SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Tuesday, June 19, 2012

Perbincangan Sekitar Persoalan: Kayu/batu/besi ada ‘power’ atau tidak ada?

Pendahuluan:
Selain istilah ‘power’ digunakan juga istilah ‘energy’ atau ‘aura’ atau ‘kekuatan’ untuk memerihalkan ‘tenaga/kekuatan/getaran’ yang ada pada sesuatu batu permata/objek. Ia perihalan tentang sisi batin objek tersebut.

Almaklum, istilah ‘power’ , ‘energy’ atau ‘aura’ bukan istilah Melayu asal. Ketiga-tiga perkataan ini digunakan dalam bab ‘crystal healing’ atau ‘crystal therapy’  yang mana istilah ‘crystal power’ dan ‘crystal energy’ akan ditemui.
[Nota: Pada masa sekarang, crystal healing telah diterima sebagai satu rawatan naturapatik yang sah. Apakah prinsip umumnya?...bersambung dengan izin-Nya]

‘Power’ dan ‘energy’ asal perkataan English. Konsep ‘power’ berbeza dalam kontek berbeza –filosofi, fizik, matematik, pengkomputeran dll. Konsep ‘energy’ digunapaki dengan meluas dalam pelbagai cabang sains –kimia, biologi, geologi, kosmologi dan astronomi. Konsep ‘power’ dan ‘energy’ dalam kontek batu/besi/kayu mesti difahami dalam konteksnya tersendiri. Selain itu, terdapat sedikit perbezaan konsep dan pengamalan dalam masyarakat berbeza.

Terjemah mudah ‘power’ = kuasa dan ‘energy’ = tenaga. Kuasa = kudrat. Difahami juga ‘power’ = kekuatan…..tetapi yang bagaimana?

Dari situ, ada yang hanya menggunakan istilah ‘power’ sahaja atau ‘energy’ sahaja atau ‘aura’ sahaja. Ada yang lebih senang menggunakan istilah ‘power’ tetapi tidak menolak istilah lain. Ada yang senang menggunakan istilah ‘energy’ tetapi tidak menolak istilah lain. Ada yang senang menggunakan kesemuanya mengikut kesesuain tempat dan keadaan.

Ada atau wujud sungguhkah power/energy/aura pada batu…?
Kita tinggalkan dulu istilah manakah yang paling sesuai, kita pergi kepada persoalan yang lebih asas iaitu: Realitinya adakah benar-benar wujud apa yang diistilahkan sebagai power/energy/aura pada objek batu/besi/kayu?

Sepakat pada sisi ahli batu, ianya memang wujud, dan ianya satu ketentuan Allah kepada sebahagian batu terpilih.

Bolehkah dirasa atau dikesan?
Ya ia boleh dirasa oleh para ahli batu dan sebilangan orang (bukan semua) termasuk non-muslim.
[Nota: Apa yang diarasa itulah yang dipanggil power oeh sesetengah orang, atay dipanggil energy bagi sesetengah orang, atau aura bagi sesetengah orang lain. Semua itu merujuk kepada benda yang sama sebenarnya]

Apakah ‘hakikat’ sebenarnya apa yang dikatakan power/energy/aura yang dapat dirasai kewujudannya itu?
Hakikat mutlak hanya Allah yang Maha Mengetahui. Daripada kajian/pendapat yang ada: ianya adalah kekuatan medan gravity batu, ianya getaran semulajadi batu, ianya kesan medan tenaga elektromagnetik yang Allah telah tentukan pada objek tersebut bersama kejadiannya. Kata yang lain, ia adalah nur. Terdapat beberapa pendapat lain lagi.
[Nota: Di kedai-kedai orang barat, khususnya yang menumpukan kepada konsep crystal healing, kekadang didapati tertulis pada bekas berisi batu permata “touch and feel its vibration, choose which one you like”]

Analogi:
  • Untuk memahami kewujudan apa yang dikatakan ‘power-energy-aura-kekuatan’ ini ialah seperti kewujudan ‘herba’ pada pokok ubat. Kedua-dua adalah perkara pada ‘sisi dalam’.
  • Kedua-duanya adalah untuk bertindakbalas, bertindak, berfungsi….dengan cara dan kadar masing-masing. Ianya asbab yang melahirkan musabbab dengan izin Allah.


I’tiqad:
  • Fizikal batu atau fizikal ubatan tidak boleh member bekas/kesan (kebaikan atau mudharat) kecuali dengan izin Allah.
  • ‘Power-energy-aura-kekuatan’ yang ada pada ‘sisi dalam/batin’  batu permata atau ‘kandungan herba/kimia’ pada ubatan tidak boleh member bekas/kesan (kebaikan atau keburukan) kecuali dengan izin Allah.


Tambahan:
  • Sesiapa beri’tiqad fizikal objek/batu/ubat boleh memberi bekas dengan sendirinya semata-mata adalah syirik.
  • Sesiapa yang beri’tiqad bahawa ‘sisi dalam/batin’ kepada fizikal objek/batu/ubat samada atas nama ‘power-energy-aura-kekuatan’ atau ‘herba/kimia’ itulah yang berfungsi/bertindakbalas  dengan sendirinya semata-mata dan member bekas (kebaikan atau kemudharatan) adalah syirik.
  • Sesiapa beri’tiqad sedikit sahaja (0.0001%) fizikal objek atau ‘sisi dalam/batin’ objek tadi boleh member bekas dan selebihnya Allah yang member bekas, maka ia pegangan batil dan syirik. Bermakna ada sesuatu yang lain yang berkuasa disamping Allah yang berkuasa.


Penutup:
  • Power dalam kontek batu permata sama maksud dengan energy dan aura dalam kontek batu permata.
  • Tahap kekuatan power-energy-aura tidak tentu (ada yang sama dan ada yang berbeza) antara objek berbeza jenis dan antara objek yang sama jenis.
  • Ia suatu ketentuan Allah pada ciptaanNya tersebut.
  • Ianya berfungsi/bertindak dengan cara dan kadar masing-masing dengan izin Allah.
  • Hakikatnya hanya Allah yang member bekas (khasiat/kelebihan/kebaikan atau mudharat).


Allahu ‘alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...