SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Tuesday, July 1, 2008

Tips membeli batu permata yang mahal....

Sebagaimana kita ingin membeli barang-barang yang 'mahal', kita akan mempastikan barang-barang tersebut memenuhi paling kurang 2 aspek utama iaitu asli dan berkualiti. Begitu juga dalam pembelian batu-batu permata....kita memerlukan ilmu dan kepakaran dalam menentukan 2 perkara diatas. Alat-alatan seperti Gem Tester untuk menentukan kategori batu juga perlu, dan kadang-kadang perlu membawa seseorang yang pakar/ahli batu permata (gemologist) apabila ingin membeli batu permata, paling tidak pun orang yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang batu permata. Sebaiknya, si pembeli sendiri yang datang melihat batu-batu permata, tidak sekadar mewakilkan kepada orang lain.

Selain itu, elakkan membeli batu permata pada waktu malam/gelap atau dibawah pancaran lampu. Ini kerana kedua-dua keadaan tadi membuat mata kita "kecong" dengan barang yang sebenar. Selamat berkongsi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...