SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2014)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



Tuesday, November 4, 2008

MIMPI TENTANG BARANG-BARANG YANG DIPERBUAT DARIPADA EMAS DAN PERAK

BEKAS

  1. Mimpi melihat emas diperbuat sebagai bekas simpanan, bererti susah
  2. Mimpi minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas, bererti perempuan yang kurang agamanya. Jika diperbuat daripada perak, maka tidak mengapa
  3. Bekas yang diperbuat daripada emas dan perak bererti perempuan. Perak bererti perempuan yang baik manakala emas bererti sebaliknya
  4. Bekas garam yang diperbuat daripada emas atau perak bererti perempuan yang berwajah manis. Kadangkala perak lebih dapat dipercayai.

GELANG

  1. Gelang dalam mimpi bererti isteri kepada suami, atau seorang lelaki dengan kesusahan
  2. Mimpi penguasa memberikannya gelang, bererti dikurniakan anak
  3. Mimpi pada kedua tangannya ada gelang emas, bererti kesempitan yang ada pada tangannya
  4. Mimpi memalai gelang emas di tangan, bererti mendapat warisan, atau bagi orang salih bererti bertambah taat dan baik. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi 18:31 bermaksud: “Mereka dihiasi dengan gelang daripada emas”
  5. Mimpi ada dua gelang emas dipakai di kedua tangannya, tetapi besar, bererti kesusahan, atau orang-orang yang bohong
  6. Mimpi pada kedua tangannya ada gelang daripada perak, bererti mendapat kenikmatan dengan susah-payah, atau bererti mendapati sedikit kesusahan.

KALUNG

  1. Kalung di dalam mimpi bererti kekuasaan lelaki dan tarafnya di antara orang-orang yang berkedudukan
  2. Mimpi dilehernya ada kalung, bererti menguasai kekuasaan. Jika dihias dengan permata, bererti lebih kuat takwilnya
  3. Mimpi memakai kalung yang berat, sehingga tidak mampu membawanya, bererti mendapat kekuasaan tetapi keberatan menjalankannya
  4. Memakai kalung pada asalnya mengandungi erti mengikuti, amanah atau kepercayaan
  5. Mimpi memakai kalung, yang sebahagian diperbuat daripada perak, bererti menjalankan Ibadah Hají. Jika semuannya emas bererti kekuasaan

MAHKOTA

  1. Mimpi memakai mahkota daripada emas, bererti mendapat kekuasaan. Jika dihias dengan permata, takwilnya lebih kuat
  2. Mimpi memakai mahkota yang sebahagiannya diperbuat daripada emas, bererti hají. Jika semua daripada emas, bererti tercapai cita-citanya
  3. Wanita memakai mahkota, bererti kahwin dengan orang yang berpangkat dan berwibawa

ANTING-ANTING

  1. Mimpi di telinganya ada anting-anting, bererti gemar mendengar lagu-lagu
    Jika pada anting-anting itu ada permata, atau yang sejenis dengannya, bererti mempelajari dan menghafal al-Quran atau mengajar kebaikan
  2. Mimpi anting-anting yang lain mempunyai permata dan yang lain tidak, bererti menghafal separuh al-Quran, atau berbuat kebaikan dalam agama tetapi tidak diselesaikan
  3. Mimpi memakai anting-anting di telinganya, bererti mempunyai kebaikan menurut orang ramai
  4. Mimpi di telinganya ada anting-anting mutiara, bererti sedang menuntut ilmu. Jika mutiara itu kecil-kecil, bererti melupakan ilmunya
  5. Mimpi di telinga isterinya ada anting-anting, atau yang satu emas dan yang satu lagi perak, bererti menceraikan isterinya
  6. Pedang dan anting-anting di dalam mimpi takwilnya sama bagi orang lelaki dan perempuan
  7. Melihat anting-anting diperbuat daripada perak, bererti menghafal al-Quran. Jika yang bermimpi itu orang yang dapat dipercayai, bererti dia memegang beberapa jawatan. Firman Allah SWT dalam surah al-Tur 52:24 bermaksud: “Seolah-olah mereka mutiara yang tersimpan”
  8. Jika ada pedang bersama anting-anting itu, bererti dikurniai anak perempuan. Jika yang mimpi itu orang perermpuan dan dia hamil, dikurniai anak lelaki

