SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Wednesday, October 12, 2016

Sambungan (3)….Khasiat Kelebihan Teras Kemuning Hitam

  • Pengalaman seseorang mengubat seorang remaja disengat ikan pari: setelah masuk 3 hari berikhtiar belum jumpa ubat penawar. Lalu ditampal kepingan kecil Teras Kemuning Hitam yang dibasahkan dengan air pada tempat sengatan. Ditampal kali per1 melekat kemudian jatuh, dan diulangi sehingga 3 kali. Selepas diulangi sampai kali ke3, rasa sakit kesan bisa pari hilang. Kejadian disengat pari berlaku di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan.
  • Pengalaman seorang sahabat di Gua Musang mengubat anaknya disengat  lipan ketika bermain diluar rumah. Ketulan kecil Teras Kemuning Hitam dibasahkan dan ditampal pada tempat sengatan lipan, dalam 10min kemudian rasa sakit-panas akibat sengatan lipan hilang; anaknya terus berlari dan bermain semula dengan kawan-kawannya.
  • Pengalaman seseorang mengubat dirinya sendiri yang dipatuk ular: Teras Kemuning Hitam diasah dan dicomor pada tempat dipatuk ular. Selepas dicomor, rasa sejuk pada tempat patukkan tersebut. Lama kemudian, tiada rasa sakit lagi. Kejadian berlaku di Gua Musang dan agak jauh dari hospital.
  • Cara ikhtiar mengubat bisa dipatuk ular dengan Teras Kemuning Hitam: Rendam 1 ketul Teras Kemuning Hitam dan terus beri minum dengan segera air rendaman tersebut kepada orang yang dipatuk ular. Boleh bagi 1 gelas setiap setengah jam atau 1 jam (beri beberapa gelas dalam tempoh beberapa jam). Pada masa yang sama, 1 lagi ketulan Teras Kemuning Hitam terus sahaja dibasahkan dan letak/tampal pada tempat patukkan tersebut. Ia menawarkan bisa patukkan ular, insyaAllah. [Nota: Ikhtiar ini dilakukan sementara dibawa ke hospital dengan segera. Boleh diikhtiarkan bagi yang telah lama dipatut ular dan belum sembuh sepenuhnya].
  • Air rendaman teras Kemuning Hitam digunakan untuk mengubat orang tersampuk: Pada 6 Februari 2016 tuan_blog melalui RnR Gua Musang dalam jam 8:00 malam. Berlaku seorang pemuda berusia awal 30an tersampuk diatas kereta apabila melalui kawasan RnR. Bapanya berhenti dan mencari seorang yang Pakcik yang paling berusia di RnR tersebut untuk mengubat anak. Pakcik tersebut lalu membuat air rendaman Teras Kemuning Hitam. Berserta berkat baca BismillahirRahmanirRahim lalu disapukan pada muka pemuda tersebut dengan air rendaman Teras Kemuning Hitam. Lalu pemuda tersebut tersedar, kemudian mereka sekeluarga meneruskan perjalanan.
  • Minyak Teras Kemuning Hitam penawar gatal/beher akibat kena tahi ulat (atau ulat): Seseorang kena air hujan bercampur tahi ulat semasa rebut. Tahi ulat dalam daun terbuka ditiup angin dan bercampur dengan air hujan. Lagi digaru bertambah gatal dan timbul bengakak-beher. Lalu disapukan minyak Teras Kemuning Hitam (dan jangan digaru), dalam 10min hilang rasa gatal dan surut bengak-beher.
  • Tambahan: Oleh Rajagondang dalam ruangan komen 19/9/16 “ as salam tuan. Maklumat yg sangat bermanfaat. Moga teras kayu ini dapat terus d pergunakan utk kebaikan ummah. Sy tlh mendapati air rendaman nya juga dapat menyembuhkan demam denggi, insyaAllah."
Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...