Batu Zamrud dinyatakan dalam banyak sumber sebagai sejenis batu yang “mustahil tiada keretakan (fracture) padanya”. Dengan lain ayat, keretakan/kerakaan samada halus, kecil atau besar adalah suatu yang biasa atau “wajib” ada pada batu batu Zamrud. Banyak atau sedikit tetapi “mesti” ada!
Keretakan atau kerakaan ini di panggil flaw (kecacatan) secara umumnya oleh gemologist. Flaw ini memberi kesan kepada clarity (telusbersih) sesuatu batu. Namun, oleh kerana keretakan ini barang “wajib” ada dan ‘tidak boleh buat apa dah’ pada batu zamrud, maka ianya “diterima” mahu atau tidak mahu.
Keretakan-keretakan yang ada ini mengakibatkan “batu jadi nampak putih…” pada perkataan orang-orang lama batu permata. “Keputihan pada retak” ini merupakan sesuatu yang tidak dikehendaki dan dianggap sebagai ‘gangguan’ dan kekurangan. Masalah “keputihan pada retak” ini bukan hanya berlaku pada batu zamrud bahkan batu-batu mewah yang lain seperti Delima, Nilam dsbnya. Ianya sesuatu yang mengganggu keindahan warna batu…
Keretakan ialah kawasan ‘air tidak bertangkup’ dan 'berruang'. ‘Keputihan’ ini wujud kerana kawasan keretakan tadi ‘kering’ dan akibat pantulan cahaya pada satah keretakan tersebut dengan RI yang berbeza.
Secara mudah, keretakan dibahagikan kepada 2 jenis:
- Keretakan bolehcapai dari permukaan (surface-reaching fracture/cracks)
- Keretakan yang berada didalam batu dan tidak bersambung ke permukaan (internal fracture/cracks)
Oleh kerana “keputihan pada keretakan” menggangu keindahan warna batu, maka dicari jalan dan diperkenalkan rawatan pertingkatrupa supaya gangguan 'keputihan' tadi dapat dihilangkan atau setidak-tidaknya dikurangkan. ‘Keputihan’ berpunca daripada retak. Isunya bagaimana hendak merawat keretakan (fracture) tadi? Keretakan yang dibincangkan ialah yang kebehalusan pada skala mikrometer. Bagi batu Zamrud, terdapat 3 jenis rawatan utama iaitu:
- (a)Keretakan diisi oleh minyak tidak berwarna (fracture filling by colorless oil)
- (a)Keretakan diisi oleh resin dan pengeras (fracture filling by resin & hardener)
- (c)Keretakan diisi oleh minyak berwarna (fracture filling by colored oil)
Kesemua rawatan ini dinamakan rawatan impregnation ataupun filling. Majoriti dirawat dengan ‘a’ diatas, biasa disebut ‘oiling’ sahaja. Minyak tersebut ialah daripada ekstrak cedarwood dan mempunyai RI yang hampir sama dengan RI batu Zamrud (Teknik rawatan telah dinyatakan serba sedikit sebelum ini). Kesemua rawatan diatas hanya merawat jenis surface-reaching fracture/cracks sahaja!
Walhasilnya, bahagian keretakan tadi telah menjadi seolah-olah ‘sama air’ atau ‘air telah bertangkup’, kembali ‘basah’ dan pantulan cahaya tidak terganggu atau lebih sekata (kerana RI pada kawasan keretakan tadi telah hamper sama dengan bahagian lain)…maka, tertampillah zamrud tadi dengan warna yang lebih elok, tua, bagus, indah, menawan, sempurna daripada sebelumnya.
Namun, sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini, lama-kelamaan minyak yang telah "dikunci" dalam keretakan tadi akan “kering”. Lambat atau cepat ianya kering tidak sama tempohnya natra satu batu dengan batu yang lain. Ada keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan minyak dalam batu ini menjadi lebih cepat kering. Kata seorang gemmologist, di negara-negara yang beriklim panas seperti Afrika, zamrud yang telah di-oiling ini akan didapati sedikit ‘berpeluh’ (minyak keluar daripada batu). Maka, kesannya ialah (untuk rawatan ‘a’ & ‘c’ diatas):
- Warna batu nampak pudar daripada mula-mula pakai (kebiasaannya selepas beberapa tahun. Sebenarnya ia kembali warna asal batu tersebut). Perlu di-reoiling untuk menjadikannya nampak tua semula seperti mula-mula pakai dulu.
- Pada bahagian keretakan yang ‘agak besar’ ada kesan kekuningan. Disamping kesan oiling tadi, ‘mungkin’ juga kesan kontaminasi dari luar.
Persoalan berapa %kah akan menjadi pudar? Sebenarnya ia bergantung kepada kualiti ‘kepejalan’ (ke-solid-an) batu tersebut. Lebih berdaging sesuatu Zamrud itu maka lebih ketara kepudarannya. Ini kerana semakin berdaging sesuatu batu itu maka semakin banyak keretakan halus (pada skala mikrometer) padanya. Tidak perlu risau untuk zamrud air kaca! Disebabkan itu juga, zamrud air kaca sempurna kelas 1 amat mahal, disamping ianya jarang…..warnanya tidak akan berubah insyaAllah.
Tambahan:
- Diperingkat antarabangsa (di negara-negara maju atau yang menggunakan piawaian antarabangsa), zamrud yang dirawat dengan fracture filling by colored oil dan fracture filling by resin & hardener memerlukan disclosure dalam urusan jual beli.
- Mengikut En. Kamal (Kemaman, Terengganu), minyak baby johnson boleh dicuba untuk reoiling Zamrud yang telah pudar; direndam dalam beberapa hari atau seminggu.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment