SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Tuesday, January 25, 2011

"Kejadian Moldavite"

Meteorite ialah meteoroid (atau asteroid) dari angkasa lepas yang jatuh dan sempat sampai ke permukaan bumi. Angkasa lepas berkeadaan vacuum manakala ruang afmosfera bumi yang diselaputi udara. Merentasi ruang yang vacuum seperti tidak menempuh apa-apa halangan, namun sebaliknya apabila merentasi ruang yang berudara kerana udara terdiri daripada molekul-molekul gas, wap air dan habuk.

Apabila meteoroid merempuh ruang udara dengan kelajuan lebih 10 ribu batu per jam (7~10 batu per saat atau 11~72 kilometer per saat), fenomena “shooting/falling star” atau “fire ball/bolide” dapat dilihat, sekadar beberapa saat atau seminit dua. Pada tahap ini meteoroid yang bercahaya dan mempunyai ekor dipanggil meteor. Sebelum memasuki ruang udara bumi, iaitu semasa ia masih dalam ruang vacuum, fenomena ini tidak kelihatan. Warna meteor berbeza-beza bergantung kepada komposisi kimia meteoroid dan kelajuannya. Apabila lapisan meteoroid tertanggal dan mengion, warna cahaya meteor juga boleh berubah mengikut lapisan mineralnya. Beberapa kemungkinan warna cahaya yang terhasil dari elemen/komposisi kimianya ialah: Warna oren/kuning (sodium), warna kuning (iron), warna hijau/biru (copper), warna ungu (potassium), warna merah (silicate).

Sebenarnya, apabila meteoroid merempuh molekul udara, molekul udara pada bahagian depannya akan menjadi lebih padat (compressed). Apabila udara menjadi padat dalam masa yang tersangat cepat, suhu pada bahagian ini akan meningkat secara mendadak. Haba ini akan dipindahkan kepada meteoroid atau dengan lain perkataan suhu meteoroid akan meningkat. Permukaannya akan mencair dan mengelupas (ablation) selapis demi selapis dan mengeluarkan “cahaya”. Cahaya yang dilihat ialah hasil udara di-ionkan oleh pergerakan meteoroid dalam keadaan panas tadi. Kekadang, apabila meteorite mengimpak permukaan bumi dengan tersangat laju (hypervelocity), dan pertembungan yang amat bertenaga tersebut telah mengakibatkan meteorite menjadi wap, akhirnya hanya kawah impak yang tinggal tetapi tiada meteorite ditemui.

Meteor dari jenis “shooting star” (beberapa gram) dan “fire ball” (sekitar 1.4kg) biasa akan habis terbakar. Meteoroid yang lebih besar (atau asteroid) mungkin boleh sampai ke bumi, tetapi saiznya akan menjadi lebih kecil. Disebabkan itu, secara purata saiz meteorite yang dijumpai bersaiz kecil sahaja. Faktor untuk sesuatu meteoroid sampai ke permukaan bumi bukan hanya bergantung pada saiz, tetapi factor yang paling mustahak ialah kelajuan ia memasuki ruang atmosfera bumi. Jadi saiz minimum meteoroid untuk ianya sempat jatuh ke bumi berbeza-beza. Meteoroid yang bersaiz microskopik dan bersaiz partikel debu tidak terbakar apabila melalui ruang atmosfera, kerana ianya bergerak perlahan sekitar 1 inci (2.5cm) persaat, jadi tiada geseran yang kuat dengan udara dan kebanyakkan sampai ke permukaan bumi.

Suhu meteoroid setelah memasuki ruang udara bumi boleh mencapai sehingga 1650 darjah C (3000 darjah F). Pada suhu setinggi ini, majority logam akan cair.

Meteoroid yang bersaiz besar yang tidak sempat terbakar kesemuanya akan mengimpak bumi pada suhu tersebut. Apabila ianya mengena bebatuan, bebatuan tersebut akan mencair dan mengewap, kemudian terkondensasi semula dan kembali mengeras. Maka salah satu produk yang terhasil ialah Moldavite. Moldavite ialah sejenis tektite. Moldavite yang masih rough rupanya calar-balar berparut dan berlekuk-lekuk. Moldavite mengandungi 75% silica, merupakan sejenis 'gelas @kaca semulajadi.
Tambahan:
  • Kelajuan bunyi ialah 343.2 meter per saat. Kelajuan meteorite sekitar 30 kali ganda kelajuan bunyi iaitu sekitar 10.3 kilometer per saat.
  • Superalloy adalah satu alloy yang diformulasi untuk kegunaan pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama, serta mempunyai ketahanan (durability) yang ampuh. Ianya mempunyai beberapa jenis. Umunya ia mempunyai takat cair pada suhu sekitar 1400 darjah C. Antara contoh alat yang dibuat daripada superalloy ialah “bbaling/kipas”/blade kapal terbang dan blade gas turbin. Gas turbin digunakan dipelantar-pelantar minyak dan pusat janakuasa TNB seperti di Paka Terengganu.
  • Kapal angkasa (spacecraft) yang memasuki semula ruang atmosfera bumi sama halnya dengan meteorite yang memasuki ruang atmosfera bumi; ianya terdedah kepada “dibakar” oleh haba udara yang menjadi padat dalam masa yang tersangat cepat. Jadi ada 2 teknologi digunakan untuk mengelakkan kapal angkasa tersebut terbakat. Teknologi per-1, kapal angkasa tersebut diselaputi oleh sejenis bahan serap haba yang akan mencair dan mengewap, dan haba akan dibebaskan keluar semasa proses pemeluwapan tersebut. Jadi haba dibebaskan bersama bahan yang mencaip dan mengewap tadi; badan kapal angkasa pada bahagian bawah lapisan bahan serap haba tadi tidak sempat menerima haba, oleh kerana haba sudah terbebas lebih awal. Teknologi ini diaplikasi pada kapal angkasa Apollo dan dinamakan “Ablative technology”. Teknologi ke-2 yang digunakan dipanggil “insulating tile technology” dan digubakan pada kapal angkasa pengantara (space shuttle). Tile ialah sejenis penebat. Tile tersebut dipasang pada body space shuttle merupakan sejenis tile yang sangat istimewa tidak seperti tile biasa. Ianya sejenis penebat yang mengakumkan dimana jika ianya dipanaskan sehingga merah pada satu titik/tempat, dan pada bahagian luar kawasan merah tadi kita dapat memegang/menyentuhnya. Tile khas ini menghalang haba daripada dipindahkan kepada badan space shuttle sebelah dalamnya.

Wallahu a’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...