SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Thursday, April 20, 2017

Dari ruangan komen...perbincangan

assaamulaikum..maaf dengan apa yang ingin saya betulkan,sebenarnya batu batu yang berunsul besi datang dari luar angkasa maknanya meteorite,sebab sistem bumi tak boleh menghasilkan ferum atau unsur besi on "Besi Meleleh" (artikel 28/9/2010)

Pencerahan:

Waalaikumusalam wrt wbt...Sedikit artikel dlm "Besi Meleleh" adalah daripada "cerita" orang-orang tua. Cerita tersebut berkaitan olahan alami besi setelah berada di bumi.

Selain itu, Tuan boleh rujuk artikel "Ayat 25 Surah Al-Hadid: Besi" (tarikh 31/5/2012) daripada kajian mutakhir. Lain-lain artikel lama boleh dilihat bawah label "Gemmology".

===
mr. x: assalam tuan..sya cukup teruja dgn permata besi tahi bintang..adakah ini yg tertulis dlm surah al-hadid..apa kelebihannya tuan (27/5/12)

MUQADDIMAH SURAH AL-HADIID
Surah Al-hadiid diturunkan di Madinah, mengandungi 29 ayat, surah ke-57. Dinamakan surah “al-Hadiid” (Besi), kerana Allah Ta’ala menegaskan pada ayat 25bahawa Ia telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan  yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari, dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu dalam menegakkan  dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan kepadanya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” –Tafsir Ar-Rahman.

Dalam ayat 25 diatas Allah menggunakan perkataan “wa anzalna hadiid” (dan Kami turunkan besi). Para ahli tafsir menjelaskan kalimat “anzalna” pada ayat ini bererti menurunkan dalam pengertian ‘kiasan’, dan erti sebenar kalimat tersebut ialah “Kami ciptakan atau jadikan”. 

[Nota: InsyaAllah akan dirangkaikan dengan info-info penemuan saintis berkait dengan proses kejadian bumi]

Apakah itu “besi”?
Besi ialah Iron dengan nama saintifiknya Ferum (Fe). Dalam konteks ayat diatas, Nickel (Ni) termasuk sama (Prof. Dr. Zaglul An-Najjar). 

[Nota: Lain-lain unsur metal/logam boleh dikategorikan dalam bab besi –namun yang terpenting dan utama ialah Iron-Nickel]

Berapakah berat kandungan Besi dalam bumi?
Berat isipadu bumi dianggarkan sebanyak (6E + 24)kg. Dianggarkan 35% daripada isispadu bumi terdiri daripada Besi (Iron + Nickel).

Bagaimanakah taburan Besi dalam bumi?
Besi ialah elemen yang berat. Majoriti kandungan Besi (Iron + Nickel) berada dalam “teras bumi -core” berbanding dengan “kerak bumi -crust”. Umumnya, taburannya seperti berikut:

  • Kerak bumi – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan. Kandungan besi sekitar 5% daripada kandungan kerak bumi – iaitu elemen yang ke-4 terbesar dalam lapisan kerat bumi.
  • Mantel – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan seperti silicon, magnesium, oxygen dan juga Iron.
  • Teras Luar – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk pepejal padu.
  • Teras Dalam – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk leburan.

[Nota: Kenapa elemen ringan tertumpu pada kerak bumi dan Besi (Iron + Nickel) majoriti berada dalam teras bumi, serta apa kaitannya dengan kalimat “alzalna -menurunkan”]

Apakah hikmah, elemen berat Besi (Iron + Nickel) majority berada ditengah bumi?
Ianya untuk kestabilan berputar. Seperti perekaciptaan bahagian paling berat dalam bola bowling berada ditengahnya supaya ia stabil berputar bila dilontarkan.

Adakah taburan Besi dalam perut bumi akan kekal sebegitu sampai bila-bila?
Daripada kajian, iaitu daripada proses geologi yang telah ditentukan Allah, element dalam perut bumi akan bergerak ke permukaan termasuk unsur Besi (Nickel-Iron). Maknanya ia berkurang dalam perut bumi. Jadi, sekali lagi dilontarkan persoalan, kalau begitu, bagaimana boleh dikatakan “diturunkan” sedang ia “keluar dari dalam perut bumi ke permukaan bumi”?

[Nota: Proses perlombongan berlaku. Bukit bukau ditarah diletupkan, bumi dikorek dan sebagainya. Fungsi bukit adalah sebagai tiang atau untuk keseimbangan bumi. Lalu hasil mahsul perut bumi dikeluarkan untuk pembangunan fizikal dunia.  Tempat berbukit asal telah digondolkan, manakala tempat lapang telah dibangunkan dengan “bukit-bukit” konkrit besi bangunan, sementara elemen pemberat dalam teras pusat bumi semakin berkurang. Adakah ini mengundang ketidakstabilan fizikal bumi sedikit demi sedikit?]


IMBASAN: PEMBENTUKAN SISTEM SOLAR & BUMI DARI PERSPEKTIF SAINS

BAGAIMANA BUMI & SOLAR SISTEM BERMULA?
Awal kelahiran Sistem solar kita boleh dikesan sehingga 11-20 bilion tahun dahulu, yang bermula di satu kawasan berketumpatan dengan habuk dan gas yang dipanggil nebula.  Matahari mula-mula muncul disini, dalam lengan galaksi berpilin yang dikenali sebagai Milky Way.

Sekitar 4.6 bilion tahun dahulu, sisa daripada kelahiran matahari iaitu interstellar gas, habuk dan tinggalan pepejal lain bergabung menjadi bodi-bodi bersaiz asteroid kecil, dan dikenali “planetesimal”. Planetesimal ini mula mengorbit Matahari.

Apabila planetesimal ini berlangar antara satu sama lain, mereka membentuk bodi yang lebih besar – iaitu 9 planet – Mercury, Venus, Bumi, Mars, Jupietr, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto bersama-sama dengan asteroid. Asteroid ialah hasil daripada sisa (kemungkinan satu planet embrrionik) yang berlaga dengan terlalu pantas lalu pecah-serpih, dengan sebahagian bahan tersebut menghujani bumi sebagai meteorite.

Meteorite mempunyai 3 jenis iaitu (1) Stony meteorite (2) Iron meteorite (3) Stony-iron meteorite.

BUMI AWAL
Pada masa bumi terbentuk 4.6 bilion tahun dahulu, masih terdapat banyak planetesimal didalam Sistem Solar. Banyak planetesimal ini melanggar planet bumi semasa “Great Bombardment”. Perlanggaran ini menyebabkan suhu bumi meningkat dan elemen-elemen berat seperti Iron dan Nickel tenggelam ke dalam pusat bumi.

[Nota: Pada tahap ini, besi ‘turun’ kedalam teras bumi – yang mana pada hari ini kandungan besi cenderung  ‘keluar’ ke lapisan kerak bumi. Allahu a’lam]

Manakala elemen-elemen yang lebih ringan seperti silicon terapung berdekatan permukaan bumi.  Lapisan paling luar bumi iaitu kerak bumi (tempat paling tebal berkedalaman 70km), hanyalah kulit kepada batuan yang ringan.

[Nota: 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada silicon. Critical hardness iaitu 7 pada skala Mohs diambil sempena nilai silica, kerana dalam aktiviti seharian kita banyak berinteraksi dengan silica. Habuk yang mengandungi partikel silica akan memalapkan keberkilatan permukaan batu permata yang mempunyai kekerasan pada skala Mohs di bawah 7 ]

Pada 4.3 bilion tahun dahulu, struktur bumi mula menyerupai bawang, dengan mempunyai lapisan-lapisannya, iaitu struktur yang kekal ke hari ini.

Keadaan atmosfera dan air
Semasa pembentukkan “lapisan bawang” ini, gas dibebaskan, satu proses dikenali sebagai “outgassing”, yang menghasilkan atmosfera awal yang terdiri daripada air, methane, ammonia, nitrogen, carbon monoxide, hydrochloric acid, carbon dioxide dan gas sulfur. Semua ini adalah sama seperti apa yang dihasilkan oleh volkano pada hari ini.

Planet Biru
Sekitar 4 bilion tahun dahulu, apa yang dipanggil “bombardment” telah berhenti, dan pada 3.8 bilion tahun dahulu lapisan kerak bumi mula mengeras untuk membentuk batuan tertua di muka bumi. Pada masa ini, air di atmosfera telah mengkondensasi lalu membentuk lautan pertama.

[Nota: (1) Benda fizikal tertua atas muka bumi adalah meteorite, yang ‘turun’ mengimpak bumi pada awal pembentukkan bumi. Meteorite terbentuk pada masa kelahiran Sistem Solar iaitu sekitar 4.55 bilion tahun dahulu, dan menghujani bumi. (2) Bahan tertua atas muka bumi yang dijumpai setakat ini ialah Kristal Zircon yang dijumpai di Jack Hill, Australia Barat – yang berusia 4.4 bilion tahun – iaitu tidak lama (mengikut istilah geologi) selepas pembentukkan bulan. (3) Batuan tertua atas muka bumi setakat ditemui ialah batu Acasta gneisses, dijumpai dekat Great Slave Lake di northwesten Canada, berusia 4.03 bilion tahun. (4) Acasta gneisses berusia 3.7-3.8 bilion tahun juga ditemui di Isua Supracrustal rocks yang terletak di barat Greenland. (5) Selain itu terdapat batuan yang berusia melebihi 3.5 bilion tahun dijumpai di Minnesota River valley dan utara Michigan, di Swaziland dan juga Australia barat. Semua penemuan ini membuktikan sejarah bumi bermula lebih awal daripada itu. Allahua’lam.] 

[...bersambung : Iron meteorite adalah sama komposisi dengan besi dalam teras bumi ]
BESI DALAM PERUT BUMI & BESI TAHI BINTANG
Maksud ayat 25 surah Al-Hadiid merujuk kepada besi secara umum sama ada yang telah ada dalam perut bumi ataupun di angkasa (iron meteorite). Besi yang ada di angkasa (iron meteorite) adalah sama komposisi dengan besi yang ada dalam teras luar dan teras dalam bumi – Iron (Fe) dan Nickel (Ni). Asalnya Besi (Iron-Nickel) dalam perut bumi adalah hasil pergabungan daripada perlanggaran planetesimal (yang mengandungi besi dll) semasa awal pembentukkan bumi – planetesimal wujud dari sisa tinggalan selepas pembentukan matahari.  Manakala iron-meteorite yang ada sekarang ialah sisa  besi yang tinggal diangkasa lepas yang tidak bergabung pada bilionan atau jutaan tahun dahulu, dan baru jatuh atau “turun” ke bumi.

Dimanakah Besi terbentuk?
Besi yang ada pada planetesimal tadi asalnya terbentuk di dalam bintang yang 4 kali lebih panas daripada matahari (bumi). Suhu matahari (bumi) ialah 15 juta darjah Celcius. Matahari (bumi) hanya mampu membentuk Helium.

Besi terhasil daripada proses gabungan nukear (nuclear fusion) dan merupakan produk terakhir yang terbentuk dalam bintang besar sebelum berlaku letupan besar (supernova) yang menyebarkannya ke angkasa.

Kandungan besi dalam alam (universe) adalah banyak. Matahari dan jenis bintang tertentu mengandungi kuantiti besi yang banyak.  Teras bumi sendiri terdiri daripada 90% besi, dan merupakan elemen ke-4 terbanyak dalam kerak bumi, yang mana paling banyak dijumpai dalam bentuk Hematite selain dalam bentuk mineral taconite, magnetite, goethite, limonite dan siderite.


[Nota: Namun, peratusan unsur terbesar dalam alam semesta adaah gas hydrogen sebanyak 74%, diikuti unsur helium 24%. Baki 2% terdiri daripada 105 unsur lain dalam jadual berkala termasuk Ferum dan Nickel]

Allahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...