Komposisi Firuz (Turquoise) ialah Hydrated Copper Aluminum Phosphate. Dalam keadaan mana sekalipun Firuz (turquoise) mesti berwarna paling tidak dengan warna 'biru', kerana ianya tergolong dalam batu Idiochromatic ('self-colored'), iaitu warna yang ada disebabkan oleh unsur yang ada pada tulangbelakang yang membentuk komposisinya sendiri.
*
Adapun warna 'biru' yang ada padanya disebabkan Idiochromatic unsur Copper (Cu) yang ada pada komposisinya yang asal dan menetap.
*
Namun, unsur luar yang bukan unsur tulangbelakang yang membentuk komposisinya yang asal boleh bertambah kedalam komposisi asalnya. Warna 'hijau' yang ada pada Firuz (turquoise) disebabkan oleh kehadiran unsur Iron (Fe) yang bertambah pada komposisi asalnya.
*
Adapun tentang 'rich' (kepekatan/ketuaan) warna, maka ia bergantung kepada setara mana banyak kewujudan atau pertambahan 'transisi elemen' atau 'trace element' pada komposisi yang membentuk mineralnya. Sebagai contoh, Firuz yang sangat pekat/tua (rich) warna birunya, maka ia mengandungi kandungan Copper (Cu) yang tinggi. Manakala Firuz (Turquoise) yang mempunyai warna Hijau yang sangat pekat/tua menunjukkan pertambahan unsur Iron (Fe) yang tinggi pada komposisinya. Begitu juga halnya dengan Zamrud, yang mana Zamrud yang mempunyai kepekatan (rich) warna hijau yang tinggi disebabkan oleh pertambahan unsur Chromium (Cr) yang tinggi pada komposisinya. Zamrud adalah batu jenis Allochromatic ('other-colored).
*
"Dia-lah Allah Pencipta segala sesuatu, yang menciptakan makhluk-Nya dengan penuh hikmah"
*
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment