[Nota: teras Gemunggar antara paling sesuai ditanam Besi Meteorite]
Showing posts with label Meteorite Moldavite Tektite. Show all posts
Showing posts with label Meteorite Moldavite Tektite. Show all posts
Thursday, June 7, 2012
Thursday, May 31, 2012
Ayat 25 Surah Al-Hadiid: "Besi"
mr. x: assalam tuan..sya cukup teruja dgn permata besi tahi bintang..adakah ini yg tertulis dlm surah al-hadid..apa kelebihannya tuan (27/5/12)
MUQADDIMAH SURAH AL-HADIID
Surah Al-hadiid diturunkan di Madinah, mengandungi 29 ayat, surah ke-57. Dinamakan surah “al-Hadiid” (Besi), kerana Allah Ta’ala menegaskan pada ayat 25: bahawa Ia telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari, dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu dalam menegakkan dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan kepadanya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” –Tafsir Ar-Rahman.
Dalam ayat 25 diatas Allah menggunakan perkataan “wa anzalna hadiid” (dan Kami turunkan besi). Para ahli tafsir menjelaskan kalimat “anzalna” pada ayat ini bererti menurunkan dalam pengertian ‘kiasan’, dan erti sebenar kalimat tersebut ialah “Kami ciptakan atau jadikan”.
[Nota: InsyaAllah akan dirangkaikan dengan info-info penemuan saintis berkait dengan proses kejadian bumi]
Apakah itu “besi”?
Besi ialah Iron dengan nama saintifiknya Ferum (Fe). Dalam konteks ayat diatas, Nickel (Ni) termasuk sama (Prof. Dr. Zaglul An-Najjar).
[Nota: Lain-lain unsur metal/logam boleh dikategorikan dalam bab besi –namun yang terpenting dan utama ialah Iron-Nickel]
Berapakah berat kandungan Besi dalam bumi?
Berat isipadu bumi dianggarkan sebanyak (6E + 24)kg. Dianggarkan 35% daripada isispadu bumi terdiri daripada Besi (Iron + Nickel).
Bagaimanakah taburan Besi dalam bumi?
Besi ialah elemen yang berat. Majoriti kandungan Besi (Iron + Nickel) berada dalam “teras bumi -core” berbanding dengan “kerak bumi -crust”. Umumnya, taburannya seperti berikut:
- Kerak bumi – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan. Kandungan besi sekitar 5% daripada kandungan kerak bumi – iaitu elemen yang ke-4 terbesar dalam lapisan kerat bumi.
- Mantel – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan seperti silicon, magnesium, oxygen dan juga Iron.
- Teras Luar – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk pepejal padu.
- Teras Dalam – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk leburan.
[Nota: Kenapa elemen ringan tertumpu pada kerak bumi dan Besi (Iron + Nickel) majoriti berada dalam teras bumi, serta apa kaitannya dengan kalimat “alzalna -menurunkan”]
Apakah hikmah, elemen berat Besi (Iron + Nickel) majority berada ditengah bumi?
Ianya untuk kestabilan berputar. Seperti perekaciptaan bahagian paling berat dalam bola bowling berada ditengahnya supaya ia stabil berputar bila dilontarkan.
Adakah taburan Besi dalam perut bumi akan kekal sebegitu sampai bila-bila?
Daripada kajian, iaitu daripada proses geologi yang telah ditentukan Allah, element dalam perut bumi akan bergerak ke permukaan termasuk unsur Besi (Nickel-Iron). Maknanya ia berkurang dalam perut bumi. Jadi, sekali lagi dilontarkan persoalan, kalau begitu, bagaimana boleh dikatakan “diturunkan” sedang ia “keluar dari dalam perut bumi ke permukaan bumi”?
[Nota: Proses perlombongan berlaku. Bukit bukau ditarah diletupkan, bumi dikorek dan sebagainya. Fungsi bukit adalah sebagai tiang atau untuk keseimbangan bumi. Lalu hasil mahsul perut bumi dikeluarkan untuk pembangunan fizikal dunia. Tempat berbukit asal telah digondolkan, manakala tempat lapang telah dibangunkan dengan “bukit-bukit” konkrit besi bangunan, sementara elemen pemberat dalam teras pusat bumi semakin berkurang. Adakah ini mengundang ketidakstabilan fizikal bumi sedikit demi sedikit?]
IMBASAN: PEMBENTUKAN SISTEM SOLAR & BUMI DARI PERSPEKTIF SAINS
BAGAIMANA BUMI & SOLAR SISTEM BERMULA?
Awal kelahiran Sistem solar kita boleh dikesan sehingga 11-20 bilion tahun dahulu, yang bermula di satu kawasan berketumpatan dengan habuk dan gas yang dipanggil nebula. Matahari mula-mula muncul disini, dalam lengan galaksi berpilin yang dikenali sebagai Milky Way.
Sekitar 4.6 bilion tahun dahulu, sisa daripada kelahiran matahari iaitu interstellar gas, habuk dan tinggalan pepejal lain bergabung menjadi bodi-bodi bersaiz asteroid kecil, dan dikenali “planetesimal”. Planetesimal ini mula mengorbit Matahari.
Apabila planetesimal ini berlangar antara satu sama lain, mereka membentuk bodi yang lebih besar – iaitu 9 planet – Mercury, Venus, Bumi, Mars, Jupietr, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto bersama-sama dengan asteroid. Asteroid ialah hasil daripada sisa (kemungkinan satu planet embrrionik) yang berlaga dengan terlalu pantas lalu pecah-serpih, dengan sebahagian bahan tersebut menghujani bumi sebagai meteorite.
Meteorite mempunyai 3 jenis iaitu (1) Stony meteorite (2) Iron meteorite (3) Stony-iron meteorite.
BUMI AWAL
Pada masa bumi terbentuk 4.6 bilion tahun dahulu, masih terdapat banyak planetesimal didalam Sistem Solar. Banyak planetesimal ini melanggar planet bumi semasa “Great Bombardment”. Perlanggaran ini menyebabkan suhu bumi meningkat dan elemen-elemen berat seperti Iron dan Nickel tenggelam ke dalam pusat bumi.
[Nota: Pada tahap ini, besi ‘turun’ kedalam teras bumi – yang mana pada hari ini kandungan besi cenderung ‘keluar’ ke lapisan kerak bumi. Allahu a’lam]
Manakala elemen-elemen yang lebih ringan seperti silicon terapung berdekatan permukaan bumi. Lapisan paling luar bumi iaitu kerak bumi (tempat paling tebal berkedalaman 70km), hanyalah kulit kepada batuan yang ringan.
[Nota: 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada silicon. Critical hardness iaitu 7 pada skala Mohs diambil sempena nilai silica, kerana dalam aktiviti seharian kita banyak berinteraksi dengan silica. Habuk yang mengandungi partikel silica akan memalapkan keberkilatan permukaan batu permata yang mempunyai kekerasan pada skala Mohs di bawah 7 ]
Pada 4.3 bilion tahun dahulu, struktur bumi mula menyerupai bawang, dengan mempunyai lapisan-lapisannya, iaitu struktur yang kekal ke hari ini.
Keadaan atmosfera dan air
Semasa pembentukkan “lapisan bawang” ini, gas dibebaskan, satu proses dikenali sebagai “outgassing”, yang menghasilkan atmosfera awal yang terdiri daripada air, methane, ammonia, nitrogen, carbon monoxide, hydrochloric acid, carbon dioxide dan gas sulfur. Semua ini adalah sama seperti apa yang dihasilkan oleh volkano pada hari ini.
Planet Biru
Sekitar 4 bilion tahun dahulu, apa yang dipanggil “bombardment” telah berhenti, dan pada 3.8 bilion tahun dahulu lapisan kerak bumi mula mengeras untuk membentuk batuan tertua di muka bumi. Pada masa ini, air di atmosfera telah mengkondensasi lalu membentuk lautan pertama.
[Nota: (1) Benda fizikal tertua atas muka bumi adalah meteorite, yang ‘turun’ mengimpak bumi pada awal pembentukkan bumi. Meteorite terbentuk pada masa kelahiran Sistem Solar iaitu sekitar 4.55 bilion tahun dahulu, dan menghujani bumi. (2) Bahan tertua atas muka bumi yang dijumpai setakat ini ialah Kristal Zircon yang dijumpai di Jack Hill, Australia Barat – yang berusia 4.4 bilion tahun – iaitu tidak lama (mengikut istilah geologi) selepas pembentukkan bulan. (3) Batuan tertua atas muka bumi setakat ditemui ialah batu Acasta gneisses, dijumpai dekat Great Slave Lake di northwesten Canada, berusia 4.03 bilion tahun. (4) Acasta gneisses berusia 3.7-3.8 bilion tahun juga ditemui di Isua Supracrustal rocks yang terletak di barat Greenland. (5) Selain itu terdapat batuan yang berusia melebihi 3.5 bilion tahun dijumpai di Minnesota River valley dan utara Michigan, di Swaziland dan juga Australia barat. Semua penemuan ini membuktikan sejarah bumi bermula lebih awal daripada itu. Allahua’lam.]
[...bersambung : Iron meteorite adalah sama komposisi dengan besi dalam teras bumi ]
Allahu a'lam.
Labels:
GEMMOLOGY,
Meteorite Moldavite Tektite
Friday, May 25, 2012
Sunday, April 15, 2012
Ciri-Ciri Iron Meteorite: Serpihan & Tunggal
Sebahagian meteorite yang memasuki atmosfera bumi akan terserpih, tersoyak atau tersepat daripada unit induk dan menjadi unit-unit kecil. Ciri-ciri terserpih, terkoyat atau tersepat seperti shear dapat diperhatikan pada unit-unit kecil tersebut. Biasa tiada ciri kesan cap ibu jari (regmaglypts) khususnya yang bersaiz kecil, kalau ada jarang-jarang. Contoh meteorite ‘serpihan’ dalam blog ini adalah seperti dalam link dibawah:
Manakala sebahagian meteorite yang lain tidak mengalami nasib seperti meteorite di atas. Tiada ciri terserpih, terkoyak atau tersepat pada mereka. Ciri kesan cap ibu jari (regmaglypts) lebih nyata dan banyak. Jenis ini ada terdapat pelbagai saiz, dari sebesar ibu jari hingga saiz sebiji bola dsbnya. Contoh meteorite ‘tunggal’ dalam blog ini adalah seperti dalam link dibawah:
Wallahu ‘alam.
Labels:
GEMMOLOGY,
Meteorite Moldavite Tektite
Tuesday, January 25, 2011
"Kejadian Moldavite"
Meteorite ialah meteoroid (atau asteroid) dari angkasa lepas yang jatuh dan sempat sampai ke permukaan bumi. Angkasa lepas berkeadaan vacuum manakala ruang afmosfera bumi yang diselaputi udara. Merentasi ruang yang vacuum seperti tidak menempuh apa-apa halangan, namun sebaliknya apabila merentasi ruang yang berudara kerana udara terdiri daripada molekul-molekul gas, wap air dan habuk.
Apabila meteoroid merempuh ruang udara dengan kelajuan lebih 10 ribu batu per jam (7~10 batu per saat atau 11~72 kilometer per saat), fenomena “shooting/falling star” atau “fire ball/bolide” dapat dilihat, sekadar beberapa saat atau seminit dua. Pada tahap ini meteoroid yang bercahaya dan mempunyai ekor dipanggil meteor. Sebelum memasuki ruang udara bumi, iaitu semasa ia masih dalam ruang vacuum, fenomena ini tidak kelihatan. Warna meteor berbeza-beza bergantung kepada komposisi kimia meteoroid dan kelajuannya. Apabila lapisan meteoroid tertanggal dan mengion, warna cahaya meteor juga boleh berubah mengikut lapisan mineralnya. Beberapa kemungkinan warna cahaya yang terhasil dari elemen/komposisi kimianya ialah: Warna oren/kuning (sodium), warna kuning (iron), warna hijau/biru (copper), warna ungu (potassium), warna merah (silicate).
Sebenarnya, apabila meteoroid merempuh molekul udara, molekul udara pada bahagian depannya akan menjadi lebih padat (compressed). Apabila udara menjadi padat dalam masa yang tersangat cepat, suhu pada bahagian ini akan meningkat secara mendadak. Haba ini akan dipindahkan kepada meteoroid atau dengan lain perkataan suhu meteoroid akan meningkat. Permukaannya akan mencair dan mengelupas (ablation) selapis demi selapis dan mengeluarkan “cahaya”. Cahaya yang dilihat ialah hasil udara di-ionkan oleh pergerakan meteoroid dalam keadaan panas tadi. Kekadang, apabila meteorite mengimpak permukaan bumi dengan tersangat laju (hypervelocity), dan pertembungan yang amat bertenaga tersebut telah mengakibatkan meteorite menjadi wap, akhirnya hanya kawah impak yang tinggal tetapi tiada meteorite ditemui.
Meteor dari jenis “shooting star” (beberapa gram) dan “fire ball” (sekitar 1.4kg) biasa akan habis terbakar. Meteoroid yang lebih besar (atau asteroid) mungkin boleh sampai ke bumi, tetapi saiznya akan menjadi lebih kecil. Disebabkan itu, secara purata saiz meteorite yang dijumpai bersaiz kecil sahaja. Faktor untuk sesuatu meteoroid sampai ke permukaan bumi bukan hanya bergantung pada saiz, tetapi factor yang paling mustahak ialah kelajuan ia memasuki ruang atmosfera bumi. Jadi saiz minimum meteoroid untuk ianya sempat jatuh ke bumi berbeza-beza. Meteoroid yang bersaiz microskopik dan bersaiz partikel debu tidak terbakar apabila melalui ruang atmosfera, kerana ianya bergerak perlahan sekitar 1 inci (2.5cm) persaat, jadi tiada geseran yang kuat dengan udara dan kebanyakkan sampai ke permukaan bumi.
Suhu meteoroid setelah memasuki ruang udara bumi boleh mencapai sehingga 1650 darjah C (3000 darjah F). Pada suhu setinggi ini, majority logam akan cair.
Meteoroid yang bersaiz besar yang tidak sempat terbakar kesemuanya akan mengimpak bumi pada suhu tersebut. Apabila ianya mengena bebatuan, bebatuan tersebut akan mencair dan mengewap, kemudian terkondensasi semula dan kembali mengeras. Maka salah satu produk yang terhasil ialah Moldavite. Moldavite ialah sejenis tektite. Moldavite yang masih rough rupanya calar-balar berparut dan berlekuk-lekuk. Moldavite mengandungi 75% silica, merupakan sejenis 'gelas @kaca semulajadi.
Tambahan:
- Kelajuan bunyi ialah 343.2 meter per saat. Kelajuan meteorite sekitar 30 kali ganda kelajuan bunyi iaitu sekitar 10.3 kilometer per saat.
- Superalloy adalah satu alloy yang diformulasi untuk kegunaan pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama, serta mempunyai ketahanan (durability) yang ampuh. Ianya mempunyai beberapa jenis. Umunya ia mempunyai takat cair pada suhu sekitar 1400 darjah C. Antara contoh alat yang dibuat daripada superalloy ialah “bbaling/kipas”/blade kapal terbang dan blade gas turbin. Gas turbin digunakan dipelantar-pelantar minyak dan pusat janakuasa TNB seperti di Paka Terengganu.
- Kapal angkasa (spacecraft) yang memasuki semula ruang atmosfera bumi sama halnya dengan meteorite yang memasuki ruang atmosfera bumi; ianya terdedah kepada “dibakar” oleh haba udara yang menjadi padat dalam masa yang tersangat cepat. Jadi ada 2 teknologi digunakan untuk mengelakkan kapal angkasa tersebut terbakat. Teknologi per-1, kapal angkasa tersebut diselaputi oleh sejenis bahan serap haba yang akan mencair dan mengewap, dan haba akan dibebaskan keluar semasa proses pemeluwapan tersebut. Jadi haba dibebaskan bersama bahan yang mencaip dan mengewap tadi; badan kapal angkasa pada bahagian bawah lapisan bahan serap haba tadi tidak sempat menerima haba, oleh kerana haba sudah terbebas lebih awal. Teknologi ini diaplikasi pada kapal angkasa Apollo dan dinamakan “Ablative technology”. Teknologi ke-2 yang digunakan dipanggil “insulating tile technology” dan digubakan pada kapal angkasa pengantara (space shuttle). Tile ialah sejenis penebat. Tile tersebut dipasang pada body space shuttle merupakan sejenis tile yang sangat istimewa tidak seperti tile biasa. Ianya sejenis penebat yang mengakumkan dimana jika ianya dipanaskan sehingga merah pada satu titik/tempat, dan pada bahagian luar kawasan merah tadi kita dapat memegang/menyentuhnya. Tile khas ini menghalang haba daripada dipindahkan kepada badan space shuttle sebelah dalamnya.
Wallahu a’lam.
Tuesday, December 14, 2010
Saturday, March 27, 2010
Friday, February 12, 2010
Monday, January 25, 2010
[Kod: ZT86] 100% Genuine "Moldavite"; 3.5cts....RM600 (Tidak termasuk pos) [TELAH DIMILIKI]
itulah dipanggil "Brilliance")
hasil pantulan cahaya pada permukaan sebelah dalam batu)
pada permukaan sebelah dalam batu...)
- Asal: Czechoslovakia (hanya terdapat ditempat ini -single source)
- "Moldavite" adalah sejenis 'tektite' dan merupakan 'sepupu-sepapat' kepada 'Meteorite'.
- 'Tektite' ialah bahan yang mengandungi silica yang tinggi.
- "Moldavite" mengandungi 75% silica, merupakan sejenis 'gelas @kaca semulajadi" yang dijadikan oleh tuan punya alam ini iaitu Allah swt.
- Lain2 kaca @gelas semulajadi ialah: Obsidian (mengandungi 70% silica), Libyan glass (hampir keseluruhan komposisi adalah silica)
- RI moldavite: 1.50
- SG moldavite: 2.4
- Hardness moldavite: 5.5 (pada skala Mohs)
- Bentuk potongan: "Oval Brilliant Cut Faceting" -iaitu bentuk potongan terkini yang direka khas selepas dikaji dalam tempoh yang lama (cerita tentang 'cutting' akan bersambung kemudian..)
- Stok Moldavite adalah terhad.
Subscribe to:
Posts (Atom)