CINCIN

  1. Mimpi melihat cincin dan orang yang membuatnya serta ukirannya, bererti keadaan orang yang membuat cincin itulah yang ditakwil, sama ada baik atau buruk
  2. Mimpi diberikan cincin, kemudian orang yang memeberi berkata “Pakailah cincin ini!” bererti, jika sesuai dia akan menjadi penguasa, jika kaya bertambah hartanya, jika di dalam peperangan bererti mendapat pertolongan
  3. Mimpi penguasa memberinya cincin, bererti mendapatkan sesuatu daripada penguasa buat dirinya atau keluarganya
  4. Mimpi cincinnya hilang bererti ada aib pada pekerjaan dan urusannya
  5. Mimpi cincinnya patah dan jatuh permatanya, bererti hilang kedudukannya dan martabatnya
  6. Mimpi memberikan cincinnya kepada orang, bererti memberikan sebahagian kecil hartanya kepada orang
  7. Mimpi menjual cincinnya lalu megambil wangnya, bererti menjual sebahagian hartanya dan wangnya disimpan
  8. Mimpi cincin penguasa hilang, bererti kekuasaanya hilang
  9. Mimpi merasa tidak tertarik pada model pembuatan cincinnya, bererti hilang sebahagian hartanya dan penguasa marah kepadanya
  10. Mimpi cincinnya diperbuat daripada emas, bererti seluruh harta yang dimilikinya makruh hukumnya (dibenci) dan haram. Jika cincinnya diperbuat daripada perak, bererti semua miliknya halal dan baik. Jika diperbuat daripada besi, bererti semua yang dimiliki rendah mutunya
  11. Mimpi di jarinya ada cincin diperbuat daripada besi, bererti kuat dan kaya. Jika diperbuat daripada tembaga, bererti mendapat manfaat daripada orang yang dihina.
  12. Mimpi menyerahkan cincin kepada orang sebagai amanah, atau memberikan cincin kepada orang, lalu cincin itu dikembalikan semula kepadanya, bererti dia melamar seorang pereempuan tetapi lamarannya itu ditolak
  13. Mimpi memutuskan cincinnya menjadi dua bahagian, bererti terjadi perpisahan antara dia dan keluarganya
  14. Mimpi menemui dua bentuk cincin dengan dua permata yang sama antara satu dengan yang lain, bererti memperolehi kemuliaan dan lancar berbagai urusannya. Jika keduanya berbeda, bererti berbuat zina. Jika salah satu jatuh dan yang satu masih ada, bererti yang satu itu bertaubat.
  15. Mimpi pada jarinya ada cincin yang biasanya tidak di pakai dalam waktu jaga, bererti memperolehi kekuasaan dan kekuatan atau mengahwini seorang perempuan lalu memperolehi anak yang diberkati
  16. Mimpi mempunyai cincin lalu dipakai kemudian bertambah berwibawa, bererti memilih sesuatu yang belum pernah dimiliki sama sekali
  17. Mimpi memakai cincin diperbuat daripada perak, bererti dikurniai anak perempuan
  18. Mimpi permata cincinnya berwarna merah, bererti mempunyai anak yang rosak. Jika warnanya hitam, bererti anaknya tetap rendah dan miskin
  19. Mimpi menemui cincin sedangkan dia dalam masjid, atau sedang solat atau sedang berperang, bererti mempunyai seorang perempuan yang menjaga agamanya; jika pedagang bererti keuntungan.
  20. Mimpi memebeli cincin daripada emas seperti umumnya cincin biasa, tidak kurang dan tidak lebih, bererti mendapat sesuatu yang tidak disenangi dalam agama
  21. Mimpi cincinnya dihias dengan zabarjad, bererti panjang usianya
  22. Mimpi memakai cincin atau menyimpannya dan dihiasai dengan permata yaqut, bererti dikurniai anak perempuan tetapi mati dengan cepat
  23. Mimpi dijari tangannya ada cincin yang mempunyai permatanya, tetapi terlepas atau pecah, bererti menceraikan isterinya
  24. Mimpi mempunyai cincin dengan dua biji permata, yang satu di sebelah luar dan yang satu lagi di bahagian dalam, keduanya sama bentuk, bererti mempunyai kekuasaan lahir dan batin

IKAT PINGGANG LOGAM

  1. Mimpi memakai ikat pinggang bukan untuk hiasan, bererti memperolehi anak lelaki atau pembantu. Jika untuk hiasan (agar lebih baik) bererti memperolehi wang atau anak yang menjadi ketua keluarga
  2. Mimpi memakai ikat pinggang lebih daripada satu, bererti lebih baik, dan lebih kuat
  3. Mimpi memakai ikat pinggang dengan banyak sekali, sehingga tidak mampu membawanya, bererti panjang usianya
  4. Mimpi diberi ikat pinggang, bererti mendapat wang, anak dan usia yang panjang
  5. Mimpi berusaha memakai ikat pinggang, bererti pergi dalam rangka menjalankan perintah penguasa, kemudian memperoleh kedudukan dan martabat tinggi
  6. Mimpi diberi ikat pinggang kemudian diikatkan, bererti telah berakhir usianya atau mati. Jika dihias dengan emas, bererti banyak melakukan jima’ atau bersetubuh
  7. Mimpi melihat ikat pinggang lalu diambil dengan tangan kanannya, bererti pergi. Jika diambil dengan tangan kiri, bererti kekuasaan. Jika dihias dengan permata takwilnya lebih kuat

GELANG KAKI

  1. Mimpi memakai gelang kaki emas bererti mendapat kepayahan dan ketakutan
  2. Mimpi memakai gelang kaki daripada perak, bererti berganti-ganti rakan. Jika gelang itu berwarna, bererti lebih kuat takwilnya
  3. Seorang perempuan memakai gelang kaki daripada logam, takwilnya adalah menurut jenis logam yang dipakai. Baik dan buruknya takwil mimpi itu, adalah untuk suami perempuan itu. Jika tidak mempunyai suami, bererti gelang itu merupakan hiasan bagi dirinya, menurut baik dan buruknya logam tadi.

Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...