- Bidang sains gemmologi ialah "satu bidang yang membicarakan tentang teknikal aspek bagi permata (gemstones) dan bahan permata (gem materials), dan aplikasi aspek ini bagi tujuan identifikasi" sebagaimana dinyatakan dalam buku "GEMMOLOGY".
- Dalam buku “GEMMOLOGIST’S COMPENDIUM” mendefinisikan istilah gemology sebagai “Sains yang membicarakan (deals with) tentang mineral berharga/mulia (precious minerals) dan lain-lain bahan bagi tujuan berjanggok/perhiasan (adornment), dan sebagai object d’art”.
- Dalam buku “GEMSTONES OF THE WORLD” pula, istilah gemology disebut sebagai “Diterimapakai serata dunia, bidang sains batu permata dengan selalunya dirujuk sebagai gemology”. Bermakna, gemology ialah bidang sains batu permata.
Untuk lebih 2000 tahun, para filosof dan saintis telah dipukau oleh keindahan dan enigma permata, dan dalam beratus tahun kebelakang mereka telah meninggalkan catatan terhadap pemerhatian mereka ke atas produk perhiasan alam tabi’e (ornamental product of nature) [..yang dijadikan oleh Allah swt ini*].
Salah satu buku terawal tentang batu permata (gemstones) berbahasa Inggeris telah ditulis oleh Thomas Nichols seawal pada tahun 1652. Tetapi, hanya pada tahun-tahun separuh terakhir abad ke-19 barulah iannya muncul sebagai cabang tersendiri (specialized offshoot) daripada cabang sains yang telah pun kukuh diasaskan iaitu mineralogy. Bermakna bidang gemmology lebih ‘bongsu’ daripada mineralogy.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment