LATARBELAKANG
1. Batu Firuz adalah salah satu jenis permata tertua dan terawal yang di lombong dalam sejarah tamadun dunia.
2. Lombong Sinai di Mesir telah dilombong 2000 tahun sebelum masihi (setengah kajian mengatakan 3000 bc). Pada masa sekarang tiada lagi Piruz dilombong dari tambang ini.
3. Firuz “kualiti” terbaik dunia dipercayai masih dari Nishapur iaitu terletak di timur laut Iran (Persian). Perlombongan Piruz di Iran telah melebihi 3000 tahun.
4. Antara perkara asas yang dimaksudkan dengan “kualiti” dalam hal batu Firuz ialah darisegi (1) warna dan (2) keporosan.
5. Oleh kerana Piruz sejenis batu yang berdaging legap (sangat-sangat jarang yang translusen, manakala yang transparen tiada pernah dijumpai/direkodkan), maka ia tidak dinilai melalui ”4C’s colored stone” secara khusus.
6. “4C’s colored stone” mengikut criteria GIA hanya digunakan untuk menilai ‘transparent inorganic mineral’.
1. Batu Firuz adalah salah satu jenis permata tertua dan terawal yang di lombong dalam sejarah tamadun dunia.
2. Lombong Sinai di Mesir telah dilombong 2000 tahun sebelum masihi (setengah kajian mengatakan 3000 bc). Pada masa sekarang tiada lagi Piruz dilombong dari tambang ini.
3. Firuz “kualiti” terbaik dunia dipercayai masih dari Nishapur iaitu terletak di timur laut Iran (Persian). Perlombongan Piruz di Iran telah melebihi 3000 tahun.
4. Antara perkara asas yang dimaksudkan dengan “kualiti” dalam hal batu Firuz ialah darisegi (1) warna dan (2) keporosan.
5. Oleh kerana Piruz sejenis batu yang berdaging legap (sangat-sangat jarang yang translusen, manakala yang transparen tiada pernah dijumpai/direkodkan), maka ia tidak dinilai melalui ”4C’s colored stone” secara khusus.
6. “4C’s colored stone” mengikut criteria GIA hanya digunakan untuk menilai ‘transparent inorganic mineral’.
WARNA
7. Warnanya terdiri daripada biru hingga hijau bergantung kepada kuantiti trace element Fe dan Cu. Cu memberi warna biru, manakala Fe memberi warna Hijau.
8. Warna “Sky blue” dari Iran dinobatkan sebagai warna biru Piruz terbaik dunia. Pada awal era Victoria di eropah, ‘sky-blue’ turquoise paling popular.
9. Berita terkini, dikatakan warna Firuz ‘sky-blue’ dari Mexico khususnya (dan USA amnya) dapat menandingi Piruz ‘sky-blue’ dari Iran [**hanya darisegi warna, namun darisegi keporosan Firuz Iran lagi berkualiti].
10. Yang paling dikehendaki, warna biru ‘sky-blue’ tersebut mestilah ”intense pure blue” yang “sekata” pada segenap permukaan batu dan tidak bercampur dengan warna kelabu, perang serta bebas daripada liang-liang hitam. Firuz sebegini sememangnya jarang.
11. Di Tibet, warna Firuz yang paling hijau lebih digemari. Antara lombong lain yang menghasilkan banyak Firuz hijau adalah USA.
12. Samada Sky blue, bluish green, greenish blue atau green…ia kembali kepada diri “Firuz bagaimana yang diminati, itulah batu Firuz kita”.
13. Pukulrata daripada pelbagai sumber, Firuz sky-blue dengan ciri-ciri disebutkan diatas adalah lebih dominan dan popular sebagai Firuz terbaik.
KEPOROSAN
14. Umumnya, batuan Firuz tergolong dalam batuan yang poros (relatively highly porous). Keporosan adalah suatu kelemahan. Lebih poros bermaksud ianya lebih lembut. Lebih lembut bermaksud lebih sensitive (untuk tercalar dan berubah warna dsbnya).
15. Selain itu, semakin poros bermakna semakin mudah permukaannya menyerap kontaminasi dari luar seperti habuk, minyak dan lain-lain kotoran. Natijahnya, permukaan batu menjadi cepat gelap/kotor.
16. Tahap keporosan antara batu firuz adalah berbeza-beza. Maka disebabkan itu dicari batu firuz (dan juga untuk batu-batu permata lain) yang dagingnya ‘paling kemah/padat/pejal’.
17. Kesan keporosan ini pada batu Firuz ialah lama-kelamaan warnanya boleh jadi semakin pudar, dan dalam tempoh yang lama setelah dipakai ia akan jadi ‘pecah-pecah’ dan dikatakan ‘firuz antik’ (ada yang suka mencari yang dah jadi pecah-pecah –kerana dikatakn firuz tua/antik).
18. Keporosan batu Firuz dari Iran adalah paling rendah berbanding tempat-tempat lain. Disebabkan itu, dikatakan Firuz Iran lebih berkualiti hal ‘kekemah-an daging’.
RAWATAN
19. Antara kaedah rawatan yang digunakan untuk merawat Firuz ialah (1) dyeing, (2) waxing or oiling, dan (3) impregnation dengan paraffin wax, shellac, varnish, lacquer, epoxy resin, plastic, colloidal silica atau “water glass” (sodium sllicate). Colloidal silica dan sodium silicate adalah inorganic mineral salts.
20. Cara standard dan meluas digunapakai untuk menutup kelemahan/keporosan tersebut adalah dengan merendamnya dalam artificial resin. Kesannya ialah warnanya akan nampak lebih berseri (“fresh”) dan permukaan batu jadi lebih keras (liang-liang keporosan telah diisi oleh artificial resin/hardener/wax).
21. Disebabkan itu, kita dapati terdapat saki baki lebihan bahan semacam ‘plastik’ lutsinar pada batu Firuz terutama pada bahagian bawah batu. Ia sebenarnya lebihan bahan rawatan yang dikenakan keatasnya. Ada yang agak tebal/banyak dan ada yang nipis/sedikit lebihan bahan tadi. Jika dibakar biasanya akan berubah menjadi hitam. Tebal atau nipis tiada masalah dan bukan bermaksud kalau tebal/banyak kualiti kurang dan sebaliknya. Ianya bukan suatu kepelikan. Ianya boleh ‘dinipiskan’ oleh tukang canai.
22. Kebiasaannya bagi mereka yang sangat baru berkenalan dengan Firuz, akan timbul rasa sangsi adakah Firuz yang dia baru dapat lihat/tengok/pegang/miliki ini betul-betul Firuz atau plastic yang dikatakan Firuz…kerana rupanya macam plastic khususnya jenis ‘sky-blue’ yang terhindar daripada urat-urat batu; lebih-lebih lagi ada kesan saki-baki salutan seumpama plastic pada batu.
23. Warnanya juga boleh dipertingkatrupa dengan minyak paraffin, produk Berliner blue, aniline colors atau copper salt. Penggunaan Copper salt menjadikan Firuz Nampak lebih biru.
24. Rawatan impregnasi menggunakan jenis-jenis wax, oil, resin atau inorganic mineral salt. Biasanya sudah siapsiaga dilakukan oleh pihak pengeluar. Firuz yang diimpregnasi dengan resin, hardener, plastic atau inorganic mineral salts dipanggil “stabilized turquoise”.
25. Batu-batu Firuz yang terpilih (“selected” ~ dengan ciri-ciri kualiti yang disebutkan diatas tadi) juga dikenakan rawatan impregnasi ini.
26. Tujuan rawatan ini ialah untuk cuba mengekalkan penampilan Firuz darisegi warna dan dagingnya merentasi masa, disamping mempertingkat sedikit penampilannya.
27. Maksud mempertingkatrupa penampilan disini bukan bermakna sampai mengubah majority rupa warna atau struktur dalamannya – sehingga hilang rupa asalnya. Ia sekadar memperkuat lapisan atau daging batu Firuz dan nampak lebih berkilat permukaannya. Lagi berkilat permukaan batu, maka lagi berseri penampilannya.
28. Berbeza lombong, berbeza tahap rawatan yang dikenakan. Secara umum, Firuz Iran paling minimum dikenakan rawatan.
29. Mengikut catatan, sebenarnya rawatan terhadap Firuz telah bermula sejak zaman dahulukala di India dengan menggunakan lemak haiwan. Dalam catatan dari Persian, dalam abad ke13, penggunaan ‘Yak butter’ akan mempertingkatrupa warna Firuz yang kurang menawan.
