Ayat diatas telah disebut oleh seorang hamba Allah yang berumur lebih separuh abad kepada tuan_blog.
Katanya, orang-orang tasauf yang telah bersih hati mereka dan telah hilang cenderung mereka kepada perkara keduniaan semata-mata yang boleh melalaikan, mereka “buang” semua itu khususnya semasa hendak solat hatta cincin yang berada dijari mereka…
Apabila ditanya, bagaimana pada waktu berzikir? Katanya “…pakai pada waktu berzikir”. Sebelum daripada itu, dijelaskan oleh beliau bahawa setiap benda ada tapak, maka berzikir juga mempunyai tapak/kaedah…supaya tujuan/niat terpelihara insyaAllah.
SOLAT & KENAL DIRI
Orang tidak sembahyang ialah orang yang “tidak kenal diri”. Bermula kenal diri ialah daripada dan dengan “akal”. Bila sahaja dengar bang, kena sedar bahawa diri aku kena pergi solat. Kalau tidak sedar, maka serupa dengan binatang yang tiada akal. Bila akal boleh fikir dan sedar, ialah baru permulaan “nak kenal diri”. Apabila angkat takbir Allahuakbar (Allah Maha Besar..kecik segala benda makhluk yang lain) hendak solat, baru termasuk dalam juzuk “kenal diri”. Bahawa sedar siapa Tuhan siapa hamba, siapa Maha Besar siapa maha kerdil, siapa Maha Kaya siapa maha daif….. [Kata hamba Allah itu lagi dilain ketika, yang mana penerangan ini diterima daripada aruah gurunya lagi]
*
**
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment