Carat: Dikenali juga sebagai Berat Carat (carat weight) ialah ukuran standard yang digunapakai dalam menimbang berat batu permata. Satu carat bersamaan dengan 0.200g (200mg), bermakna 5 carat bersamaan 1g. Sebagai perbandingan bagi 2 biji permata yang sama jenis dan kualiti, maka permata yang lebih berat carat akan lebih mahal berbanding permata yang kurang berat caratnya tadi. Ini kerana semakin berat batu permata semakin mahal nilainya dengan perbandingan kepada jenis dan kualiti yang sama.
Berat carat adalah berat sebenar batu permata tersebut dan ianya bergantung kepada 'specific gravity (SG)' batu tersebut. Maka, secara umumnya, batu permata berlainan jenis yang sama saiz tidak semestinya mempunyai berat carat yang sama, dan sebaliknya, batu permata berlainan jenis yang mempunyai berat carat yang sama belum tentu mempunyai saiz yang sama. Batu yang berlainan jenis tetapi mempunyai SG yang sama dapat diconggak mempunyai berat carat dan saiz yang sama.
Untuk 3 batu terkenal:
- Batu Delima (SG 3.97-4.05) mempunyai SG yang sama dengan Nilam (SG 3.95-4.03) dengan purata 3.99-4.
- Zamrud mempunyai SG 2.67-2.78 iaitu kurang daripada batu Delima dan Nilam.
[BERSAMBUNG...]
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment