Ketelusan adalah satu sifat. Batu yang bersifat telus lebih daya tarik kecantikkannya. “Kecantikkan” pada batu permata dikira sebagai “kualiti”. Ketelusan berkait dengan telusbersih (clarity). Batu yang telus akan dinilai pula kebersihan dalamannya, contohnya berlian. Clarity mempengaruhi brilliance bagi diamond.
Terdapat 3 perkara yang dipertimbangkan sebagai “KUALITI” yang membuatkan bahan permata (gem material) sesuai digunapakai sebagai perhiasan (jewellery), iaitu:
- Beauty. Kecantikkan tidak boleh diukur sebab ianya bergantung kepada factor yang subjektif. Kecantikkan bagi “permata berwarna yang telus” (transparent coloured gem) bergantung kepada 2 faktor utama iaitu (1) keamatan/ketuaan warnanya dan (2) darjah ketelusannya. Bagi diamond pula, kecantikkannya ditentukan oleh brilliance, fire, optical purity dan ketidakwujudan sebarang benda berwarna lain. Colorless diamond paling berharga. Bagi precious opal pula, kualiti “iridescent play of color” akan menjadi factor penentu.
- Rarity ialah suatu kualiti yang mesti ada bersama-sama dengan nama batu-batu berharga. Gelas yang berwarna (coloured glass) juga cukup cantik darisegi hue dan transparency, tetapi ia tiada makna kejarangan. Rarity berkait pula dengan supply & demand.
- Durability (mengcakupi toughness dan hardness) adalah “kualiti praktikal” yang lebih penting berbanding Beauty & Rarity, kerana tanpa kualiti ini mungkin suatu batu permata tersebut tidak dapat dipakaihias lebih sehari dek sudah hancur tidak tahan. Maka ianya satu “kualiti penting” darisegi pemakaian.
Tambahan:
Ketelusan boleh dipengaruhi oleh 3 faktor berikut:
Ketelusan boleh dipengaruhi oleh 3 faktor berikut:
- Keamatan/ketuaan warna yang tinggi membenarkan kurang cahaya melepasinya berbanding warna yang kurang sedikit keamatan/ketuaannya.
- Kehadiran/kewujudan kecacatan dalaman (internal flaw) atau tanda dalaman semulajadi (natural inclusion) mempengaruhi darjah transparen batu tersebut
- Ketebalan batu. Lebih tebal batu lebih banyak cahaya hilang daripada melepasi batu
Ketelusan adalah satu “kualiti optikal” yang penting bagi batu permata yang memberi kesan kepada Beauty dan nilainya. Selain disifatkan sebagai transparent, batu permata juga disifatkan sebagai semi-transparent, translucent, semi-translucent dan opaque.
Batu transparent “lebih daya tarikkan” sebab ianya “lebih cantik” pukulrata untuk semua mata yang memandangnya. Lebih cantik lebih kualiti. Wallahu’alam.
[Kredit kepada karya P.G. READ]
No comments:
Post a Comment