak berusia skitar 17 tahun. Pada sisi saya beliau adalah 'sebiji permata bernilai' yang sukar dicariganti, dan antara sebahagian 'kilauan'nya yang agak releven disampaikan ialah seperti berikut:
  • Apabila bertemu dengan beliau, beliau seringkali menyebut dan mengulanginya tentang hakikat tujuan penciptaan manusia dan perjalanan manusia menuju akhirat. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya. Tentang perjalanan manusia, beliau sering menyebut akan intipati perjanjian roh semasa di alam roh, sebelum manusia dilahirkan. Katanya "..apabila manusia ditiupkan roh di dalam rahim,...kemudian dilahirkan,...kemudian membesar dan meningkat dewasa,...kita berasa sedap berada dalam sarung jasad, dan kita telah lupa akan perjanjian kita dengan Allah SWT semasa di alam roh..". Apakah perjanjian tersebut? Oleh kerana kita tidak tahu dan lupa untuk mencari kembali intipati perjanjian tersebut, maka kita tidak akan kenal diri kita.
  • Kata beliau"..untuk nak kenal diri, maka kena kenal Muhammad, dan kena kenal Allah SWT. Untuk mengenal Allah, kena kenal Muhammad, dan kena kenal diri. 3 serangkai ini tidak boleh bercerai tanggal...". Kerana Muhammad saw-lah maka kita tahu akan perjanjian di alam roh tadi. Kata beliau lagi "..ilmu mengenal diri amat luas, lebar dan dalam kaitannya..". Oleh kerana tidak kenal akan diri, akan Nabi Muhammad saw dan Allah SWT maka pelbagai perbuatan manusia atas nafsu semata-mata dan seoalah-olah tiada Tuhan atau dialah Tuhan.
  • Tentang batu permata, antara lain beliau sampaikan "Batu boleh jadi sebab untuk rezeki.." iaitu melalui jualbeli batu permata tersebut. Terdapat satu kisah menarik "terdapat seorang pemuda datang untuk membeli batu permata dikedainya, dalam banyak-banyak batu yang dipamerkan, si pemuda tersebut tertarik pada sebiji delima masak. Dikhuatiri si pemuda tersebut tidak kenal batu itu batu delima masak, maka beliau memberitahunya, namun pemuda tersebut tetap mahu membeli batu itu walaupun telah dinyatakan berulang kali.."
  • Seorang sahabat beliau pernah bercerita "...dalam usia muda, beliau berkerja sebagai tukang dengan seorang tauke. Apabila datang Gurka membawa batu, tauke beliau akan memanggil beliau untuk memilih batu untuknya, mana-mana batu yang beliau pilih akan dibayar oleh tauke beliau tanpa soal kerana pecaya kepada keahlian beliau memilih batu permata. Suatu ketika si Gurka datang kepada beliau supaya memilih semua (banyak) batu untuk taukenya nanti akan diberikan komisen untuknya, namun beliau menolak. Katanya "ini Gurka...itu tauke aku yang membayar gaji aku.."
  • Antara lain kata beliau "antara batu ada power dengan batu tiada power lebih baik ambil batu yang ada power..". Istilah power ialah istilah yang digunapakai dalam masyarakat ganti kepada istilah aura atau energi.
Sekadar catatan kenangan. Wallahu a'lam.

Friday, August 6, 2010

"Permata dari lombong....(4)"

"Kita Tidak Ada Apa.....Diri Kita Yang Sebenar Adalah Nafsu"

Pendengaran yang ada pada kita bukan milik kita. Penglihatan yang ada pada kita bukan milik kita. Percakapan yang ada pada kita bukan milik kita, bahkan apa yang ada pada kita adalah milik Allah swt....

Dalilnya: Ramai yang dilahirkan tanpa pendengran (tuli), penglihatan (buta), percakapan (bisu) dll menunjukkan itu semua adalah 'milik-Nya'. Dia boleh sahaja menjadikan kita serupa dengan mereka yang 'tidak diberikan' oleh-Nya itu. Dia boleh memberi, tidak memberi, memberi dan kemudian menarik kembali atau asalnya tidak diberi kemudian diberikan semuanya itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Kata yang lain, dalil 'kita ini tidak ada apa' ialah apabila kita mati, segala pendengaran, penglihatan, percakapan dan jasad zahir ini akan 'hancur'.

Allah menciptakan Roh, Akal, Hati, Nafsu bersama jasad (anggota zahir). Dengan sebab ada 'akal' maka dipertanggungjawabkan 'dosa pahala'. Tiada 'akal' maka tiada 'dosa pahala'. Setiap amal anggota zahir (penglihatan, pendengaran, tangan, kaki dll) di catit/simpan pada 'hati'. Amal buruk disimpan dalam bentuk kegelapan pada 'hati'. Amal hati/batin dan anggota zahir selari dengan kedudukan tingkatan nafsu.
*
Diri sebenar kita adalah "nafsu kita". Kita adalah nafsu. Nafsu ada 7 peringkat: (1) Nafsu Amarah (2) Nafsu Lawwamah (3) Nafsu Mulhamah (4) Nafsu Mutma innah (5) Nafsu Radhiah (6) Nafsu Mardhiyyah (7) Nafsu Kamil.
*
Wallahu a'lam.

[Nota: dipetik daripada kata-kata seorang tua ditepi kampung tuan_blog]

Wednesday, July 21, 2010

"Permata dari lombong...(3)"

"Kalau boleh benda molek kena syukur...
Kalau boleh benda tak molek pun kena syukur...
Takkan kita nak terima/redha benda yang elok sahaja..."
*
Kita sentiasa merancang dan berusaha untuk mendapat sesuatu yang terbaik, namun Allah swt yang menentukan segalanya. Jika berhasil mendapat sesuatu rezeki atau keselamatan Alhamdulillah, namun jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya atau tidak dapat menghindar sesuatu musibah/kesusahan/bala kena ucap syukur juga. Sebagai manusia biasa, akan terdetik rasa dukacita dalam hati, namun kena 'terima/redha'. Semuanya adalah 'pemberian-Nya'...takkan kita hanya mahu menerima 'pemberian-Nya' yang elok-elok sahaja. Kita masih diberi banyak nikmat oleh-Nya berbanding mereka yang lebih kurang bernasib baik daripada kita.
*
[Nota: dipetik daripada seorang tua dekat kampung tuan_blog]

Tuesday, June 1, 2010

Permata dari Lombong ...(2)

Ada Aku maka ada kamu,
Ada kamu kerana ada Aku,
Siapa Aku?
*
*
Ada kamu kerana ada Aku,
Ada Aku maka adanya kamu,
Siapa kamu?


[Nota: daripada seorang tua di tepi kampung tuan_blog]

Thursday, May 20, 2010

"Permata dari Lombong..." (1)

Difahamkan daripada firman Allah swt kepada Adam as sewaktu penciptaannya:

"Aku buat kamu seolah-olah Aku"
"Tetapi jangan kamu buat seolah-olah Aku"
*
*
"Aku buat kamu seolah-olah Aku"
"Tetapi jangan kamu langgar hukum hakam Aku"
*
*
"Jika kamu langgar hukum hakam Aku,
maka jadilah kamu seolah-olah Aku"


[Nota: Dipetik daripada kata-kata seorang tua ditepi kampung tuan_blog]

Wednesday, January 6, 2010

“Buang Segala Cincin Masa Hendak Solat.....”

Ayat diatas telah disebut oleh seorang hamba Allah yang berumur lebih separuh abad kepada tuan_blog.

Katanya, orang-orang tasauf yang telah bersih hati mereka dan telah hilang cenderung mereka kepada perkara keduniaan semata-mata yang boleh melalaikan, mereka “buang” semua itu khususnya semasa hendak solat hatta cincin yang berada dijari mereka…

Apabila ditanya, bagaimana pada waktu berzikir? Katanya “…pakai pada waktu berzikir”. Sebelum daripada itu, dijelaskan oleh beliau bahawa setiap benda ada tapak, maka berzikir juga mempunyai tapak/kaedah…supaya tujuan/niat terpelihara insyaAllah.

SOLAT & KENAL DIRI
Orang tidak sembahyang ialah orang yang “tidak kenal diri”. Bermula kenal diri ialah daripada dan dengan “akal”. Bila sahaja dengar bang, kena sedar bahawa diri aku kena pergi solat. Kalau tidak sedar, maka serupa dengan binatang yang tiada akal. Bila akal boleh fikir dan sedar, ialah baru permulaannak kenal diri”. Apabila angkat takbir Allahuakbar (Allah Maha Besar..kecik segala benda makhluk yang lain) hendak solat, baru termasuk dalam juzuk “kenal diri”. Bahawa sedar siapa Tuhan siapa hamba, siapa Maha Besar siapa maha kerdil, siapa Maha Kaya siapa maha daif….. [Kata hamba Allah itu lagi dilain ketika, yang mana penerangan ini diterima daripada aruah gurunya lagi]
*
**
Wallahu a'lam.

Saturday, September 26, 2009

RENUNGAN BERSAMA....I'tibar daripada warna & corak yang terbentuk pada Akik Yaman

Ini Gambar cincin kesayangan saya, cincin ini pd saya amat bermakna sekali, kerna pada keseluruhan baik pada warna, corak serta huruf yang tertera pada pemukaan cicin ini membuatkan saya merenung sejenak akan diri saya yg serba dhoif...


  • Allah berfirrnan: "Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (QS Asy Syams: 7 - 10). "Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia sembahyang" (QS Al A'la: 14-15). domir"HA" yang tertera di bahagian atas cincin ini menyatakan hati, jiwa.
  • Warna merah & kuning, seakan-akan tumpukan nanah yang tumbuh pada segumpal daging(kekotoran pada hati)
  • Pada tumpukan kuning besar, terdapat emej kalimah "Lillahi" lam lam ha, yang memberi erti sebarang niat serta perbuatan adalah kerana Allah SWT


  • Imej jemaah sedang bersujud, yakni makrifat akan Allah SWT, kenal akan diri, bebaskan diri dari sifat2 mazmumah dengan zikrullah dengan merendahkan diri sebagai hamba yg taat akan Allah SWT.


  • Imej jenazah yakni banyakan ingat akan mati kerana ia akan melembutkan hati.
ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama dalam usaha sama2 kita menuju jalan yg di redho Allah SWT...sekian assalamualaikum.....

*
**
***


Kiriman:
Tuan Fyezal Khamis (Sg. Petani, Kedah) yang kini sedang bertugas di Jeli, Kelantan. InsyaAllah tuan blog akan mendapat beberapa lagi ilmu tentang batu permata daripada kitab-kitab lama melalui beliau & tuan blog akan cuba lampirkan disini pada masa akan datang. Ada rezeki, beliau akan membawa tuan blog melihat sepohon Kemuning Hitam yang masih hidup yang ada di kawasan Jeli, serta sebatang kayu melintang yang dipercayai 'fossil kayu jadi batu' yang juga terdapat di kawasan Jeli.

Monday, July 20, 2009

Satu Renungan & I'tibar - Permata (3)

  • Dalam kisah Isra’ dan Mi’raj, dalam bab “Sungai Yang Baginda Nabi saw Lihat”: Dalam hadith Syarik juga disebutkan: “lalu baginda Nabi saw berlalu dan menaiki langit, tiba-tiba di sana terdapat sungai lain di mana di atas sungai tersebut terdapat kerajaan yang diperbuat daripada mutiara dan zabarjad, lalu baginda memukul dengan tangannya, maka keluarlah minyak misk yang sangat wangi. Lalu baginda bertanya: Apa ini, wahai Jibril? Dia menjawab: Ini adalah telaga Kauthar yang telah dipersiapkan Tuhan untuk kamu.” Dalam riwayat Yazid bin abu Malik daripada Anas yang terdapat pada Ibnu Abu hatim disebutkan: “sesungguhnya baginda Nabi saw berkata setelah melihat nabi Ibrahim; Setelah itu aku dibawa bertolak ke atas langit ke tujuh hingga akhirnya sampai di sebuah sungai di mana di atas sungai tersebut terdapat sebuah khemah yang dibuat dari mutiara, Yaqut dan Zabarjad, di atasnya terdapat seekor burung yang berwarna hijau, iaitu burung yang paling cantik yang pernah aku lihat. Berkata Jibril: Ini adalah telaga Kauthar yang akan diberikan Allah swt kepadamu, tiba-tiba di sana terdapat bakul yang diperbuat daripada emas dan perak, bakul tersebut diukir dengan mutiara dan zabarjad, di dalamnya terdapat air yang lebih putih daripada air susu, baginda Nabi saw berkata: Lalu aku mengambil salah satu daripada bakul-bakul itu dan aku mencedok air tersebut lalu meminumnya. Ternyata rasa air tersebut lebih manis daripada madu dan lebih wangi daripada minyak misk.” [Daripada buku ISRA’ & MI’RAJ kombinasi karya IMAM JALALUDDIN AL-SUYUTHI & IBNU HAJAR AL-ASQALANI, diterjemah oleh MURTADHO RIDWAN, disunting & diaturhuruf oleh ABU MUHAMMAD IZZUDDIN, terbitan PERNIAGAAN JAHABERSA]
  • Dalam kisah Isra’ dan Mi’raj, antara peristiwa yang Rasulullah temui dan diberitahu maknanya oleh Jibril: (1) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. (2) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. [Diambil dari teks asal disini http://amizax.wordpress.com/category/agama/ ]

Wallahu'alam

Sunday, July 5, 2009

Batu Permata: "Hendak Mendapatkannya Susah, Hendak Menghabiskannya Mudah"

Batu permata mempunyai darjah “kualiti” yang pelbagai, daripada kurang baik, biasa-biasa saja hinggalah kepada yang terbaik lagi terbilang. Susah atau senang untuk mendapatkannya juga mempunyai darjah yang tersendiri. Begitu juga untuk menghabiskannya juga mempunyai darjah susah-senangnya yang tersendiri, paling senang “membuangnya” begitu sahaja.

Banyak analogi boleh dibuat dengan mengaitkannya dengan senario diri dan kehidupan.
***
"Sesuatu perkara/benda yang istimewa/bernilai yang telah didapati dengan bersusah payah atau yang berupa rezeki datang menggolek 'wajib' dijaga dengan sebaik-baiknya & disyukuri...kerana apabila sekali ianya hilang kerana kita tidak menjaga/menghargainya, maka usaha untuk mendapatnya kembali lebih pahit daripada hempedu"
***
(Ayat diatas telah diucapkan oleh 'guru' permata penulis suatu ketika dulu...berdasarkan sepatah kita belajar daripada seseorang ianya menjadi guru kita)
***
Wallahu'alam.

Thursday, July 2, 2009

Satu Renungan & I’tibar - Permata (2)

  • Sedutan terpilih dalam pembicaraan konsep Nur Muhammad: “Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3). [Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh]
  • Sedutan terpilih dalam pembicaraan konsep Nur Muhammad: Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5). [Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh]

[Diambil daripada tulisan Dr. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY yang bertajuk “KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU DALAM KONTEKS WACANA SUNNI - SATU PENGAMATAN AWAL “. Teks penuh sila ke link ini
http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm ]

Saturday, November 8, 2008

MUKJIZAT RASULULLAH SAW

  • Jabir ra berkata: “Biasanya Nabi saw setiap kali berkhutbah baginda selalu bersandar pada tiang masjid yang dibuat daripada pokok kurma. Ketika baginda dibuatkan sebuah mimbar maka baginda selalu berkhutbah di atas mimbar. Pokok kurma yang biasa disandari oleh Nabi setiap kali berkhutbah itu berteriak bagaikan hendak terbelah saja keadaannya. Kemudian Nabi turun dari mimbar dan memeluk pohon kurma tersebut. Pokok kurma itu menangis terisak-isak seperti anak bayi sampai berhenti sama sekali. Nabi saw berkata: “Pokok kurma itu menangis disebabkan sentiasa mendengarkan suara zikir, menyebut-nyebut nama Allah” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
  • Ali bin Abi Thalib ra berkata: “Pernah aku bersama Nabi saw di kota Makkah. Kemudian kami keluar ke salah satu penjuru kota Makkah. Tiada suatu gunung ataupun pohon yang baginda lalui kecuali pasti mereka mengucapkan ‘Salam sejahtera sentiasa bagimu ya Rasulullah’” (Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi dan Darimi)
  • Ibnu Umar ra berkata: “Pernah kami ikut bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan. Kemudian datanglah seorang Arab dusun. Baginda berkata kepadanya: “Ucapkan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba Allah serta utusan-Nya” tanya orang Arab dusun itu: “siapakah yang dapat menyaksikan kebenaran ucapanmu itu?” Jawab Nabi saw: “Batu itu yang dapat menyaksikannya” Kemudian Nabi memanggil batu yang berada di seberang lembah itu. Batu itu segera datang dengan jalan membelah bumi sampai ia tiba di hadapan Nabi saw. Kemudian Nabi memerintahkan batu itu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah itu sebanyak tiga kali. Batu itu segera mengucapkannya sebanyak tiga kali. Setelah itu ia kembali ke tempatnya semula (Hadis diriwayatkan Darimi)
  • Ibnu Abbas ra berkata: “Pernah seorang Arab dusun dating kepada Nabi sambil berkata: “Bukti apakah yang dapat menunjukkan kepadaku bahawa engkau adalah seorang Nabi?” Jawab Nabi saw: “Jika aku panggil dahan pohon kurma ini pasti ia akan memberikan kesaksian bahawa aku adalah Rasulullah” Kemudian Nabi memanggil dahan pohon kurma itu hingga dahan kurma itu terjatuh ke pangkuan baginda saw. Dahan pohon kurma itu diperintahkan oleh Nabi untuk kambali ke tempatnya semula. Dahan itu pun dengan patuh segera kembali ke tempat asalnya. Orang Arab dusun yang menyaksikan kejadian itu segera menyatakan dirinya masuk Islam (Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi dan disahkan kebenarannya)
  • Ma’an bin Abdul Rahman berkata: “Pernah aku dengar ayahku berkata: Pernah aku bertanya kepada Masruq, siapakah yang memberitahukan pada Nabi saw ketika para jin sedang berkumpul mendengarkan bacaan Al-Quran?” jawab Masruq: “Ayahmu (Abdullah bin Mas’ud) pernah bercerita kepadaku bahawa yang memberitahukan keadaan para jin adalah sebatang pohon (Hadis diriwayatkan Bukahri dan Muslim)
  • Jabir ra berkata: “Pernah kami dalam perjalanan bersama Rasulullah saw. Waktu kami berhenti di suatu lembah, Rasulullah saw ke suatu tempat untuk membuang hajatnya. Namun baginda tidak menemui sesuatu yang boleh diguna untuk menutupi diri baginda. Hanya baginda melihat dua batang pohon yang berada di seberang lembah. Rasulullah saw segera mendatangi salah satu pohon itu. Dan baginda menarik sebuah dahannya seraya berkata: “Hai dahan turutlah aku dengan izin Allah”. Seketika itu dahan pohon itu segera tunduk bagaikan seekor unta yang menurut sekehendak tuannya. Setelah itu baginda segera memegang salah satu dahannya bsambil berkata: “Hai dahan turutlah aku dengan izin Allah”. Seketika itu juga dahan pohon tersebut tunduk seperti yang pertama kemudian baginda berkata kepada kedua pohon itu: “Bergabunglah kamu berdua dengan izin Allah”. Kata Jabir: “Waktu itu aku duduk merenung – kemudian ketika aku menoleh kudapati Rasulullah datang, sedangkan kedua dahan pohon itu saling berpisah dan berdiri tegak seperti keadaannya yang asal”. (HR Muslim)
  • Anas ra berkata: “Pernah Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah saw yang sedang duduk berlumuran darah disebabkan perbuatan kaum Quraisy. Malaikat Jibril berkata: “Ya Rasulullah mahukah anda kuperlihatkan tanda kebesaran Allah?” Jawab Nabi: “Ya”. Malaikat Jibril segera menghadap pada suatu pohon yang berada di belakangnya sambil berkata kepada Rasulullah: “panggillah pohon itu”. Rasulullah segera memanggilnya dan pohon itu segera datang berdiri di hadapan Rasulullah. Malaikat Jibril berkata: “Perintahkan ia untuk segera kembali”. Setelah Rasulullah memerintahkan pohon itu untuk kembali maka ia pun segera kembali. Kemudian Rasulullah berkata kepada Malaikat Jibril: “Cukup, cukup kiranya”. (HR Darimi)
  • Ya’la bin Murrah ra berkata: “Pernah aku ikut dalam suatu perjalanan bersama Nabi saw. Waktu itu Nabi hendak berhajat besar baginda berkata kepadaku “Pergilah pada kedua pohon kurma itu dan katakan bahawa Rasulullah saw memerintahkan kamu berdua untuk bersatu”. Kedua pohon kurma itu segera bersatu dan menutupi baginda waktu berhajat besar. Setelah itu baginda berkata kepadaku: “Datanglah kepada kedua pokok kurma itu katakan bahawa Nabi memerintahkan kamu berdua agar kembali seperti asal. Aku pun berkata pada kedua pohon kurma itu dan keduanya segera berpisah kembali seperti keadaan asal. (HR Ibnu Majah)

[KEMULIAN PARA WALI; Zulkifli Mat Isa]

Monday, October 27, 2008

"Guru adalah Permata"

Kata seorang ustaz "Dari segi feqah, seseorang itu dikira sebagai guru walaupun kita belajar hanya sepatah daripadanya". Bila meninggal orang-orang berilmu dan berjasa (sekurang-kurangnya pada diri sendiri), seringkali dikatakan "Telah hilang sebutir permata yang amat mahal". Wallahu'alam.

Thursday, October 16, 2008

Satu Renungan & I'tibar - Permata (1)

  • Darul Jalal, daripada Lu’Lu (Mutiara) yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan ]
  • Darus Salam, daripada Yaqut yang merah [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Jannatul Ma’wa, daripada Zabarjad yang hijau [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Jannatul Khuld, daripada Marjan yang kuning [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Jannatun Na’im, daripada Perak yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Jannatul Firdaus, daripada Emas yang merah [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Jannatu ‘Adn, daripada Mutiara yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Allah swt telah menjadikan ‘Adn dengan tangan-Nya satu bata daripada Mutiara yang putih, dan satu bata daripada Yaqut yang merah, dan satu bata daripada Zabarjad yang hijau. Pagarnya kasturi, rumputnya za’faran, anak batunya Lu’Lu (Mutiara) dan tanahnya ‘Anbar [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Ghulam (budak-budak) yang berkhadam kepada penghuni syurga dilihat seolah-olah seperti Mutiara yang bertaburan [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Tiang-tiang bagi Baitul Makmur terdiri daripada permata Yaqut merah, Zabarjad hijau, Emas merah dan Perak putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Mimbar tempat malaikat Mikail membaca khutbah di Baitul Makmur dijadikan daripada Yaqut merah, manakala manarah (menara) tempat malaikat Jibril menyeru bang dijadikan daripada Perak [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Pelana bagi unta dari nur yang menerbangkan orang mukmin yang melalui titian Shirathal Mustaqim dijadikan daripada Yaqut dan Zabarjad [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Hajarul Aswad merupakan Yaqut putih dari syurga, asalnya terlebih putih daripada susu, dan hitamnya itu daripada dosa anak Adam [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Dikatakan bahawa langit itu lebih putih daripada susu, adapun ia nampak hijau adalah kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu (langit pertama) dinamakan Raqi’ah. Langit kedua terdiri dari besi yang memancarkan cahaya, namanya Fidum atau Ma’un [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Langit ketiga dari tembaga dan biasa disebut Malakut [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Langit keempat dari emas putih menyilaukan mata, namanya Zahirah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Langit kelima dari emas merah biasa disebut Mazinah atau Masharah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Langit keenam dari Jauharah, namanya Dami’ah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Langit ketujuh inilah adanya Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut merah. Sedang yang tiga lain dari Zabarjud hijau, Perak putih dan Emas merah [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Allah swt menjadikan satu malaikat yang mana satu sayapnya daripada Zabarjad hijau yang sampai ke Timur dan satu sayap daripada Yaqut merah yang sampai ke Barat, serta ianya ditatahkan pula dengan Mutiara, Yaqut dan Marjan. Tugas malaikat ini adalah untuk menyeru setiap malam: “Adakah daripada orang yang meminta, maka diberikan pintanya! Adakah daripada orang yang mendoa, maka diperkenankan doanya, adakah daripada orang yang taubat, maka diterimakan taubat atasnya, adakah daripada orang yang meminta ampun, maka diampunkan baginya hingga naik fajar[Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Segala masjid di dunia akan di hasyarkan pada hari Qiamat yang mana ianya seolah-olah seperti unta yang kakinya putih seperti ‘anbar dan tengkuknya daripada za’faran, kepalanya daripada Kasturi dan tali hidungnya daripada Zabarjad. Semua orang beriman dan para imam akan menyambut dan mengalu-alukannya, manakala orang-orang yang memelihara sembahyang akan mengikutinya. [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Sesiapa yang menyeru orang fakir pada hari raya dan diberi makan mereka sesuatu yang mereka ingin, maka Allah Taala akan memberi satu mahligai daripada nur dan Mutiara dan Yaqut, serta diberi makanan daripada makanan syurga kepadanya [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Allah swt telah memakbulkan doa seorang ibu kepada anaknya yang telah banyak berbakti kepadanya “Hai Tuhanku, rezekikan oleh Mu akan dia bahagia dan jadikan baginya suatu tempat kemudian daripada matiku, tiada pada bumi dan tiada pada langit tempat ketetapannya.” dengan ditempatkan dalam sebuah kubah daripada Mutiara yang putih di sebuah laut yang dalam sebagaimana yang ditemui oleh Nabi sulaiman as dalam kisah baginda [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
  • Dirawikan dari Ali ra bahawa Kursi itu merupakan lu’lu’ (mutiara) yang panjangnya hanya diketahui oleh Allah sahaja. Dalam khabar disebutkan bahawa langit dan bumi bersama Kursi bagaikan sebuah lingkaran dalam sebuah Padang luas. Ibnu Majah mengatakan bahawa langit itu ada di tengah Kursi, sedangkan Kursi ada di hadapan Arasy [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
  • Arasy adalah sebuah jisim yang terdiri dari Nur yang tinggi di atas Kursi. Sedang Kursi berbeza halnya dengan Arasy. Ini berbeza dengan pendapat Hasan al-Basri. Dikatakan: Al-Kursi dari Yaqut merah. Dikatakan lagi dari permata hijau, juga dikatakan dari permata putih, yang lain mengatakannya dari Nur. Namun yang lebih baik adalah tidak menentukannya saja secara pasti [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]

Dipetik daripada kitab-kitab yang tersebut dalam bahasa melayu (tahun 2006)

Wednesday, October 8, 2008

Kosa Kata



  • Jawhar = intisari, batu permata

  • Jawharah = batu permata

  • Jawharjiyyun = pedagang permata

  • Jawhariyyun = bahan penting, pedagang permata

  • Jawhariyyah = aliran Falsafah

Daripada Imie_chan.


Thursday, October 2, 2008

Memakai cincin permata....

Teringat kata-kata seorang hamba Allah lebih kurang 4 tahun lalu...., kita memakai cincin berpermata kerana "supaya diri kita ingat kepada Allah sebagaimana 'hamba-Nya' itu sentiasa berzikir kepada-Nya". Makhluq Allah swt selain manusia juga hidup. Batu-batan dan tumbuhan semuanya berzikir & kenal akan penciptanya iaitu Allah swt.

“Langit Yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih (memuji) kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih (memuji) dengan memuji-Nya. Tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun” –Al-Isra’:44
Wallahu'alam.

Wednesday, September 24, 2008

"2 Biji Berlian & Emas 10"

Seorang tua dekat kampung penulis menyampaikan, 'guru' dulu-dulu akan berkata kepada 'bakal anak murid'nya...."Jika kamu nak belajar, bawakan kemari 2 berlian dan emas 10 kepadaku...". Kata orang tua itu lagi, jika orang tidak faham maksudnya maka x jadilah ia hendak 'menuntut' dengan si guru tersebut. Iyelah, mana nak pergi cari 2 berlian yang harganya semua almaklum...dan emas 10. Juga orang akan fikir, 'guru' betul ke tidaknya ni.
Kata orang tua itu lagi, yang dimaksudkan dengan '2 biji berlian' ialah '2 mata kita'. Manakala 'emas 10' ialah '10 jari kita (kedua belah tangan)'. Maksudnya datanglah 'bersalam' dengannya dengan menghadap mata sama mata....
Kata orang tua itu lagi, kalau kita berkirim salam sudah besar maknanya sampai diambilkira di akhirat, inikan pula berjabat salam (tangan) dengan bertentang '4 biji berlian'. Adab semasa berjabat tangan ialah hendaklah 'mata bertentang mata'. Noktah.

Thursday, June 5, 2008

Penyegar Nafsu & Tubuh...

Teringat kata-kata seorang tua dekat kampung penulis sedikit masa lalu, batu-batu permata yang indah dan unik "boleh menyegarkan nafsu" dalam bahasa yang mudah. Maksudnya bila mata melihat benda-benda yang indah dan menyukakan secara automatik hati kita akan rasa gembira. Gembira ini dikaitkan dengan nafsu. Bila hati gembira, tubuh pun berasa segar. Namun jika hanya dapat melihat sahaja batu-batu permata yang indah dan berkenan di hati, kegembiraan masih tidak menyeliputi seluruh diri...kerana batu-batu itu masih belum menjadi milik diri sendiri. Selagi ianya belum berada dalam tangan, selagi itu minda menerawang memikirkannya...seringkali seolah-olah "keutamaannya" melebihi keutamaan benda-benda lain yang lebih utama.
Kata orang tua itu lagi, "kalau ikutkan hati....entah berapa banyak batu yang telah dikumpulnya, tetapi cukup sekadar yang perlu sahaja....". Saya melihat antara cincin yang kerap dipakainya ialah sebentuk cincin akik jernih bergambar ikan bawal di dalamnya....serta cincin-cincin pipit daripada teras kayu terpilih seperti gemunggar, kemuning dsb.

Tuesday, November 13, 2007

BATU PERMATA

Batu Permata atau “Batu di mata” atau “batu pada pandangan mata" atau “batu yang menarik pandangan mata bertumpu ke arahnya” mempunyai makna yang sama. Batu-batu permata mempunyai nilai aesthetical (seni kecantikan) dan healing (perubatan) yang tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...