Assalamu'alaikum..
Terima kasih atas info yang terkini dalam blog.
Saya ingin bertanya mengenai batu delima, kepelbagaiannya dan sejauh mana variasi itu mempengaruhi harga pasaran.
Sebagai contoh, ada pendapat yang mengatakan, 'kalau delima itu berasal dari Burma, Mongkok misalnya, fuuhh.. harga memang tinggi dan boleh maintain tinggi'. Tapi kalau dari Afrika atau Mozambique, harga biasa-biasa saja walaupun untuk kualiti yang baik..Tanggapan begini banyak saya dengar dari kawan-kawan yang turut berminat dalam hal batu permata ni. Apa yang mewujudkan persepsi sedemikian?
Adakalanya, seorang rakan beli delima afrika yang berkualiti pada harga yang agak tinggi, tapi tak dapat kekalkan paras harga untuk jualan seterusnya.. kenapa ya..? Tapi setakat pengamatan saya yang cetek ni, kalau delima Mongkok, tetap dapat 'maintain' harga yang baik walaupun delima berkenaan, saiznya kecil sahaja..berbanding kualiti dan saiz yang sama bagi delima afrika atau mozambique.
Isy..panjang pulak jadinya soalan saya..Semakin banyak belajar, rasa semakin banyak yang belum diteroka..Luas sungguh ilmu Allah taala. Harap dapat penjelasan dan pandangan dari tuan. Terima kasih.
*
*
JAWAPAN:
Wa ‘alaikumussalam wrt wbt.
Analisis saya tentang persolan ‘kualiti’ dan ‘harga’ dalam persoalan diatas antara Delima Burma dan Afrika, antara asas-asas penting untuk dilihat ialah seperti:
- Definisi ‘Kualiti’: Bahagian pertama kualiti ialah Beauty's Perfection yang dinilai secara umumnya dari segi 4C iaitu Color, Clarity, Cutting dan Carat weight [Nota: Opal dan Diamond lain pula penilaiannya]. Bahagian kedua ialah darisegi Durability iaitu merangkumi Hardness, Toughness dan Stability. Bahagian ketiga ialah darisegi Rarity iaiatu merangkumi Actual rare dan Market rare. Bahagian keempat ialah Treatment samada Untreated atau Treated and it’s type.
- Darisegi Durability kedua-dua jenisnya ‘dikira’ sama sahaja kerana kedua-duanya adalah Corundum sama adik-beradik. Andaikata darisegi Beauty's Perfection juga setara/setaraf/seimbang…namun ia tidak sama darisegi Rarity dan yang paling-paling utama factor menjatuhkan harga Delima afrika ialah darisegi treatment.
- Faktor treatment inilah yang menjatuhkan harga delima Afrika seluruh dunia. Ianya bukan sahaja rendah di Malaysia bahkan di negara-negara maju. Apakah jenis dan bagimakah treatment yang dikenakan? [BERSAMBUNG]
- Jika ‘cantik pada mata’ tersebut disebabkan oleh treatment, maka ianya bukan berada pada ‘top-quality’ walaupun penampilan luarannya sama seperti batu delima ‘top-quality’ yang tidak dirawat.
- Batu yang Natural untreated dikira lebih berkualiti dan bernilai daripada batu Natural treated. Hakikatnya lebih 90% delima Afrika yang berada dalam pasaran telah dikenakan beberapa jenis treatment yang mana treatment tadi telah mengubah hamper ‘360 darjah’ rupa asalnya.
- Di negara maju atau negara yang maju bidang gemmologinya, mereka tahu dan sedar hakikat sebenar delima Afrika ini. Bahkan maklumat yang sampai kepada kita tentang delima Afrika dll perkara juga hasil daripada kajian mereka.
- Umumnya, bagi Delima Afrika, kualiti ‘cantik’ terutama darisegi clarity (kejernihannya) dan warnanya adalah berpunca daripada treatment. Kenapa clarity lebih baik dan kenapa warna Delima Afrika sepesyen sahaja? [BERSAMBUNG]
- Dalam kaitan lokasi/lombong dengan harga tadi… “lokasi itu bukan kualiti’. Kualiti ialah kualiti apa yang ada pada batang tubuhnya.
- Selain itu, “beauty drive demand, and rarity drive price”. Rarity berkait dengan teori asas ‘supply and demand’ iaitu terdapat factor yang mempengaruhi supply dan terdapat factor yang mempengaruhi demand. Apakah Actual rare dan Market rare? [BERSAMBUNG]
- Kesimpulan: Atas beberapa factor inilah maka berlaku tanpa sebab manipulasi atau berlaku secara semulajadi dikehendaki-Nya harga delima Burma (Mogok dll) lebih tingi dan dapat maintain dan sebaliknya bagi delima Afrika.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment