Mata kita dapat melihat kerana adanya cahaya. Kegelapan ialah satu keadaan ketiadaan cahaya. Matahari memancarkan radiasi dengan bermacam-macam panjang gelombang. Cahaya ialah radiasi electromagnet (electromagnet radiation). Radiasi electromagnet ialah salah satu jenis radiasi, dan ia mempunyai frekuensi (frequency) yang tersendiri. Setiap frekuensi mempunyai panjang gelombang (wavelength) dan tenaga (photon energy) yang tersendiri. Frekuensi berkadar secara langsung dengan photon energy tetapi berkadar songsang dengan panjang gelombang. Kesemua frekuensi radiasi elektromagnet yang mungkin wujud/ada dikenali sebagai spektrum elektromagnet (atau disebut spectrum sahaja). Secara mudah, spektrum elektromagnet dibahagikan kepada 7 spektrum utama iaitu dikenali sebagai Radio Frequency, Mikrowaves, Infrared Radiation, Visible Radiation (Light), Ultraviolet Light, X-rays dan Gamma Rays. Lagi halus, ia dipecahkan kepada 19 spektrum. Setiap spectrum radiasi elektromagnet tersebut mempunyai aplikasi yang tersendiri. Sebenarnya, radiasi elekromagnet adalah cahaya. Cahaya adalah tenaga. Daripada 7 spektrum cahaya diatas, hanya 1 spektrum yang dapat dikesan oleh pancaindera mata kita iaitu Visible Radiation (Radiasi/spektrum yang dapat dilihat). Spektrum ini mempunyai panjang gelombang 380-750nm. Lain-lain spectrum tidak dapat dikesan oleh mata kita bahkan ada yang sangat berbahaya kepada manusia seperti Gamma Rays yang mempunyai photon energy yang sangat tinggi yang boleh merosak sel dan tisu manusia. Spektrum/Radiasi yang dapat dilihat atau dipanggil juga “cahaya putih” terdiri daripada spektral warna yang berlainan atau disebut 7 warna pelangi iaitu Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo dan Violet. Warna pada panjang gelombang yang tunggal (single wavelength atau relatively very narrow band of wavelength; monochromatic light) dipanggil spectral color. Cahaya putih dapat dipecahkan kepada 7 spektral warna pelangi.
PEMBENTUKAN ‘PLAY-OF-COLOR’ BAGI PRECIOUS OPAL
Opal ialah Hydrated Silica. Struktur dalaman Opal terdiri daripada sfera silica pada skala nanometer tersusun bersebelahan antara satu sama lain dalam satah-satah. Terdapat ruang kekosongan (interstitial vacancy) antara sfere silica dalam susunan ini. Luas ruang kekosongan ini berkadaran dengan saiz sfera silica. Saiz sfera silica tidak sama antara satu bahagian Opal dengan bahagian Opal yang lain. Apabila saiz sfera silica tersebut kecil, maka ruang kekosongan ini juga kecil, dan sebaliknya. Cahaya yang memanah struktur susunan sfera silica ini akan dibiaskan/dipantulkan pada sudut tertentu. Cahaya yang terpantul ini akan memanah sfera silica lain dan akan dipantulkan semula. Proses panah-pantul ini berlaku tanpa henti selagi ada cahaya dan akan memecahkan (diffract) cahaya tadi kepada 7 spectral warna pelangi. Apabila saiz sfera silica kecil, jarak cahaya yang dipantulkan juga pendek kerana ruang kekosongan yang ada adalah kecil, maka warna yang terhasil biasanya warna violet/purple, indigo, blue dan mungkin hijau (iaitu warna-warna pada sebelah dalam lengkung pelangi). Jika saiz sfera silica besar, maka jarak cahaya yang dipantulkan juga panjang, maka warna yang mungkin terhasil adalah merah (iaitu warna paling luar lengkung pelangi) selain warna-warna pada sebelah dalam lengkung pelangi. Urutan warna pelangi bermula dengan panjang gelombang paling pendek (berada pada sebelah dalam lengkung pelangi) kepada panjang gelombang yang paling panjang (berada pada sebelah luar lengkung pelangi) ialah violet, indigo, blue, green, yellow, orange dan red. Pantulan dalaman ini dikenali sebagai Iridescene, salah satu bentuk Interference iaitu salah satu kesan terhasil apabila cahaya dipantulkan. Teori ini asalnya didiperkenalkan dalam tahun 1967.
TAMBAHAN
Jenis Opal yang paling mahal ialah jenis Black Opal. Manakala ‘Play-of-color’ yang paling jarang dijumpai dalam jenis Black Opal ialah “warna merah diatas latarbelakang hitam”. Nilai White Opal dan Precious Fire Opal juga tinggi dalam pasaran. Kenapa Black Opal dengan “warna merah diatas latarbelakang hitam” paling diburu…kerana ‘Play-of-color’ warna merah tersebut dianggap paling terang dapat diserlahkan seperti kilauan bintang yang terang dalam malam yang gelap atau seperti bara api dalam gelap malam, selain kejarangannya. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment