SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Monday, June 19, 2017

Sekitar perbincangan berkaitan Platinum, White Gold/Emas Putih, Yellow Gold/Emas Kuning, Suasa, Perak Aloi, Perak Kelantan, Perak Casting

Platinum & Sejarah White Gold/Emas Putih
  • Platinum lebih rare dalam perut bumi berbanding yellow gold/Emas Kuning. Namun, secara puratanya nisbah harga diniagakan sama per gram antara keduanya dengan nisbah 1:1. Sekilas perbandingan, adakala harga platinum mengatasi harga yellow gold/Emas Kuning dan adakala harga yellow gold/Emas Kuning mengatasi harga Platinum.
  • Oleh kerana Platinum adalah precious metal yang rare dan tinggi harganya, dan permintaan terhadapnya juga tinggi, lalu dicipta satu formula aloi alternatif untuk mengantikan ‘rupa’ Platinum dan tetap ‘bernilai tinggi’ à iaitulah aloi White Gold/Emas Putih à untuk memenuhi permintaan pasaran tersebut.
  • Untuk mengekalkan atau mendapatkan harga yang tinggi, emas kuning (au) mesti digunakan sebagai bahan asas, namun rupawarnanya mesti ‘diubah’ menjurus kepada warna putih Platinum.
  • Ringkasnya: White Gold/Emas Putih diformula untuk menggantikan Platinum àdiformulakan pada abad ke-19 (formula asal: gold + palladium), à kemudian menjadi komersil pada 1912 di Jerman oleh Kar Richter dari syarikat Pforzheim; manakaa diperkenalkan di US pada 1917 oleh David Belais dari syarikat Belais Manufacturing Co. à kemudian menjadi popular secara lebih menyeluruh pada 1920an sebagai pengganti Platinum pada kos mampumilik dengan formula campuran aloi: gold + copper + zinc + nickel. Selain sebagai pengganti Platinum, White Gold/Emas Putih juga sebagai aternatif kepada perak sterling (perak 925) khususnya di Barat.
  • White Gold/Emas Putih pada peringkat awal di US dikenai sebagai Belais White Gold, Belais Gold, Belais Metal.
  • White Gold/Emas Putih bukan Patinum, tetapi aloi alternatif yang lebih murah sedikit bagi menggantikan Platinum.


Pilih Precious Metal Yang Mana?
  • Jika seseorang berminat dan memilih cincin berwarna putih, Platinum adalah jawapannya. Sebaiknya jika berwarna kuning, yellow gold adalah jawapan yang tepat.
  • Warna Platinum adalah putih dan tetap putih merentasi masa.


White Gold/Emas Putih & Yellow Gold/Emas Kuning
  • White Gold/Emas Putih adalah ‘aloi’ emas kuning (au) yang dicampurkan dengan 1 bahagian ‘logam putih’. logam putih tersebut biasanya samada (1) Nickel, (2) Manganese (3) Palladium (4) Perak (5) Zinc (6) Platinum itu sendiri.
  • Fungsi dan sifat logam putih ini apabia dicampurkan kepada Yellow Gold/Emas Kuning tadi adalah untuk “memutihkan” (bleaching) warna kuning pada Yellow Gold/Emas Kuning (aurum) tadi. lalu jadilah aloi tersebut kelihatan putih à iaitulah dikenali sebagai Emas Putih/White Gold.
  • Jika campuran aloi tersebut adalah Yellow Gold/Emas Kuning dan Nickel, namun unsur Nickel itu sendiri mempunyai isu kesihatan dan keselamatan apabila dipakai bersentuhan dengan kulit.
  • Nickel boleh sebabkan alahan dan kegatalan pada kulit. lalu jalan penyelesaiannya adalah aloi White God/Emas pPtih tadi mesti dilapisi dengan sesuatu bahan lain yang selamat à ianya dilapisi dengan Rhodium.
  • Rhodium adalah bahan yang tidak mempunyai isu dengan kesihatan dan keselamatan apabila bersentuhan dengan kulit, selain warna Rhodium hampir menyamai warna Platinum sebenar; namun ianya tidak terlalu tahan apabila dipakai à Rhodium harus dilapisi sentiasa selepas 4 atau 5 tahun bergantung kepada kekerapan pemakaian.
  • Dalam tempoh masa yang lama, kos untuk proses melapis dengan Rhodium merupakan kos tambahan perlu dikeluarkan berkali-kali.
  • Begitu juga jika White Gold/Emas Putih dialoi dengan Copper, biasanya ia dilapisi dengan Rhodium.
  • Merentasi masa, White Gold/Emas Putih cenderung berubah untuk mempamerkan warna awa kekuningan, dan ini sebab kenapa ia peru dilapisi semula dengan Rhodium.
  • Tidak ada satu resepi atau formula tetap berapakah peratusan campuran aloi tersebut untuk menghasilkan White Gold/Emas Putih. Disebabkan itu ada warna White Gold/Emas Putih bersifat putih cerah, putih awa kelabu atau putih malap.


Kandungan Ketulenan Yellow Gold (Au) dalam barang kemas White Gold & Yellow Gold
  • Yellow Gold/Emas Kuning biasa dengan penamaan dan cara kiraan standard 24K, 22K, 18K dan sebagainya atau 999.9, 916, 750 dan sebagainya.
  • White Gold/Emas Putih juga mempunyai cara penamaan dan kiraan yang sama dengan Yellow Gold/Emas Kuning. Cumanya, tahap paling tinggi bagi White Gold/Emas Putih adalah 21K gold. Jika lebih 21K seperti 22K, 23K ia cenderung menjadi awa kuning bukan lagi ‘keputihan’.
  • Apakah maksud penamaan tersebut? 

  1. 24K gold adalah gold 999.9 atau biasa dipanggil Emas 10. 
  2. 21K gold bermaksud ianya mengandungi 91.67% campuran emas kuning (au). 
  3. 18K yellow gold dan 18K white gold bermaksud kedua-duanya mengandungi ketulenan 75% emas kuning (au). 
  4. 14K yellow gold dan 14K white gold mempunyai kandungan dan ketulenan yellow gold yang sama iaitu 58.5%.

  • Sebagai perbandingan info, produk barang kemas platinum biasanya mengandungi 95% Platinum.
  • Dalam urusniaga pasaran, harga beli ‘White gold baru’ adalah tinggi à namun boleh dikatakan agak rendah apabia dijual sebagai ‘emas putih terpakai@emas putih buruk’ jika dibandingkan dengan emas kuning terpakai@buruk.
  • Walhal 18K white Gold dan 18K gold mempunyai peratusan kandungan dan ketulenan emas kuning (au) yang sama iaitu 75%.
  • Hujahnya --harga jual ‘emas putih baru’ tinggi kerana proses penghasilan yang lebih rumit sedikit yang mana perlu dicoating, manakala harga beli emas putih terpakai ebih rendah kerana proses untuk mengasingkan unsur-unsur aloi lebih rumit.


Harga Platinum, White Gold & Yellow Gold
  • Secara umum, harga sebentuk cincin Platinum lebih tinggi daripada harga sebentuk cincin White Gold/Emas Putih, dan harga sebentuk cincin White Gold/Emas Putih pula lebih tinggi daripada harga sebentuk cincin Yellow Gold/Emas Kuning.
  • Contoh à Sepatutnya 14K White Gold/Emas Putih dan 14K Yellow Gold/Emas Kuning adalah sama, kerana kedua-duanya adaah 14K Gold à iaitu kedua-dua mempunyai 14 bahagian emas dan 10 bahagian aloi. Namun atas sebab-sebab tertentu, kebiasaanya White Gold/Emas Putih dijual lebih tinggi sedikit berbanding Yellow Gold/Emas Kuning.
  • Secara asas, harga per gram Platinum Tulen dan Emas Tulen (Au) diniagakan sama dengan nisbah 1:1. Namun SG (specific gravity) unsur Platinum (SG 21.45) lebih tinggi/berat daripada  SG Emas/Aurum (SG Au 19.32).
  • Dalam pembuatan sebentuk cincin Platinum, komposisinya 95% adalah Platinum dan 5% adalah aloi lain (seperti iridium, palladium, ruthenium). Maka sebentuk cincin Platinum adalah lebih berat kerana SG Patinum lebih tinggi.
  • Dalam pembuatan 18K White Gold/Emas Putih atau 18K Yellow Gold/Emas Kuning, hanya 75% adaah Emas tulen (Au) manakaa 25% lagi campuran aloi. Manakala 14K White gold/Emas Putih atau 14K Yellow Gold/Emas Kuning mengandungi 58.5% Emas Tulen (Au).
  • Katakan berat sebentuk cincin 5 gram masing-masing bagi Platinum, White Gold dan Yellow Gold (penampakan saiz fizikal cincin 5 gram Platinum lebih kecil sebab SG): Harga 1 gram platinum sama dengan harga 1 gram emas 999.9 katakan RM220 bagi 1 gram….95% platinum daripada cincin 5 gram sudah berniai RM1045 walaupun nampak saiz lebih kecil sedikit. Manakala 75% emas tulen daripada cincin 5 gram 18K bersamaan RM825 (14K gold bersamaan RM643.50). Ini adalah pengiraan untuk menunjukkan perbezaan harga kasar disebabkan oleh ketumpatan dan komposisi, namun harga pasaran biasa lebih tinggi daripada itu.


Black Hills Gold ~ Emas Pink/Emas Rose, Emas Hijau, Emas Ungu
  • Daripada Emas Kuning (au) ianya boleh menjadi Emas Putih. Selain itu ia telah berevolusi menjadi Emas Pink/Kemerahan, Emas Hijau, Emas Ungu dengan campuran logam tertentu.
  • Emas pink/kemerahan adaah aloi Emas Kuning dan Tembaga (cu).
  • Emas Hijau adalah aloi Emas Kuning dan Besi.
  • Emas Ungu adalah aloi Emas Kuning dan Aluminium.
  • Barang kemas dengan kombinasi emas berwarna ini dijual di Amerika dengan nama emas Black Hills. Kini, produk Black Hills Gold juga sudah sampai dalam pasaran Malaysia.


Suasa, “Perak Aloi”, Perak 925, Perak Casting
  • Suasa adalah campuran 30% emas kuning dengan bakinya 60% perak dan 10% tembaga merah atau bakinya 50% perak dan 20% tembaga merah. Sesetengah tukang, kandungan emas kuning dalam suasa adalah 33.33%. Suasa adaah Emas 300 atau Emas 333.
  • Suasa lebih berat dan lebih keras daripada perak standard 925. Suasa biasa dijadikan kuku pemegang batu permata kerana (1) untuk naikkan seri (2) ia kukuh memegang batu.
  • “Perak aloi’ adalah satu nama diberi kepada aloi campuran perak dan palladium.
  • Selain itu, ada yang dikenai sebagai “perak standard” iaitu “perak sterling” atau “perak 925” adaah Perak Standard Antarabangsa. Sebenarnya, itu semua adalah juga aoi. Aloi adalah campuran 2 atau lebih logam.
  • Perak standard 925@ perak sterling 925 menndungi 92.5% perak dan sebihnya 7.5% samada timah atau tembaga. JIka perak sterling 925 + timah, lama-kelamaan bila dipakai warna nampak sedikit awa gelap. Jika perak sterling 925 + tembaga, lama-kelamaan bila dipakai warna nampak sedikit awa kekuningan.
  • Perbezaan dan Keebihan perak aloi@ perak palladium berbanding perak standard 925. (1) Perak aloi palladium elbih keras daripada perak standard 925, ia memberi kelebihan ebih kukuh apabia memegang batu (seperti suasa) dan bingkainya lebih susah penyek atau bengkok, namun perak aloi palladium susah untuk dibentuk dan diarik bunganya kerana ia lebih keras (2) Keberkilatan perak aloi palladium lebih tahan lama sedikit berbanding perak standard 925.
  • Harga produk daripada perak aloi lebih tinggi berbanding harga perak standard 925 kerana (1) bahan palladium lebih mahal (2) susah untuk dibentuk dan diukir kerana keras.
  • Perak casting mempunyai gred dibawah daripada perak standard 925 kerana kandungan peraknya lebih rendah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...