Teringat kata-kata seorang tua dekat kampung penulis sedikit masa lalu, batu-batu permata yang indah dan unik "boleh menyegarkan nafsu" dalam bahasa yang mudah. Maksudnya bila mata melihat benda-benda yang indah dan menyukakan secara automatik hati kita akan rasa gembira. Gembira ini dikaitkan dengan nafsu. Bila hati gembira, tubuh pun berasa segar. Namun jika hanya dapat melihat sahaja batu-batu permata yang indah dan berkenan di hati, kegembiraan masih tidak menyeliputi seluruh diri...kerana batu-batu itu masih belum menjadi milik diri sendiri. Selagi ianya belum berada dalam tangan, selagi itu minda menerawang memikirkannya...seringkali seolah-olah "keutamaannya" melebihi keutamaan benda-benda lain yang lebih utama.
Kata orang tua itu lagi, "kalau ikutkan hati....entah berapa banyak batu yang telah dikumpulnya, tetapi cukup sekadar yang perlu sahaja....". Saya melihat antara cincin yang kerap dipakainya ialah sebentuk cincin akik jernih bergambar ikan bawal di dalamnya....serta cincin-cincin pipit daripada teras kayu terpilih seperti gemunggar, kemuning dsb.
No comments:
Post a Comment