LAIN-LAIN RAWATAN & JENIS FIRUZ
30. Terdapat rawatan lain untuk mempertingkatrupa warna dengan menggunakan blue dye. Biasa warna firus yang di-dyed Nampak lebih ‘pekat/tua’. Kesan kehadiran dyed boleh dicam pada liang-rekahan batu.
31. Kemudian Firuz yang telah di dyed ini diimpregnasi pula. Batu Firuz yang telah di-dyed dan diimpregnasi, kualiti (dan harga)nya dibawah batu firuz yang warnanya tidak didyed tetapi diimpregnasi. Ini kerana, hakikat warna Firuz yang telah di-dyed bukan warna “asal”nya lagi. Firuz sebegini dinamakan “treated turquoise”.
32. Kedua-duanya tergolong dalam natural treated atau natural enhanced, tetapi salah satu treatment atau enhancement tersebut menjatuhkan lagi kualiti dan nilainya (sebab mengubah hakikat rupa warna asal kejadian dan menimbulkan persoalan ethic).
33. Di negara maju, Firuz yang telah diubah warnya mesti dinyatakan kepada pihak pembeli.
34. Dalam hal ini, boleh dibandingkan secara umumnya: Firuz yang hanya diimpregnasi itu seperti ‘delima Burma’, manakala Firuz yang telah di-dyed dan diimpregnasi itu seperti ‘delima Afrika’ yang telah dikenakan ‘bulk treated beryllium & glass filling’.
35. Dalam pasaran terdapat Firuz yang dikenali sebagai reconstructed Turquoise (atau reconstituted turquoise) dan tergolong dalam kategori Simulant. Ianya bukan ‘real/true turquoise”. Adapun Firuz yang dirawat (dyeing, waxing, impregnation/stabilized) tergolong dalam ‘real/true turquoise’.
36. Reconstructed Turquoise ialah ‘Firuz yang dibuat semula’ daripada Firuz kurang berkualiti yang dihancur menjadi serbuk, yang digaul hingga sebati dengan epoxy resin, perwarna dyed dan kemudian dipadat-keraskan menjadi bentuk blok atau cakes. Akhirnya dipotongcanai semula dibuat permata dsbnya.
PENJAGAAN
37. Umumnya, dalam 90% (atau lebih) Firuz yang berada dalam pasaran telah dikenakan rawatan padanya dengan tujuan seperti yang disebutkan. Mengikut satu sumber, hanya 3% sahaja Firuz dalam pasaran dunia yang tidak dikenakan apa-apa rawatan (natural untreated), selebihnya adalah natural treated.
38. Persoalan yang manakah lebih baik dan lebih tahan, samada Firuz yang belum dirawat (natural untreated) atau yang telah dirawat (natural treated)? Jawapan: Firuz yang telah dirawat lebih baik dan lebih tahan dari aspek “kualiti pemakaian” sehari-hari.
39. Ini kerana Firuz yang belum dirawat lebih lembut-sensitive permukaannya, mengakibatkan ia lebih cepat pudar, mudah menyerap kotoran, senang tercalar dan menjadi pecah-pecah. Selain itu, Firuz yang natural untreated jika terkena minyak-peluh daripada pemakainya pun sudah boleh berubah warnanya.
40. Soalan [dari sahabat], adakah pihak pemilik perlu melakukan rawatan sendiri seperti merendam dalam air garam dalam tempoh tertentu? Jawapan: Tidak perlu, kerana umumnya rawatan telah dilakukan oleh pihak pengeluar. Air garam dirumah (sodium chloride, NaCl -inorganic compound) tidak sama dengan inorganic mineral salts yang digunakan oleh pengeluar.
41. Secara umum penjagaan batu Firuz : (1) Jauhi daripada bergesel dengan permukaan tajam-kasar (2) Jauhi bahan kosmetik, perfumes (3) Tidak sesuai dipakai untuk berjemur dibawah cahaya matahari (4) Jauhi daripada haba, hair dryer dan cahaya yang terang.
42. Wallahu a’lam.
2 comments:
Good info! Thanks - Syukor
Sama-sama..
Post a Comment