(Gambar 1: Struktur dalam ketulan setelah dibelah; spesimen dari Temangan, Kelantan)
(Gambar 2: Struktur dalam ketulan setelah dibelah; spesimen dari Temangan, Kelantan)
- Bentuk asal sebelum dibelahcanai adalah dalam bentuk ketulan atau bongkahan, seperti ibu besi berani (klik)[* Ibu besi berani itu sendiri dipanggil badar besi dan kekadang didalamnya terdapat bahagian logam kuning]
(Gambar 3: Ada tompokan 'panau' logam yang lebih cerah)
(Gambar 4:Ada tompokan 'panau' logam yang lebih cerah)
- Pada bahagian luar (kulit/tempurung) dilapisi logam hitam/kelabu/perang, bahkan kadang-kadang ditemui bercampur dengan tompokan 'panau' logam sedikit putih (gambar 3 & 4 diatas); dan bahagian ini dinisbahkan kepada besi.
- Manakala pada bahagian dalam (isi/inti) terdapat bahagian logam kuning yang berada dalam matrik besi hitam/kelabu/perang tadi (gambar 2 diatas); dan bahagian ini dinisbahkan kepada emas [*logam kuning memerlukan urat matrik logam hitam untuk memegang atau mengukuhkan kedudukannya, jika tidak ia mudah terkumpil]
- Selain mengandungi logam hitam/kelabu/perang dan kuning, kadang-kadang terdapat bahagian yang ia bercampur dengan batuan putih dan mineral hijau. Urat, jalur atau tompokan hijau ini dinisbahkan kepada firuz (gambar 5 & 6 dibawah).
(Gambar 5: Terdapat tompokan hijau)
(Gambar 6: Terdapat tompokan hijau)
Percampurannya menjadikan ia sama ada dipanggil:
- Badar besi (logam hitam/kelabu/perang)
- Badar besi firuz (logam hitam/kelabu/perang + bahagian hijau) -contoh gambar 5 & 6 diatas
- Badar besi emas (logam hitam/kelabu/perang + logam kuning) -contoh gambar 7
- Badar besi firuz emas (logam hitam/kelabu/perang + bahagian hijau + logam kuning)
- Badar emas (apabila keseluruhan kelihatan seumpama 100% kuning)
- Badar emas firuz (kuning + hijau)
Mengambilkira selepas siap dicanai permata:
(Gambar 7: Matrik logam kuning dan hitam; logam kuning lebih dominan - dan ianya tidak lekat magnet)
(Gambar 8: 4 biji permata lebih hitam bahagian bawah bersifat lebih pejal dan padat
serta lekat magnet )
- Bahagian besi hitam lebih cenderung lekat magnet, manakala
bahagian logam kuning tidak lekat magnet. Jika bahagian besi hitam lebih
dominan maka ia lebih cenderung untuk lebih lekat magnet, sebaliknya jika logam
kuning lebih dominan maka ia kurang
tidakuntuk lekat magnet. - Bahgain logam hitam/kelabu/perang (kulit/tempurung)biasanya lebih pejalpadat dan susah untuk pecah. Sebaliknya, bahagian lebih banyak logam kuning (isi/inti) ia kurang pejalpadat dan lebih rapuh.
- Bahagian logam kuning tadi – yang istimewa dan uniknya – boleh berubah “hidup” warna kuning nya (1) kuning biasa (2) kuning cemerlang berseri mengalahkan emas (3) kuning sedikit keunguan. Perubahan ini bergantung kepada beberapa factor, antaranya (1) keadaan kelembapan persekitaran (2) kekerapan sentuhan/gosokan (3) diri
- Nama panggilan lain, antaranya: Raja Besi, Kursani Nabi Khaidir, Kursani Sejati, Kursani Emas.
Badar Besi Firuz Emas – selain keunikkan warna
kuningnya yang berubah “hidup” – percampuran bahan-bahannya adalah semulajadi oleh
proses geologi yang telah ditentukan oleh Allah.
[Nota: Spesimen no.3-8 dari Pahang]
No comments:
Post a Comment