SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Saturday, October 9, 2010

Cerita….”Kelebihan Tanah Kor Dibacakan Ayatul Quran & Doa”

[Disadur daripada sebuah kisah benar yang diceritakan kepada tuan_blog]
Sekitar 10 tahun yang lalu, terdapat seorang gadis di sebuah daerah di Kelantan mengalami gangguan misteri. Bentuk gangguan tersebut ialah apabila tiba pukul 12 tengah malam atau lebih, beliau akan keluar dari rumah dan merayau-rayau dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setiap kali beliau keluar rumah ianya tidak disedari oleh ahli keluarganya sendiri...sedar-sedar sudah tiada dalam rumah. Maka setiap kali hilang terpaksalah mencarinya semula.
Ahli keluarganya telah membawa beliau berubat merata-rata tempat dimana ada terdengar ada perawat ahli keluarga beliau akan membawanya, dan pelbagai cara telah dicuba. Dari mulut ke mulut...dan akhirnya bertemu dengan seorang hamba Allah disebuah kampung. Setelah mendengar permasalahan yang dihadapi oleh si gadis dan ahli keluarga tersebut, maka sebagai satu jalan ikhtiar, hamba Allah tersebut mengambil ketulan-ketulan tanah kor dengan bilangan tertentu, kemudian dibacakan Ayat suci Al-Quran dan doa pada tanah kor tersebut. Kemudian hamba Allah tersebut meminta meletakkan ketulan-ketulan tanah kor tersebut pada tempat-tempat tertentu, dan berkata "..dikehendaki-Nya, insyaAllah..."
Apabila pulang ke rumah...ahli keluarga gadis tadi melakukan seperti apa yang disuruh oleh hamba Allah tersebut. Tepat pukul 12 tengah malam tersebut...terdengar tempikan diluar rumah sehingga didengari oleh ahli keluarga gadis tersebut. Hanya tempikan didengari tetapi tiada siapa diluar sana. Diringkaskan cerita, pada malam tersebut si gadis tersebut tidak keluar rumah dan akhirnya masalah tersebut selesai. Wallahu a'lam.
*
**
***
  • Berjumpa perawat, perbuatan perawat dan penggunaan tanah kor tidak dapat memberi bekas. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga tidak boleh memberi bekas.
  • Semua itu sebagai ikhtiar (usaha). Ikhtiar atau perbuatan makhluk tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah swt.
  • Mereka yang berpegang pada ayat-ayat suci Al-Quran atau zikir mempunyai kuasa penyembuh dsbnya ialah tergolong dalam golongan mereka yang berpegang kepada kelebihan dan kebesaran ayat.
  • Manakala mereka yang berpegang kepada khasiat ubat-ubatan (atau batu-batu permata) seperti panadol mempunyai kuasa penyembuhan sakit kepala termasuk dalam golongan mereka yang berpegang kepada kelebihan atau kebesaran makhluk.
  • Bacaan ayat suci al-Quran, zikir dan doa, atau penggunaan ubat-ubatan atau pemakaian batu-batu permata mulia untuk tujuan tertentu adalah sebagai ikhtiar (usaha) atau disebut "mengambil sebab".
  • Perintah supaya berikhtiar (berusaha/mengambil sebab) adalah perintah Allah SWT dengan kefahaman bahawa ikhtiar tadi tidak boleh memberi bekas, dan "keberhasilan" pada ikhtiar tadi terletak pada kehendak-Nya.
  • Allah SWT hendak melihat hamba-hamba-Nya supaya berusaha, berdoa dan bergantung kepada-Nya.
  • Namun Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan doa mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti Al-Fatihah, Ayat Kursi dsbnya.
  • Kemudian kelebihan atau kegunaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir, Asma ul-Husna tadi diperincikan lagi oleh para ulama yang ahli pada babnya.
  • Pengiktirafan Rasulullah SAW akan kelebihan-kelebihan ayat-ayat suci Al-Quran ini bukan bermakna ayat-ayat suci Al-Quran mempunyai kuasa penentu atau kuasa yang memberi bekas.
  • Kelebihan-kelebihan tersebut 100% tertakluk pada izin Allah SWT. Maka segala doa permohonan, penyerahan/tawakal, harapan, pujian...hanya kepada Allah SWT.
  • Semua ikhtiar (berjumpa perawat atau doktor, perbuatan perawat atau doktor, penggunaan tanah kor atau alat-alat perubatan moden, air tawar atau ubat-ubatan, bacaan ayat suci Al-Quran dsbnya...) "berhasil" dengan izin Allah SWT.
  • Hanya Allah SWT mempunyai kuasa penentu dan memberi bekas.
  • Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...