SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Thursday, March 3, 2011

Sekadar Pertanyaan ...(dari email 3/3/2011)

assalamualaikum w.b.t,
saya ingin bertanya tentang macam mana ingin membezakan batu permata jarum mas yang asli dengan yang tiruan.
diharap saudara dapat menyatakannya dengan jelas.
segala maklumat yang saudara berkongsi amat saya hargai.
*

Wa alaikumussalam wrt wbt

Memang dalam pasaran terdapat “batu jarum mas” yang dibuat dari kilang. Ianya diperbuat daripada kaca (‘paste’) dan jarumnya [mengikut pemerhatian saya] diperbuat daripada “urat tembaga dawai electric”. Dalam kes ini, ia tergolong dalam batu “simulant” atau “imitation”. Ianya bukan dalam kategori sintetik.

Antara perbezaannya ialah:
  • Susunan jarum: seninya agak kasar, berjarak, nampak ‘kkerasan’ dan nampak seperti dibuat-buat. Sebaliknya yang asli seninya halus, rawak, berselirat secara semulajadi; seni susunannya tidak boleh ditiru….. (bandingkan dengan yang asli darisegi susunannya).
  • Bentuk jarum: Dari hujung ke hujung sama. Keratan rentas jarum bulat, sedangkan yang asli tidak bulat bahkan ada yang leper dan bertindan-tindan. Pada masa akan datang untuk hujung kelihatan sedikit bersegi adalah mungkin. Ini kerana peniruan dibuat kepada ciri-ciri batu asli. Sebaliknya batu asli cirinya ‘acicular’ dan pada hujungnya ada sedikit bentuk ‘tirus’.
  • Umbi jarum: 100% yang buat tiada umbi atau tempat tumbuh. Yang asli kekadang boleh dilihat ada ‘umbi’ berwarna hitam (bergantung kpd kawasan yang dicanai).
  • Saiz jarum: Satu saiz umumnya (setakat sample yang ditemui). Kemungkinan untuk ada 2 3 saiz pada masa akan datang adalah mungkin. Sebaliknya yang asli ada pelbagai saiz (bergantung kepada batu).
  • Warna jarum: Satu warna sahaja (seperti warna copper dalam wayar electric). Kemungkin akan ada variasi 2 3 warna pada masa akan datang adalah mungkin. Yang asli kekadang ada variasi warna.
  • Keberkilatan jarum: Jarum yang dibuat biasa licin ‘smooth’. Sebaliknya jarum emas titanium asli ada ‘urat halus’ padanya. Jadi cara reflect cahaya juga berbeza bagi kedua-duanya.
  • Inclusion dalam kaca (‘paste’): biasa bersih airnya, kekadang ada buih bersih bulat ‘like donut’. Boleh cari ciri ‘tiger strip’ untuk quartz asli.

Perbezaan diatas boleh dilihat dengan mata kasar; untuk pengecaman yang cepat. Ambil copper dalam wayar electric untuk diperbandingkan.

Untuk pengesahan lanjut, boleh bawa ke lab. Sample “jarum” di dalamnya diambil untuk identifikasi seterusnya (destructive testing). “Jarum emas/tembaga/merah” yang asli adalah titanium. Kalu jarum hitam samada titanium atau black tourmaline.

Biasa buatan negara jiran. Juga seperti Precious Opal ‘simulant/imitation’ biasanya buatan negara jiran.

Wallahu a’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...